Ikuti Blog ini
Tiang penangkap kilat Menara Umno Penang runtuh ,Jumaat, Jun 14, 2013 at 14.6.13,
Lagi cerita kejadian runtuh. Kalau sebelum ini jambatan runtuh kali ini tiang penangkap kilat pula yang runtuh.
Tujuh pengguna jalan raya cedera termasuk 2 parah. Penangkap kilat sepanjang 15 meter di Jalan Macalister, Georgetown runtuh selepas kejadian ribut pada jam 7.10 petang semalam.
Tiang tersebut dipercayai terletak diatas Menara UMNO P.Pinang. Bahagian bumbung Ibu Pejabat Umno Pulau Pinang setinggi 25 tingkat tumbang.
Impak struktur besi yang tumbang menggemparkan. Sejak 6.00 petang, kejadian ribut dan hujan lebat telah melanda Pulau Pinang dan beberapa tempat banyak pokok yang tumbang. Kenapa Menara Umno yang dipilih?