Ikuti Blog ini

Gasolin: Malaysia sokong Amerika sekat Iran

KOTA BHARU, 23 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan kerajaan Malaysia menyekat jualan gasolin ke Iran dianggap sebagai menyokong Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas negara umat Islam itu.

“Ini secara tidak langsung akan menaikkan semangat orang Yahudi,” katanya pada demontrasi membantah tindakan kerajaan Malaysia menggunakan khidmat syarikat Israel APCO Worldwide dalam pentadbiran kerajaan di Medan Ilmu hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kajian sepatutnya dilakukan terlebih dahulu sebelum menyekat penjualan gas kepada Iran.

“Sedangkan kerajaan Iran menjelaskan penggunaan nuklear di negara berkenaan bukan bertujuan peperangan sebaliknya bagi menjana tenaga,” ujarnya.

Beliau juga berkata, apa yang dilakukan Amerika Syarikat ke atas Iran sekarang sama seperti tindakan mereka menceroboh Iraq atas alasan ada senjata pemusnah.

Katanya, setelah serangan dilakukan sehingga mengakibatkan ribuan penduduk Iraq mati, senjata pemusnah yang didakwa George Bush palsu semata-mata.

Beliau juga melahirkan rasa kesal kerajaan BN sanggup membayar sehingga hampir RM80 juta kepada APCO yang ada kaitan dengan Yahudi, sebaliknya wang royalti yang menjadi hak Kelantan dinafikan.

”Royalti sebanyak RM2 bilion yang sepatutnya diberi kepada Kelantan tidak diberi. Dan baru-baru ini duit itu diambil tanpa diberi kepada tuannya dan dibahagi kepada pelajar sekolah.

”Ambil duit hak rakyat Kelantan kemudian beri semula kepada pelajar,” katanya merujuk pembahagian wang ihsan kepada pelajar di Machang oleh Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini.

Ribuan menyertai demontrasi tersebut selepas selesai kuliah agama mingguan. Dua siri kuliah mingguan sebelum ini diisi penceramah lain memandangkan Menteri Besar mengerjakan umrah.

Pelbagai sepanduk dipamerkan orang ramai sebagai membantah tindakan Najib menggunakan khidmat APCO.

Kemuncak kepada demontrasi itu apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz membakar patung pemimpin dan bendera Israel.

Biar pun Perdana Menteri menafikan tiada sekatan jualan gasolin Petronas kepada Iran, namun media asing melaporkan arahan itu dibuat sebagai komitmen Datuk Seri Najib Razak sebelum berjumpa Barack Obama.

Petronas diarah menamatkan penjualan gas kepada Iran sejak bulan lepas sebagai menyokong sekatan dan tekanan ekonomi yang dikenakan Amerika serta sekutunya terhadap Iran.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim ketika berucap pada demonstrasi itu berkata, keselamatan negara sekarang sudah terancam kerana musuh telah berada di Putrajaya dan Bukit Aman.

Katanya, apa yang berlaku sekarang sudah menjadi satu isyarat yang jelas ke arah kejatuhan Najib biar pun baru setahun menerajui pentadbiran negara.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, penjajahan bentuk baru sedang berlaku di negara ini apabila kerajaan menggunakan khidmat syarikat Yahudi dalam pentadbiran negara.

”Rakyat Kelantan mendesak supaya kerajaan membatalkan segera perjanjian dengan APCO,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Datuk Mohamed Daud, Ketua Dewan Muslimat, Siti Zailah Mohd Yusof, Angkatan Muda Keadilan, wakil-wakil rakyat dan rakyat pelbagai kaum.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Dewan Pemuda PAS Kelantan membuat satu laporan polis ekoran tindakan kerajaan menggunakan khidmat APCO.

Laporan itu dibuat anggota exconya, Ismail Mohamad di Balai Polis Daerah Kota Bharu, di Pengkalan Chepa semalam.

Dalam laporan aduan tersebut, Ismail meminta pihak polis menyiasat penglibatan syarikat Apco Worldwide yang dilantik kerajaan Malaysia pada Julai 2009 untuk tujuan konsultan perhubungan awam dan hal ehwal kerajaan.

Menurutnya, Dewan Pemuda PAS bimbang kerana syarikat tersebut dikatakan mempunyai hubungan dengan Israel.

