Rakyat boleh nilai sendiri tentang PAS dan Umno melalui perdebatan
Ikuti Blog ini
Debat Pas Umno, Umno penakut ,Isnin, Jun 29, 2009 at 29.6.09,
Menggempur Umno di Manek Urai , at 29.6.09,
Dengan sokongan dan dokongan semua pihak, dari kalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama, terutamanya daripada rakan-rakan Pakatan Rakyat, PAS seharusnya berada dalam kedudukan yang selesa berbanding Umno-BN.
PAS memperolehi keselesaan, apabila sudah tiada lagi isu-isu dalaman mahu pun luaran yang boleh dipergunakan Umno-BN untuk menyerang atau memecahbelahkan PAS, khususnya dalam isu yang berkaitan dengan Kerajaan Perpaduan.
Kepimpinan dan anggota Pakatan Rakyat, khususnya Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim juga sudah memberi akujanji untuk turun habis-habisan membantu kemenangan calon PAS.
Kesepaduan saf kepimpinan PAS sudah mulai terjalin. Tiada lagi kedengaran suara-suara teguran terhadap kepimpinan, lantaran kebijaksanaan Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden merungkaikan isu Kerajaan Perpaduan.
Di kalangan rakan-rakan Pakatan Rakyat juga, sudah tiada lagi pandangan negatif terhadap PAS dan mula memahami sedikit sebanyak fungsi dan peranan PAS sebagai parti tonggak orang-orang Melayu yang bertunjangkan Islam.
Dalam konteks Manek Urai, sebuah kawasan majoriti Melayu-Islam. Sudah tentu isu-isu berkaitan agama, bangsa, pembangunan dan keadilan sosial bakal mendominasi kempen.
PAS dalam isu-isu berkaitan agama, jauh lebih terkehadapan daripada Umno.
PAS juga dalam isu-isu berkaitan kepentingan bangsa Melayu, juga lebih diyakini dan semakin mendapat kepercayaan rakyat, khususnya dalam memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan pembahagian ekonomi orang-orang Melayu.
PAS beruntung kerana keperibadian dan kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan, begitu disanjungi dan dihormati rakyat dari tahun 1990, kekal sehingga kini.
Namun, petugas-petugas PAS tidak seharusnya terlalu yakin dengan kelebihan yang ada. Mereka harus bekerja lebih keras untuk mempertahankan kemenangan PAS di Dun Manek Urai.
Mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar daripada merebut kerusi yang dikuasai parti lawan.
PAS tidak seharusnya memandang ringan keupayaan Umno-BN. Sebagai sebuah parti yang mendominasi Kerajaan Pusat sekian lama, sudah tentu Umno-BN begitu mahir dan licik mengeksploitasi peluang.
Sejak sekian lama, sama ada Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil, Umno-BN sentiasa mengambl peluang untuk mengeksploitasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menyebarkan propaganda menerusi media arus perdana untuk menyerang PAS dan Pakatan Rakyat dan mempergunakan jentera kerajaan termasuk polis untuk kempen BN.
Semua institusi ini dipergunakan untuk mencemar dan memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat yang dilabel sebagai pembangkang.
Setakat ini, alhamdulillah, walaupun kita sering bertembung 'di padang yang tidak sama rata', namun Pakatan Rakyat berjaya memenangi hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Kecil.
PAS dan Pakatan Rakyat tidak harus berdiam diri, harus dituntut supaya Pilihan Raya Kecil ini dianjurkan secara adil, telus dan saksama.
PAS juga harus membuktikan bahawa ianya merupakan sebuah parti yang benar-benar bersedia untuk menggantikan Umno-BN.
Semua ahli, penyokong PAS serta Pakatan Rakyat harus mengambil peluang untuk menyanggah doktrin Umno-BN di Manek Urai, bekerja keras untuk memenangkan calon PAS, sekaligus memperkukuhkan pengaruh PAS di Kelantan Darul Naim.
MANEK URAI : PANTUN UMNO HINA CALON PAS , at 29.6.09,
Dari Melaka ke negeri Kelantan
Singgah sebentar membeli belah
Lebih baik meniaga Ikan
Dari pegawai yang makan rasuah
Jual Ikan tiap-tiap hari
Dari malam sampai ke pagi
Calon diberi nama Abe Uji
Mesra rakyat mudah didekati
Jangan hina penjual Ikan
kerja berniaga kerja mulia
Nabi Mohamad ada berpesan
9 per 10 rezeki dari berniaga
Dari Russia ke Mongolia
Singgah sebentar membeli gergaji
Orangnya pemurah kuat bekerja
Itulah gerangan Abe Uji
Bom C4 kuat bergegar
Habis berkecai siapa yang tulang rawan
Masa kempen berdegar-degar
Sampai sanggup menghina lawan
Menghina lawan katanya jual ikan
Tiada pelajaran tiada pendidikan
Tiadalah isu hendak berlawan
Sanggup menghina orang Kelantan
Pengundi tersinggung rakyat marah
Menghina kerjaya seorang peniaga
Bukan curi bukan rasuah
Rezeki halal kerja mulia
Rakyat meluat makin benci
Kerana sombing dan juga bongkak
Undi Abe Uji sudah pasti
Umno/BN pasti terkopak
Lima kali BN kalah
Tak serik-serik muka jamban
Manek Urai catat sejarah
Di sini BN akan ditalkinkan
Lain kali berpantun lagi
Untuk gurauan tetapi tauladan
Jangan lupa undi Abe Uji
Moga kebajikan rakyat diutamakan
Tindakan Umno lekehkan Abe Uji
Kerja berniaga kerja mulia
Lebih baik dari makan gaji
Jual Ikan bukan mencuri
Jauh sekali dari rasuah
Calon PAS amat disenangi
Mudah mesra lagi pemurah
Pemborong ikan di Kuala Kerai
Semua kenal satu jajahan
Akhlaq mulia baik perangai
Tentu rakyat beri sanjungan
Hinakah dia pemborong ikan
Lebih hina kaki perempuan
Akhlaq mulia diberkati tuhan
Rakyat pun senang dapat kebajikan
Sepenggal menang jadi ADUN
Bina rumah macam istana
Perangai mereka bagaikan malaun
Pitih banyak mana dikebasnya
Zulkifli Omar duitnya sarat
2004 capai kemenangan
4 tahun jadi wakil rakyat
Mana pembangunan yang dia janjikan
Tuan Aziz Tuan Mat
Calon BN orangnya muda
Mari berlawan secara terhormat
Jangan perlekeh dan juga menghina
Projek mee segera sudah kelihatan
Rasuah pengundi ada kedengaran
Itulah perangai tidak ketahuan
Pasti ditolak rakyat Kelantan
Krisis Perak:Hanya 5 Hakim dibenar dengar kes MB Perak , at 29.6.09,
Permintaan Dato Seri Nizar untuk mendapatkan 11 Hakim bagi mendengar kes yang melibatkan Siapa Menteri Besar Perak yang SAH telah di tolak oleh Pihak Hakim Negara.Namun setakat semalam dari sumber maklumat yang diperolehi hanya 5 Hakim sahaja yang dibenarkan untuk mendengar kes tersebut.
Sumber yang diperolehi setelah keputusan mengenai permintaan itu di Faks kan ke Pejabat Peguam Dato Seri Nizar semalam.
Apa pun setakat semalam Dato Seri Nizar dan Barisan Peguamnya akan terus berjuang untuk kes tersebut sehingga mencapai Keputusan pada 9 & 10 hari bulan ini.
Dalam ucapan Dato Seri juga Beliau menyebut bahawa sekiranya Takdir Allah SWT menyebelahi mereka pada 10 haribulan ini ,maka PR di Perak telah sebulat suara untuk tetap berpegang pada janji mereka iaitu mengembalikan Hak dan Kuasa Undi kembali kepada Rakyat.Mengembalikan Perak kepada RAKYAT Perak untuk menentukan siapa pemerintah dan Pemimpin yang mereka mahukan untuk terus meneraju Negeri Perak.
Semoga Kemenangan di pihak yang benar...Amin Ya Rabbal Alamin....
BUBAR DUN PERAK...BUBAR DUN PERAK...BUBAR DUN PERAK!!!!
Fauzi Adalah Seorang Yang Cakno Dan Mesra Rakyat , at 29.6.09,
Calon Pas Adalah Seorang Yang Cakno Dan Mesra Rakyat
…………………………………………………………………………………………………………………….
Abang Uji jadi perhatian masyarakat Manek Urai
Selepas diumumkan sebagai calon PAS di Dun Manek Urai kelmarin, Mohd Fauzi Abdullah terus menjadi perhatian masyarakat. Masanya menjadi semakin sendat sekarang.
Beliau dan isteri, Aminah Mahmood terpaksa berkejar ke sana ke mari siang dan malam bagi memenuhi jemputan penduduk.
Dan hari ini beliau semakin sibuk. Tengahari tadi menghadiri satu program di Laloh, dan sebelah petang pula bersama masyarakat di Peria.
Sedangkan Umno hanya petang ini mengumumkan pegawai Kesedar, Tuan Aziz Tuan Mat sebagai calon BN bagi menentang Mohd Fauzi yang lebih dikenali sebagai Abang Uji pada 14 Julai ini.
Petang semalam Abang Uji hadir pada program dianjurkan Pasti. Beliau berkesempatan berjumpa dengan ibu bapa pelajar bertempat di Pasti Kampung Manek Urai baru.
Pada majlis itu beliau berpesan kepada ibu bapa supaya sentiasa memantau anak-anak sejak dari kecil lagi memandangkan banyak cabaran yang berlaku sekarang.
“Walau pun anak kita masih kecil seharusnya dijaga sebaik mungkin agar tidak terikut-ikut kerenah remaja masa kini yang semakin tidak terkawal.
“Saya amat memahami masalah dihadapi remaja sekarang. Saya juga akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mendekati mereka bersama menangani masalah sosial,” ujar beliau.
Beliau juga menjelaskan kerajaan Kelantan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat antaranya mewujudkan skim Takaful Kifaalah bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas.
Selain itu, skim Takaful Armalah untuk ibu tunggal dan sumbangan pendidikan kepada anak-anak yang cemerlang.
Beliau juga yakin penduduk di Manek Urai sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang berlaku termasuk di tempat-tempat lain.
Menurutnya, rakyat di seluruh negara masih mempertahankan perjuangan Pakatan Rakyat berdasarkan kepada lima pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini.
Manakala Aminah berkata, beliau sentiasa menyokong perjuangan suaminya bagi merapatkan lagi hubungan dengan penduduk di Manek Urai.
“Saya sangat gembira kerana dapat bergaul mesra dengan penduduk di sini, malah ramai yang saya sudah kenali. Rupa-rupanya ramai anak rakan saya pun belajar di sini,” ujar beliau.
Oleh itu beliau berharap penduduk di Manek Urai memberi kerjasama kepada suaminya bagi meneruskan perjuangan yang ditinggalkan Allahyarham Haji Ismail Yaacob.
Sementara itu Setiausaha Kerja Pasti Kelantan, Mokhtar Ismail berkata, kedatangan calon PAS Dun Manek Urai ke majlis tersebut dapat memberi peluang ibu bapa mengenali lebih rapat Abang Uji.
Selain itu katanya, hari terbuka Pasti di Manek Urai Baru diadakan bagi memberi peluang kepada ibu bapa beramah mesra sesama mereka memandangkan pada hari lain sibuk mencari rezeki.
Program tersebut diisi dengan pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah motivasi keluarga, kuiz dan mewarna.