Ikuti Blog ini

Isu Kerajaan Nizar : Pandangan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan

Keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan bahawa Speaker DUN Perak V.Sivakumar tidak ada bidang kuasa untuk mengantung Zambry dan 6 EXCOnya adalah sesuatu yang menggemparkan.

Ini merupakan satu keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyakitkan hati. Ia menyakitkan kerana keputusan ini terang-terang bercanggah dengan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut:

"Kesahihan mana-mana prosiding dalam dewan legislatif di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah"

Kelima-lima hakim tersebut telah mengecewakan rakyat dan kerajaan apabila mereka memilih untuk mengenepikan Perlembagaan Persekutuan. Dengan kata lain, hakim-hakim telah enggan melaksanakan keadilan mengikut undang-undang.

"Siapakah Mahkamah Persekutuan untuk menyatakan sesuatu itu melampaui bidang kuasa Speaker apabila undang-undang tertinggi di negara ini mengatakan kesahihan mana-mana prosiding dalam dewan legislatif di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah?" katanaya

Tidakkah para hakim sedar bahawa tindakan mereka telah mencemari imej kerajaan?

Dalam artikelnya HN Chan mengingatkan kes 'Taff Vale (1900)", di mana Keputusan House of Lords telah menyebabkan kekalahan besar bagi kerajaan Konservatif dalam pilihanraya umum pada tahun 1906. Kes ini, yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan Konsevatif. Kes ini memberi kesan politik yang mendalam.

Beliau fikir mesej kes 'Taff Vale' untuk para hakim kita di Mahkamah Persekutuan sudah cukup jelas. Para pengundi boleh membuat keputusan, sama sepertimana para pengundi di England lakukan terhadap kerajaan konservatif pada tahun 1906.

Bagaimanapun Najiblah yang akan menanggung akibatnya nanti dan bukan para hakim yang melakukan kesilapan kerana gagal bertindak adil berlandaskan undang-undang, tegasnya lagi.

Beliau juga mengingatkan amaran Lord Denning M R dalam kes Gouriet v Union of Post Office Workers yang mengatakan "Bagaimana tinggi sekalipun kedudukan kamu, undang-undang berada di atas kamu"

Menurutnya lagi, perintah Mahkamah Persekutuan seolah-olah bagi saya seperti 'brutum fulmen' dalam bahasa Latin bermakna tindakan yang bunyinya kuat tetapi tidak berkesan.

Sekiranya mereka telah tergelincir dan terkeluar dari landasan keadilan secara sedar maka mereka bersalah kerana menyalahguna kuasa, kata NH Chan.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .