Ikuti Blog ini

Lynas Memilih Malaysia, Kononnya Punyai Sistem Perundangan Serta Harta Intelek Baik Dari China

KUALA LUMPUR, 25 Sept - Malaysia mempunyai kelebihan dalam menarik aktiviti hiliran di dalam industri nadir bumi berbanding dengan China kerana ia mempunyai sistem perundangan dan harta intelek yang sangat baik, kata Naib Presiden Eksekutif Strategi dan Komunikasi Korporat Lynas Corporation Ltd Dr Matthew James (foto).  
 
Pada masa yang sama, kelebihan kos di segi kos buruh, tenaga dan kimia yang pernah disediakan China tidak lagi terpakai dan Malaysia dilihat sebagai lokasi yang sangat kompetitif berikutan kenaikan kos yang tinggi yang berlaku di China sejak sedekad lepas, katanya. "Itulah yang dilakukan oleh kuota eksport China (mengenai nadir bumi) yang digalak (digunakan) di China. Mereka cuba menggalakkan industri hiliran berkenaan barpindah ke China dengan menghadkan akses terhadap nadir bumi. 
 
"Terdapat banyak negara yang enggan memindahkan industri masing-masing ke China kerana mereka prihatin mengenai perlindungan harta intelek. Syarikat berkenaan lebih condong memindahkan industri masing-masing ke Malaysia," katanya di ibu pejabat Lynas di Sydney, Australia. China, yang mengeluarkan lebih 90 peratus daripada nadir bumi dunia dilaporkan telah mengurangkan kuota eksport yang menghadkan bekalan global, dan mereka sebaliknya menaikkan harganya sesuka hati .


Biar pun mendapat bantahan rakyat, Lynas pasti tetap akan diteruskan
Sementara itu, kilang pemprosesan nadir bumi Malaysia telah merangsang minat apabila Lynas telah menandatangani satu surat hasrat dengan bahagian Teknologi Pemacu Siemens pada Julai bagi pengeluaran magnet dan usahasama itu dijangka dizahirkan pada akhir tahun ini, katanya. 
 
James berkata lima lokasi telah dipertimbangkan bagi pembinaan kilang pengeluaran usahasama itu dan tiga daripadanya adalah di Malaysia. Katanya Lynas juga telah mengadakan perbincangan komersil dengan syarikat lain mengenai pembinaan operasi aplikasi hiliran seiringan dengan kilangnya di Gebeng. "Apabila anda melihat sesetengah industri elektronik hiliran Malaysia yang telah sedia ada, seperti komponen automotif hiliran, anda boleh menjangka pelaburan (kilang nadir bumi Lynas) boleh diterima bagi melengkapkan rantaian nilai antara bahan mentah yang akan disediakan oleh Lynas dan industri berkenaan," katanya. 
 
Sementara itu, Kilang Material Canggih Lynas (LAMP) di Gebeng, Kuantan, akan mempunyai kapasiti awal untuk memproses 11,000 tan metrik oksida nadir bumi (REO) setahun, dengan pengembangan kepada 22,000 tan metrik setahun.

[Kilang Lynas, yang sudah siap lebih 60 peratus sehingga akhir Jun, akan mengeluarkan produk nadir bumi bersama-sama satu siri Produk Galian Sintetik. Kilang bernilai RM700 juta itu dilaporkan bergelut dengan kontroversi, yang dicetus oleh dakwaan bahawa ia akan mengeluarkan radiasi yang memudaratkan kesihatan orang ramai yang membawa kepada lawatan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dari 29 Mei hingga 3 Jun. 
 
Di dalam laporannya, IAEA mengesahkan bahawa kilang itu, sebaik siap lewat tahun ini, dijangka selamat dan mematuhi sepenuhnya dengan standard antarabangsa. Lesen praoperasinya masih bergantung kepada kelulusan pengawal. Apapun semuannya kini dijangka selepas pilihanraya]. -PahangDaily
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .