Ikuti Blog ini

Terkini ! - Jawapan TG Hj. Abd. Hadi.

Tok Guru Hj Hadi (TGHH) sebenarnya telah lama menjawab segala apa yang terbuku dihati blogger-blogger yang masih lagi memutar-belit isu UG dan beberapa isu lain, agar menampakkan bahawa PAS itu telah berpecah kepada dua kumpulan.

Malangnya, ini hanya berlaku di Malaysia. Isu-isu lapok dicungkilkan kembali dan di'spin' agar matlamat si 'zalim' tercapai. Pelajar dan rakyat kita di UK telah lama faham dan jelas isu-isu tersebut. Tanpa masalah.

Isu-isu yang dijana semula untuk kepentingan peribadi dan keuntungan pihak tertentu sebenarnya pernah dijawab secara tuntas oleh TGHH. Beberapa video jawapan yang dipetik dari sebuah channel youtube: "Islamic Home Media (IHMedia)" telah lama tersiar sejak 15 Jun 2009, sepatutnya menjadi salah satu rujukan asas kepada penggemar politik tanah-air.

Diharap pihak webmaster menjadikan video-video tersebut sebagai 'Sticky Video' dimuka depan blog anda semua, supaya tiada lagi isu-isu berbangkit dan di'spin' oleh puak-puak bathil, yang sengaja memburuk-burukkan pemimpin PAS dan mengeji Presiden tanpa hujah yang tuntas. Kepada pengunjung, anda semua disaran menonton semua bahan media tersebut, terutama Part 7 (dimana isu UG disebut).

Sebanyak lebih daripada 13 soalan dijawab oleh TG Presiden, semuanya bersifat ilmiah. Dari isu bahasa, isu demokrasi pilihanraya dan lain-lain lagi. Dan diharap perkara-perkara bathil tidak lagi disemarakan didalam blog-blog pemfitnah (samada pembawa, pembuat, mahupun pembuka atau muqaddimah kepada fitnah!). Sesungguhnya benar, pembawa berita bathil adalah dekat dengan neraka!




"SELAMAT MENONTON"

TGNA vs. Najib - Awas kamu !!

MB Kelantan, TG Nik Aziz akan terus mengangkat tangan ke langit luas berdoa ke hadrat Allah swt. Awas Najib, itu janji kamu kepada Kerajaan Kelantan berdasarkan kepada perjanjian asal yang dimeterai. Siapakah yang boleh menghalang beliau (TGNA) dan rakyatnya dari terus berdoa dalam gelap di malam buta dinihari, biarpun secara sendirian ?

"Ingat, Jika Najib tak beri, beliau akan berdepan dengan kemusnahan, baca seterusnya KLIK IMEJ DIBAWAH.

sumber : Harakah cetak edisi terbaru

KERAJAAN PERLU PEGANG PADA PRINSIP KEBEBASAN BERSUARA

PETALING JAYA: Menteri Besar Rakyat Perak, Datuk Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan perlu berpegang kepada prinsip kebebasan bersuara dan pandangan rakyat.

Kata Nizar, Kerajaan perlu menerima pandangan dan kritikan daripada rakyat melalui debat terbuka dan ia bukan untuk melemahkan agensi kerajaan.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) semalam supaya berhenti berdebat secara terbuka sehingga boleh mengakibatkan mereka terperangkap dengan strategi pembangkang untuk menimbulkan perasaan buruk sangka terhadap kerajaan.

Muhyiddin berkata, pembangkang sentiasa mencari jalan untuk memburukkan imej institusi dan agensi-agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan institusi diraja.

Dalam hal ini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu menambah, Muhyiddin seharusnya menunjukkan sikap satu Malaysia yang dilaung-laungkan oleh perdana menteri.

"Kami tidak ada tujuan dan strategi untuk memerangkap pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dalam bentuk debat terbuka," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan, Zuraidah Kamaruddin berkata, sebarang isu yang dibangkitkan atau didebatkan bukanlah untuk mencari silap mana-mana agensi kerajaan tetapi sebaliknya memberi ruang kepada masyarakat untuk bersuara.

"Ini bukan strategi pembangkang untuk meraih suara rakyat tetapi kami mengamalkan konsep kebebasan bersuara.

"Jika mereka (pemimpin kerajaan) tidak mahu berdebat bermakna mereka takut menerima teguran dan menghadapi perbezaan pendapat," ujarnya.

Beliau yang tidak bersetuju dengan pendapat Muhyiddin mengganggap saranan itu mengekang hak kebebasaan bersuara masyarakat.

Budaya busuk sampai ke ju**r dalam umno











Salam...kekawan semua...betul ke orang umno busuk sampai ke usus ? jawapannya betul bukan aku kata Chet Det kata...sini

Hello kekawan betulkah umno ada bapak raccist ? betul... bukan aku kata..sini kata

Tengok gambar pun dah tau jawapan...kalau musuh umno buat riuh satu dunia tapi bila anak buah demer buat diam membisu ..apakah jadah semuanya ni? You all fikir ler sendri......

Perak Darul Kartun


Selepas mempunyai masalah dengan pihak KDN mengenai permit penerbitan Gedung Kartunnya, kartunis Zunar melalui syarikatnya, Sepakat Efektif meneruskan penerbitan kartun itu dalam bentuk lain.

Kali ini mereka mengumumkan penerbitan Gedung Kartun edisi kedua dalam bentuk buku dengan tajuk "Perak Darul kartun" (PDK).

Kenapa mereka memilih buku?

"Buku adalah penerbitan tidak berkala, dengan itu tidak memerlukan permit penerbitan, hanya ISBN yang mana kami telah memperolehinya," kata Zunar atau nama sebenarnya, Zulkifli Anwar ul Haq.

(Gambar: Zunar bersama dengan pasukan kartunisnya)

PDK mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk kulit muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah.

Cetakan pertama adalah sebanyak 10, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara online melalui website cartoonkafe.com.

"Penyambungan penerbitan ini dalam bentuk buku membuktikan pihak kami tidak berhasrat berkonfrontasi dengan pihak KDN kerana itu bukanlah matlamat kami.

"Matlamat kami adalah untuk menghasilkan karya-karya alternatif dalam konteks Malaysia, dengan isu-isu dan pendekatan yang selama ini gagal diketengahkan oleh karyawan negara ini, khususnya kartunis," kata Zunar.

Zunar percaya kartunis bukan sahaja berperanan mengenengahkan unsur lelucon dalam karya, tetapi punya tanggung jawab sosial untuk mengkritik, merakam realiti, memberi informasi, membawa suara rakyat dan mendidik.

"Kami berpendirian tegas bahawa kartunis tidak boleh berdiam diri atau berkecuali, tetapi harus menyatakan pendirian apabila masyarakat atau negara berdepan dengan krisis. Dan pendirian itu harus diterjemahkan dalam karya," katanya.

Kandungan

Seperti juga Gedung Kartun, PDK menampilkan karya-karya kartun dan rencana yang mengkritik pedas kebobrokan, salah-guna kuasa, rasuah penguasa dengan sepuluh muka surat pertama ditumpukan kepada isu 'rampasan kuasa' di Perak oleh kerajaan BN.

Selain itu, turut dimuatkan ialah ruangan khas watak pemimpin negara bernama “Datuk Nazak”, slot “Negaraku” yang memaparkan kritikan pedas terhadap isu semasa, tiga muka surat karya Enot bertajuk “Nostalgia 98” yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus.
Ruangan “Selangor Tanahairku” diteruskan untuk memberi publisiti tentang dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat dengan pelbagai program kebajikan yang telah dijalankan.

PDK juga menyiarkan komik empat belas muka surat karya ahli akademik dan sejarawan Dr Farish Noor bertajuk “Istana Kita”.

Sasterawan Negara, A. Samad Said menyumbangkan puisi tajamnya mengkritik pemimpin yang cakap tak serupa bikin sementara penyair Pyanhabib terus menulis di dalam kolumnya (seperti di dalam majalah Gedung Kartun) yang diberi nama “Racau”.

Aktivis Hishamuddin Rais menulis cerpen ‘Riwayat Tok Seri Jantan Takubin” dan seniman Rahmat Haron membongkar kisah misteri “Siri Bercakap Dengan Puaka”. PDK juga menampilkan peguam muda Puspa Ros menulis tentang undang-undang di dalam kolumnya “Dari Meja Loyar” yang bertujuan untuk membangkitkan kesedaran rakyat tentang hak-hak mereka yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Umno Parti ‘Racist’; Ustaz-Ustaz Dalam Umno Wajib Keluar Parti!

KUALA NERUS – Pemimpin Umno yang ‘racist’ telah bertelagah sesama sendiri, dengan masing-masing ‘pakat’ menggelar diri mereka diantara satu sama lain dengan panggilan ‘racist’ (orang yang mengamalkan perkauman).

http://buletinonline.net/images/stories/berita16/IsmailDgg.JPGSemalam, 7 Disember, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz yang mengakui beliau tidak boleh lari dari menjadi seorang ‘racist’, telah menggelar bekas Presiden Umno Tun Mahathir Mohamad sebagai ‘bloody racist’.
Nazri berkata demikian apabila Mahathir membalas kenyataannya, yang mahu merombak kurikulum Biro Tata Negara (BTN) kerana BTN telah melatih rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu menjadi ‘racist’.

Pada 6 Disember, Mahathir berkata kerajaan tidak perlu merombak Biro Tata Negara (BTN) sebagai membalas kenyataan Nazri yang mengumumkan kabinet akan merombak kurikulum ‘racist’ BTN.

Hari ini, 8 Disember, Mahathir dan Nazri, kedua-duanya pemimpin parti Umno yang ‘racist’ berbalas-balas kenyataan tentang siapa yang lebih ‘racist’.

Mahathir telah mencabar Nazri keluar dari parti Umno yang ‘racist’, kerana kata Mahathir, Umno memang parti ‘racist’.

Namun begitu, kira-kira dua bulan lalu, pada pembukaan Perhimpunan Agung Umno 15 Oktober lalu, Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak memberi amaran kepada parti-parti politik lain khususnya Pakatan Rakyat, jangan menuduh Umno sebagai parti yang bersifat perkauman (racist).

Pada masa yang sama beliau menafikan Umno adalahsebuah parti politik yang ‘racist’

Hari ini, jelas cakap Najib adalah tidak benar, apabila bekas Presiden parti ‘racist’ Umno mengesahkan, memang Umno parti ‘racist’ dan Nazri turut mengakui, memang Umno adalah ‘racist’

Sehubungan itu, Ketua Urusan Ulamak PAS Kuala Nerus, Ustaz Ismail Dagang, menasihatkan supaya semua ustaz-ustaz yang masih menjadi ahli Umno, keluar dari parti Umno yang ‘racist’.

Menurutnya, Islam melarang orang-orang Islam yang beriman, berjuang atas dasar ‘perkauman yang sempit atau dalam bahasa sekarang dipanggil ‘racist’

”Orang-orang Islam yang beriman wajib berjuang menegakkan Islam, dan meperjuangkan Islam sahaja,

”perjuangan menegakkan ‘bangsa’ tidak ada dalam Islam, apatah lagi ‘menegakkan perkauman yang sempit,”katanya kepada Buletinonline semalam.

Secara khusus katanya, beliau mengajak dua orang ustaz dalam Umno Terengganu, supaya kembali memperjuangkan Islam bersama Parti Islam dan meninggalkan Umno.

”Semalam telah jelas, bekas Presiden Umno dan Ahli Majlis Tertinggi Umno mengesahkan Umno adalah parti ‘racist’, parti yang bersifat perkauman,

”Oleh itu saya mengajak kedua-dua pemimpin Umno, YB Tepoh dan YB Batu Rakit supaya meninggalkan Umno, wajib bagi mereka keluar dari Umno,”jelasnya.

"Cina Kaum Pendatang" – MCA, GERAKAN macam mana???

MCA dan Gerakan dicabar keluar dari Barisan Nasional (BN) berikutan pembatalan penggantungan bekas Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang pernah mengeluar kenyataan “Cina adalah kaum pendatang.”

Ahli Parlimen DAP-Ipoh Barat, M Kulasegaran menganggap MCA dan Gerakan sebagai parti tidak berprinsip jika kekal dalam BN walaupun tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

“Apa pendirian Gerakan dan MCA dalam hal ini? Adakah mereka berani membuat keputusan meninggalkan BN. Itu yang patut dibuat jika mereka ada prinsip.

“Saya tidak hairan dengan keputusan Umno. Mereka langsung tidak menghiraukan desakan Gerakan dan MCA dulu yang mahu menghukum Ahmad.

“Kini semuanya kabur,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, sambil mendesak Umno membuat pengumuman rasmi mengenai isu itu.

September tahun lalu, Ahmad digantung keahlian dan dilucut hak-haknya dalam Umno selama tiga tahun kerana menyentuh sensitiviti kaum, tapi dibatal Jumaat lalu.

Pembatalan itu dibuat Umno dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) manakala Ahmad sudah dimaklumkan perkembangan itu tetapi tiada pengumuman rasmi setakat ini.

Pada satu ceramah 23 Ogos 2008 dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ahmad didakwa menyebut masyarakat Cina adalah pendatang dan tidak layak menuntut hak yang sama.

Ahli Parlimen DAP-Bukit Bendera, Liew Chin Tong pula berkata, pembatalan itu meningkat imej rasis Umno dan bertentangan dengan semangat 1Malaysia.

Beliau tertanya-tanya pendirian Pengerusi BN Pulau Pinang yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Koh Tsu Koon yang terlibat secara langsung dalam pertelagahan dengan Ahmad Ismail.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam soal perpaduan, apa pendirian Tsu Koon? Dan, apa sebenarnya mesej yang mahu disampai melalui keputusan itu?” katanya.

Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula menyifatkan penggantungan itu ditarik balik bagi mengukuhkan konsep Ketuanan Melayu.

Menyifatkan keputusan itu mengecewakan banyak pihak, beliau mendapati Umno cuba memulihkan individu yang didapati bersalah dalam kelakuan mereka semata-mata atas dasar kepentingan politik. -FMT
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .