Ikuti Blog ini

Adakah Akan Berlaku Rampasan Tentera?

a
Sekiranya di negara Thailand, kita pernah terdengar berkenaan kerajaan di gulingkan dengan rampasan tentera, namun apakah di Malaysia, perkara seperti itu akan berlaku?

Situasi politik Malaysia yang yang gundah gulana dengan pelbagai strategi di atas sebab kelemahan Abdullah Ahmad Badawi menerajui pemerintahan negara Malaysia yang telah memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan juga pertambahan inflasi telah menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin politik yang lain merasakan bertapa perlunya Dolah Badawi meletak jawatan.

Akibat daripada kedegilan si tua bernama Dolah Badawi melepaskan kuasa dengan segera dan kesan daripada pemerintahannya yang lemah menyebabkan beberapa perancangan daripada pemimpin-pemimpin Malaysia menjalankan gerakan saraf dalam menjatuhkan Dolah Badawi dan menerajui pemerintahan.

Kes pertama bermula apabila Tun Madet dan kroni-kroninya cuba untuk menjatuhkan Dolah Badawi dengan pelbagai penjuru serangan yang bertubi-tubi sehingga memaksa Tun Madet keluar daripada UMNO. Asakan Tun Madet semakin terserlah melalui gerakan dalaman UMNO yang menyeru Dolah Badawi meletak jawatan sehinggakan Dolah mengalah dan menetapkan tahun 2010, beliau akan meletak jawatan daripada kerusi Perdana Menteri Malaysia.

Kes kedua pula berlaku apabila pemimpin daripada parti pembangkang yang sudah jemu dengan permainan kerajaan UMNO yang menggunakan segala kemudahan dan harta kerajaan untuk digunakan oleh anak-beranak mereka dan kroni-kroni mereka sahaja tanpa mendengar rintihan rakyat yang sebenar. Kenaikan harga minyak yang tinggi dan dijalankan secara mendadak menyebabkan rakyat semakin jemu dengan kelemahan Dolah Badawi menguruskan negara. Pencabulan sistem kehakiman dan undang-undang serta penyalah gunaan sistem polis oleh rejim Dolah Badawi dan UMNO serta sekutunya dalam Barisan Nasional menyebabkan rakyat sudah merasa tidak selamat dan mendesak Dolah Badawi meletak jawatan dengan mengusulkan 'undi tidak percaya' di Parlimen.


Kes ketiga pula berkaitan usaha daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin di dalam gabungan Pakatan Rakyat berusaha untuk mengambil takhta kekuasaan pemerintahan persekutuan Malaysia milik Barisan Nasional dengan mengumpulkan ahli-ahli parlimen daripada Barisan Nasional yang ingin melompat parti dan sudah jemu dengan permainan kotor UMNO. Usaha tersebut ditetapkan pada tarikh 16 September 2008, namun usaha tersebut gagal akibat daripada kepentingan keselematan negara dan juga orang awam dan ianya telah diusahakan dengan cara baik bagi pengambil alihan kuasa secara aman.

Kes keempat pula adalah usaha dalaman daripada parti UMNO yang sedaya upaya ingin mengekalkan pemerintahan UMNO bagi menghalang daripada kemaraan Pakatan Rakyat menerajui Malaysia, dan hal ini di bawah nasihat bekas Perdana Menteri Malaysia iaiatu Tun Madet bagi menjatuhkan Dolah Badawi dan menaikkan Najib sebagai Perdana Menteri untuk memperolehi semula sokongan Ahli-ahli Parlimen yang ingin melompat.....

Segala usaha untuk menjatuhkan Dolah Badawi ternyata banyak dan ianya disokong oleh rakyat Malaysia, akan tetapi, kedegilan Dolah Badawi inilah yang menyebabkan Dolah berusaha mengubah strategi beliau dengan menukar jawatannya dengan Najib dengan mengambil jawatan Menteri Pertahanan dan memberi kepada Najib Menteri Kewangan.

Adakah kem Mahathir tidak berjaya menggunakan tentera bagi menjatuhkan Dolah Badawi dan menggantikan Najib dengan kelebihan Menteri Pertahanan yang dulunya di pegang Najib?
Adakah kem Anwar dengan sokongan daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional yang ingin melompat untuk mengambil alih kerajaan Malaysia daripada tampuk pemerintahan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat akan berhasil?

Dan.... Adakah Dolah Badawi dengan think thanknya, Khairy Jamaluddin berjaya mengekalkan kekuasaannya dan bersiap sedia menggunakan tentera bagi mengelak daripada kerajaan di bawah pimpinannya jatuh kecundang?

Namun, apa yang pasti..... Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bersama jemaah Majlis Raja-raja juga tidak akan berdiam diri dengan keadaan ini....... Dolah Badawi tidak tahu lagi di mana tempat ingin beliau bertaut, kerana semua dahan-dahan yang ada semuanya rapuh untuk beliau...... dan mungkin, akan memakan diri beliau sendiri.......





Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .