Kalau macam tu tak salahlah perbuatan mencuri, merompak, menyamun kalau diberi lesen atas alasan bagi mengelakkan daripada berlakunya mencuri, merompak, menyamun secara haram.“Maknanya mengikut teori ini, sikit lagi perbuatan curi, merompak, menyamun pun tidak haram asalkan ada lesen.Dalam ajaran Islam judi, arak, tikam nombor Allah kata najis, tidak ada sebab yang boleh menghalalkan perbuatan itu di sisi hukum agama Islam sama ada dengan cara berlesen atau sebagainya - TGNA
Di sebalik tindakan Pemuda PAS mengadakan protes di seluruh negara hari ini, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta umat Islam mengadakan sembahyang hajat memohon supaya langkah kerajaan mahu mengeluarkan lesen pertaruhan sempena Piala Dunia tidak menjadi kenyataan.
Sehubungan itu, Mursyidul Am PAS menyelar anggota Kabinet Umno yang meluluskan lesen judi dengan berkata “orang macam ini sama ada kita pakat sembahyang hajat minta Tuhan buka pintu hati atau minta mati… mati diri atau mati karier politik.”
Menteri Besar Kelantan ini berkata demikian dalam kuliah mingguannya di Dataran Ilmu di sini hari ini — beberapa jam sebelum Dewan Pemuda PAS menganjurkan demonstrasi membantah langkah kerajaan itu.
Nik Aziz berkata, jika kerajaan menghalalkan amalan pertaruhan dengan memberi lesen tidak salah sekiranya pihak berkuasa memberikan lesen untuk perbuatan-perbuatan jenayah yang lain.
“Kalau macam tu tak salahlah perbuatan mencuri, merompak, menyamun kalau diberi lesen atas alasan bagi mengelakkan daripada berlakunya mencuri, merompak, menyamun secara haram.“Maknanya mengikut teori ini, sikit lagi perbuatan curi, merompak, menyamun pun tidak haram asalkan ada lesen,” kata beliau.
Nik Aziz pernah menimbulkan kontroversi dengan meminta penyokongnya agar berdoa sehingga orang yang enggan memberi royalti minyak kepada negeri Kelantan itu ‘pecah perut’.
Sebelum itu, Nik Aziz pernah mengatakan bahawa mana-mana wakil rakyat daripada Pas yang bertindak keluar parti untuk menyertai Umno selepas pilihan raya umum akan dibakar hidup-hidup dalam neraka kerana mungkir janji.Nik Aziz berhujah berasaskan nas al-Quran dan hadis bahawa perbuatan judi diumpamakan sebagai najis dan hukumnya adalah haram tidak boleh dibenarkan dengan apa jua alasan.
“Dalam ajaran Islam judi, arak, tikam nombor Allah kata najis, tidak ada sebab yang boleh menghalalkan perbuatan itu di sisi hukum agama Islam sama ada dengan cara berlesen atau sebagainya.“Tapi kalau ada orang nak bagi lesen maknanya pandai manusialah dari Tuhan,” kata beliau kesal kerana keputusan meluluskan lesen judi diumumkan oleh seorang menteri Melayu dan beragama Islam.
Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein membuat kenyataan bahawa kerajaan sedang empertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram.Dalam pada itu, Nik Aziz membidas seorang guru pondok di sini yang dikatakan telah menuduhnya sebagai seorang pengamal aliran Wahabi ketika berceramah di Tumpat bulan lalu.
“Ambo (saya) ada (hidup) lagi sekarang ini, sepatutnya mari jumpa ambo dulu sebelum nak tuduh, kata ambo wahabi.“Kalau zaman dulu, orang macam ini kita boleh pegang selam dalam kolah, macam takde kerja tuduh-menuduh orang tanpa usul periksa, mari jumpa empunya diri dulu,” katanya tetapi tidak menyebut individu berkenaan.











"Kalau mereka nak main, main ikut peraturan saya! Bak pepatah, kalau nak tumbangkan musuh, ajak dia main di gelanggang kita. Gelanggang saya di sini, United Kingdom!" Demikianlah kata-kata RPK sambil berseloroh ketika dijemput oleh Solicitor’s International Human Rights Group untuk berucap di BPP Law School, semalam.
Salah seorang hadirin membandingkan situasai antara RPK dengan Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim, "Kamu dan Anwar Ibrahim berdepan dengan keadaan yang sama. Seorang memilih untuk terus berada dalam negara, seorang lagi memilih untuk terbang ke London. Siapakah pula antaranya yang lebih mungkin untuk mengelakkan diri dari malapetaka?"
Abdul Razak ketika itu memujuk D. R.Seenivasagam dengan alasan bahawa ISA diperlukan untuk menangkis serangan komunis, namun ISA kini telah menjadi alat kerajaan untuk menekan mereka yang berbeza pandangan dan menakut-nakutkan pegawai kerajaan, kata RPK.
Ceramah ini diadakan pada jam 2 petang di London, semalam, menarik kehadiran antara 300 hingga 400 orang. Hadirin berdiri dan menyambut ketibaan RPK dengan tepukan gemuruh. Malah, ada yang meminta tandatangan RPK selepas ceramah tersebut.
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyuarakan rasa yakin bahawa Majlis Mesyuarat Raja-Raja Malaysia mampu mempengaruhi kerajaan supaya membatalkan lesen judi bola sempena Piala Dunia 2010.
Bercakap pada sidang media yang sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menempelak Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mencabar PAS menutup premis judi di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat terlebih dahulu.

