Ikuti Blog ini

P94 Hulu Selangor : Kempen Zaid guna laman ‘Zaid Untuk Rakyat’-m'kini

HULU SELANGOR, 18 April — Selain kempen secara bersemuka, calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim turut tidak ketinggalan daripada menggunakan kemudahan teknologi komunikasi dan maklumat untuk mendampingi pengundi-pengundi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Bagi tujuan itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) membangunkan laman web khas
www.zaiduntukrakyat.com.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berkata, pihaknya juga akan melancarkan talian telefon khas untuk mendampingi pengundi Hulu Selangor.

Langkah itu dilihat sebagai saluran tambahan untuk berkempen.

Zaid juga mempunyai blog beliau selain berkomunikasi dengan orang ramai menerusi twitter dari semasa ke semasa.

Semalam beliau turut berkomunikasi dengan peminat-peminatnya menerusi twitter ketika urusan penamaan calon sedang berlangsung di Kuala Kubu Baru.

Fuziah juga berkata, PKR akan cuba untuk memujuk 15,000 pengundi Hulu Selangor yang kini tinggal di kawasan luar termasuk di Kuala Lumpur agar pulang untuk mengundi pada 25 April ini.

“Kami akan cuba untuk akses kepada menerusi panggilan telefon, SMS, surat dan juga bercakap dengan ibu bapa mereka di sini. Mereka wajar kembali Ahad ini untuk menjalankan hak demokratik mereka,” katanya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .