Menteri  Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangannya  bagaimana masyarakat dan pihak tertentu begitu tidak menyenangi hukum  hudud walhal ia sebaik-baik perundangan yang digariskan Allah S.W.T.Malahan katanya, undang-undang sedia ada yang digunakan di negara ini lebih zalim kerana memperuntukkan hukuman gantung sampai mati untuk kesalahan tertentu yang tidak terdapat dalam hukum hudud.
“Apa yang nak takut sangat (dengan hukum hudud)? Macam takut hantu... orang takut hudud macam takut hantu, tapi bila tanya apa itu hudud tidak tahu.
“Di Malaysia ada hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan jual dadah, merompak dan sebagainya tetapi orang tak kata apa pun... bagaimana dengan keluarga yang suaminya digantung sampai mati? Hudud tak mati, kenapa orang tak marah hukumam gantung sampai mati tapi marahkan saya pasal hudud?
“Hudud tak mati... hudud adalah undang-undang Allah, benda ini hanya sekadar nak masuk dalam senarai undang-undang Kelantan dan yang laksanakan bukan saya tapi hakim.
“Kalau dibandingkan dengan hukuman gantung yang lebih kejam daripada hudud, hudud tak mati, cuma kerat tangan itu pun perlu ikut syarat-syarat yang ditetapkan. Hukum hudud tak mati, malah mereka masih boleh bekerja macam orang biasa,” katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Aidilfitri Bersama Tuan Guru di dataran parkir Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam di sini malam tadi.
Mursyidul Am PAS itu sebelum ini tetap dengan pendiriannya akan menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.
Kerajaan negeri Kelantan pimpinannya berusaha untuk melaksanakan undang-undang itu sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.
Tambah Nik Aziz, hukuman hudud tidak semestinya dilaksanakan, namun mahu ia dimasukkan dalam undang-undang syariah Islam sedia ada.
“Dekat pilihan raya timbul balik, saya di Kelantan hanya nak masuk dalam undang-undang syariah Kelantan, lepas pada itu terserah kepada hakim (untuk laksanakan), bukan saya yang laksanakan.
“Bukan saya atau orang politik laksanakan, hakim yang tentukan,” kata beliau.
Dalam ceramah itu juga, Nik Aziz mengatakan ajaran Islam bukan diwujudkan oleh PAS tetapi Allah dan semua yang beragama Islam perlu mengikut perintah dan meninggalkan larangannya.
“Umno tolak Islam ambil kebangsaan, Islam bukan dari PAS... dari Allah, Islam adalah cara hidup dan semuanya perlu ikut cara Islam.
“Pangkah parti yang boleh selamatkan Islam, sekarang bukan Islam sahaja, demokrasi pun tak selamat... Islam datangnya dari Allah, bumi, langit dan kita, Allah yang punya,” katanya. -tvsews




KUALA NERUS, 25 Sept:  Fenomena pencetus kesedaran rakyat yang berlaku di seluruh dunia  termasuk di Mesir, Tunisia dan sebagainya lahir di kalangan anak-anak  muda.
Beliau  berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Pakatan Rakyat  Sempena Siri Jelajah Terengganu di Pekan Batu Enam, Kuala Nerus,  semalam.
Acara  yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu,  kira-kira 100 penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun  di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas  ceramah.
Mereka bagaimanapun dihalang oleh penyokong PAS dan akibatnya berlaku tolak-menolak dan keadaan menjadi tidak terkawal.
"Seorang  lelaki cedera di hidung dan kepalanya. Ada juga yang mendakwa ditumbuk  di pipi dan terkena balingan batu di bahagaian belakang badan.
Kami  bukan menentang PAS secara keseluruhan tetapi hanya menyatakan bantahan  kami terhadap Mohamad Sabu yang menyakitkan perasaan banyak anggota  tentera.
"Kami  hanya mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami telah dihalang  oleh penyokong PAS. Ini menyebabkan keadaan panik dan kejadian seumpama  itu tidak sepatutnya berlaku.