“Sekiranya perkara ini wujud kami bimbang rahsia sulit kerajaan serta maklumat negara akan diketahui mereka sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.

“Saya membuat laporan polis ini supaya siasatan dapat dijalankan dengan seberapa segera di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960,” ujarnya. K'leni

Terkini : Chegu Bard ditahan Polis

SB sedang memeriksa kenderaan yang dinaiki Sofi
Pegawai polis sedang menerangkan tentang penahanan Chegu Bard
Chegu Bard dan rakan-rakan sedang dibawa berjumpa dengan pegawai penyiasat

Sebentar tadi Chegu Bard dan rakan-rakan SAAM di tahan polis berkenaan 1 laporan yang di buat oleh polis semasa penamaan calon tempoh hari. loveperak

P94 Hulu Selangor.. Gambar sekitar Hulu Selangor tengahari ni





Projek Mee segera masih dijalankan

Bill Bord PR dirosakan oleh kontraktor mee segera


TNB pun turut berkempen????

Cara Mengundi yang betul.. PANGKAH PKR

Baner Beng Hock turut menghiasi Hulu Selangor

Antara Projek gajah putih yang terbengkalai sejak zaman pemerintahan BN

Pengundi sedang memeriksa senarai mengundi

Tok Guru Di Airport! Bersedia Hulu Selangor Untuk Menyambut Ketibaan Tok Guru Nik Aziz!




4.15 petang : Tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra untuk ke Hulu Selangor, berkempen membantu calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

Anwar: Allah takdirkan 'Projek 16 Sept' tak jadi


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi menunjukkan dua pucuk surat sebagai bukti bahawa beliau mempunyai cukup jumlah ahli parlimen untuk mengambil alih kuasa daripada kerajaan BN melalui 'Projek 16 September'.
Anwar berkata surat pertama bertarikh 18 September 2008 yang menuntut agar Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi memanggil sidang tergempar kerana ahli Dewan Rakyat sudah hilang keyakinan kepadanya. "Jika tak ada jumlahnya, adakah boleh diadakan sidang parlimen tergempar?" katanya Anwar ketika berceramah di hadapan kira-kira 400 orang di Padang Perumahan Taman Teratai, yang dikatakan kubu kuat Umno. Manakala surat bertarikh pada hari berikutnya, kata Anwar, memohon perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan kerana mempunyai cukup majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan yang baru. "Bagaima
napun Allah mentakdirkan perkara itu tidak menjadi," katanya sambil merayu agar pengundi memberi sokongan kepada calon PKR Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April ini. Anwar yang juga penasihat ekonomi kerajaan Selangor menyentuh pendedahannya bahawa kerajaan Malaysia membuat perjanjian dengan sebuah firma perunding yang mempunyai kaitan dengan Yahudi. Ia susulan keputusan Dewan Rakyat petang semalam meluluskan usul merujuk Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran pendedahan beliau itu. Anwar menjela
skan kepada pengundi dengan menunjukkan salinan surat perjanjian kerajaan Malaysia dan firma Apco itu. "Surat (perjanjian) Apco dan kerajaan Israel sama dengan surat (perjanjian) antara Apco dengan Malaysia. Jawablah, buat apa hina saya... Jawablah, buat apa hukum saya," katanya. Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata, beliau telah memuatkan salinan perjanjian tersebut di dalam blog rasminya.
Dalam perkembangan berkaitan, ketua umum PKR itu juga menjawab tohmahan yang mendakwanya menjadi "boneka kepada Yahudi". Beliau turut menunjukkan satu risalah mendakwa bahawa beliau mempunyai "lingkaran dengan Yahudi". Anwar menyifatkan tindakan tersebut dilakukan oleh "orang munafik dan pembohong" "Haram saya berdamping dengan mereka. Saya tidak buat kerja itu semua," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.-M'kini

Isteri pertahan reputasi Zaid

Anak kepada Dato' Zaid Ibrahim dikelilingi petugas Jabatan Amal

HULU SELANGOR : Walaupun banyak tuduhan yang telah dilemparkan terhadap Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat daripada PKR untuk pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, namun beliau tahu bahawa isterinya mampu menyokong dan mempertahankan reputasinya.

Datin Suliana Shamsuddin, isteri Zaid sejak 31 tahun yang lepas, adalah seorang wanita mempunyai kebolehannya sendiri.

Datin Suliana berbeza daripada kebanyakan isteri ahli politik, yang lebih suka menyokong suami mereka dari tempat naungan, lapor blog www.zaiduntukrakyat.com.

Ibu kepada tiga anak dewasa, telah berkempen dengan penuh semangat bagi pihak suaminya di kawasan seluas bandar Melaka walaupun tanpa suaminya di sisi.

“Saya tiada masalah bertemu dengan rakyat bersendirian,” Suliana yang berbadan ramping memberitahu wartawan selepas berkempen untuk suaminya di sebuah kampung Cina kecil di sini.

“Kerja ini memenatkan tetapi saya rasa puas hati,” kata Suliana, menceritakan kesibukan dan waktu kerjanya yang lewat sebab perjalanannya yang panjang setiap hari ke kawasan pilihan raya kecil ini di desa.

Datin Suliana yang berasal dari Perak, menunjukkan kekuatan mentalnya dalam masa yang singkat di kampung itu, tidak tersentak atau menjerit apabila nampak anjing-anjing berkeliaran di atas jalan.

Beliau juga tidak takut menjawab isu tuduhan bahawa suaminya minum arak.

“Kalau kamu nak tanya benda buruk, tanyalah musuh kamu; kalau kamu nak benda baik, tanyalah kawan. Itu hanya sebahagian daripada proses,” kata beliau apabila menjawab tuduhan bahawa suaminya seorang peminum arak dan kaki perempuan.

“Itu dah selesai. Isu yang utama adalah apa yang dia boleh beri kepada rakyat,” katanya lagi.

Tenaga dan keyakinan beliau menunjukkan pengalaman beliau.

Suliana memberitahu bahawa beliau telah berkempen untuk Zaid yang mewakili Umno pada pilihan raya umum 2004 di parlimen Kota Bharu.Walaupun menang kerusi itu tetapi tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum yang seterusnya.

Beliau datang ke Hulu Selangor untuk memperkenalkan Zaid kepada penduduk tempatan dan memupuk keyakinan mereka supaya memberikan undi kepada suaminya Ahad ini.

“Dia seorang yang tulus, dia bukan bermuka dua. Dia pegang kepada kebenaran,” katanya dalam satu ceramah.

Beliau memberitahu kepada 30 orang yang datang mendengar ceramahnya dengan membawa anak kecil bahawa Zaid adalah seorang yang murah hati.

Zaid menubuhkan sebuah yayasan di Kelantan 11 tahun yang lalu iaitu Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (Yokuk).

Mesejnya mudah, kata Suliana: Zaid Ibrahim ialah harapan baru untuk menyelamatkan Malaysia.-Hrkh

Orang Asli Bangun Membantah!! Barisan Nasional Tergugat.



"Barisan Nasional tidak malu menggunakan jentera kerajaan khususnya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli untuk memasuki perkampungan orang asal kerana mereka fikir orang asal tidak akan protes. Mereka mengugut Ketua Batin masyarakat setempat. Tetapi kini orang asal sudah berani bangun membantah dan memprotes dan mahukan hak mereka"

Hari ini orang Asal di Hulu Selangor telah bangun membantah usaha-usaha jahat dari pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Polis dalam menghalang mereka bekerja dan berkempen untuk Pakatan Rakyat.

Mereka telah mendakwa telah menerima tekanan yang amat hebat kali ini dan belum pernah mereka menerima sebelum ini. Kakitangan JHEO berada di kesemua 16 buah perkampungan orang Asli di Selangor termasuk pihak polis yang telah membina pondok-pondok polis di di kampong mereka termasuk di hadapan rumah-rumah mereka. Ini sudah tentu menakutkan mereka.

Menurut YB Elizabeth Wong, kehadiran polis dan pondok polis adalah memberi tekanan kepada orang asal kerana kehadiran polis menjadi simbol keadaan darurat, sejarah orang asal adalah sejarah yang menakutkan dan pedih.

Ujar mereka lagi selama bertahun-tahun proses Pilihanraya berlaku tidak pernah lagi pondok polis dibina di dalam kampong dan di hadapan rumah mereka.

Mereka menganggap nampak sangat BN terasa tergugat dengan kebangkitan orang asli.

Dengan itu YB Elizabeth Wong mendesak agar semua pondok polis tersebut dikeluarkan dengan segera dan Suruhanjaya PilihanRaya harus mengambil tindakan dengan segera.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) digunakan sebagai jentera pilihanraya.

Menurut mereka pegawai JHEOA telah masuk ke perkampungan mereka dengan menggunakan kenderaan Jabatan. Walaupun logo JHEOA yang tertera telah ditutup dengan sticker mereka masih tahu kerana mengenali warna kenderaan tersebut.

'Gula-gulakan' dengan HIBURAN

Mereka juga mendakwa bahawa mereka telah dihidangkan dengan hiburan-hiburan setiap malam kerana orang asal dikenali sebagai mereka yang sukakan hiburan.

Menurut mereka Perdana Menteri Malaysia, Najib juga cuba memberi maruah mereka dengan menghulurkan wang RM10, hadiah dari Najib ujar mereka.

Mereka juga dihulurkan dengan benih-benih tanaman yang kemudiannya diambil balik.



"Ada seorang budak Cina tu, dia tak ada kuasa. Apa yang dia kata tidak benar". YB Elizabeth Wong menceritakan kata-kata pegawai JHEOA kepada penduduk orang asli yang merujuk kepadanya sebagai 'budak Cina'.

"Saya ada kuasa untuk selesaikan masalah tanah orang asli di Selangor kerana telah diberi kuasa tersebut oleh Menteri Besar Selangor" ujar YB Elizabeth Wong lagi.

P094 : Gambar bukti Sokongan kepada BN semakin meningkat!

Empat keping gambar yang dirakamkan ketika ceramah oleh Ali Rostam mengesahkan kenyataan Muhyiddin yang mengatakan sokongan kepada BN semakin meningkat..

Perlu diingatkan diakhir ceramah itu ada cabutan nombor bertuah..


Sokongan kepada BN semakin meningkat, kata Muhyiddin

HULU SELANGOR — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sokongan terhadap Barisan Nasional pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini semakin meningkat.

“Saya dah lama di Hulu Selangor. Dapat lihat makin ramai yang sokong BN. Malam ini hadir lebih 500 orang, “ katanya ketika berucap di Rumah Umno Johor di Batang Kali malam ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beliau yakin dalam hari-hari terakhir mengundi ini akan keluar banyak cerita tidak baik dan meminta para pengundi supaya sedar mereka berada di landasan yang betul.

“Yang penting pilih calon yang mewakili parti yang ada hala tuju yang jelas,” kata beliau.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan calon BN P. Kamalanathan ditentang Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat.

Menurut Muhyiddin, selepas 16 September 2008, BN semakin kukuh manakala PKR pula yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin meretak.

“PKR umpama bangunan lama yang semakin meretak. Saya fikir tidak lama lagi Anwar akan terkontang keseorangan,” tambahnya.

Anwar telah menguarkan-uarkan bahawa beliau akan membentuk kerajaan persekutuan yang baru sebagaimana dijanjikan 16 September 2008, tetapi tidak menjadi kenyataan. — Bernama











Satu peningkatan yang mendadak!!

Guna kebijaksanaan politik di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 23 April: Rakyat Hulu Selangor perlu menggunakan sepenuhnya kebijaksanaan politik untuk kepentingan mereka dalam pilihan raya Ahad ini.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Zuhdi Masduki berkata, kebijaksanaan politik yang perlu mereka gunakan adalah untuk mendapatkan keuntungan maksima kepada mereka melalui pilihan raya kecil ini.

"Jika tuan-puan pilih calon BN, tuan-tuan hanya akan dapat bantuan dan perkhidmatan dari kerajaan Pusat sahaja kerana kesemua Adun di Hulu Selangor sekarang adalah wakil rakyat BN.

"Jika tuan-puan pilih calon PKR, tuan-puan akan mendapat khidmat dari dua kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Ini kerana, kerajaa Pusat akan bantu tuan-puan melalui Adun-adun mereka, manakala kerajaan negeri Selangor akan membantu tuan-puan melalui anggota Parlimen mereka.

"Oleh itu, kebijaksanaan politik kita kali ini adalah kita pilih calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya ini," kata Zuhdi yang juga merupakan salah seorang pengundi Hulu Selangor.

Zuhdi berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis ceramah kelompok Pakatan Rakyat di Kampung Melayu Rasa, malam tadi.

Seorang lagi penceramah di majlis itu, Ustaz Fathu Rahimi dalam ucapannya pula berkata, kelebihan besar yang diperolehi oleh penduduk Selangor sejak ditadbir oleh Pakatan Rakyat adalah mereka berjaya mengimarahkan masjid.

Ini kerana, kerajaan negeri telah menggalakkan masjid diimarahkan dengan pelbagai program dan juga memudahkan para ustaz mendapat tauliah untuk mengajar.

"Semasa Selangor diperintah oleh Umno, bukan sahaja masjid tidak diimarahkan, bahkan diruntuhkan sebagaimana berlaku kepada Masjid Jubli Perak, Bangi," kata beliau yang juga merupakan salah seorang khatib yang membaca khutbah di masjid itu.

Mereka berucap untuk mengajak orang ramai agar memberikan sokongan penuh kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor. Zaid akan menentang calon BN dari MIC, P Kamalanathan.

Berpuluh-puluh ceramah kelompok diadakan pada setiap malam di seluruh kawasan pilihan raya. Ia dianjurkan oleh PKR dan juga PAS di samping DAP di bandar-bandar dan kampung baru.

Di ceramah ini, kira-kira 50 hingga 100 orang akan mendengarnya di kalangan penduduk tempatan. -Hrkh

Khairy Digesa Jadi Anak Jantan Mengaku Minum Arak

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencabar Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membuat pengakuan secara 'gentleman' mengenai dakwaan bahawa beliau pernah meminum arak seperti mana paparan sekeping foto di internet (gambar) yang menunjukkan rakaman seorang lelaki yang tidak dikenali dengan dua wanita dengan beberapa gelas minuman mengandungi alkohol di meja mereka.

Naib Presiden PAS Pusat itu juga mengkritik keengganan Ahli Parlimen Rembau itu yang menafi sekeras-kerasnya ketika diserbu wartawan di lobi Parlimen semalam bagi mendapatkan penjelasan berhubung penyiaran foto yang dimaksudkan itu.

Sehubungan itu beliau menggesa Khairy bersama pemimpin Barisan Nasional berani menghadapi kenyataan bahawa isu ini telah memakan diri mereka sendiri.

"Kalau mereka bersedia untuk bermain serangan secara peribadi, jadi seharusnya mereka berani untuk tampil dan bukannya lari untuk menghadapi kenyataan.

"Bila kita menyatakan satu-satu fakta seperti mana yang dipertikaikan calon BN di Permatang Pasir ada kes pecah amanah kita ada bukti dan perkara itu memang kita merasakan bagi seorang pemimpin tidak boleh melakukan pecah amanah.

"Dia nak main isu peribadi tentang minum arak tetapi bila kita kemukakan bukti-bukti mereka haruslah sanggup menghadapinya bukannya lari daripada kenyataan. Dia perlu bertanggungjawab di atas isu yang dimainkan itu.

"Sekarang, maknanya isu ini dah makan tuan, kalau nak bermain dengan kita (Pakatan), kita bersedia, tetapi kena berani untuk menghadapi kita secara anak jantan," katanya kepada Suara Keadilan.

Semalam, ketika ditanya wartawan mengenai foto berkenaan, Khairy merengus dengan memberikan jawapan, "Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Anda sudah melihat gambar itu? Saya tidak minum," katanya. -SK

Terkini : Kamalanathan dibogelkan lagi!!!

Supporters of Zaid Ibrahim, the candidate for Malaysia's opposition  People's Alliancefor the Hulu Selangor parliamentary by-election,  gather outside the nomination centre in Hulu Selangor outside Kuala  Lumpur April 17, 2010.

Candidates for Malaysia's Hulu Selangor parliamentary by election,  independent candidate V S Chandran (L), P Kamalanathan (2nd L) of ruling  National Front, Zaid Ibrahim (2nd R) of opposition People's Alliance  and independent candidate Johan Mohd Diah, hold hands after submitting  their nominations in Hulu Selangor outside Kuala Lumpur April 17, 2010.



Terkini Dari Hulu Selangor...

Dr Xavier memberitahu bahawa Kamalanathan merupakan pengundi Hantu di P62 Sungai Siput? (Twitter dari simtzetzin)

Sila periksa disini http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/daftar.aspx

No IC: 651018-10-6495

LovePerak : ingatkan muka je macam hantu, rupa-rupanya betol-betol hantu kah kah kah..sijil ada tapi rekod takde..memang sah la hantu.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .