Ikuti Blog ini

Zua XPDC tarik anak muda rock dekati PAS

KEPALA BATAS, 4 Jan: Kemunculan bekas pemain gitar bass Kumpulan XPDC, Azuar Md Tasi atau lebih popular dengan panggilan Zua pada Konsert hiburan 'Jelajah Orang Muda (JOM) Geng Kita' di Pulau Pinang baru-baru ini berjaya menarik ratusan anak muda ke program PAS itu.

Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti Rantau Panjang dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas dan Negeri itu berjaya menarik golongan pemuda khususnya peminat rock untuk duduk bersama dalam program tersebut.

Selain Zua, program tersebut turut menampilkan pemuzik undangan SUS9 yang pernah menjadi johan sempena Pesta Pulau Pinang tahun 2002 vokalisnya Jefri.

Pengarah Program, Nor Azman Ishak ketika ditemui gembira dengan sambutan yang diberikan terutamanya golongan muda terhadap pendekatan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu.

"Pada masa depan program sebegitu akan diteruskan supaya anak muda yang jiwa mereka terlalu cintakan muzik tetap bersama PAS.

"Dulu mungkin timbul perasaan tidak selesa kerana bimbang PAS tidak dapat menerima
golongan seperti mereka, " jelasnya.

JOM diadakan seharian di Dun Penaga di mana pada sebelah paginya program mengayuh basikal diadakan mengelilingi beberapa buah kampung di Pasir Gebu, Penaga.

Acara sukan juga diadakan di padang awam Pasir Gebu yang mana acara yang paling dinantikan ialah persembahan seni silat serta tomoi.

Selain itu klinik gitar juga turut diadakan di dewan berkenaan pada sebelah petang yang dikendalikan sendiri oleh Zua. -Hrkh

Tuan Guru Nik Aziz Di Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Khairul Fahmi Che Mat


http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/375310_315790808461936_100000930591976_945990_1198545225_n.jpg

Bintang bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, menerima replika kunci rumah daripada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai tanda cenderahati kerajaan negeri terhadap kejayaannya. kediaman yang bernilai RM200 ribu itu terletak di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa.

Apa Erti Dakwat Kekal Jika Daftar Pemilih Tidak Dibersihkan?


Perlu perubahan menyeluruh, bukan hanya dakwat kekal

PETALING JAYA, 3 Jan: Biarpun kerajaan mengumumkan dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti, namun Pakatan Rakyat berpendapat ianya masih tidak boleh menjamin proses pilihan raya bersih dan telus.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pilihan raya yang adil memerlukan prubahan secara menyeluruh bukan sahaja kepada penggunaan dakwat kekal.

Ianya termasuk pembersihan daftar pemilih, kebebasan media, undi pos serta pengurusan pilihan raya secara keseluruhannya.

"...perlu kepada pembersihan pilihan raya secara menyeluruh bukan hanya kepada penggunaan dakwat kekal sahaja.

"Ia meliputi pembersihan daftar pemilih, kebebasan media, pengurusan pilihan yang cekap dan juga termasuk undi pos. Jika ini tidak dilakukan perubahan maka sistem pilihanraya di negara ini tidak akan bersih," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR di Tropicana di sini.

Turut bersama pada sidang media itu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta Presiden PKR Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Masih curiga

Sementara itu Anwar mendakwa, Pakatan Rakyat masih curiga dengan janji pembaharuan pilihan raya oleh kerajaan khususnya dalam perkara berkaitan daftar pemilih.

Ini kerana terdapat perubahan pada saat akhir terhadap senarai pengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kita menggesa senarai pengundi dibersihkan. Kita masih curiga dengan proses sekarang kerana berlaku perubahan pada daftar pemilih di saat akhir," katanya.

Dalam pada itu juga Anwar turut memaklumkan Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 akan berlangsung di Alor Setar, Kedah pada 13 dan 14 Januari ini.

Konvensyen kali ini katanya memilih tema 'Bersihkan Malaysia'. 


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .