UBN   Johor kini benar-benar sudah terdesak seperti mana saya perkatakan   sebelum ini. Gelombang atau pun arus yang berlaku di Johor ke belakangan   ini mengejutkan dan menyintakkan para pemimpin Umno Johor. Manakala   tindak balas UBN ke atas kemaraan Pakatan itu di luar norma politik.
Kejadian   di Semberong malam tadi di mana kereta dinaiki Anwar dibaling batu   sampai remuk cermin depan dan ditendang hingga pintu kemek manakala   bangsal ceramah dibaling batu, air kencing dalam botol mineral serta   dicerca membawa tafsiran itu; bahawa UBN sudah benar-benar terjempit dan   menjadi iseng.
Memang gelora yang berlaku di Johor luar biasa. Kepulangan panglima dari pertapaan Salahuddin Ayub   ke negeri kelahirannya memberi semangat dan momentum baru. Apa yang   berlaku di Endau malam tadi misalnya membuktikan hakikat itu. Majlis   pertemuan Tahun Baru Cina dengan masyarakat Endau dengan Anwar dihadiri   lebih 5,000 orang. Lebih tiga suku yang memenuhi dewan dan berhimpun di   luar dewan terdiri dari masyarakat China.Merujakan  juga orang  Melayu turut hadir dengan membawa anak dan isteri lagaknya  macam tempat  ceramah di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Tidak   pernah berlaku pemandangan seperti ini sejak berpuluh tahun lalu.  Hanya  majlis anjuran Umno dan BN sahaja yang dihurungi oleh orang Cina.Mereka   juga bersemangat apabila sejak jam 5:00 petang lagi dikatakan   berduyun-duyun masyarakat Cina berada di kawasan ceramah itu. Paling   menakjubkan mereka bukan datang sendirian tetapi dengan membawa anak   isteri dan keluarga.
Seorang   perempuan Cina berusia 60an apabila ditanya; untuk apa datang, dengan   jelas dia menerangkan mahu melihat Anwar Ibrahim. Saya bertanya siapa   Anwar Ibrahim, katanya itu orang akan jadi Perdana Menteri. Lho!Rupanya   angan-angan untuk melihat Anwar jadi PM sudah tidak asing lagi kepada   masyarakat Cina khasnya di Endau itu. Nama Anwar sudah terkemen dalam   minda orang Cina. Mereka nampak optimis. Saya menyoal mereka, bukankah   Anwar jahat? Cina itu marah dengan bertanya balik kepada saya, sapa kata   dia jahat, orang yang tangkap dan penjarakan dia itu jahat. Lho...
Saya   cuba provok lagi dengan mengatakan; "kan Najib sudah ada, dia bagus   kata saya, kasi wang sama rakyat?"  Cina di sebelahnya menjawab;  "apa   bagus, kasi wang baguskah, tetapi dia punya orang banyak rasuah banyak   ada lembu lo..." balasnya menjadikan saya terdiam tikus."Asok.." kata saya, "itu silap yang banyak wang bukan isteri Najib, tetapi Sharizat Jalil."
"Iya ke Salijat Jalil itu sapa, dia bukan isteri Najib ke..?" Tanya Cina betina itu. "Bukan..." kata saya, "isteri Najib Rosmah..."
Cina   di sebelah menyampuk "cong ching cong ching..." saya tak faham. Saya   bertanya kepada Cina tua itu; apa dia kata. "Dia kata isteri Najib itu   yang ada cincin RM24 juta..." saya tergelak besar mendengar   terjemahannya dan berjalan masuk ke dalam dewan dengan perasaan geli   hati.Sewaktu saya sampai masih ada ruang kosong dalam dewan itu. Tidak sampai 15 minit dewan itu penuh sesak sampai terpaksa duduk dilantai.
Sebaik   Anwar tiba orang ramai menerkam ke arahnya berebut untuk bersalaman.   Saya lihat ada orang Cina memeluk erat Anwar seakan tidak mahu lepas.Di   pentas Anwar memberi peluang untuk orang ramai merakam gambarnya   bersama barisan kepimpinan Pakatan Rakyat Johor termasuk Timbalan Yang   Dipertua Pas Mersing yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Johor, Ustaz Azan Abd Razak dan lain-lain.
Sepanjang   Anwar bersyarah mendedahkan kebobrokan UBN dan janji-janji PR orang   ramai bertepukan bergemuruh, sesekali diselami dengan laungan "Hidup  Pakatan Rakyat... Hidup Pakatan Rakyat" suara itu bergumpal dalam satu  nada setiap yang ada di dewan itu.
Sedang orang ramai asyik dan terhibur dengan gaya Anwar, beliau meminta diri untuk bergegas ke Semberong kerana di sana masih ada satu lagi ceramah yang perlu dipenuhinya. Melihat reaksi masyarakat Tionghua di Endau itu saya berani menyimpul tali bahawa lebih 90 peratus Cina telah beralih kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13. Majlis di Endau itu pasti akan mengecutkan perut Dr Latif Ahli Parlimen Endau.
Sedang orang ramai asyik dan terhibur dengan gaya Anwar, beliau meminta diri untuk bergegas ke Semberong kerana di sana masih ada satu lagi ceramah yang perlu dipenuhinya. Melihat reaksi masyarakat Tionghua di Endau itu saya berani menyimpul tali bahawa lebih 90 peratus Cina telah beralih kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13. Majlis di Endau itu pasti akan mengecutkan perut Dr Latif Ahli Parlimen Endau.
Sesuatu yang istimewa sepanjang majlis itu berjalan ia berlangsung dalam suasana yang aman dan tertib dan penuh muhibbah. Tidak ada provokasi, elemen rasis serta gangguan dari pemuda liar yang berfikiran 'selat' seperti terjadi di Semberong yang sombong. - eshan merah tinta


Pesuruhjaya  PAS negeri Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini Naib  Presiden PAS Salahudin Ayub sendiri telah mengesahkan kehadirannya bagi  mengetuai penyokong mereka.
KUALA  LUMPUR, 21 Feb: Ketua  Umum PKR, Datuk Seri Anwar  Ibrahim berkata beliau  berasa lega kerana  dapat memberikan penjelasan  kepada Mursyidul Am PAS,  Tuan Guru Datuk  Nik Abdul Aziz Nik Mat  berhubung kenyataan  kontroversinya tentang  Israel.




