Ikuti Blog ini

Bukti Nyata Polis Pilih Kasih


Gambar menunjukkan Noh Omar bersama para penyokongnya semalam di Selangor menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar.

Apakah undang-undang hanya dikuatkuasakan kepada rakyat jelata lain sedangkan pemimpin dan pengikut UMNO tidak perlu mematuhi undang-undang?

Sila jawab wahai KPN. Sila jawab wahai polis Selangor.

Jika anda tidak boleh menjawabnya, letak jawatan sesegera mungkin sebelum anda nanti menerima hukuman keadilan dari Yang Maha Adil. -GB

Umno tenat, sanggup peralat mufti berbohong

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Tindakan Umno yang tergamak memperalatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya berbohong dan mendakwa terdapat pimpinan PAS yang meminta beliau menguruskan perpaduan PAS-Umno membuktikan parti itu memang tenat dan terdesak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat melihat sendiri tingkah laku dan kelakuan Umno di penghujung hayat mereka.

"Institusi agama seperti jawatan mufti pun sanggup diperkudakan. Semuanya halal bagi mereka asalkan dapat terus berkuasa. Dulu, kini dan selamanya Umno menipu rakyat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat apa yang berlaku kepada Umno itu sebagai balasan Allah malah beliau yakin rakyat juga ingin melihat Umno dimuziumkan.

"Akhirnya balasan Allah ke atas mereka sehinggakan daripada parti yang nampak hebat dan perkasa, sekarang ini desperate.

"Saya berkayakinan umat Islam dan bangsa Melayu ingin melihat Umno dimuziumkan berserta kebobrokan, kezaliman dan kerakusannya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga menyindir Umno kerana baru sekarang "terlolong ingin menyatupadukan bangsa Melayu".

"Inilah balasan kepada sikap bongkak, sombong dan kezaliman mereka. Kezaliman mereka bukan sahaja terhadap rakyat, malah alam semula jadi Malaysia pun mereka zalimi demi memenuhi kerakusan mereka," katanya. -Hrkh

SOALAN-SOALAN LISAN DATO SRI NIZAR

YAB DATO’ SERI IR. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN
ADUN PASIR PANJANG


SOALAN-SOALAN LISAN

1. Soalan kepada EXCO Pembangunan Ekonomi Dan Industri.“Apakah manfaat jangka panjang yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri dengan langkah menjual pegangan saham dlam anak-anak syarikat Kerajaan Negeri kepad syarikat-syarikat korperat bukan bumiputra seperti Kilang Simen Perak Hanjung kepada YTL Berhad dan Ladang Perbadanan Fina kepada KLK Berhad”?

2. Apakah masalah utama yang menyebabkan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri tidak menunjukkan kemajuan dalam menjana pendapatan Negeri khusus Perbadanan Kemajuan Negeri Perak? Sedangkan pihak Kerajaan Negeri menyediakan seperti tanah untuk dimajukan.

3. Apakah kewajaran dan rasionalnya pihak Kerajaan Negeri untuk menyerahkan pengurusan 2 buah sekolah agama terkenal iaitu Sek.Men.Izzudin Shah dan Sek.Men.Raja Perempuan Taayah kepada Kerajaan Pusat sedangkan pada masa yang sama bajet tahun 2010 untuk Kementerian Pendidikan telah dikurangkan…..


SOALAN-SOALAN BERTULIS

1. Melalui berita akhbar bahawa Kerajaan Negeri telah memperoleh sejumlah RM11.6 billion nilai pelaburan asing sepanjang tahun 2009. Nyatakan secara terperinci jumlah mengikut syarikat dan bidang pelaburan serta tahap perkembangannya setakat Februari 2010.

2. Apakah langkah Kerajaan dalam memastikan kawasan perindustrian Kemunting kembali aktif dan berpotensi tinggi dalam menjana ekonomi Negeri? Hari ini banyak kilang yang telah ditutup.

3. Sejauh manakah perkembangan pelaksanaan projek di Wilayah Utara Perak di bawah rancangan NCER?

4. Berapakah nilai kos promosi sepanjang 2009 hingga Februari 2010 untuk meyakinkan rakyat dan pelabur kepada YAB Menteri Besar yang disahkan oleh mahkamah?

5. Sehingga kini bagaimanakah tahap kemajuan projek air bawah tanah di daerah Batang Padang yang diusahakan oleh pihak Sime Darby Berhad?

Tawanan Mavi Marmara di racun!

http://buletinonline.net/images/stories/berita29/Jamulidin%20Aliass.jpgKUALA NERUS - Beberapa orang peserta konvoi 'Freedom Flotilla' mendakwa telah diracun dengan 'arsenik' ketika mereka ditawan dan dibawa ke penjara, setelah kapal Mavi Marmara diserang komando Israel di perairan antarabangsa pada 31 Mei lalu.

Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Haji Jamulidin Alias berkata para peserta dari Malaysia yang turut menjadi tawanan Israel kini sedang menunggu keputusan ujian darah mereka yang telah dihantar ke Australia.

"Kita masih tidak tahu samada positif atau negatif, kita sedang menunggu keputusan ujikaji darah yang telah dihantar ke Australia,"katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah pengalaman beliau menjadi tawanan regim Israel laknatuLlah, disini, semalam 21 Julai.

Menurutnya, empat orang peserta dari Indonesia, sebagaimana dimaklumkan kepada beliau, telah mula mengalami pelbagai 'komplikasi' akibat kesan racun tersebut.

Katanya, beliau yang turut ditawan selama tiga hari di penjara Israel mengesyakki diberi makanan beracun ketika dalam penjara tersebut.

"Kami diingatkan supaya berpuasa sekirannya ditawan Israel, kami berpuasa, tetapi apabila waktu berbuka, kami dihidangkan dengan roti,
"saya rasa roti tersebut terlalu sejuk, saya mengesyakki sesuatu,"jelasnya ketika menceritakan pengalamannnya

Namun begitu, perkara tersebut tidak akan melemahkan usaha para aktivis untuk meneruskan usaha menghantar bantuan kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin khususnya penduduk Semenanjung Gaza.

Sehubungan itu, beliau berkata beberapa sukarelawan dari Malaysia akan pergi menyertai konvoi 'Freedom Flotilla' 2 yang dijangka belayar ke Gaza pada bulan Otober atau November akan datang.

"Sebanyak 60 buah kapal dari 60 buah negara telah pun menyatakan kesediaan mereka belayar ke Gaza, yang dijangka membawa beribu aktivis dari seluruh dunia,"ujarnya.

Menurutnya, selain cuba memecahkan sekatan Israel menggunakan jalan laut, para aktivis juga sekaligus bercadang, pada masa yang sama akan berusaha masuk melalui jalan darat.

Beliau menasihatkan kepada rakyat Malaysia yang berhasrat untuk menyertai konvoi tersebut supaya menyeleraskan perjalanan mereka dengan pihak Kementerian Luar Negeri di Wisma Putera. -BO

Kepada Najib: Jangan Buat Andaian Rakyat Tak Meluat Dengan UMNO

Najib: Jangan buat andaian rakyat meluat dengan Umno

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menafikan rakyat sudah meluat dengan parti itu, sebaliknya menegaskan komponen utama Barisan Nasional (BN) tersebut mempunyai lebih daripada tiga juta ahli.

“Tak betul, tak betul (andaian meluat)... kita adalah parti yang terbesar mewakili orang Melayu, mempunyai 3.1 juta ahli,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini.

Dengan menghalakan jari menandakan “1 Malaysia”, Najib (gambar) berkata, “saya tidak terima anggapan itu (meluat).”

Sehubungan itu Perdana Menteri dan Pengerusi BN meminta jangan membuat andaian yang “bukan-bukan”.

Najib memberitahu, selepas proses pemutihan yang dijalankan awal tahun ini Umno kini mempunyai 3,186,850 orang.

Umno telah mengeluarkan hampir 600,000 ahli daripada daftar keahliannya.

Ditanya kedudukan Umno Kelana Jaya, Najib berkata, mesyuarat hari ini tidak membincangkan soal kepimpinan bahagian itu.

“Kami tidak bincang,” kata beliau sambil menambah, oleh kerana Ketuanya Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah menurunkan mandat kepada timbalannya Datuk Yahaya Bujang, maka beliau akan memangku jawatan ketua bahagian itu.

“Beliau sudah turunkan kuasa, maka beliau (Yahya) boleh memangku,” katanya.

Semalam, Yahaya mengesahkan Muhammad telah memberikan mandat sepenuhnya kepada beliau untuk menjalankan tugas-tugas sebagai ketua bahagian itu bermula April 2009.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya semua pihak menghentikan desakan terhadap Muhammad, yang juga bekas menteri besar Selangor supaya melepaskan jawatan sebagai ketua bahagian tersebut.

“Sebenarnya Tan Sri Muhammad telah memberikan mandat sepenuhnya kepada saya selaku Timbalan Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya untuk menjalankan tugas-tugas Ketua Umno bahagian bermula dari April 2009.”

Najib juga berkata, mesyuarat MT juga tidak membincangkan isu berkaitan ketidakhadiran empat Ahli Dewan Undangan Negeri pada persidangan perwakilan bahagian itu yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kami ambil maklum (isu Setiu),” katanya. -TMI
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .