Bangangnya Menteri UMNO yang bernama Syed Hamid Albar bila mengulas isu kehilangan dua Exco ADUN PKR Perak dalam media arus perdana hari ini. Tergamak beliau mengatakan yang Anwar tersilap mengatakan kedua-duanya "hilang" sedangkan menurut beliau mungkin kedua-dua orang Wakil Rakyat itu "bersiar-siar" agaknya.Bebal punya Hamid Albar, tergamak beliau mengatakan yang ADUN terbabit bersiar-siar dalam keadaan isu panas dan seluruh rakyat Perak mencari ke manakah hilangnya mereka. Bahkan keluarga ADUN terbabit juga dalam usaha untuk membuat laporan polis atas kehilangan berkenaan sebenarnya. Sepatutnya, jika mereka mahu bersiar-siar macam Hamid Albar sekali pun bukankah lebih "afdal" memaklumkan kepada keluarga terdekat dan mengambil cuti rasmi.
Anehnya dua ADUN itu melaporkan mereka sakit dan mengambil cuti (MC). Tetapi, kenapa ia tidak dimaklumkan kepada YAB Menteri Besar Perak tentang hal ini. Bukankah semua orang sedang sibuk dan kecoh dengan kehilangan mereka. Masakan mereka tidak membuka telefom bimbit dan tidak mampu menghantar sebarang SMS menyatakan di mana mereka berada ketika kekecohan sedang berlaku. Kini bila surat perletakkan jawatan di"proceed" barulah mereka muncul dan menafikan mereka hilang. Baghal punya dua Wakil Rakyat PKR ini !!
Sementara itu dalam Sidang Media Khas mereka hari ini, Firdaus Baharudin, yang mendakwa beliau sebagai pembantu khas kepada ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi, wakil rakyat itu tidak hadir pada sidang media itu kerana kurang sihat.
Bagaimanapun beliau dalam perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur. Aneh bukan, mereka tidak sihat dan mengambil MC tetapi dalam perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur. Apa makna semua ini. Maka benarlah telahan Hamid Albar yang kedua-dua ADUN terbabit memang pergi bersiar-siar rupanya.
Lokasinya ialah di negeri Pahang, atau lebih tepat lagi mereka melawat Bandar Di Raja Pekan sambil menjamu selera dan makan-makan di rumah Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak di sini agaknya. Ini bermakna, memang sah apa yang dilaporkan sebelum ini bahawa ada individu yang terlihat kelibat kedua-dua ADUN berkenaan bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumah Ahli Parlimen Pekan itu.
Soalnya di sini, apa yang mereka buat sebenarnya? Tidak lain tidak bukan mereka sebenarnya sedang berunding untuk masuk UMNO dan bakal ditawarkan habuan RM10 juta setiap seorang. Namun, akibat kelicikan pimpinan Pakatan Rakyat dan tekanan dari Khairy Jamaluddin yang akan membawa keluar korninya dari UMNO jika Najib berbuat demikian, maka akhirnya hasrat itu ditangguhkan dulu. Kini "nasi sudah menjadi bubur", surat perletakkan sudah diserahkan kepada SPR dan dibawa untuk makluman Sultan Perak. Mungkin nama dua ADUN terbabit hanya akan tinggal sejarah agaknya.
[Inilah dia pemandangan pintu masuk ke Istana Tuanku Sultan Pahang di Bandar Pekan yang cukup terkenal sebagai destinasi pelancongan itu. Mungkinkah kedua-dua ADUN PKR Perak terbabit juga sempat singgah ke sini sebelum pergi ke rumah Najib Razak. Namun, sayang seribu kali sayang mereka tidak sempat balik untuk Sidang Media di Kuala Lumpur hari ini gara-gara Najib tidak menaja tiket kapal terbang akibat kelewatan mereka melompat parti. Kini terpaksalah mereka memandu sendiri dari Pekan ke Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dengan hati yang terluka dan sengsara. Simpati benar melihat kedua mereka itu].











Ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencuba tahun lalu untuk memujukkan supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat) di Perak supaya melompat parti.


PKR menempelak perdana menteri yang mengalu-alukan penyertaan dua exco kerajaan Perak bersama BN dengan alasan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menganggap usaha lompat parti sebagai "tidak bermoral."
Ketua pembangkang juga menyifatkan kehilangan beberapa hari dua wakil rakyatnya itu Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu dalam usaha menyertai BN sebagai "menggerunkan" kerana penggerak utamanya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.





