Kenyataan DS Najib Razak tentang isu kabinet bayangan PR membuktikan beliau sudah kekeringan idea sehingga mencabar PR supaya mengemukan kabinet bayangan. Sudah ketiadaan isu sehingga seorang bertaraf Perdana Menteri mencetus satu isu yang terlalu dangkal dan dilihat beliau serta UMNO/BN yang sudah semakin tertekan.
DS Najib Razak cuba mengalih isu dengan mengutarakan isu kabinet bayangan supaya rakyat tidak lagi membicarakan berkaitan Janji Jingga PR yang mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat.
Kerisauan DS Najib Razak dapat dirasai terutama Janji Jingga PR benar-benar telah mula menarik minat rakyat terutama "Program 100 hari ". Polisi terbaik telah diungkap agar rakyat memperolehi manafaat bagi merealitikan manifestasi 'ketuanan rakyat' yang dilaung-laungkan oleh PR .
Bagi saya isu kabinet bayangan adalah tidak penting kerana barisan kabinet boleh dibentuk apabila PR berjaya menumbangkan BN dan menguasai Putrajaya . Kabinet boleh diwujudkan berdasar Ahli-Ahli Parlimen yang menang , serta dibentuk mengikut kemahiran dan kebolehan mereka berpandukan kementerian yang diwujudkan oleh kerajaan PR demi kepentingan dan keperluan kepada rakyat dan negara . Bukan sesuatu yang luar biasa .
DS Najib Najib harus sedar , bahawa sudah 2 tahun PR telah mewujudkan Panel Portpolio di mana setiap Ahli-Ahli Parlimen PR mempunyai portpolio tertentu berdasarkan kabinet dan kementerian yang diwujudkan oleh Kerajaan BN . Malah BN tidak pun mengiktiraf dan menafikan tindakan PR tersebut . Tetapi kali ini mencabar PR mengemukan kabinet bayangan . Adakah dengan kewujudan kabinet bayangan PR tersebut akan diiktiraf oleh BN ? Sudah pasti mereka tidak akan mengiktirafkan kewujudan kabinet bayangan tersebut tetapi bertujuan untuk memanipulasikan isu .
Apakah kepentingannya kabinet bayangan berbanding polisi sepertimana yang digariskan oleh PR dalam Janji Jingga PR . Bagi saya rakyat lebih perlu mengetahui apakan polisi dan dasar yang bakal disediakan oleh PR kepada rakyat jika PR menawan Putrajaya dan bukannya hendak mengetahui barisan kabinet PR .
Tidak perlu DS Najib mencabar PR mewujudkan kabinet bayangan tetapi ialah MENYAHUT CABARAN BERDEBAT oleh DSAI secara terbuka mengenai dasar ekonomi yang tercatat dalam Buku Janji Jingga. Sikap berdolak- dalik DS Najib Razak membuktikan ketakutan dan keresahan beliau untuk berdepan dengan DSAI dan realiti bahawa Janji Jingga PR adalah realistik dan kondusif untuk rakyat Malaysia demi menyelamatkan Malaysia yang selama 50 tahun dirompak dan dimusnahkan di bawah kerajaan BN .
BUKU JINGGA: Ubah sekarang , selamatkan Malaysia !
Oleh Fariz Musa