Ikuti Blog ini

Perangai UMNO: Depan Rakyat Maki Israel, Belakang Rakyat Cium Bontot Israel

Khairy sahkan Malaysia berdagang dengan Israel

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Ketika para blogger Umno bermati-matian berkata tiada kapal Israel masuk ke Malaysia, Ketua Pemuda Umno pula mengesahkan Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Israel.

(Salah sebuah kapal Israel yang mendarat di Perlabuhan Klang)

Khairy berkata, kerajaan mempunyai polisi dan pendirian yang jelas bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan politik dan diplomatik dengan Israel.

"Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya sedar bahawa ada hubungan perdagangan antara Malaysia dan Israel tetapi ia adalah hubungan antara syarikat.

"Saya harap perkara ini dapat diketahui umum bahawa kita berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi," katanya.

Selain menolak kenyataan bloger Umno, kenyataan Khairy juga menolak kenyataan pihak pengurusan Perlabuhan Klang baru-baru ini.

Westport, Port Klang melalui Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian mengakui kehadiran Kapal Israel, ZIM Integrated Shipping Services Ltd yang berlayar dari Israel [Sinar].

Namun beliau mendakwa tiada sebarang urusniaga berlangsung kerana kapal tersebut hanya singgah sahaja.

Sebelum ini, pelbagai pihak dalam Umno membuat pelbagai tuduhan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutannya kenyataannya dalam The Wall Street Journal.

Namun bagi para blogger Pakatan, tindakan ini hanya umpama, "Depan rakyat maki Israel, belakang rakyat cium bontot Israel" sahaja. -HD

130 peguam sedia bantu PAS ke Putrajaya




(Ustaz Hadi bersalam dengan para peserta konvensyen pilihan raya peguam PAS di Shah Alam)
SHAH ALAM, 22 Feb: Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penyertaan lebih 130 peguam dalam Konvensyen Pilihan Raya Peguam PAS dekat sini merupakan petunjuk landasan Pakatan Rakyat ke Putrajaya semakin jelas.

Berucap merasmikan konvensyen baru-baru ini, beliau berkata PAS amat menghargai peranan pengamal undang-undang dalam memastikan perjalanan pilihan raya yang telus dan adil.

Para peguam juga, ujarnya sanggup berhadapan dengan pemimpin yang tidak menghormati perlembagaan dan undang-undang negara.

“Peranan mereka (peguam) adalah membela mereka yang tak kenal undangundang untuk melawan
me reka yang tak menghormati undang-undang,” katanya.

Konvensyen sehari itu berlangsung di sebuah hotel dekat sini, 18 Februari lalu.

Ia dianjurkan Lajnah Undang-undang PAS Pusat dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Selangor, Jabatan Undang-undang dan Hak asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat dan Muslimat Legal Team (MusLet) Dewan Muslimat PAS Pusat.

Lebih 130 peguam PAS dari seluruh negara menyertai konvensyen yang sangat bermakna itu.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan dan Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat, Asmuni Awi. -Hrkh

Haram bersekongkol dengan Israel - TG Nik Aziz


KUALA LUMPUR, 22 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.

"Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine.

"Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat," kata Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataan rasminya selepas bertemu dengan Anwar semalam.

Berikut adalah kenyataan penuh Mursyidul Am PAS:


DATUK SERI ANWAR, PALESTINE DAN ISRAEL

Pagi semalam, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.

Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama’ PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.

Majlis Syura Ulama’ juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.

Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.

Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’ , iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.

Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestine.

Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.

Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat.

Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.

Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.



Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012.

LAGU KELAKAR PENYAMUN UMNO...


Haha...sekali-sekali layan lagu kelakar ni best jugak. Kreatif betul orang yang buat klip ini...kahkah!


Video: UMNO Cuba Hina Islam Lepas Tu Salahkan PAS


Klik imej untuk pembesaran

Ia ibarat salakan anjing hitam sama seperti rupa parasnya yang hitam. Pada masa yang sama ada pensyarah universiti masih ditahap bodoh dan tidak tahu perkembangan semasa apa itu UMNO? Tahukah UMNO itu sebuah parti yang sama seperti Israel suka hina Islam?

Dalam video di bawah ada jelmaan anjing belaan UMNO yang ditugaskan untuk menyalak dan hina agama Islam. Tajuk akhbar di atas tidak sesuai digunakan untuk UMNO membela Islam kerana ada anjing belaannya menghina Islam. anjing belaan Ali Rustam.

Dalam bahagian mana UMNO boleh ganti PAS dalam perjuangkan Islam? Hudud? Isteri pemimpin tutup aurat? Boros? UMNO sesuai perjuangkan lembu-lembu dalam kondo untuk dieksport ke dalam kondo di Singapura atau di bawa belayar menaiki kapal Israel di Pelabuhan Klang.

UMNO tidak perlu bersuara pasal Islam sekiranya parti itu menolak Islam. Lebih baik UMNO jaga perairan pantai dari dicerobohi oleh Israel. One Malaysia One Israel. Tanhiah! -sumber


KAKITANGAN KERAJAAN SERTAI PAS


I Help You, You Help Me, Projek Lebuhraya KIDEX Untuk Hakim & Peguam UMNO

Projek Lebuhraya KIDEX untuk Hakim dan Peguam UMNO: Nurul tuntut penjelasan PM

Krisis perlembagaan Perak masih lagi segar di ingatan rakyat Malaysia, khususnya tuduhan bahawa permohonan Zambry Kadir dipercepatkan sementara menafikan permohonan lawan politiknya Nizar Jamaluddin pula.

Watak utama kemelut ini merupakan Hafarizam Harun, penasihat undang-undang UMNO, mewakili Zambry ketika itu, dan bekas penasihat undang-undang UMNO dan Ketua Hakim Negara ketika itu, Ahmad Zaki.

Justeru, kedua-dua individu ini mestilah berhadapan dengan perhatian umum berkenaan penglibatan mereka di dalam rampasan Perak oleh Barisan Nasional dan kontroversi terbaru melibatkan mereka di dalam pemberian konsesi RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX). Hafarizam merupakan pengarah untuk kedua-dua belah syarikat yang menerima konsesi tersebut, iaitu Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd sementara isteri Zaki Azmi merupakan pengarah di dalam Emrail, sebuah syarikat yang tidak mempunyai rekod di dalam pembinaan lebuhraya. Kenyataan syarikat tersebut sendiri menyatakan mereka berhasrat menjadi "Syarikat Kejuruteraan Rel Utama di Malaysia dan Rantau ini."

Mengambilkira kontroversi penganugerahan konsesi ini, Perdana Menteri mestilah respon segera berkenaan isu-isu ini:

1. Pendirian PM berkenaan Seksyen 9 Kod Etika Hakim 2009:

"Seorang hakim akan, pada masa perlantikan atau mana-mana masa kemudiannya sekiranya diminta oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan membuat perisytiharan bertulis semua asetnya kepada Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan."

Merujuk kepada peruntukan ini, Ketua Hakim Negara pada masa ini, Ariffin Zakaria mestilah meminta Zaki Azmi membuat perisytiharan aset beliau dan keluarganya secara bertulis berikutan tuduhan-tuduhan ini.

2. Mendedahkan sebab dan kriteria pemberian tender kepada Zabima Engineering dan Emrail. Apakah syarikat-syarikat lain yang dipertimbangkan, dan adakah tender terbuka dibuat demi memastikan kepentingan orang ramai terpelihara?

3. Bagaimanakah pemberian konsesi dan pakej kontrak ini selari dengan dasar pentadbiran ini, khususnya Model Ekonomi Baru, Inisiatif Pembaharuan Strategik dan lain-lain lagi?

4. Apakah terma lengkap konsesi, kadar tol dan perkongsian keuntungan?

Di dalam smsnya kepada Malaysian Insider, Hafarizam mendakwa bahawa syarikat-syarikatnya diserang memandangkan mereka merupakan antara bilangan kecil syarikat Bumiputera yang dianugerahkan projek ini. Malang sekali apabila sebuah isu tentang ketelusan dan kebertanggungjawaban yang akan memberi impak kepada semua rakyat sekali lagi dilihat dari perspektif kaum. Hakikatnya, sekiranya tuduhan ini terbukti benar, sekelompok kecil kroni akan sekali lagi mendapat durian runtuh sedangkan ramai rakyat Malaysia, termasuk majoriti masyarakat Bumiputera terpaksa menjadi mangsa projek ini. Terma perjanjian antara kerajaan dan syarikat-syarikat yang dipilih mesti didedahkan agar projek ini tidak menjadi satu lagi konsesi yang membebankan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia mempunyai harapan besar terhadap konsesi generasi kedua dan ketiga memandangkan piawai-piawai baru yang dijanjikan kerajaan. Usah kita lupa rekod buruk Kerajaan BN di dalam pemberian konsesi sebelum ini.

Jawapan telus daripada Perdana Menteri mampu meyakinkan rakyat bahawa mereka tidak akan dibebani dengan lebih banyak "bail-out" dan penswastaan semula

Rakyat khususnya bertanya, apa sudah jadi dengan janji Program Transformasi Kerajaan untuk mengurangkan ketirisan dan pembaziran wang rakyat untuk pembangunan negara dan perbelanjaan operasi dengan memastikan ketelusan di dalam pemberian kontrak? Jelas sekali, kerajaan harus membuktikan pemberian projek lebuhraya ini dibuat secara telus demi kepentingan rakyat.

Jika tidak, rakyat akan terus menolak jaminan BN dalam isu transformasi ekonomi dan membuat keputusan mereka di dalam pilihan raya akan datang.

*Kenyataan media oleh Nurul Izzah Anwar (gambar kiri) selaku Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.



Hafarizam: Kontrak bukan habuan tapi merit


Penasihat undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun menafikan dakwaan bahawa dua syarikat yang dianugerahkan konsesi lebuh raya RM2.2 bilion dan dikaitkan dengan dirinya adalah sebagai habuan atau ganjaran kerana peranannya membantu BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, Hafarizam berkata bahawa kedua-dua syarikat itu menghadapi "persaingan sengit" semasa proses tender. Namun pengalaman mereka menyiapkan projek landasan berkembar keretapi dari Rawang ke Ipoh sepanjang 179 kilometer diambil kira.

"Kami mempunyai rekod pencapaian yang baik (dalam projek landasan berkembar) dari Rawang ke Ipoh. (Dakwaan) habuan untuk Perak, saya fikir ini tuduhan keterlaluan.

"Ini langsung tidak mempunyai kaitan sama sekali. Kami menang atas merit! Kami adalah antara beberapa syarikat bumiputera yang dianugerahkan. Mengapa serang kami apabila ada yang lain ... Saya pasti awak juga tahu siapa yang lain yang juga dapat," katanya dalam teks pesanan ringkas kepada Malaysiakini.

Hafarizam diminta mengulas dakwaan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa kerajaan persekutuan mengamalkan kronisme dalam penganugerahan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara.

Raja Petra berkata Hafarizam adalah ahli lembaga pengarah di kedua-dua syarikat - Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang mendapat konsesi lebuh raya itu.

Selain penasihat undang-undang Umno itu, Raja Petra juga mendedahkan bahawa seorang lagi pengarah Emrail adalah Nik Sazlina Mohd Zain, isteri bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi.

Beliau membayangkan bahawa Hafarizam dan Zaki mungkin diberi habuan untuk peranan masing-masing dalam pergelutan di mahkamah selepas BN merampas kerajaan negeri Perak pada Februari 2009.

Hafarizam adalah antara peguam yang mewakili Menteri Besar Perak sekarang, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, manakala Zaki pula adalah Ketua Hakim Negara ketika itu. Zaki bagaimanapun tidak menduduki mana-mana panel yang membicarakan kes berkenaan.
-mk

GEMPAQ!!! LOGO JATI ASAN ALI MACAM LOGO SETAN 666?


KUALA LUMPUR : Jati yang diterajui oleh Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat daripada PAS telah dilancarkan di Shah Alam Convention Center, Shah Alam petang ini.

Walaupun perjuangan tiga jalurnya ialah untuk memartabatkan Islam, Melayu dan institusi Diraja, namun logo Jati dilihat mempunyai persamaan dengan 'logo setan' yang direka bentuk berdasarkan nombor '666'.

Di bawah adalah link di mana Logo Setan itu.

http://artbackwash.blogspot.com/2008/05/satans-logo.html


"MANUSIA MERANCANG,ALLAH JUGA MERANCANG,SEBAIK-BAIK PERANCANGAN 

ADALAH PERANCANGAN ALLAH"

KEBETULAN ATAU SEMEMANGNYA DIRANCANG????
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .