Ikuti Blog ini

Keluar Hospital Dato Seri Nizar hadir 2 majlis ceramah..!










Bidor / S.Pulai : Dato Seri Nizar yang baru sahaja dibenarkan pulang oleh pihak Hospital telah pun kembali kepada rutinnya iaitu kembali bertemu rakyat diseluruh Negeri Perak. Beliau telah menghadiri satu majlis makan malam anjuran Pakatan Rakyat Perak yang bertempat di Bidor yang mana sejumlah lebih dari 500 orang telah hadir bagi menunggu dan melihat pemimpin kesayangan mereka ini.

Beliau yang tiba sekitar jam 10.00 malam disambut dengan pasukan gendang India dan laungan rakyat yang menyokong beliau. Kesemua mereka merasa teruja dengan kehadiran Dato Seri Nizar yang mana sepertimana semua tahu yang beliau telah terlibat dengan kemalangan pada hari Khamis yang lalu dan hari ini rakyat yang hadir bersyukur kerana dapat melihat beliau seperti biasa. Turut sama hadir pada majlis tersebut ialah Yb Gobin dan juga beberapa pimpinan yang lain.

Selepas itu Dato Seri menghadirkan diri pula ke Majlis ceramah anjuran Keadilan di Taman Raia di S.Pulai yang mana ia dihadiri oleh yb Lee kang, Yb Chan Ming Kai, Yb Dr Lee Boon Chai dan Ust Misbah. Ia dibuat di perkarangan markaz Pas selepas permit ceramah terbabit dibatalkan hari jumaat yang lalu.

Walaupun 4 hari berehat di Hospital dan mengalami kecederaan Pemimpin Kesayangan Rakyat ini tidak pernah mengeluh dan mengenal erti penat dan sakit. Beliau hadir juga undangan yang melibatkan rakyat yang bagi beliau ia tidak mahu menghampakan rakyat yang sememangnya menanti kehadiran beliau disetiap program.

Pengakuan Collin - Tok Guru Nik Aziz Is My Hero

Teladan yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS membuktikan bahawa PAS memiliki pemimpin untuk semua - pemimpin 1Malaysia - yang bukan sekadar baru hendak dicipta melalui slogan retorika yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, tetapi telah berada di gelanggang rakyat sekalipun pelbagai serangan dilakukan untuk merendah-rendahkan kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang telah menerajui negerti itu untuk hampir 20 tahun.

Kesediaan Nik Abdul Aziz melawat tiga gereja petang semalam berjaya menambat hati dan menimbulkan rasa terharu pihak gereja.

Perasaan terharu itu dinyatakan oleh Pegawai Penyambut Tamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta, Calvin Jacob yang juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan itu kerana sudi mengunjungi mereka, lapor harakahdaily.

Menurut Calvin, Datuk Nik Abdul Aziz telah meluahkan rasa simpati di atas apa yang telah berlaku ke atas gereja itu yang dibaling dengan bom buatan sendiri pada minggu lalu.

“Saya telah mempelawa beliau masuk ke dalam gereja untuk melawat namun kerana ketika itu pengunjung gereja sedang melakukan kegiatan mingguan mereka, beliau menolak dengan baik.

“Jika cuaca tidak hujan saya bercadang untuk membawa beliau meninjau di sekeliling gereja, tetapi saya sempat maklumkan kepadanya tentang keadaan gereja yang tidak mengalami apa-apa kerosakan lantaran bom yang dilontar itu tidak meletup,” jelas Calvin lagi.

Sebelum itu, Tuan Guru telah mengunjungi Gereja St Francis Xavier di Jalan Gasing juga dekat sini untuk meninjau dan menyampaikan rasa simpatinya terhadap kejadian tidak bermoral pihak tertentu yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Di dalam isu mutakhir yang melanda negara, isu kalimah Allah dan serangan ke atas gereja, Nik Aziz telah dari awal membuat kenyataannya dengan menyatakan penggunaan kalimah “Allah” pada penerbitan Herald mengikut hukum pengamal agama Samawi tidak menjadi satu kesalahan.

Cuma beliau bimbang perkataan “Allah” kemungkinan boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Pokoknya Nik Aziz telah pun memberikan panduan berdasarkan kepada kaedah ajaran agama yang sebenar, bahawa, tidak menjadi satu kesalahan untuk pengamal agama samawi menggunakan kalimah Allah, yang kemudiannya, diputuskan oleh parti dengan keputusan yang serupa, sekalipun ada pihak dalam dan luar parti telah cuba untuk mengeksplotasikan kenyataan itu untuk mengeliru dan menghasut ummah, sepertimana terkelirunya golongan UMNO terhadap isu berkenaan.

Malah tidak kurang juga beberapa pemimpin kanan PAS sendiri terjebak dengan permainan UMNO ini, menjadikan isu kalimah Allah sebagai modal untuk menimbulkan resah gelisah dan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Kebenaran adalah kebenaran dan ia tidak dapat ditutup dengan apa-apa sekalipun, sepertimana awan hitam tebal yang cuba menutup cahaya matahari yang terang benderang. Bila telah beraraknya awan, sinar matahari akan tetap terserlah jua.

Berbalik kepada isu lawatan Nik Aziz ke gereja dan dipelawa beliau masuk ke dalam gereja untuk melawat tatkala pengunjung gereja sedang melakukan kegiatan mingguan mereka, dimana Nik Aziz telah menolak dengan baik pelawaan itu mengingatkan kita tentang sejarah sewaktu khalifah Umar Al-Khattab masuk ke Palestin yang pada ketika itu dikuasai oleh Nasrani.

Umar telah menziarahi gereja yang terkenal di Palestin waktu itu, dan apabila sampai waktu solat, maka penguasa gereja berkenaan telah mempelawa Umar untuk masuk menunaikan solat di dalam gereja. Tetapi Umar telah menolak tawaran kehormatan itu untuk tidak menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam dan Umar melaksanakan solatnya di luar gereja. Ia telah diterima dengan baik pula oleh penguasa gereja tersebut.

Di dalam Al-Quran sendiri, tercatat indah hubungan umat Islam dengan Kristian.


"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong."


Sejarah hubungan baik Islam-Kristian telah berlaku di dalam sejarah di amana beribu-ribu orang Kristian telah mendapat perlindungan di dalam pemerintahaan Islam dengan pergaulan yang baik.

Dari aspek ketamadunan Islam, umat Kristian pernah diikutsertakan dalam pembangunan ketamadunan Islam. Ahli Syair Kristian bernama Akhtal, telah menjadi pujangga Istana di zaman Muawiyah dan puteranya Yazid. Seorang tabib Kristian yang masyur bernama Jibril bin Bakhtisyu' anak beranaknya menjadi tabib dalam istana Harun Al-Rasyid. Malahan dalam kerajaan Turki Uthmaniah, beberapa orang rakyatnya yang beragama Kristian telah diangkat menjadi duta-duta besar Istana raja-raja Eropah.

Demikian tasamuh dan kepalapangan dada Islam, sehingga ia dapat menguasai Andalusia (Sepanyol) sehingga 700 tahun lamanya!


Kini PAS menerajui ummah dengan berketuakan TG Nik Aziz untuk menggemilangkan semula Islam sehingga di dalam sepucuk warkah dari seorang pembaca harakahdaily bernama Collin kepada Ketua Editornya, Zulkifli Sulong menyatakan:


I am pleasantly surprised and impressed by the religion of Islam that is being portrayed by PAS these days which is clearly so tolerant and moderate and no doubt, acceptable by all Malaysians.

I am becoming more interested in the Islam taught by PAS which means Religion of Peace. PAS leaders especially our beloved Tuan Guru is my hero. In my view, PAS could educate more non Muslim Malaysians through your paper on the wonderful religion of Islam it really is which shows deep respect for all human beings irrespective of race, religion, colour or creed.

I also find it very enlightening to read the speeches made by the top echelon PAS leaders and as a chinese, I would be so proud if my future Prime Minister is a PAS leader like Tuan Guru who embodies all the qualities that make all of us feel united as a nation and one people again like in the old days of our first Prime Minister, Tuanku Abdul Rahman.



Pegawai gereja terharu terima kunjungan TG Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menziarahi dua gereja sekitar Petaling Jaya hari ini iaitu Gereja St Francis Xevier di Jalan Gasing dan gereja Katolik Assumption, di Jalan Asunta.

Di gereja Jalan Asunta, beliau telah berbincang sekejap dengan paderi di situ, Philip Muthu. Di kedua-dua gereja itu, penganut Kristian sedang berada dalam perhimpunan mingguan mereka.

Sebelum ke kedua-dua gereja di Petaling Jaya itu, TG Nik Aziz telah ke gereja Metro Tabernacle di Taman Melawati yang dibakar. Di situ, MB Kelantan itu telah memberikan sumbangan peribadi beliau kepada penjaganya.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa mengunjungi gereja yang sama bagi melahirkan rasa simpati PAS kepada tindakan membakar gereja itu.




Presiden PAS lancar D' Green Shoppe & Cafe

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyokong penuh usaha Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) memperkasakan bidang ekonomi dengan membuka 'One Stop Halal Hub' yang menjual pelbagai produk keluaran Muslim, D' Green Shoppe & Cafe.

Abdul Hadi dalam ucapan perasmian kedai serbaneka berkenaan di tingkat bawah Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, dekat sini semalam berharap agar DMPP memanfaatkan perniagaan yang diusahakan itu, bukan sahaja untuk menjana pendapatan tetapi juga menjadikannya sebagai medan memperkenalkan konsep perniagaaan Islam kepada pelanggan.

(Gambar: Abdul Hadi menjadi pembeli pertama di kedai itu)

"PAS tidak keberatan untuk beri laluan kepada Dewan Muslimat untuk membuka kedai ini di ruang Pejabat Agung ini kerana saya melihat ia satu usaha yang bagus.

"Saya amat berharap agar kedai yang dibuka ini bukan sahaja untuk urusan jual beli barang tetapi dapat menjadi medan untuk kita membawa mesej dakwah melalui akhlak dan peranan dalam muamala," katanya.

Beliau juga berkata, telah tercatat dalam sejarah bahawa bidang ekonomi merupakan satu cabang dakwah yang besar yang telah menyebarkan Islam di rantau ini.

"Bidang perniagaan bukan sahaja merupakan cabang rezeki yang terbesar tetapi juga pembawa dakwah yang terbesar.Kalau kita melihat sejarah dahulu, bidang ekonomi telah menyebarkan Islam dengan luas di rantau ini.

"Oleh itu, di samping menarik pelanggan untuk membeli produk yang dijual di sini, muslimat juga berperanan menarik masyarakat di luar supaya tertarik dengan Islam yang merupakan perjuangan utama kita," ujarnya.

Sementara itu, Ketua DMPP, Ustazah Nuridah Salleh dalam ucapannya menyifatkan peluang yang diberikan oleh pimpinan tertinggi parti untuk mereka memulakan perniagaan itu sebagai satu suntikan semangat kepada mereka untuk mengorak langkah dalam menjana ekonomi parti.

"Kalau Dewan Pemuda terkenal dengan pengurusan PASTInya, Dewan Ulama' terkenal dengan institusi pendidikan pondoknya, Dewan Muslimat pula ingin mengikut jejak langkah isteri Rasululullah S.A.W, Siti Khadijah yang berjaya dalam bidang ekonomi.

"Saya bagi pihak Dewan Muslimat mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Presiden dan pimpinan PAS yang lain kerana memberi keprcayaan kepada kami untuk memulakan perniagaan ini. Saya berharap semua pihak berdoa agar usaha kami ini mencapai kejayaaan dan memberikan imej yang baik kepada parti," katanya.

D' Green Shoppe & Cafe dibuka oleh DMPP melalui Lajnah Ekonominya dengan modal sebanyak RM30,000 dan akan beroperasi tujuh hari seminggu dari jam lapan pagi hingga 10 malam.

(Gambar: MB Kedah, Azizan juga turut membeli belah di situ)

Kedai serbaneka berkonsepkan 'layan diri' ini menjual pelbagai produk keluaran Muslim terdiri daripada makanan dan minuman seperti roti, kek, kerepek, jus buah-buahan dalam botol dan tin, makanan sejuk beku, produk kesihatan dan juga buku-buku ilmiah selain busana muslimah.

Selain itu, kedai berkenaan turut menyediakan menu makan pagi, tengahari dan malam yang disediakan oleh tiga tukang masak tetap.

Menurut Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Kewangan DMPP, Khadijah Mahmud, perniagaan ini juga merupakan salah satu cara untuk membantu golongan ibu tunggal dalam PAS yang ingin menambahkan pendapatan.

"Kedai ini juga salah satu cara untiuk kami membantu golongan ibu tunggal sebab mereka boleh menghantar kuih atau barang makanan yang mereka buat di sini.Kami menerima produk dari sesiapa sahaja yang ingin berkerjasama dengan kami asalkan ianya halal dan mengikut cara Islam," ujarnya.

Majlis perasmian kedai itu semalam turut dimeriahkan dengan kehadiran pimpinan tertinggi parti yang lain iaitu Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Setiausaha, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pemuda, Ustaz Nasrudin Hassan, dan beberapa Ahli Jawatankuasa parti iaitu Ustaz Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Dr. Hasan Ali, Dr. Siti Mariah Mahmud, Wan Ubaidah Wan Omar dan lain-lain lagi.

Abdul Hadi turut mengambil kesempatan semalam meninjau produk-produk yang dijual. Beliau juga menjadi orang pertama yang membeli produk di kedai serbaneka itu.

Turut berbuat demikian, Uztaz Azizan, Ustaz Nasrudin dan Dr. Siti Mariah.

Para hadirin yang hadir turut dijamu dengan makan tengahari.

Kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi pembekal atau menghantar produk mereka ke D' Green Shoppe & Cafe boleh menghubungi pengurusnya, Wan Syamsiah di talian 019-947 6844.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .