Ikuti Blog ini

Teliti maksud mendalam kenyataan Presiden PAS



SUBANG JAYA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan agar jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tanpa memahaminya terlebih dahulu.

Kata beliau, kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi bahawa PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kerjasama dengan PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu perlu ditelitikan kerana ia mempunyai maksud yang mendalam.

"Apa yang diperkatakan oleh Ustaz Hadi semalam mempunyai maksud yang perlu kita telitikan. Saya tegaskan jadi jangan ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kenyataan tersebut tanpa memahaminya," jelas beliau.

Salahuddin menjelaskannya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Demi Rakyat PKR Cabang Kelana Jaya di sebuah hotel di sini, malam ini

Menurut Salahuddin, sekiranya Pakatan Rakyat tidak menghormati Islam dan Melayu sebagai matlamat perjuangan negara selama ini sudah pasti PAS tidak akan bersama Pakatan Rakyat sejak sekian lama.

Namun perkara tersebut tidak berlaku apabila ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP memahami apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agenda utama mereka.

"Jika Pakatan Rakyat tidak menghormati Islam dan Melayu selama ini sudah parti PAS tidak bersama-sama Pakatan.

"Tetapi itu tidak berlaku, kerjasama semakin kukuh kerana kita memahami  apa yang telah diputuskan, apatah lagi ini semua terkandung dalam perlembagaan," jelas beliau lagi.

Ahli Parlimen Kubang Kerian memberitahu rakyat negara ini tidak kira apa jua kaum tidak perlu risau dengan apa yang berlaku kerana konsep yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan sentiasa dihormati oleh semua parti di dalam Pakatan Rakyat. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .