Ikuti Blog ini

PAS Diterima Semua Kaum Setelah Berusia 58 Tahun

KEMAMAN - Politik tidak boleh dipisahkan dan merupakan sebahagian dari ajaran serta tuntutan dalam Islam yang diajar oleh Allah SWT kepada manusia di dunia ini.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata PAS kini meniti usia penubuhan 58 tahun yang akhirnya mula diterima oleh semua kaum di Negara ini serta menepati dengan slogan ‘PAS For All’ (PAS Untuk Semua).

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/azmanapril09.jpgBeliau berkata tiga perkara besar yang menjadikan PAS sukar diterima oleh masyarakat majmuk sebelum ini telah terungkai serta membuahkan kejayaan.

“Pertama, payah (sukar) untuk tarik orang bukan Islam sokong kita (PAS) yang hari ini perjuangan dan parti PAS telah boleh diterima oleh kaum lain. Kewujudan Kelab
Penyokong PAS kaum Tionghua dan India bukti kejayaan kita (PAS).

“Kedua, payah (sukar) sebelum ini kita (PAS) hendak tarik golongan profesional kepada PAS. Hari ini ramai tokoh-tokoh akademik, profesional, pegawai kerajaan dan pesara bersama dengan perjuangan PAS.

“Ketiga, payah (sukar) kita hendak tarik orang muda dan belia sokong PAS tetapi hari ini PAS mendapat tempat dihati pengundi muda di seluruh negara, Alhamdulillah,” ujarnya pada Ceramah Umum Sempena Kesyukuran Kemenangan PAS Bukit Gantang di Kampung Dusun Nyior, Chukai, Kemaman.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu menjelaskan ketiga-tiga halangan utama itu kini menjadi peluang kepada PAS setelah penubuhan Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lalu.

Hasil pendekatan itu kini, katanya, terdapat beberapa pemimpin parti kaum tionghua dan hindu mula belajar membaca ayat-ayat al-Quran sejak berkawan dengan PAS.

Hadir sama pada majlis tersebut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Yang Dipertua PAS Kemaman serta Timbalannya, Haji Ismail Harun dan Haji Hanafiah Ramly@Mat.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .