Ikuti Blog ini

Isu Kerajaan Nizar : Pandangan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan

Keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan bahawa Speaker DUN Perak V.Sivakumar tidak ada bidang kuasa untuk mengantung Zambry dan 6 EXCOnya adalah sesuatu yang menggemparkan.

Ini merupakan satu keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyakitkan hati. Ia menyakitkan kerana keputusan ini terang-terang bercanggah dengan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut:

"Kesahihan mana-mana prosiding dalam dewan legislatif di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah"

Kelima-lima hakim tersebut telah mengecewakan rakyat dan kerajaan apabila mereka memilih untuk mengenepikan Perlembagaan Persekutuan. Dengan kata lain, hakim-hakim telah enggan melaksanakan keadilan mengikut undang-undang.

"Siapakah Mahkamah Persekutuan untuk menyatakan sesuatu itu melampaui bidang kuasa Speaker apabila undang-undang tertinggi di negara ini mengatakan kesahihan mana-mana prosiding dalam dewan legislatif di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah?" katanaya

Tidakkah para hakim sedar bahawa tindakan mereka telah mencemari imej kerajaan?

Dalam artikelnya HN Chan mengingatkan kes 'Taff Vale (1900)", di mana Keputusan House of Lords telah menyebabkan kekalahan besar bagi kerajaan Konservatif dalam pilihanraya umum pada tahun 1906. Kes ini, yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan Konsevatif. Kes ini memberi kesan politik yang mendalam.

Beliau fikir mesej kes 'Taff Vale' untuk para hakim kita di Mahkamah Persekutuan sudah cukup jelas. Para pengundi boleh membuat keputusan, sama sepertimana para pengundi di England lakukan terhadap kerajaan konservatif pada tahun 1906.

Bagaimanapun Najiblah yang akan menanggung akibatnya nanti dan bukan para hakim yang melakukan kesilapan kerana gagal bertindak adil berlandaskan undang-undang, tegasnya lagi.

Beliau juga mengingatkan amaran Lord Denning M R dalam kes Gouriet v Union of Post Office Workers yang mengatakan "Bagaimana tinggi sekalipun kedudukan kamu, undang-undang berada di atas kamu"

Menurutnya lagi, perintah Mahkamah Persekutuan seolah-olah bagi saya seperti 'brutum fulmen' dalam bahasa Latin bermakna tindakan yang bunyinya kuat tetapi tidak berkesan.

Sekiranya mereka telah tergelincir dan terkeluar dari landasan keadilan secara sedar maka mereka bersalah kerana menyalahguna kuasa, kata NH Chan.



MPV Perodua - Tunggu Nov. ini.









Tuan Guru Nik Abdul Aziz bersama Pelajar Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.




Tok Guru Nik Aziz sempat meluangkan masa bersama mahasiswa malaysia dan antarabangsa di Universiti Madinah..

Presiden PAS cabar BN tanding di Penanti

BN kini serba salah untuk berbuat demikian berikutan kemenangan pakatan pembangkang dalam beberapa siri pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan di Bukit Gantang - Presiden PAS

BN kini serba salah untuk berbuat demikian berikutan kemenangan pakatan pembangkang dalam beberapa siri pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan di Bukit Gantang - Presiden PAS


Presiden PAS cabar BN tanding di Penanti



BACHOK: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar BN supaya bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti sambil menyifatkan BN bersikap defensif kerana belum memutuskan sama ada untuk meletakkan calonnya atau tidak pada pilihan raya kecil itu.


Katanya, BN kini serba salah untuk berbuat demikian berikutan kemenangan pakatan pembangkang dalam beberapa siri pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan di Bukit Gantang.


Berdasarkan kemenangan sebelum ini, Abdul Hadi yakin parti pakatan pembangkang boleh menang dengan mudah di Penanti.


Terdahulu beliau merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-52 Pas kawasan Bachok, di sini hari ini.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti, Isnin ini.


Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, keputusan sama ada pihaknya akan bertanding di Penanti ataupun sebaliknya akan diputuskan oleh Biro Politik Umno kelak.




Pengerusi SPR Digesa Letak Jawatan Jika Terus Jadi Agen UMNO - BN

Pertubuhan untuk pilihanraya bersih dan adil (Bersih) telah memberi amaran kepada pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Abdul Aziz Mohd Yusof supaya letak jawatan jika beliau terus berlagak sebagai agen Barisan Nasional.

Beliau dianggap seperti burung Kakak Tua yang meniru pendapat BN dan dinasihatkan berkerja sebagai agen BN sepenuh masa atau menjadi ketua kumpulan pelobi mahu mangsuhan pilihanraya.

Pihak Bersih memperingatkan bahawa kedudukan Abdul Aziz terikat dengan perlembagaan untuk memastikan setiap pilihanraya yang bebas dan bersih.

Dakam kenyataan Bersih hari ini menyatakan tugas beliau harus memastikan setiap pilihanraya umum dan pilihanraya kecil berjalan dengan bersih dan adil dan bukannya memastikan bahawa Barisan Nasional mesti memenangi dalam pilihanraya.

Setiap pilihanraya umum dan pilihanraya kecil adalah satu tindakan demokrasi, maka pihak SPR tidak harus mengsyorkan sebarang perubahan kerana ini akan mempengaruhi pengundi dan hak mereka untuk membuat pemilihan.

Jika prinsip tiada cukai tanpa wakil itu sah, maka kerajaan yang memungut cukai adalah dilihat seperti mafia yang menafikan perlindungan kewangan dari rakyatnya.

Bersih mengesa supaya SPR harus tegas untuk memaksa menghapuskan artikel 48(6) bahawa tidak membenarkan wakil yang dipilih dari bertanding semula selama lima tahun selepas meletak jawatan.

Pilihanraya adalah seperi temuduga pekerjaan, pekerja ada hak untuk meletak jawatan dan memohon jawatan itu semula dalam cara yang berbeza samada beliau diambil bekerja semula atau tidak akan ditentukan oleh majikan.

Bersih mahukan semua pegawai negeri SPR untuk meneliti cara pentadbiran mereka secara adil (neutral). Jika Aziz tidak dapat mengawal perlakuan orang bawahannya, beliau harus letak jawatan.

Dalam kenyataan terbaru Abdul Aziz bahawa beliau akan menyemak kemungkinan tidak mahu adakan piliharaya kecil di Dun N12 Penanti sejurus selepas Perdana Menteri Najib Razak memberi alasan tidak masuk akal untuk mengelak pilihanraya di Dun diadakan.

Menurut kenyataan Bersih, pihak SPR amat beria-ia untuk mengkaji dan membuat keputusan samada kerusi Dun itu kosong atau tidak daripada menerima keputusan pembentukan undang-undang Speaker. Dulu Perak sekarang Penanti pula, kedua-duanya berat sebelah dan fitnah.

Akhir sekalu, apabila Abdul Aziz membuat teguran bahawa cara pengundian di Kuala Sepetang itu satu yang membimbangkan dan sesuatu yang tidak kena serta mengejutkan.

Bidang kerja SPR adalah untuk mentadbir pilihanraya, bukan untuk menentukan, berpihak dan memberi nasihat atas petunjuk dalam sesuatu pilihanraya.-



Kes SMS Ugut Bunuh - Bekas SU Politik Idris Jusoh Di cari Polis



KUALA TERENGGANU – Polis sedang mengesan bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi membantu siasatan berhubung kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh, kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN baru-baru ini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Fauzi Abduri berkata Ahmad Ramzi juga adalah calon Barisan Nasional (BN) bagi parlimen Marang pada pilihan raya umum ke-12 lepas, dicari untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.

"Ahmad Ramzi dicari kerana beliau adalah antara individu yang mengeluarkan kenyataan kepada media pada malam ketiga-tiga ADUN itu menerima SMS ugutan berkenaan.

"Polis ingin mendapatkan kepastian sama ada Ahmad Ramzi turut menerima SMS berkenaan atau sebaliknya kerana beliau turut memberi kenyataan kepada media pada malam tersebut," katanya kepada Bernama semalam.

Wartawan Buletinonline yang hadir pada tengah malam 13 April lalu menyedari kehadiran Ahmad Ramzi bersama dua ADUN BN ketika membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu menjadi persoalan.

Zakaria Abdullah ADUN Paka dan Abdul Halim Jusoh ADUN Permaisuri menerima ‘SMS Ugutan Bunuh’ dan merasakan nyawa mereka terancam lalu membuat laporan polis.

Dalam kenyataannya kepada pihak media, Abdul Halim berkata beliau percaya ia ada kaitan berhubung ‘usul undi tidak percaya’ keatas Menteri Besar Dato Ahmad Said.

Halim turut membuat tuduhan, SMS tersebut adalah dari Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Terengganu, berdasarkan nombor penghantar SMS yang diterimanya.

Manakala Ahmad Ramzi menjadi tumpuan pihak media yang mahu mengambil gambar ‘ayat ugutan bunuh’ dari paparan telefon bimbitnya

Namun, bagaimana SMS tersebut turut terdapat dalam telefonnya tidak dapat dipastikan kerana beliau bukan ADUN dan tidak disenaraikan sebagai salah seorang penerimanya.

Ahmad Ramzi telah berkeliaran di lokasi tersebut dari awal laporan polis dibuat sehingga tamat sidang media kira-kira jam 1.00 pagi.

Menurut ACP Mohd Fauzi Mohd Fauzi, polis telah mencari Ahmad Ramzi dirumahnya tetapi beliau tidak ada.

Hasil siasatan yang dibuat, beliau berkata, pihak polis telah menahan seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun di Bandar Baru Bangi, Selangor Isnin lepas, 20 April, kerana disyaki menghantar SMS ugutan itu.

Beliau berkata perintah tahanan reman ke atas kerani itu dilanjutkan selama tiga hari lagi bagi membolehkan pihaknya melengkapkan siasatan.

"Polis Terengganu juga telah menghantar anggota untuk mengambil komputer di pejabat kerani itu bagi membantu siasatan yang dijangka selesai dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya.

Rais Yatim Jamu Blogger Pro-Umno/BN di Restoran Mewah



Dalam usaha merapatkan hubungan dengan bloggers tanahair, kira-kira 50 blogger dibelanja makan malam oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim di Restoran Seri Melayu, sebuah restoran mewah di Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan rasmi Kementerian itu, Rais mahu menggunakan peluang itu untuk ‘beramah-mesra dengan para blogger’.

Walaupun majlis ini diketahui umum namun media dihalang dari membuat liputan keatas majlis itu.

Ini menimbulkan spekulasi majlis khas tersebut hanya diadakan bagi blogger-blogger terpilih atau yang pro-Umno dan Barisan Nasional.

Antara bloggers yang hadir adalah Abdul Kadir Jasin, Ahiruddin ‘Rockybru’ Atan, Ruhanie Ahmad, Ibrahim Yahya, yang juga Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Nuraina Samad dan Syed Akbar Ali.

Apa yang menarik, blogger yang kritikal terhadap kerajaan tidak kelihatan.

Sepanjang makan malam itu, Rais dilaporkan berkata: “kawan-kawan saya memberitahu tidak kurang dari 5,000 blogger yang serius menyuarakan pendapat mereka dalam pelbagai isu,”

“Sebahagian dari mereka berhenti menulis untuk media arus perdana untuk menumpu blogging sepenuh masa. Di kalangan blogger ini adalah anak-anak kita sendiri, mahasiswa dan pengajar, yang membentuk kelompok kritikal dalam masyarakat kita,” tambah Rais.

Beliau memohon blogger-blogger yang hadir untuk memuji kerajaan bila pujian itu wajar diberikan, terutamanya apabila kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang bagus.

Beliau turut berkata kesahihan undang-undang memantau dan mengawal media dan perhubungan di negara ini seperti Akta Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia 1998 tidak perlu dipertikaikan lagi.

Beliau berkata undang-undang ini tidak akan digunakan selagi blogger menjaga etika penulisan mereka.

“Terdapatnya aturan dan taktik tertentu untuk blogging yang sebenarnya sebahagian dari budaya kita sebagai Melayu dan Muslim. Antaranya adalah melaporkan apa yang betul dan adil, dan bukan memfitnah,”

“Penting untuk blogger-blogger ternama menjaga kredibiliti, kerana kritikan mereka mudah diterima oleh orang-ramai,” tambah Rais.

Rais berkata makan malam itu dianjurkan sebagai tanda sokongan kerajaan kepada budaya media baru yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Tindakan bijak Gobind Singh

Gobind Singh, Ahli Parlimen Puchong, telah menfailkan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Beliau mengambil tindakan mahkamah kerana beliau digantung sebagai Ahli Parlimen pada 16 Mac 2009.

Bolehkan Speaker menggantung seseorang itu daripada menjadi Ahli Parlimen? Beliau tidak dibenarkan menghadiri sidang Parlimen dan tidak boleh mendapat gaji/elaun serta kemudahan-kemudahan lain. Adakah Speaker mempunyai kuasa untuk berbuat demikian? kalau ya, kenapa tindakan Speaker Perak diputuskan tidak sah di sisi undang-undang?

Di Perak, Speaker hanya menggantung Zambry dan 6 orang ADUN BN daripada menghadiri sidang Dewan Negeri. Speaker tidak menggantung kedudukan mereka sebagai ADUN. Tindakan Speaker Perak tidak melibatkan gaji/elaun dan kemudahan-kemudahan lain yang diberikan kepada mereka. Tetapi, Mahkamah Persekutuan memutuskan tindakan Speaker Perak tidah sah ataupun ultra vires. Bagaimana pula tindakan Speaker Dewan Rakyat yang mengantung Gaobind Singh untuk 12 bulan tanpa gaji/elaun dan kemudahan-kemudahan lain? Bukankah ini juga ultra vires?

Gobind Singh telah mengambil satu tindakan yang bijak. Ini adalah kerana, kes Perak telah dijadikan sebagai satu 'duluan' untuk menfailkan kes ini. Campurtangan mahkamah dalam kes Speaker Perak telah membuka jalan kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri untuk merujuk kepada mahkamah semua pertikaian yang memerlukan penyelesaian.

Gobind Singh telah menfailkan saman pemula terhadap 4 pihak iaitu:

1) Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin
2) Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri
3) Setiausaha Dewan Rakyat
4) Kerajaan

Gobind Singh membuat permohonan untuk deklarasi bahawa penggantungan terhadapnya adalah tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan. Beliau juga mahukan satu 'order' daripada mahkamah supaya beliau bebas menghadiri sidang Parlimen.

Beliau digantung kerana memanggil Datuk Seri Najib seorang pembunuh dalam mesyuarat Parlimen.

Debat Antara Si-Pembakar Jambatan UMNO dan Si-Luncai

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang berang dengan mantan Menteri di JPM, Datuk Zaid Ibrahim yang kerap mengkritik Najib hari ini dilapor BERNAMA menggelar Zaid sebagai si-Luncai. Seterusnya Rais telah mencabar Zaid berdebat mengenai isu salah laku Najib yang sering dibangkitkan Zaid kepada media asing.

"Sekiranya berpeluang saya sendiri ingin berdebat dengan pihak-pihak yang cuba "mengenakan" pemimpin kita dengan perkataan tak senonoh atau tidak diterima akal pada masa ini," kata Rais, "Kita akan lihat setakat mana hebatnya beliau (Zaid) menggunakan istilah-istilah itu (memburuk-burukkan) Perdana Menteri," katanya.

Jadi tidak lama lagi kita berpeluang melihat satu debat perdana antara Rais dan Zaid mengenai isu Najib. Yang istimewanya mengenai debat ini ialah ia di antara dua tokoh yang mahir tentang undang-undang. Debat ini juga istimewa kerana ia membabitkan Zaid yang telah dipecat oleh UMNO dengan Rais yang pernah keluar UMNO dan pernah bersumpah untuk tidak akan kembali kepada UMNO kerana jambatan untuknya kembali telah 'dibakar'nya. Tentu hebat debat antara si-Luncai (Zaid) dengan si-pembakar jambatan (Rais)!!

Kita berharap debat mengenai isu Najib di antara dua tokoh itu diadakan secara langsung seperti debat Anwar dan Shabery dahulu. Dan kita juga berharap debat berlangsung tanpa syarat, terutama jangan kenakan syarat-syarat berikut:

- Tidak boleh sebut nama Altyantuya
- Tidak boleh sebut bahan peledak C4
- Tidak boleh sebut komisyen kapal selam dan sukhoi
- Tidak boleh sebut nama seorang penyanyi wanita dan Port Dickson
- Tidak boleh sebut nama Rosmah dan Bollywood



Zambry Aibkan Harussani, Mufti Yang Kata Sureheboh Haram

Menteri Besar Kerajaan Haram UMNO BN Perak, Zambry Abdul Kadir mungkin jahil dan tidak tahu bahawa keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert Sure Heboh(sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Harakahdaily melaporkan Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) telah melahirkan kekesalannya dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini oleh kerajaan negeri Perak. Kekesalan itu dilahir melalui Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut.

"Pemuda PAS Ipoh Timur memohon agar pihak Kerajaan Negeri memperjelaskan kelulusan yang telah diberikan tanpa mendapat nasihat daripada Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak," katanya.

Beliau turut meminta supaya pejabat Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak memberikan garis panduan yang jelas kepada Kerajaan Negeri tentang konsert yang boleh diadakan di masa akan datang.





PAS Diterima Semua Kaum Setelah Berusia 58 Tahun

KEMAMAN - Politik tidak boleh dipisahkan dan merupakan sebahagian dari ajaran serta tuntutan dalam Islam yang diajar oleh Allah SWT kepada manusia di dunia ini.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata PAS kini meniti usia penubuhan 58 tahun yang akhirnya mula diterima oleh semua kaum di Negara ini serta menepati dengan slogan ‘PAS For All’ (PAS Untuk Semua).

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/azmanapril09.jpgBeliau berkata tiga perkara besar yang menjadikan PAS sukar diterima oleh masyarakat majmuk sebelum ini telah terungkai serta membuahkan kejayaan.

“Pertama, payah (sukar) untuk tarik orang bukan Islam sokong kita (PAS) yang hari ini perjuangan dan parti PAS telah boleh diterima oleh kaum lain. Kewujudan Kelab
Penyokong PAS kaum Tionghua dan India bukti kejayaan kita (PAS).

“Kedua, payah (sukar) sebelum ini kita (PAS) hendak tarik golongan profesional kepada PAS. Hari ini ramai tokoh-tokoh akademik, profesional, pegawai kerajaan dan pesara bersama dengan perjuangan PAS.

“Ketiga, payah (sukar) kita hendak tarik orang muda dan belia sokong PAS tetapi hari ini PAS mendapat tempat dihati pengundi muda di seluruh negara, Alhamdulillah,” ujarnya pada Ceramah Umum Sempena Kesyukuran Kemenangan PAS Bukit Gantang di Kampung Dusun Nyior, Chukai, Kemaman.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu menjelaskan ketiga-tiga halangan utama itu kini menjadi peluang kepada PAS setelah penubuhan Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lalu.

Hasil pendekatan itu kini, katanya, terdapat beberapa pemimpin parti kaum tionghua dan hindu mula belajar membaca ayat-ayat al-Quran sejak berkawan dengan PAS.

Hadir sama pada majlis tersebut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Yang Dipertua PAS Kemaman serta Timbalannya, Haji Ismail Harun dan Haji Hanafiah Ramly@Mat.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .