KUALA LUMPUR:
 Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka 
 menentang Syariat Islam,  khususnya undang-undang jenayah hudud, 
 adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar, kata Presiden 
PAS, Datuk Seri Abdul Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara 
terbuka   menentang Syariat Islam,  khususnya undang-undang jenayah 
hudud,   adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar.
Perlu diingat bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud 
bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi 
sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini 
selama lebih dari lima puluh tahun.
Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan 
kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam 
kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan  dibawah
 Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO,dan ada menteri 
penjaganya.
Di samping diwujudkan Institut Kefahaman Islam (IKIM), Fakulti 
Pengajian Islam dibeberapa Universiti, diperingkat negeri pula ada 
Jabatan Agama Islam masing-masing danada Exco Agama daripada UMNO juga.
TETAPIsegala-galanya ini tidak mampu meletakkan Islam itu tinggi 
ditempat yang sebenarnya dalam urusan negara Malaysia ini dan dinegeri 
yang dipimpin oleh UMNO. Adapun Majlis Fatwa Kebangsaan pula hanya bebas
 dalam lingkungan sangkarnya, berkokok mengikut waktu yang disesuaikan 
dengan keselesaan UMNO yang menjadi penunggunya.
 
Soalannya mengapa MCA boleh membuat kenyataan terbuka begitu rupa ?.
Dalam hal ini, MCA bukanlah parti yang patut disoal atau diminta 
penjelasan, kerana parti ini hanya mewakili kelompok masyarakat Cina 
bukan Islam.Manakala hukum hududpula tidak ada dalam ajaran semua agama 
bukan Islam yang dianut oleh ahli MCA.
Parti UMNOlah yang secara khususnya patut dipersoalkan oleh bangsa 
melayu yang beragama Islam bukannya MCA, kerana  banyaknya urusan Islam 
didalam tubuh parti UMNOserta kedudukannya yang memimpin kerajaan pusat 
dan negeri.
PAS tidak merasa hairan apa yang berlaku,kerana UMNO adalah Parti 
Kebangsaan Melayu, di mana “Islam” hanya menjadi agama yang dianut 
secara peribadi kalangan ahli UMNO sahaja. Perlembagaan UMNO juga tidak 
meletakkan Islam menjadi dasar, matlamat dan hukum tertinggi.Sifat 
individualistik yang menjadi konsep kepada ahli UMNO menyebabkannya 
tidak boleh bertindak terhadap ahlinya yang melakukan maksiat yang 
besar, apatah lagi yang terlalu kecil, kerana agama adalah urusan 
individu.
Ahli UMNO pula boleh menjadi orang yang soleh, paling kuat beribadat,
 banyak sembahyang, banyak mendirikan masjid, kerap umrah dan lebih 
banyak peluang haji, berkebajikan dalam masyarakat dengan 
sebanyak-banyaknya dan sebagainya.
Tetapi ahli UMNOi tidak mampu bercakap atas nama partinya untuk 
menegur atau menyanggah kenyataan Presiden MCA, kerana ini akan 
bercanggah dengan semangat dan konsep kebersamaan dalam BN yang didukung
 sama oleh undang-undang tubuh UMNO yang diselaraskan dengan semua 
rakan-rakannya dalam Barisan Nasional.
UMNO lebih mengutamakan konsep pragmatik sekular yang didukung 
bersama MCA, MIC, GERAKAN  dan lain-lain, dalamgabungan parti-parti 
komponen Barisan Nasional. Maka Islam tidak berkuasa dan berdaulat, 
hanyalah sekadar  menjadicabang yang berteduh dibawah semangat Barisan 
Nasional.  Maka UMNO tidak ada kelayakan untuk menegur Presiden MCA 
sehingga dia boleh bercakap apasahaja  termasuk dalam perkara Islam yang
 dia terlalu jahil kerana bukan agamanya.
 
HUDUD
Undang-undang Hudud adalah salah satu daripada hukum jenayahdalam 
syariat Islam, bersama dengan hukuman Qisas dan Takzir. Perkataan 
“Hudud” bererti batas-batas sempadan Allah yang tidak boleh 
dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, di mana hukumannya telah 
dinaskan oleh Allah secara nyata dalam Al Quran dan Hadith Rasulullah 
SAW seperti juga nas wajib sembahyang lima waktu, puasa, zakat , haji 
dan pengharaman arak, judi, riba dan lain-lain. Hudud tidak boleh 
dinamakan “Hudud PAS” seperti juga tidak boleh dinamakan “sembahyang 
PAS”.Hanya yang jahil murakkab sahaja boleh bercakap begitu. Allah 
berfirman yang bermaksud:
Maksudnya :“
Dan tidaklah harus bagi seseorang yang beriman, 
lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan 
mengenai sesuatu perkara – mereka tidaklah mempunyai hak memilih 
ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat 
kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan
 kesesatan yang jelas nyata.” (al-Ahzab – 36)
Perkara yang dinyatakan secara nas saperti Hudud dan Qisas tidak 
mungkin dicapai oleh akal manusia, maka Allah menyatakan petunjuknya 
secara jelas.Rasulullah SAW sendiri, para pemimpin dan ulama selepasnya 
wajib menerima dan pihak yang berkuasa pula wajib melaksanakannya di 
mana mereka tidak boleh bertelingkah atau khilaf dari segi wajibnya. 
Perbincangan dan berbeza pendapat hanya dalam perkara cabang dari segi 
mencari bukti dan proses kehakiman yang adil, bukan meninggalkannya.
Keseluruhan undang-undang jenayah Islam lebih bersifat dan 
berkonsepkan mendidik masyarakat, maka dikenakan syarat yang ketat 
sehingga sukar menjatuhkan hukuman, tetapi undang-undang dan hukumannya 
menakutkan sehingga Presiden MCA juga takut.Penjenayah lebih digalakkan 
bertaubat sebelum dibawa kemahkamah.Hukum Hudud tidak boleh diampun 
setelah diputuskan oleh mahkamah, kerana Hudud menjadi hak Allah bagi 
memelihara rukun kehidupan bermasyarakat.
Lucunya, terdapat pula kalangan yang jahil pula cuba berhujah, bahawa
 penjenayah akan berkeliaran atau bertambah kerana hukuman sangat sukar 
untuk dijatuhkan. Hakikatnya ini tidak akan berlaku kerana sebelum 
sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, pihak yang mendakwa atau pendakwa 
akan menentukan samada cukup kesaksian atau tidak untuk kes hudud. 
Sekiranya bukti tidak cukup untuk kes hudud bukan bermakna terus 
dilepaskan.
Bukti-bukti jenayah ini mungkin cukup untuk di bawa kes ke 
perbicaraan takzir – di mana hukuman takzir adalah lebih ringan dari 
hukuman hudud.Dalam bahasa mudah difahami waktu ini, hukuman takzir 
boleh wujud dalam bentuk kanun keseksaan (
penal code) yang hukuman dan beban pembuktiannya jauh lebih ringan dari hukuman hudud.
Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan UMNO wajib beriman 
dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam UMNO wajib bertegas dan 
istiqamah dengan Islamnya,seterusnya bertindak sama ada memecat MCA 
daripada Barisan Nasional atau UMNO di pecat atau keluar daripada 
Barisan Nasional atau ahli-ahli UMNO yang beragama Islam keluar UMNO 
beramai-ramai.
PAS DAN DAP 
PAS berlainan dengan UMNO dan sangat berbeza,  kerana PAS tegas 
mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam (Quran, Hadith, Ijmak 
dan Qiyas) hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang 
sempurna, maka termasuk urusan politik negara. Sekiranya dikaji Surah Al
 Maidah yang diturunkan diMadinah, terdapat didalamnya undang-undang 
jenayah, diantaranya Hudud.
Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap 
penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu.Perkara ini dapat dirujuk
 dalam kitab tafsir dan sejarah Islam.
PAS berijtihad memilih Demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan
 melaksanakan Islam termasuk hukum hudud,  kerana pendekatan demokrasi 
secara damai adalah bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam 
tanpa paksaan, walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa 
generasi serta pemimpin pergi dan datang.
Maka proses pelaksanaan undang –undang termasuk Hudud dibawa kedalam 
Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat 
kemenangan besar dalam pilihanraya lalu. Undang – undang  jenayah Islam 
termasuk Hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai 
agama, di bentang dan dibuka kepada proses soal-jawab terlebih dahulu 
sebagai satu proses pendidikannya.
Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam 
adalah hanya untuk orang Islam sahaja, sama sekali tidak untuk bukan 
Islam. PAS tidak membawa perkara ini diKedah, Perak, Selangor dan Pulau 
Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi.
DAP pula bukan parti kerajaan pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti 
MCA. Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang 
tertindas oleh kekayaan MCA,MIC dan semangat kebangsaan UMNO yang 
terlalu tinggi. Maka PAS lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud 
boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas.
Hubungan PAS dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat 
adalah secara muafakat. Maka isu pelaksanaan Islam oleh PAS dalam negeri
 Pakatan Rakyat adalah berpandukankepada hukum Tahaluf Siyasi dalam 
Feqah Siyasah.Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong PAS dan 
rakyat seluruhnya.
PAS tetap tegas dengan perjuangan Islamnya  dan DAP pula tegas dengan
 perjuangannya. Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan 
dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam 
wajib diberi dengan adil.
Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima 
konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan 
agama Islam.Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang 
perbincangan sekiranya memerintah negara.Cara ini tidak boleh dilakukan 
oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional.
Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus 
perdana khususnya berbahasamelayu mengaku Islam, yang sengaja berniat 
jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada 
Pakatan Rakyat, maka PAS yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna 
tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali.
Penulis adalah Presiden PAS yang juga anggota Parlimen Marang.