
KOTA BHARU, 18 Sept - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustapa Ali menjelaskan faham segala teguran Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadapnya baru-baru ini.
"Jadi apa sebab Tok Guru tegur saya itu saya fahamlah. Dan selepas itu saya ambil sikap tidak jawab Tok Guru. Saya sebagai anak, Tok Guru boleh panggil saya pada bila-bila masa sahaja.
"Jadi saya terus terang apabila keluar dalam Harakah kata Tok Guru tegur saya itu sebenarnya saya sudah menghantar mesej kepada Setiausaha Politiknya, Haji Annual Bakri Haron.
"Saya kata sampaikan terima kasih saya kepada Tok Guru. Jadi rasanya ada sesuatu yang Tok Guru tegur saya dan saya sendiri rasa tidak jelas. Jadi hari ini jelaslah," katanya kepada media selepas pertemuan dengan Menteri Kelantan di JKR 10, hari ini.
Baru-baru ini dalam wawancara ekslusif bersama Harakah, Mustafa yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat mendakwa pertukaran kerajaan pada 16 September tidak menjadi kenyataan.
Ekoran itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz menegur kenyataan tersebut kerana dianggap bertentangan dengan keputusan yang dicapai pada muktamar di Ipoh Ogos lalu.
Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata, beliau tidak boleh hendak cerita apa dimaksudkan jelas itu.
"Sebagai anak saya kena mari. Jadi apa yang diterangkan Tok Guru saya fahamlah. Bagi saya sekarang sudah tidak ada apalah.
"Dan InsyaAllah seterusnya tidak ada apa. Saya puas hati dan faham apa hasil pertemuan tadi," katanya.
Menurutnya beliau dan Tok Guru sebagai ayah dan anak dan hubungan di antara ayah dengan anak.
"Hubungan ayah dengan anak kadang-kadang ada benda-benda kecil, sebab ayah rasa dia hendak tegur dia tegur.
"Dan sebagai anak apabila kena kena tegur kadang-kadang ada rasa hendak cakap atau lagu mana ke... itu sudah menjadi perkara biasa," ujarnya.
Beliau menjelaskan isu itu bermula ada hubung kait interview khasnya yang disiarkan Harakah sebelum ini.
"Jadi tidak berbangkit dengan mana-mana isu lain dan ia hanya ada kaitan dengan interview saya dalam Harakah sahaja. Saya hormat Tok Guru macam ayah saya," katanya.
Oleh itu beliau menolak andaian yang menyebut PAS dilanda krisis.
"Bukan krisis sebagaimana diperkatakan. Kita akui ada perbezaan pendapat itu dan bukan krisis. Tok Guru akan tegur semua," katanya.
Manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, isu itu seumpama kiambang bertaut bagi merapatkan hubungan kepemimpinan PAS.
PM Abdullah Jangan Bertindak ala Diktator : Utamakan rakyat dan negara, adakan segera sidang khas Dewan Rakyat
Melihat kepada suasana semasa, tekanan yang kuat dari rakyat kepada Kerajaan BN benar-benar membuatkan Dollah dan BN berpeluh. Siang dan malam mereka kerisauan. Takut jika Kerajaan BN digulingan oleh PAKATAN melalui program ‘lompat parti’ anjuran Anwar.
"Saya telah membuat permohonan rasmi supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Barisan Nasional, selewat-lewatnya pada 23 September.
"Jika beliau mahu melihat butir-butir (senarai), adakan sidang tergempar Parlimen dan beliau akan lihat...jika beliau tidak percaya saya, pergilah ke Parlimen," tambahnya.


Kes ketiga pula berkaitan usaha daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin di dalam gabungan Pakatan Rakyat berusaha untuk mengambil takhta kekuasaan pemerintahan persekutuan Malaysia milik Barisan Nasional dengan mengumpulkan ahli-ahli parlimen daripada Barisan Nasional yang ingin melompat parti dan sudah jemu dengan permainan kotor UMNO. Usaha tersebut ditetapkan pada tarikh 16 September 2008, namun usaha tersebut gagal akibat daripada kepentingan keselematan negara dan juga orang awam dan ianya telah diusahakan dengan cara baik bagi pengambil alihan kuasa secara aman.






