Ikuti Blog ini

Sah Utusan Memfitnah: Diarah Mohon Maaf, Bayar Pampasan Kepada Azan


Mahkamah hari ini memerintahkan Utusan Malaysia memohon maaf terbuka dan membayar sejumlah pampasan kepada Azan Ismail ekoran laporan fitnah akhbar tersebut ke atas Ahli Parlimen Indera Indera Mahkota itu.

Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kamar pada jam 10.00 pagi ini.

Permohonan maaf tersebut perlu disiarkan di akhbar kawalan Umno itu dalam tujuh hari bermula hari ini.

“Utusan sedia membayar gantirugi dan permohonan maaf seperti yang dituntut sebelum ini. Jumlah pampasan tak dapat kita sebut kerana dalam surat penghakiman, mahkamah meminta supaya ia tidak diberitahu umum,” jelas Azan, diwakili peguam, A Vasudevan.

Mengulas kemenangan itu, Azan mengingatkan etika pemberitaan perlu telus dan tepat.

“Pengamal media perlu kembalikan integriti berita mereka, terutama media arus perdana yang ketika dulu sangat tinggi integritinya, tetapi sekarang terlalu terpengaruh memainkan peranan sebagai penyokong kuat kerajaan,” katanya kepada Keadilan Daily.

Pengerusi KEADILAN Terengganu itu memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar dan Utusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambarnya bersama ahli politik yang keluar sebelum itu.

Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri ketika itu.

S'gor peruntuk RM1.68 juta bantu 150,000 ibu tunggal



KUALA LUMPUR:
Dijangkakan seramai 150,000 golongan ibu tunggal di Selangor akan mendapat manfaat bantuan kebajikan dengan pelancaran program terbaru Jom Shopping Ibu Tunggal yang diperkenal Kerajaan Negeri Selangor.
 
Menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kerajaan negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat telah memperuntukkan sejumlah RM1.68 juta untuk tujuan itu.

Menurutnya, program tersebut merupakan satu amanah dan tanggungjawab kerajaan negeri dalam mengembalikan hasil negerui kepada rakyat.

“Kita faham masalah utama rakyat ialah kurang pendapatan, maka kerajaan negeri perlu bijak menguruskan wang jom shopping kepada ibu tunggal," katanya ketika merasmikan program itu di Pasaraya Giant Kota Damansara kelmarin.

Untuk program Jom Shopping Ibu Tunggal ini, mana-mana ibu tunggal berumur antara 19 hingga 59 tahun yang lahir dan bermastautin di Selangor layak untuk memohon.

Permohonan boleh dikemukakan dengan mendaftar di Pusat Khidmat Dun atau secara atas talian di E-bu.selangor.gov.my.

Sehingga kini seramai 25, 000 ibu tunggal sudah mendaftar di portal e-bu dengan 18,001 adalah berbangsa Melayu, 1574 berbangsa India, 792 orang berbangsa Cina dan selebihnya tergolong dalam lain-lain bangsa.

“Ini sudah dibuktikan sepanjang lima tahun pentadbiran Kerajaan Pakatan di Selangor dengan penganjuran pelbagai program kebajikan khusus untuk rakyat,” katanya dipetik Selangorku.

Dalam program tersebut kelmarin, seramai 150 ibu tunggal yang terpilih daripada sembilan Dun di negeri ini menjadi kumpulan pertama yang menikmati inisiatif tersebut.

Mereka adalah dari DunBatu Tiga, Kota Anggerik, Taman Medan, Meru, Seri Setia, Paya Jaras, Bukit Lanjan, Gombak Setia dan Kota Damansara.

Mereka dibawa membeli belah barangan keperluan di pasaraya terbabit dengan ditemani sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta isteri Puan Sri Salbiah Tunut.

Hadir sama dalam pelancaran program tersebut ialah Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, Adun Kota Anggerik, Dr. Yaakob Sapari, Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun Meru, Dr. Abdul Rani Othman dan Pengarah Komunikasi GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Ian Cruddas. -Hrkh

PASUKAN KELANTAN BAKAL HILANG PEMINAT?




Blog Pro UMNO/BN Sekarang Nie Mainkan Isu Nie Untuk Tarik Penyokong The Red Warriors Supaya Sokong TUKAR.

Kapten Pasukan Bolasepak Kelantan Jadi "Alat" Politik UMNO/BN Apabila Secara Terbuka Menyatakan Sokongan Untuk TUKAR Kerajaan Dari PAS Ke BN Apabila Dilihat Beliau Memegang Bendera TUKAR...

Bila Politik Sudah Menular Dalam Bolasepak, Tiada Minat Lagi Dihati ADMIN Untuk Menyokong Pasukan Bolasepak Negeri Kelantan...

Sebenarnya ADMIN Tak Kisah Pun Annuar Musa Pegang Bolasepak Kelantan Tapi Bila Dah Politikkan Mereka Untuk Menyokong UMNO/BN, Sorrylah...

