Ikuti Blog ini

SIBU Jom Ubah


Perhimpunan bantah lesen judi, konsert kecoh

Kekecohan berlaku apabila pihak polis cuba menghentikan ucapan pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.


Mereka mengadakan bantahan tersebut sejurus selepas selesai solat Jumaat Masjid Jamek Kampung Baru pada kira-kira jam 2.10 petang.

Ia berlangsung di atas sebuah pentas dalam kawasan masjid tersebut.

Kejadian itu disaksikan oleh kira-kira 500 orang yang berada di situ, termasuk mereka yang sedang beredar selepas selesai solat Jumaat.

Mereka yang hadir di pentas tersebut ialah pemangku ketua PAS Wilayah Persekutuan (WP) Herman Shamsudeen dan setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad.

Yang lainnya ialah ketua Angkatan Muda (AMK) Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambry Mat Isa, wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Kelab Penyokong PAS dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).


Majlis itu bermula dengan ucapan Kamaruzzaman selama lima minit, membantah pengeluaran lesen judi pertaruhan tersebut serta penganjuran konsert berkenaan.

Selepas itu, tiba giliran Khairul Annuar pula berucap. Ketika beliau sedang berucap, anggota polis naik ke pentas untuk merampas pembesar suara.

Khairul Annuar bagaimanapun meneruskan ucapannya tanpa pembesar suara.

Pada masa yang sama, kelihatan Kamaruzzaman berunding dengan pegawai polis di belakang pentas.

K

amaruzzaman berkata, beliau meminta kepada polis supaya membenarkan mereka meneruskan majlis itu selama 10 minit.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis hanya membenarkan mereka meneruskannya selama lima minit sahaja.

Pihak polis juga kemudiannya memulangkan pembesar suara yang dirampas sebelum ini.

Bagaimanapun, tidak sampai dua minit penceramah berikutnya berucap, anggota polis naik semula ke pentas untuk merampas pembesar suara tersebut.

Ketika itu berlaku insiden tolak menolak dan tarik menarik sehingga ada yang terjatuh dari pentas.

E

koran itu, kata Kamaruzzaman, beliau terpaksa berunding lagi sekali dengan polis supaya membenarkan mereka meneruskan bantahan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis mengarahkan beliau supaya meminta orang ramai beredar dari situ.

Ekoran itu, katanya, beliau terus meminta orang ramai beredar.

Difahamkan seorang pemuda ditahan ketika kekecohan berlaku di pentas tetapi kemudiannya dilepaskan.-M'kini






Zaid: The change starts here

Gambar : Sekitar Pengkebumian Pangasas Al-Arqam,Ashaari Muhammad




Foto Ehsan Bernama

REMBAU: Jenazah bekas pemimpin kumpulan Al Arqam yang diharamkan, Ashaari Muhammad selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pilin dekat sini kira-kira pukul 10 malam tadi.

Jenazah Ashaari, yang dibawa dengan kereta persendirian dari Ipoh tiba bersama rombongan di kampung asal Allahyarham, Kampung Pilin kira-kira pukul 8.30 malam.

Jenazah kemudian ditempatkan di surau kampung itu bagi membolehkan sanak saudara dan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham kemudian disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak bersebelahan dengan surau kampung itu.Kira-kira 1,000 orang hadir pada majlis pengkebumian.

Ashaari, 73, lebih dikenali dengan panggilan Abuya oleh para pengikutnya meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh, Perak pada pukul 2.10 petang, tiga hari selepas dimasukkan di hospital itu kerana jangkitan paru-paru. - BERNAMA

Khabar Dari Sibu – Peluang Masih 50/50 Walaupun Kaum Tionghua Berjudi ‘BN Menang’.

http://buletinonline.net/images/stories/berita25/yahyahhanafiah.jpgDun Nangka, SIBU – Peluang untuk DAP yang mewakili Pakatan rakyat dalam pilihanraya Parlimen P.212 Sibu masih terbuka walaupun ‘puak penjudi’ dikalangan kaum Tionghua tempat, memilih Barisan Nasional sebagai pemenang.
Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata kem petugas PAS yang berpusat di Markaz Besar Kampung Hilir DUN Nangka disini terus sibuk mengatur program kempen.

”Menjelang tiga hari kepada hari pengundian pada 16 Mei, para petugas PAS dari semenanjung yang berpusat di Kampung Hilir terus mengatur kempen memikat pengundi Melayu,

”selain dari kempen bersemuka dari rumah ke rumah, kita mengatur ceramah dan program,-program khusus ,”katanya ketika menghubungi Buletinonline semalam.

Menurutnya, puak-puak penjudi dari kalangan kaum Tionghua tempatan memilih Barisan Nasional menang dengan kelebihan 1000 undi.

Namun begitu, beliau berkata, kehadiran PAS dan para petugas PAS menjadi satu tarikan di kalangan masyarakat Melayu Sibu.

Justeru, perkiraan siapa yang akan dipilih pada hari mengundi masih terbuka luas.

”Majoriti msyarakat yang tinggal disini adalah orang-orang Melayu, yang kebanyakkan mereka tinggal dalam rumah dibina di atas air, tidak memiliki geran tanah dan telah tinggal dikawasan ini sejak 30 tahun yang lalu,

“mereka kebanyakkannya miskin, menjadi nelayan, petani dan bekerja sebagai kakitangan kerajaan,”jelasnya

Oleh itu, katanya, kehadiran PAS memberi peluang kepada mereka berkenalan dan berjinak-jinak dengan PAS.

Apabila ada ceramah PAS mereka hadir beramai-ramai, bermesra dengan para petugas PAS.

”Ini memberikan ruang yang luas untuk kita berdakwah kerana rata-rata mereka adalah pendengar yang baik,”katanya lagi

Berbanding dengan masyarakat Cina di Sibu, Hanafiah berkata, kebanyakkan mereka adalah orang-orang yang agak senang dan ramai juga yang terlibat dengan industri pembalakan, menjadi tauke-tauke kayu dan tauke balak.

Katanya, walaupun Sarawak diperintah oleh Taib Mahmud, orang Melayu yang sekian lama menguasai negeri Sarawak, namun orang-orang Melayu di Bandar Sibu ini seperti ‘dianak tirikan’.

”Sebab itu rumah-rumah orang Melayu lah yang paling ramai memasang bendera dacing berbanding rumah-rumah orang Cina.

Orang Melayu terus diumpan dengan wang ringgit, sesiapa yang memasang bendera dacing dirumahnya, akan mendapat ‘habuan’. -BO

Gobala didenda RM3000, mungkin hilang MP

Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini didapati bersalah kerana menghalang tugas polis dalam satu kejadian yang berlaku lebih lapan tahun lalu pada Januari, 2002.

Gobalakrishnan, yang didakwa di Mahkamah Majistret Pulau Pinang didenda RM3,000 atau menghadapi penjara enam bulan.

Ketika dihubungi, pemimpin PKR itu berkata beliau cuba membayar dendanya tetapi kaunter bayaran telah ditutup pada jam 12.15 petang tadi untuk solat Jumaat.

"Saya mungkin terpaksa menghabiskan masa di lokap," katanya kepada Malaysiakini.

Gobalakrishnan, yang juga ahli majlis tertinggi PKR berkata beliau akan membuat rayuan.

Pada 29 Januari, 2002, beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang 30 penyokong Keadilan (sekarang PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di Geogetown.

Pihak polis mendakwa Gobalakrishnan menghalang anggotanya daripada menjalankan tugas mereka. -M'kini

Gambar Demo Bantah Judi : 1 Ditahan, Polis Sokong Judi?





Pihak Polis melalui ketuanya pun satu, apa salahnya beri 10 atau 15 minit untuk rakyat bantah perjudian yang diluluskan oleh Timbalan Menteri Kewangan dan Konsert tanpa henti yang akan merosakkan pemuda-pemudi yang akhirnya meramaikan anak haram.

KUALA LUMPUR 14 MEI: Lebih 1,000 orang menyertai perhimpunan membantah kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia yang diluluskan Kementerian Kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru di sini, hari ini.

Perhimpunan yang turut disertai masyarakat bukan Islam berlangsung kira-kira lima minit berikutan arahan polis yang melarang, bahkan mengarah mereka segera bersurai seusai solat Jumaat.

Seorang petugas perhimpunan dipercayai ahli Pas mendakwa dikasari polis tetapi dilepaskan selepas perbincangan polis dengan Setiausaha Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad.

Pada perhimpunan itu, Kamaruzzaman mendesak kerajaan Umno Barisan Nasional menarik semula lesen judi bola kerana ia bakal memberi kesan negatif kepada bangsa dan negara.

~ tvselangor

Utusan Malaysia Dan Berita Harian Tak Siar Kerajaan Lulus Lesen Judi

Media Melayu Tutup Berita Lulus Lesen Judi

Utusan Malaysia dan Berita Harian yang dikawal oleh UMNO tidak memuatkan laporan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Najib Tun Razak meluluskan pemberian lesen judi perlawanan bola itu.

Tindakan itu disifatkan sebagai cubaan terancang untuk melindungi UMNO daripada dikritik oleh orang Melayu.

Pengumuman Bursa Saham Kuala Lumpur mengenai kelulusan lesen itu menjadi antara tajuk akhbar berbahasa Inggeris the New Straits Times dan The Star.

Namun laporan sama tidak mendapat tempat dalam akhbar Utusan Malaysia, mahupun Berita Harian walaupun ia menjadi antara berita utama semalam.

Tindakan Utusan dan Berita harian memadamkan laporan pemberiam lesen judi itu sekali lagi dilihat di pengaruhi oleh pertimbangan politik Umno dan perdana menteri sendiri.

“Saya rasa mereka tidak mahu masyarakat, khususnya masyarakat Islam tahu berkenaan ini kerana mereka tahu masyarakat bukan Islam tidak menyokong Barisan Nasional, dan yang tinggal saki bakinya tinggal masyarakat Islam Melayu, jika ini didedahkan dalam akhbar, besar kemungkinan ramai yang akan meninggalkan UMNO,jadi ini adalah usaha UMNO untuk tidak memberitahu kepada rakyat walaupun perjudian diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan kabinet, ini satu tindakan yang terdesak yang saya fikir untuk mendapatkan sumber kewangan yang berpunca daripada sumber haram" ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar pula berkata, berita lesen judi baru diluluskan sengaja digelapkan oleh dua akhbar itu untuk memberi ruang kepada pimpinan Umno mengaut keuntungan secara haram bagi mengisi dana politik parti.

“Sebahagian daripada ini, pulangan kepada tabung dana untuk UMNO menghadapi pilihanraya umum akan datang, dan termasuk, saya percaya bahawa inilah yang akan mengisi dana untuk membeli undi dan wakil-wakil rakyat samada di peringkat DUN dan sebagainya, dan saya percaya sebelum inipun mungkin wang daripada syarikat-syarikat judi itulah yang diguna untuk membeli adun-adun yang melompat atau ahli-ahli parlimen yang melompat untuk dibayar pada mereka” -GB

Razali Idris Juga Sebagaimana Rakan Kongsinya

http://buletinonline.net/images/stories/berita25/razalimatkerak.gifKUALA TERENGGANU – Sebagaimana kayanya Mohd Sabri Alwi (Mat Kerak), begitu jugalah mungkin Razali Idris, kerana Razali merupakan rakan kongsi Mat Kerak dalam syarikat MSA Bina Sdn Bhd.

MSA Bina adalah antara syarikat ‘Orang Kuat Umno’ (OKU) yang mengumpul kekayaan dengan mendapat tender kerajaan bernilai RM62 juta sejak tahun 2000.

Razali dan Mat Kerak adalah seangkatan dalam pemuda Umno, Mat Kerak menjadi Ketua Pemuda Terengganu ketika Razali menjawat jawatan Ketua Pemuda Marang.

Yang berbeza antara kedua mereka adalah, Razali dipilih untuk bertaning dalam pilihanraya umum ke 12 tahun 2008 tetapi Mat kerak tidak terpilih.

Razali tewas dalam percubaannya merampas kerudi DUN Rhu Rendang dari Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Alamat rasmi rumah Razali adalah A-1251 Kampung Rhu Muda Marang, Terengganu.

Di alamat tersebut juga didaftar sebuah syarikat yang bernama Dayanara Construction & Trading, sebuah syarikat yang disenaraikan sebagai sebuah kontraktor dengan RISDA.

Dayanara tidak kurang hebatnya, yang mungkin turut menyumbang kepada ‘poket’ Razali.

Maklumat Projek Dayanara adalah seperti dibawah:

Bil

Tajuk

Tarikh Anugerah

Nilai

1

1. Penyelenggaraan Am Bangunan Serta Kerja Berkaitan Di Bilik Perpustakaan Dan Bilik Tayangan, SK Rusila

09-09-2007

RM 50,000.00

2

Kerja Membina Pondo Jaga Serta Kerja BErkaitan Di Pejabat Pelajaran Daerah Marang

03-07-2007

RM 48,275.00

3

Membina, Melebar Dan Memasang Premix Di Jalan Padang Bola Kg. Kelulut, Marang

10-04-2007

RM 97,487.91

4

Kerja-Kerja Membekal Dan Merata Crusher Run Di Jalan Kg. Kelulut Marang

01-08-2005

RM 9,950.00

5

Menaiktaraf Jalan Kg. Tanjung Ke Kg. Tengah, Jambu Bongkok, Marang, Terengganu (Fasa 1)

18-07-2005

RM 40,000.00

6

Kerja-Kerja Membina Sebuah 'Porch' Kenderaan Di Tapak Latihan Kuda Lasak,DYMM Sultan Terengganu Di Ladang Kelapa Sawit Felcra Permatang Seratus, Sentul Patah, Marang Terengganu

20-06-2005

19,350.00

7

Kerja-Kerja Penyelenggaraan, Baikpulih Tandas Di SK. Merchang, Marang Terengganu

30-05-2005

RM 3,500.00

8

Membina Dan Menyiapkan Jalan Premix Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Dengannya Di Jalan Belakang Padang Bola Seberang Marang, Terengganu

23-05-2005

RM 42,754.40

9

Kerja Penyelenggaraan Projek Pendidikan Di SK. Merchang, Marang

16-05-2005

RM 17,737.00


Selain itu, Razali turut mempunyai sebuah syarikat lain yang berdaftar sebagai Bestium Corporation Sdn. Bhd.

Justeru, sebab itulah, hidup dan mati Razali adalah untuk mempertahankan Umno dengan apa jua cara sekali pun, termasuk menubuhkan GERTAK, yang akan terus meniupkan isu perkauman dan agama.

Hanya dengan isu sensitif begitu sahaja, Umno akan terus dapat berkuasa dan memerintah! -BO

Kemenangan Sibu Mampu Runtuhkan Ilusi Simpanan Tetap



KUALA LUMPUR - Kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu akan membuktikan betapa tingginya harapan rakyat untuk membuat satu perubahan, terutamanya dikalangan masyarakat Bumiputera di Sibu kata penulis blog, Kim Quek dalam komentar terbarunya.

Tambah beliau, ini juga akan menguatkan lagi kehadiran Pakatan Rakyat di kubu kuat Barisan Nasional yang selama ini melabel Sarawak sebagai 'simpanan tetap'.

Kim Quek mengulas jikalau rakyat Sibu masih tidak pasti parti yang perlu diundi, maka mereka perlu menanya diri satu soalan, parti mana yang mereka rasakan akan menjaga dan mempertahankan hak dan kehendak rakyat Sibu jika diberi peluang membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sarawak?

Sebabnya ialah kerana terdapat pelbagai masalah di Sibu yang hanya boleh diselesaikan dengan campurtangan kerajaan pusat.

Antaranya ialah banjir berterusan sepanjang tahun, kekurangan pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar, pencabulan hak Tanah Adat, masalah pembaharuan geran tanah pegangan sementara, kadar kemiskinan yang tinggi dan krisis ekonomi berpanjangan yang menyebabkan penghijrahan besar-besaran oleh belia dari Sibu.

Kata beliau lagi, masalah sebegini tidak mungkin dapat diselesaikan hanya dengan penglibatan kerajaan negeri sahaja kerana dana yang besar diperlukan dan hanya kerajaan pusat yang berfikiran berlandaskan rakyat akan meluluskan dana untuk rakyat Sibu.

Tambah beliau lagi, krisis ekonomi yang kini membebankan rakyat berpunca daripada kepincangan pentadbiran 'authoritarian' kerajaan pusat yang dipenuhi dengan gejala rasuah.

"Malaysia kini bukan lagi di dalam senarai pelabur asing sebagai negara berpotensi dan kekurangan pelabur asing telah menyebabkan pertumbuhan ekonomi terhenti. Jika ini berterusan, Malaysia tak mungkin boleh bebas daripada 'Perangkap Golongan Pertengahan'," tulisnya yang terkenal sebagai penulis kritikal.

Dalam isu ini, Kim Quek menyalahkan kerajaan Umno-BN yang tidak mampu menghentikan gejala rasuah sehingga kerajaan mengalami defisit lebih 13 tahun berturut-turut, sedangkan pendapatan dari petroleum dianggarkan 40 peratus daripada jumlah pendapatan negara.

"Dengan fakta sebegini, bagaimana BN boleh memperbodohkan rakyat Sibu dengan janji-janji hingga RM1 bilion untuk skim pencegahan banjir seperti yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin?" soalnya lagi.

Beliau menambah, kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya lalu membuktikan rakyat Malaysia secara umumnya sudah bersedia untuk perubahan dan beliau berharap rakyat Sibu akan bangkit menentang ketidakadilan dan mengambil langkah pertama membentuk Malaysia baru dengan mengundi sebaik-baiknya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .