Dalam  keghairahan kesemua pimpinan parti baik daripada pihak kerajaan mahupun  pembangkang (peringatan: Umno dan BN adalah pembangkang di negeri  Selangor) berkempen untuk memastikan kemenangan calon mereka di dalam  pilihanraya kecil P094 Parlimen Hulu Selangor, ternyata tidak dapat  menandingi keunikan cara berkempen yang sedang dilakukan oleh Perdana  Menteri Malaysia daripada Umno, Najib Razak.Keunikan kempennya adalah dengan melarikan diri daripada kawasan pilihanraya tersebut, berlawanan dengan cara tradisi yang memaksa kesemua pimpinan menayangkan muka ditempat pilihanraya dan dihadapan para pengundi.
Inilah kehebatan nasihat daripada pakar perunding yang dibawa daripada negara Laknatullah, Israel iaitu Apco Worldwide kepada Najib. Di mana isu Apco begitu lantang disuarakan oleh parti PKR, PAS, DAP mahupun NGO Islam di pentas ceramah Hulu Selangor agar bersama-sama menentang kehadiran ajen Israel di bumi Malaysia ini, Najib telah membawa isu yang melekat kuat kebadannya keluar daripada negara dengan membuat lawatan kerja ke Amerika Syarikat dan Jepun.
Sepanjang kempen prk Hulu Selangor, bapa kepada isu ejen Israel ini membawa sekali isu tersebut tanpa perlu berhadapan mahupun menjawab segala permasalahan yang ditimbulkan.
Isu hubungan Umno dan Apco tidak akan berakhir selagi syarikat yang pro Zionis itu masih berada dalam dakapan Najib dan Umno di bumi Malaysia ini. Rakyat yang berilmu dan beriman tidak akan berdiam diri dan membiarkan sahaja isu ini berterusan. - Ajijoi


























HULU SELANGOR : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang  menegaskan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di  Hulu Selangor adalah pilihan sebulat suara PAS, PKR dan DAP.
"Ketika para pemimpin  Umno lain berebut-rebut nak jadi pemimpin, dia meletakkan jawatan  sebagai menteri kerana menentang salah guna ISA," kata Abdul Hadi  merujuk tindakan Zaid melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan  Perdana Menteri kerana membantah tindakan kerajaan menahan tiga orang  termasuk seorang wartawan di bawah ISA.
Namun, ketidakpuasan  hati ahli Umno di situ jelas dalam pilihan raya ini. Mereka melalui Umno  Hulu Selangor berusaha keras untuk mempastikan seorang calon Umno  bertanding dalam pilihan raya kecil ini, namun apa yang mereka dapat  adalah kosong berbanding MIC yang mendapat tiga menjelang hari penamaan  calon.