Tak Hairan Lepas Nie Kalau Penyokong Kelate Sokong JDT... Ke Guaner

Sumber : FB Kami Boikot Buletin Utama TV3

TERIAKKAN UMNO NAK TAWAN KELANTAN....PRU 12 DULU PADE DOH...PRU 13 BO LA WEII !!!!


DULU PRU 12 PADE DOH BERAKHIRNYA DENGAN PADAN MUKA!!!!!... KINI PRU 13 DENGAN SLOGAN BARU PULA....BO LA WEII... INS'Y ALLAH AKAN MENJADI RAKYAT BO LAYAN!!!!!

Pada Februari 2008, kira-kira sebulan sebelum PRU 12, Pemuda UMNO Malaysia berketuakan Hishamuddin Hussein,  telah melancarkan kempen “PADE DOH 18” dan di ketuai jejaka paling dibenci di Malaysia ketika itu, Naib Ketua Pemuda Malaysia, merangkap menantu Perdana Menteri ke-5, Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin @ KJ.

Pemuda UMNO dengan sombong dan angkuh menyerang Kelantan seperti Tentera Kristian Eropah menyerang Tentera Islam di dalam Perang Salib.

Berduyun-duyun pemuda-pemudi pemilih berdaftar di Kelantan disumbatkan ke dalam bas-bas sewa khas untuk diangkut dan dihantar menggulingkan Kerajaan PAS Kelantan dengan publisiti mengalahkan blockbuster mega Hollywood.

Tetapi akhirnya, pemuda-pemudi yang berduyun-duyun inilah yang menolak BN di Kelantan.

Kini cara politik sombong dan angkuh yang hampir serupa di ambil alih dan digunapakai oleh Perdana Menteri ke-6 merangkap Presiden UMNO, Najib Razak dengan slogan Bo La Weii Tukar.

Slogan  baru yang dikitar semula ini, dilancarkan oleh Najib Razak pada suatu  program yang dinamakan Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil petang semalam.

Apakah sejarah akan berulang?

Jika diteliti pada cita rasa, kemahuan dan tekad rakyat mau melakukan perubahan secara keseluruhan pemerintahan negara, DENGAN IZIN ALLAH SWT....tidak mustahil ianya akan berulang.

Rakyat Kelantan cara berpolitik tidak sama dengan negeri-negeri lain. Mereka bijak berpolitik terutamanya dikalangan anak-anak muda.

Omakkau cukup yakin.. Cukup-cukup yakin dan percaya. SLOGAN BO LA WEII AKAN BERAKHIR DENGAN RAKYAT BO LAYAN . SEPERTI PADE DOH BERAKHIR PADAN MUKA!!!!


Cara kebetulan
, slogan Pade Doh dilancar sebulan sebelum PRU 12 dan Bo La Wei juga dikatakan serupa juga kerana besar kemungkinan PRU 13 akan diadakan dalam tempoh 1 bulan dari sekarang.

"Seseorang/sesebuah bangsa yang tidak mahu belajar dari sejarah, akan didera dengan melakukan kesilapan yang sama berkali-kali" -Omak Kau

Bekas jeneral mahu jelajah negara bongkar Umno zalim



KUALA LUMPUR: Keempat-empat bekas pegawai tertinggi tentera akan menjelajah seluruh negara untuk membongkar kemungkaran pentadbiran Umno BN, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Mereka ialah Lt. Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat), Brig. Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (Udara), Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig. Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).

“Terima kasih kerana mereka mahu menjelajah seluruh negara untuk pertahankan Pakatan Rakyat. Jelajah ini untuk bongkar kekejaman dan kezaliman Umno BN

“Umno mesti kata saya bayar mereka. Saya ingin jelaskan, tiada bayaran. Sepatah pun tidak ada perbincangan mengenai bayaran.

“Malah Datuk Ghafir sendiri mengatakan beliau tidak mahu apa-apa jawatan atau kerusi,” katanya di sini, malam kelmarin.

Anwar juga tidak menolak kemungkinan fitnah akan disebar terhadap keempat-empat jeneral itu kerana menyatakan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat.

“Pelbagai fitnah mungkin akan muncul terhadap mereka. Namun, saya yakin mereka boleh tangani kerana mereka ini berdarah pejuang,” katanya. -Hrkh

Terbaru Yasin [Penyanyi] Menyertai Pakatan Rakyat [ Keadilan ]

 

KUALA LUMPUR : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini melancarkan Gagasan Anak Muda Malaysia atau ‘Dokumen Merah’ yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda Malaysia sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

IMG_8347Lima perkara itu ialah gagasan pemberdayaan pendidikan, gagasan kualiti hidup, gagasan kesaksamaan poltitk dan demokrasi, gagasan perumahan strategik dan gagasan merakyatkan kebudayaan dan sukan anak muda.

“Pelancaran rasmi akan dibuat di Melaka oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin,” kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip sambil memaklumkan arikh tersebut akan dimaklumkan kemudian. AMK turut melancarkan video klip lagu ‘Reformasi’ di ibu pejabat KEADILAN hari ini, nyanyian artis Yasin yang menjadi lagu rasmi kempen AMK di seluruh negara.

“Yasin adalah duta rasmi kempen pilihan raya AMK. Beliau bersama AMK akan bergerak mengelilingi Malaysia dan turun ke setiap kawasan ditandingi calon AMK,” kata Rozan.

Beliau menjangka, selepas berita penyanyi Yasin sebagai ‘duta rasmi’ AMK dan ‘Dokumen Merah’ dilancarkan, undangan persembahan dan jemputan kempen program akan meningkat. Keadilan Daily . .Nukilan ABu Luqman

Teliti maksud mendalam kenyataan Presiden PAS



SUBANG JAYA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan agar jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tanpa memahaminya terlebih dahulu.

Kata beliau, kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi bahawa PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kerjasama dengan PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu perlu ditelitikan kerana ia mempunyai maksud yang mendalam.

"Apa yang diperkatakan oleh Ustaz Hadi semalam mempunyai maksud yang perlu kita telitikan. Saya tegaskan jadi jangan ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kenyataan tersebut tanpa memahaminya," jelas beliau.

Salahuddin menjelaskannya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Demi Rakyat PKR Cabang Kelana Jaya di sebuah hotel di sini, malam ini

Menurut Salahuddin, sekiranya Pakatan Rakyat tidak menghormati Islam dan Melayu sebagai matlamat perjuangan negara selama ini sudah pasti PAS tidak akan bersama Pakatan Rakyat sejak sekian lama.

Namun perkara tersebut tidak berlaku apabila ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP memahami apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agenda utama mereka.

"Jika Pakatan Rakyat tidak menghormati Islam dan Melayu selama ini sudah parti PAS tidak bersama-sama Pakatan.

"Tetapi itu tidak berlaku, kerjasama semakin kukuh kerana kita memahami  apa yang telah diputuskan, apatah lagi ini semua terkandung dalam perlembagaan," jelas beliau lagi.

Ahli Parlimen Kubang Kerian memberitahu rakyat negara ini tidak kira apa jua kaum tidak perlu risau dengan apa yang berlaku kerana konsep yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan sentiasa dihormati oleh semua parti di dalam Pakatan Rakyat. -Hrkh

"Hijab Adalah Maruah Saya" - Siswi Yang Tudungnya Ditarik Samseng UMNO



Samseng tarik tudung, penjelasan Nor Fatehah

Walaupun masih terkejut dan sedikit trauma dengan apa yang berlaku sewaktu bersama Gerakan Mahasiswa PRU13 - GM13 di Pekan, saya tetap berasa terpanggil untuk memperbetulkan beberapa kenyataan yang dibuat dalam akhbar online ini.

http://www.malaysiakini.com/news/221493

1. Saya tidak pernah sama sekali mengedarkan risalah anti-BN, saya malahan hanya menyerahkan surat harapan dari mahasiswa kepada rakyat. Saya kurang senang bilamana didakwa menghasut masyarakat kerana apa yang dilakukan hanyalah berbincang secara ilmiah dan berhujah bersenjatakan idea dan fakta.

2. Saya dikatakan menangis dan ketakutan. Artikel ini tidak sebegitu lengkap sebenarnya sekiranya ia digunakan untuk menggambarkan keseluruhan peristiwa yang berlaku ketika itu. Saya hanya mengeluarkan air mata apabila saya ditengking dan dimalukan di dalam pasaraya tersebut. Saya malahan hampir dicederakan oleh samseng berkenaan apabila beliau menghayun bakul barang dengan sekuat hati kepada saya. Namun alhamdulillah, tindakan itu dihentikan oleh seorang lelaki baik hati yang berani.

Namun sebab yang paling utama penyebab air mata saya jatuh adalah apabila beliau mula menarik tangan dan tudung saya. Bagi saya itu adalah aurat dan maruah saya yang paling berharga. Kegeraman saya memuncak dan ia dimanifestasikan dengan jeritan untuk menghalang perbuatan mereka serta tangisan tanda sebak juga geram.

3. Kesimpulannya, saya tidak ke sana untuk menghasut. kami hanya bawa idea dan fakta. Ayuh berhujah dengan bijak dan matang.

Saya juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa kenyataan saya ini tidak terkandung unsur fitnah. Terlalu banyak manusia yang menjadi saksi peristiwa ini tidak kira pelanggan, pekerja, orang ramai malah mungkin CCTV di pasaraya tersebut. Apa yang tinggal hanyalah keberanian mereka untuk tampil menyatakan kebenaran.

Namun, cukuplah bagi kita membenci perbuatan bukan tuan punya badan.

Saya tetap mendoakan agar mereka sedar bahawa perbuatan mereka itu sebenarnya telah mengguris hati dan maruah saya sebagai wanita Islam. Hijab adalah maruah saya.

*Nor Fatehah Ahmad.
SU MPP UPM


-KITA TURUT MEMBENCI PERBUATAN TERKUTUK TERSEBUT-
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .