Melihat kepada suasana semasa, tekanan yang kuat dari rakyat kepada Kerajaan BN benar-benar membuatkan Dollah dan BN berpeluh. Siang dan malam mereka kerisauan. Takut jika Kerajaan BN digulingan oleh PAKATAN melalui program ‘lompat parti’ anjuran Anwar.
Anwar ancaman terbesar negara!
Semalam Dollah sudah memberikan gambaran jelas bahawa Anwar kini menjadi ikon politik yang mengancam keselamatan negara. Anwar dianggap sebagai punca perpecahan rakyat dan huru - hara yang berlaku dalam BN.
Melalui ucapan beliau semalam, dapat dihidu bahawa kini usaha bagi menyekat kebangkitan PAKATAN bersama Anwar sedang dilakukan. Pakej-pakej strategi terakhir sudah sedia di buka dan ISA mungkin antara pakej pilihan kerana ia tidak melibatkan kos yang tinggi dan mampu membungkamkan seluruh pengikut Anwariyun!
Dollah sudah membayangkan kedudukan Anwar kini agak bahaya. Hanya menanti masa untuk ‘mematikan’ karier politik beliau sahaja.
Walaubagaimana pun, Anwar masih terus mendesak untuk bertemu Dollah sebagai jalan diplomasi bagi menukarkan Kerajaan baru. Ugutan bahawa PAKATAN akan mengadap Yang Di-Pertua Agong dalam tempoh terdekat begitu menekan Dollah. Dalam wajah yang tenang itu, hati beliau gundah gulana.
Agong masih mempunyai kuasa untuk memanggil Sidang Khas Parlimen dalam tempoh terdekat. Dan peluang itu mungkin akan digunakan oleh Pakatan untuk mengistiharkan Kerajaan Baru.
ISA akan digunakan, lebih ramai jadi mangsa
Anwar sehingga kini dilihat semakin berhati-hati dan enggan menyerahkan nama Ahli Parlimen yang setuju untuk ‘lompat’ atas alasan menjaga keselamatan mereka. Dikhuatiri juga ‘character assassination’ akan berlaku kepada ahli parlimen yang lompat itu, dan mereka juga mungkin ditahan dibawah ISA bersama Anwar bagi jika dilihat mampu memberikan ancaman kepada kedudukan BN.
Selain itu pakej penahanan beramai-ramai pimpinan dan blogger pro-pembangkang sudah bermula dan terkini sudah ada 2 blogger dan 1 ahli parlimen yang ditahan.
Pilihanraya Umum suatu pilihan
Pilihan lain yang boleh berlaku kini adalah Pilihanraya Umum ke-13. Ianya tidak mustahil akan berlaku bagi menyelamatkan kuasa BN. Jika benar ada lebih 31 ahli parlimen BN yang lompat kepada Pakatan, ia adalah suatu perkara yang serius. Pembubaran parlimen dan pengumuman Pilihanraya boleh berlaku bagi memastikan rakyat diberikan ruang untuk memlih sekali lagi dan pemimpin-pemimpin BN yang berhasrat untuk lompat akan disingkirkan lebih awal.
BN begitu yakin bahawa mereka masih mempunyai sokongan yang kuat diakar umbi rakyat, walaupun kini hanya memegang majoriti yang kecil setelah Pilihanraya ke-12.
Pilihanraya ke-13 dilihat mampu menyelamatkan BN atau menghancurkan terus pengaruh mereka. Jika pilihanraya berlaku, maka terpulanglah pada rakyat untuk memilih. Keputusannya mungkin lebih sengit atau ada pihak yang akan menang dengan majoriti 2/3.
Jika Pilihanraya berlaku sekali lagi, maka kos yang tinggi akan dikeluarkan untuk SPR dan parti-parti bertanding. Ini akan dilihat sebagai satu pembaziran kerana negara kini masih dalam situasi yang gawat. Ekonomi negara masih tidak stabil dan projek Kerajaan masih banyak yang belum terlaksana.
Pertembungan Pakatan dan BN memang dinantikan rakyat, kerana reformasi dan islah perlu dilakukan. Walaupun kosnya tinggi, rakyat pasti akan memilih yang terbaik untuk memastikan separuh abad yang kedua bagi negara ini ditadbir oleh Kerajaan yang lebih baik.
Walau apa jua keadaannya, ahli dan penyokong Pas khususnya diminta untuk sentiasa bersiap sedia.