Ikuti Blog ini

Nizar Masih Ada harapan - Sivakumar Boleh Guna Peguam Sendiri

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar boleh diwakili oleh peguam peribadi.

Panel tiga hakim memutuskan perkara itu selepas mendapati tiada peruntukan yang menyatakan Speaker mesti diwakili oleh penasihat undang-undang negeri kerana di bawah Akta Tatacara Kerajaan, Speaker bukan seorang pegawai kerajaan negeri.

Panel tiga hakim berkenaan ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Ahmad Ma’arop membuat keputusannya sebulat suara.

"Kami tidak menemui sebarang peruntukan di dalam undang-undang yang speaker mesti diwakili ole Penasihat Undang-undang negeri. Di bawah Akta Tatacara Kerajaan, seorang speaker bukan merupakan seorang penjawat awam atau seorang pegawai kerajaan negeri.

“Perayu adalah bebas untuk menggunakan khidmat peguam persendiriannya,” tegas hakim Raus yang membacakan keputusan tersebut.

Kelab Greenboc sebelum ini pernah mempertikaikan penghakiman Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim di Mahkamah Tinggi Ipoh yang mengarahkan supaya Sivakumar diwakili oleh Penasihat Undang-undang Negeri Ahmad Kamal Md Shahid dan bukan oleh peguam peribadi beliau, Tommy Thomas, yang turut hadir di mahkamah. Hujjah kami menyamai dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Penal hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang membuat keputusannya hari ini yang menetapkan bahawa Sivakumar berhak menggunakan peguam Persendiriannya kerana beliau bukan seorang penjawat awam.

Sebelum ini Kelab Greenboc telah menyemak bahawa:

Artikel 132(3)(b) adalah jelas instruktif yang mengkategorikan bahawa “perkhidmatan awam tidak melibatkan” Speaker Parlimen dan juga Speaker dewan-dewan undangan negeri.

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini memberikan sedikit harapan untuk penyelesaian kemelut politik Perak yang berpanjangan serta harapan kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk kembali berkuasa di Perak. Ini adalah kemenangan pertama kerajaan Nizar di dalam mahkamah.

Keputusan Mahkamah rayuan hari ini juga akan membolehkan Tommy Thomas mengetuai semua penal peguam yang mewakili V.Sivakumar di dalam beberapa kes saman di Mahkamah Tinggi Ipoh. Tommy Thomas ialah seorang pakar perlembagaan dan seorang peguam yang terkenal di dalam kes-kes yang melibatkan perundangan dan perlembagaan.

Jika Sivakumar memenangi mana-mana kesnya samada sebagai plaintif atau defenden, kerajaan BN yang dipimpin oleh Zambry akan tercabar dan akan membolehkan Nizar kembali untuk menjadi Menteri Besar.

"Pokok Demokrasi" telah di 'pukul' oleh Samseng Taik Minyak

Gambar sewaktu Sidang Media diadakan pada jam 11.00 pagi tadi oleh YB Ngah Kor Meng, MP Kulasinggam , YB Chan Ming Kai , Setpol Menteri Besar Misbahul Munir dan lain-lain.





Gempar pagi ini apabila menerima SMS daripada Ketua Pemuda Tambun , Zairun Azrun memberitahu dengan ringkas :

Slm papan tanda demokrasi bwh pokok sudah d musnahkan pg ini.

Saya memang sedang bersiap-siap untuk pergi ke hospital bagi ujian darah (routine). Saya terus menuju ke tempat pokok demokrasi itu dan telah sedia ada dua juru gambar media sedang sibuk mengambil gambar plaque yang di pecahkan.


Selain plaque tersebut, tanda nama pokok Amanah
juga turut dimusnahkan sama oleh manusia yang
kurang siuman itu.

Perbuatan ganas ala budak-budak sakit otak! terfikir agak-agaknya berapalah upah yang mereka dapat kali ini. Saya diberitahu oleh informer saya , semasa samseng Melayu buat kacau menghalang rombongan Adun Pakatan Rakyat daripada memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan dulu tu hanya mendapat upah RM50.00 sahaja!


Ah! bukan banyak mana sangat! Hari ini saya pergi ke pasar Gunung Rapat beli 2 ekor ketam, sekilo Udang Kertas dan sekilo Lala dan sekilo Mee basah pun dah mencecah RM50.00!

Nampaknya lebih murah membeli samseng Melayu. Mungkin kalau mereka ada sedikit otak macam udang, harga mereka akan lebih mahal sedikit!





BERJUANG PERTAHAN BAHASA IBUNDA JADI KESALAHAN

Malaysia Language Protest

Di bawah ini adalah individu yang dikehendaki oleh Polis untuk membantu siasatan kerana berhimpun untuk mendaulatkan Bahasa Melayu pada 7 Mac lalu.

Berhimpun untuk MENDAULATKAN BAHASA MELAYU pun suatu kesalahan di bawah pemerintahan BN???????

YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said
YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa
Haji Mohamad Sabu
YB Hj Salahuddin Ayub
Datuk Mahfuz Omar
YB Saifuddin Nasution Ismail
Professor Dr Shaharir Mohd Zain
Professor Dr Abdullah Hasan
Hasni Abas,
Che Shamsudin Othman (Dinsman),
Mohammad Faizal Abd Aziz,
Aizad Mohd Saleh,
Muhammad Haafizuddin Abirerah
Kamarulzaman Mohamad
Iskandar Mohd Akin
Khairul Anuar Ahmad Zainuddin
Suhaizan Kaiat
Ainon Mohd.
Ustaz Idris Ahmad
Rozan Azen Mat Rasip

Mengapa tak panggil semua sekali lebih 60,000 orang.......kan semua mereka ini turut sama berhimpun ....termasuk Haji Samah, Pak Ngah Dollah, Mat Siput, Ngah So'od, Mak Itam Senah, Mek Selamah, Dollah Goreng, Samad Kengkang, Din Kelentong, Pok Wil Bukit Abal, De Kiah, Pok Su Cha, Pok Ya Tigo, Jenab Janda, Man macho dan lain-lain.





Altantuya : Gobind Gelar Najib Sebagai Pembunuh


Timbalan Perdana, Najib Razak yang kini ditekan atas dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dikejutkan hari ini dengan panggilan "pembunuh" oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Deo dalam Dewan Rakyat.

Kejadian berlaku apabila Gobind bangun mengajukan soalan sejurus sahaja Najib selesai menyampaikan ucapan beliau.

Anak kepada tokoh veteran DAP Karpal Singh itu menyentuh mengenai kes kematian mengejut A Kugan, seorang pemuda berusia 22 tahun yang ditahan polis berhubung siasatan sindiket curi kereta mewah pada 20 Januari lalu.

Gobind meminta Najib menjawab sama ada mereka yang terbabit dengan kematian Kugan akan di dakwa.

Gobind turut merujuk kepada perbicaraan Altantuya yang berat sebelah kerana saksi penting seperti Najib tidak dipanggil oleh mahkamah untuk memberi keterangan.

Timbalan Speaker, Ronald Kiandee dengan segera cuba menyekat Gobind daripada terus bercakap atas alasan apa yang disentuh oleh Gobind tidak relevan.

Melihat Najib tidak menjawab dan sedang bangun untuk meninggalkan dewan, Gobind berkata, "saya belum habis bertanya dengan anda.”

“Tolong duduk dan jawab soalan saya. Jawap soalan saya Pembunuh,!” tegas Gobind.

Isteri Najib, Rosmah Mansor berserta dua anak mereka juga berada di galeri awam semasa kejadian itu berlaku.

Setelah beberapa kali di minta duduk, akhirnya Gobind diperintahkan keluar dewan dan digantung dari dewan sehingga tamat sidang semalam.

"Tuan Speaker, anda sepatutnya berasa malu atas tindakan ini," kata Gobind semasa beliau diiring pengawal keluar dari dewan.

Beliau berkata penggantungan dari menghadiri sidang dewan tidak memberi kesan terhadap beliau tetapi menegaskan soalan yang penting harus diajukan kepada pihak berkenaan.



Isu PPSMI - PAS Bukan Dalang, Tapi Pejuang

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/gmp%20keparlimen3.jpg

Kuala Terengganu – Tidak mungkin para profesor, berpuluh-puluh orang profesor, diketuai oleh Datuk Dr Hassan Ahmad, Profesor Dr Shahrir Md Zin, Profesor Ameritus Dr Abdullah Hassan, Prof. Dr. Awang Sariyan, Profesor Dr. Nik Safiah Karim, A. Samad Said (Sasterawan Negara), Dato' Dr. Anuar Ridzuan dan ramai lagi, semuanya sanggup dijadikan dalang dan ditunggangi ?


Demikian soal Ketua Lujnah Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik ketika menolak kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Razak bahawa bantahan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) didalangi pembangkang. (Gambar - Ustaz Abu Bakar, kiri sekali, bersama Jawatankuasa GMP menyerahkan memorandum kepada Meneteri Pelajaran)

Menurutnya PAS sudah memperjuangkan isu PPSMI sejak ia mula dilaksanakan tahun 2003 dimana anak kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat Prak, Dato’ Seri Nizar Jamaludin telah menyaman kerajaan kerana melaksanakan dasar tersebut.

Beliau berkata dalam keadaan sekarang, PAS meneruskan perjuangannya membantah dasar tersebut dan kemudian timbul Gerakan Mansuhkan PPSMI yang dipimpin oleh Bekas Ketua Pengarah Dewan bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Hassan Ahmad.

“Tinggal lagi kebelakangan ini muncul gerakan GMP, Gapena juga diambil perjalanan oleh Dr, Ismail Husin dan bepluh-puluh pensyarah di universiti mengambil perjalanan, mereka bergerak dalam konteks untuk mencari sokongan,

“PAS sudah ada (berjuang) jadi PAS menawarkan apa-apa kemudahan, sebab ia memang selari dengan hasrat (perjuangan) PAS, kemudian mereka nak pinjam pentas PAS, nak minta bantuan, kita tolonglah,”jelas beliau dalam sidang media di sini semalam.

Katanya terpulang kepada pihak tertentu yang melihatnya sebagai agenda politik, pendirian PAS melihat PPSMI tiada jalan (ruang) untuk kerajaan laksanakan.

Katanya dasar tersebut yang dilaksanakan tergesa-gesa perlu dihentikan kerana ia bercanggah dengan perlembagaan, dengan akta pendidikan, dengan suara rakyat dan bercanggah kaedah pembangunan kokurikulum.

“Yang sebenarnya kita (PAS) yang diperalatkan oleh GMP kalau nak dikatakan diperalatkan oleh GMP pun, kita sanggup diperalatkan,

“kalau sekiranya ‘bahasa’ nak diperalatkan itu hendak dipinjamkan, PAS begitulah, Kita akan turun lagi, kalau sekiranya GMP perlukan kita,”tambah Ustaz Abu Bakar apabila ditanya adakah PAS yang diperalatakan dalam isu PPSMI ini.

Katanya, sebagai parti politik, PAS sentiasa menyokong dan memimpin perjuangan rakyat dinegara ini dan bersedia menawarkan bantuan kepada mana-mana pihak.

Terdahulu, beliau memaklumkan, Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan akan membuka satu platform membincangkan isu pendidikan negara dalam Seminar Pendidikan Islam Kontemporari Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah, Tok Jiring, Sabtu dan Ahad ini.

Menurutnya, seminar berkenaan bertujuan melihat permasalahan pendidikan di Malaysia yang tidak mantap terutama dari aspek kerohanian memandangkan masih ramai tidak bersikap amanah sebaik memasuki alam pekerjaan.

Sebanyak enam kertas kerja akan dibentangkan dalam seminar dua hari itu oleh tokoh-tokoh pendidikan daripada PAS untuk mencari resolusi dalam usaha membantu memantapkan pendidikan negara



Toyo tarik Janggut Saari kerana sayang Isteri



Ketua Pembangkang Dun Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo menarik janggut Adun Hulu Klang, Saari Sungib sambil memberi amaran keras supaya jangan membabitkan isterinya dalam isu pembelian dua kereta Mercedes dan sebuah Range Rover.Amaran keras Khir itu dilakukan di luar dewan Dun selepas Saari mendedahkan penyelewengan dalam Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang membeli sebuah Range Rover bernilai RM500,000.

Katanya, Range Rover itu dibeli untuk kegunaan syarikat tetapi setelah kenderaan itu sampai ia telah diberikan kepada isteri Pengerusi KDEB.

Khir yang menunggu Saari di luar dewan berkata; "'You' serang isteri saya. 'You' jangan serang isteri saya, you hendak serang saya tak apa, jangan serang isteri saya. Isteri saya tidak boleh memandu."

Saari menjawab; "Saya bertanya untuk disiasat selepas itu beri jawapan, saya cakap ia diguna pakai oleh syarikat."

Khir membalas; "Awak orang tua awak mesti semak dengan tepat, jika isteri saya terdakwa, saya tidak akan maafkan awak, tuntut di akhirat."

Pada mulanya Saari beranggapan Khir hanya bergurau dengan menarik janggutnya tetapi ternyata Khir serius dan penuh emosi.

Bagaimanapun, amaran itu tidak menakutkan beliau untuk terus mendedahkan segala penyelewengan yang telah dilakukan ketika Khir menjadi Menteri Besar demi kepentingan rakyat negeri Selangor.

Sebenarnya, kata beliau, isu KDEB itu sudah lama iaitu setelah seminggu menjadi wakil rakyat maklumat itu telah sampai terutama SUK tidak boleh masuk kerana ada orang yang membuat kerja ambil dokumen takut bukti hilang.

Katanya dalam sidang penggal pertama perkara itu tidak sesuai untuk didedahkan sehingga perbahasan menjunjung titah ucapan Tuanku Sultan Selangor, tengah hari tadi.

Beliau menganggap Khir bukan mengancam tetapi hanya menunjukkan rasa tidak puas hati dan beremosi.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .