Ikuti Blog ini

Pas All Out Bantu Anwar



KESEDIAAN dan kesanggupan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Dr Haron Din turun ke Permatang Pauh semalam menguncikan langkah BN. Isu kononnya Pas tidak memberi kerjasama dan membantu calon PKR dalam pilihan raya kecil itu tamat.
Malam tadi Abdul Hadi dan Haron Din berceramah bersama Anwar di Guar Perahu dalam DUN Pasir Panjang. Manakala dari maklumat dan sebaran pihak penerangan PKR, Musyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat dan Husam Musa juga akan turun dan berada atas pentas bersama Anwar malam ini. Nik Aziz juga akan turut menghadir munajat di masjid Perda. Dijangka ribuan jemaah akan turut bermunajat bersama Tok Guru berkenaan.
Kehadiran tiga pemimpin utama Pas itu menafikan sama sekali dakyah yang disebarkan oleh pihak BN kononya Pas tidak memberi kerjasama sepenuhnya dalam pilihan raya berkenaan. Tentunya penglibatan sama ketiga pemimpin tertinggi Pas itu mereka lakukan atas kepentingan politik dan perjuangan serta mengenepikan soal-soal peribadi lainnya.
Langkah BN kini terkunci dengan kehadiran itu! BN kena mencari hujah dan alasan lain pula bagi mempengaruhi rakyat kononnya Anwar tidak mendapat sokongan padu dari kalangan rakan Pakatan Rakyat terutamanya dari Pas.
Mungkin kehadiran Abdul Hadi, Haron Din dan Nik Aziz itu sebagai lambang saja atau lebih berkempen dengan mendoakan kemenangan rakyat menerusi Anwar. Namun apa yang dilakukan petugas-petugas Pas di Permatangan Pauh khasnya dari kalangan Pemuda sungguh memberangsangkan dan menyerlahkan semangat kerjasama yang kental.
Penglibatan Pemuda sesuatu yang boleh dibanggakan. Pemudalah yang menonjol membantu kempen, mengedar rialah, tunjuk jalan, ataupun menemani penceramah luar menjejaki ke kawasan pilihan raya. Walaupun ketua mereka Sallehudin Ayub tidak mendominasi kempen Pemuda dan sehingga semalam belum nampak batang hidung namun Pemuda seakan mendapat arahan secara ghaib memastikan kemenangan Pakatan Rakyat!
Apakah Sallehudin akan turun malam ini bersama Mursyidul Am Pas? Ataupun barang kali nama-nama tokoh Pemuda Pas tidak disenaraikan untuk menjadi penceramah utama kerana PKR ingin menunjukkan bahawa mereka mempunyai tenaga penceramah dan kempen yang mencukupi?
Selain daripada Anwar mendapat sokongan padu dari Pemuda Pas, beberapa ahli Jawatankuasa Agung juga turut bertumas di Permatang Pauh. Salah seorangnya ialah Dr lo' Lo' Ghazali yang juga ahli Parlimen Tititwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Nampaknya ahli Parlimen ini tidak kecukupan tangan untuk memastikan Anwar akan berada di Parlimen pada 27 Ogos nanti. Saya sempat melihat sendiri bagaimana Dr Lo' Lo' menjelajahi segenap penjuru dalam pasar yang Jalan Tengiri menemui orang ramai dan peniaga memohon agar memilih Anwar Ibrahim. Keseluruhan pasar berkenaan ditakuli jentera kempen Pas.
Dengan diiringi dengan beberapa orang petugas Pemuda yang bertindak menjadi pegawai keselamatannya, Lo' Lo' tanpa sengan dan penuh mengharap setiap orang yang didatangi supaya mengundi Anwar.
"Jangan lupa Anwar Ibrahim, ya... dia pemimpin kita... jangan lupa kita sokong dia.." begitulah pesan Dr Lo' Lo' pada setiap orang yang ditemuinya.
Bukan itu saja, ahli Jawatankuasa Agung Pas ini juga turut sama memasuki ke pejabat-pejabat atau peremis kerajaan untuk berkempen agar memilih Anwar. Walaupun cara itu dianggap sebagai sedikit menyalahi adat, namun beliau tetap mempertahankan tidak menjadi masalah kerana ada juga kalangan pegawai kerajaan, baik negeri dan persekutuan tidak mendapat maklumat jelas mengenai calon, tujuan bertanding dan sebagainya.
Beliau mendatangi pejabat kerajaan dengan rasa tanggungjawab bagi menjelaskan mengenai apa yang berlaku di luar (dalam politik), tegasnya.
Berdasarkan pengamatan Dr Lo' Lo' calon PKR, mempunyai harapan besar untuk memang berdasarkan sambutan orang ramai terhadap kempen-kempen dijalankan. Dr Lo' Lo' juga merasa bangga dengan sikap orang ramai yang terbuka dan sedia menerima pandangan dan penjelasan yang diberikan walaupun ada orang yang didatangi itu jelas tidak sukakan kepada Pakatan Rakyat.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .