Ikuti Blog ini

PRK Sibu : Pentadbiran Taib hanya pentingkan diri dan kroni


Ketua Menteri negeri Sarawak, Taib Mahmud mencengkam bumi Sarawak selama lebih 29 tahun dan sudah tiba masanya rakyat di negeri itu terutamanya pengundi dalam Parlimen Sibu mengambil alih mandat daripada Taib dan keluarganya, serta memulakan era baru bersama Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat berjuang untuk pentadbiran yang lebih baik.

Rekod pemerintahan Taib Mahmud dan BN menunjukkan pentadbiran yang sangat buruk.

Keluarga Taib melalui Cahaya Mata Sarawak (CMS) menguasai kebanyakan kontrak dan perniagaan yang menghasilkan keuntungan lumayan manakala rakyat terus dibebankan dengan kemiskinan dan peniaga kecil menghadapi kehidupan yang sukar.

Sarawak adalah negeri yang sangat kaya.

Dengan mengamalkan sistem tender terbuka untuk semua kontrak kerajaan dan dengan menuntut kadar royalti yang lebih tinggi dari Petronas, semua rakyat Sarawak akan hidup lebih senang, sekurang-kurangnya bertambah separuh daripada apa yang ada sekarang.

KELAB JUDI SEMALAYSIA ucap tahniah..

http://4.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/S-e0jBMuhyI/AAAAAAAADcw/pAKXEXHl2zI/s1600/2010-05-10_152018.jpg

Kisah "lekuk hitam" Syaifool ...kasian Syaipool ?


Karpal - "Adakah kamu sembahyang antara 26 dan 27 Jun seperti kebiasaannya"?

Syaipool - "Saya pergi Sembahyang Jumaat, tetapi tidak sembahyang pada 26 Jun kerana saya telah diliwat".

Karpal - "Pada 27 Jun, kamu tidak mandi wajib, maka sembahyang kamu tak sah?

Syaipool - "Saya hanya basuh sedikit sahaja, tapi benar sembahyang saya tak sah"

Karpal - "Kamu bukan seorang Islam yang baik kerana tak sembahyang"

Syaipool -"Saya dalam keadaan darurat masa tu"

sambil disambut dengan gelak ketawa oleh orang ramai yang menyaksikan adengan itu. Bukti ini juga mengesahkan kepada kita bahawa Saiful hanya mencari publisiti dengan "lekuk hitam" pada dahinya seolah-olah dia adalah ahli ibadat.

Ini mungkin bagi tujuan supaya orang Islam percaya dan simpati kepada dirinya. Jika mandi wajib dan solat pun tidak maka apakah layak beliau berimej sedemikian rupa? Akhirnya Saiful terperangkap dengan imej yang beliau cipta sendiri itu.

SIBU: CALON PR LAYAK KE PARLIMEN


Pencalonan Pengerusi DAP negeri Sarawak, Richard Wong Ho Leng sebagai calon rasmi bagi mewakili Pakatan Rakyat (PR) dalam persaingan merebut Parlimen Sibu disifatkan sebagai tepat pada masanya.

Sebagai Ketua PR dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon dalam Parlimen Sibu selama tiga penggal, beliau pastinya arif dengan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk dalam Parlimen Sibu.

Malah, beberapa hari selepas kerusi itu kosong, pihaknya awal-awal lagi mengumumkan bahawa jentera kempen akan memanfaatkan sepenuhnya isu-isu tempatan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini bagi memastikan masalah itu segera diatasi oleh pihak yang berkaitan.

Isu Banjir

Antara isu tempatan dalam parlimen itu yang sehingga kini gagal di selesaikan oleh kerajaan negeri ialah berkaitan permasalahan banjir yang berlarutan sejak puluhan tahun lalu.

Walaupun kerajaan Barisan Nasional Sarawak mendakwa telah memperuntukan jutaan ringgit, namun rakyat dalam Parlimen Sibu melihat kenyataan itu sebagai retorik politik kerana permasalahan banjir tetap berlaku sehinggalah ke hari ini.

Situasi ini akan lebih jelas kelihatan apabila berlakunya hujan walaupun sedikit tetapi pada masa yang sama Bandar Sibu tetap akan mengalami banjir dan ini pastinya menjejaskan kehidupan rakyat di kawasan itu.

Malah, Presiden SUPP, George Chan Hong Nam sebelum ini dilaporkan berang dengan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang mendakwa beliau tidak mengendahkan nasib peniaga di kawasan Lebuh India, Kuching yang terjejas teruk akibat banjir sebelum ini.

"Saya tidak pernah berkata sedemikian, anda (wartawan) ada bersama saya ketika sidang media itu dan hanya See Hua Daily yang melaporkan berita berlainan," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) ketika itu.

Sehubungan itu, dengan mengundi Wong, permasalahan itu pastinya akan lebih mudah diselesaikan kerana beliau akan menyuarakan isu itu dengan lebih kerap dan lantang dalam persidangan parlimen akan datang sebagaimana yang beliau lakukan bersama Adun PR yang lain dalam persidangan Dun di negeri itu.

Secara asasnya, sejak PR mencatatkan kemenangan menarik pada pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 2006, beberapa kejadian yang tidak diingin mula berlaku terhadap Adun PR.

Pejabat diceroboh, terima ancaman bom

Ini termasuklah pencerobohan yang berlaku berkali-kali terhadap pejabat Adun PR serta ancaman bom terhadap Adun dan keluarga PR di negeri itu.

Dalam kes ini, Wong tidak terkecuali malah isteri beliau turut menerima ancaman bom dan kes itu gagal diselesaikan oleh polis negeri sehingga ke hari ini.

Kejadian itu masing-masing berlaku pada 27 September 2009, 15 Oktober 2009 dan 5 Februari 2010 yang mana semua kejadian itu rancak berlaku selepas kejayaan PR pada pilihanraya negeri pada tahun 2006 yang menyaksikan SUPP mengalami kekalahan terbesar dalam sejarah parti itu apabila kehilangan lapan kerusi Dun termasuklah enam daripadanya di menangi DAP.

"Saya benar-benar tidak tahu kenapa (terjadi prestasi buruk). Apa yang boleh saya katakan ialah ini merupakan keputusan paling buruk dan teruk buat SUPP," kata George Chan sebaik keputusan pilihan raya negeri diumumkan ketika itu.

Antara yang menang dalam pilihanraya itu ialah Richard Wong Ho Leng bagi kerusi Dun Bukit Assek.

Manakala calon SUPP yang tewas termasuklah dua menteri muda, Datuk Alfred Yap Chin Loi dan Datuk Sim Kheng Hui, yang juga setiausaha agung SUPP.

Kekuatan Ho Leng

Apapun, faktanya ialah, Wong merupakan seorang pemimpin dan wakil rakyat yang cukup lantang menyuarakan permasalahan rakyat dengan fakta dan angka sehinggakan beliau pernah di gantung selama 12 bulan hanya kerana soalan yang beliau kemukakan dalam persidangan Dun gagal dijawab oleh Adun BN.

Itu menunjukkan bahawa suara beliau berkesan dan akan lebih manis lagi jika pemimpin seperti itu diangkat ke parlimen seterusnya mampu menggegarkan BN pada persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.

Tambahan pula, SUPP yang mewakili BN pada PRK kali ini kekal dengan krisis dalamannya.

Krisis SUPP di Bahagian Sibu dan Dudong

Terbaru, pengumuman presidennya secara tiba-tiba bahawa ahli-ahli SUPP bagi kawasan Sibu bersatu bagi menghadapi PRK kali ini walaupun beberapa tahun lalu diumumkan krisis SUPP bahagian Sibu sudah selesai?

Terdahulu, pada 3 November 2008, George Chan mendakwa krisis SUPP di bahagian Sibu selesai dengan memcahkannya kepada enam bahagian.

Anehnya, bermula penghujung tahun lalu, pengerusi BN di negeri itu, Taib Mahmud mula memberi amaran kepada SUPP agar menyelesaikan masalah parti itu terutamanya dalam kawasan Sibu dan Dudong, sebelum amaran itu dikeluarkan sekali lagi oleh timbalannya, Abang Johari Tun Openg selepas itu.

Difahamkan SUPP di bahagian itu berpecah kepada dua puak masing-masing diketuai oleh Soon Choon Teck dan Wong Soon Koh.

Choon Teck sendiri pada 23 Januari tahun lalu telah meletak jawatan sebagai penolong pegawai publisiti SUPP selain memboikot beberapa program parti itu termasuklah sempena sambutan ulang tahun parti itu yang ke 50 pada tahun lalu yang mana presiden SUPP merupakan tetamu kehormat.

Manakala Pengerusi SUPP cawangan Sibu, Wong Soon Koh mendakwa menerima sokongan daripada 27 cawangan SUPP Dudong.

Pemimpin Supp sertai DAP seumur hidup

Kesan krisis itu juga menyaksikan Majlis Tertinggi SUPP, Wong Chin Yong keluar parti seterusnya menyertai PR melalui DAP dengan membayar yuran keahlian RM100 sebagai ahli DAP seumur hidup.

Sementara itu, SUPP juga dilihat sebagai parti paling bermasalah dalam sekutu BN walaupun parti itu merupakan parti tertua di negeri Sarawak yang ditubuhkan pada tahun 1962.

Krisis Dun Engkilili dan Dun Pelagus

Ini dapat dilihat berhubung kedudukan kerusi Dun Pelagus dan Dun Engkilili yang sehingga kini gagal dimuktamadkan antara SUPP dan sekutu BN yang lain walaupun pilihan raya negeri kian hampir.

Dun Engkilili misalnya sehingga kini menyaksikan dua puak yang berbalah antara satu sama lain dalam perebutan sebagai calon parti itu.

Pada pilihan raya negeri 2006, calon SUPP tewas kepada Johnical Rayong anak Ngipa yang kini merupakan calon bebas BN dan difahamkan mahu bertanding sekali lagi mewakili BN tetapi dibantah keras oleh SUPP pusat.

Sehubungan itu, dengan pelbagai krisis dalaman yang melanda SUPP, adalah sukar untuk parti itu mempertahankan kerusi Parlimen Sibu dan ini merupakan masa yang terbaik buat pengundi di kawasan itu memenangkan Wong Ho Leng seterusnya mengangkat suara hampir 55,000 pengundi berdaftar di kawasan itu lebih didengari dalam persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.

'Undi DAP bererti undi untuk negara Islam' muncul di Sibu


SIBU, 10 Mei: Sebagaimana dijangka, SUPP memulakan serangan ke atas DAP dengan menggunakan isu yang sudah bukan menjadi isu di Semenanjung apabila berkata, 'Undi DAP bererti undi untuk PAS dan negara Islam'.

Kempen ini dimulakan oleh Ketua SUPP Sibu yang juga Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang (gambar) dalam kenyataannya berkata, memang benar Negara Islam adalah matlamat PAS tetapi ia bukannya matlamat Pakatan Rakyat.

Beliau mengaku, tema 'Undi DAP bererti undi untuk PAS dan negara Islam' berkesan dalam pilihan raya umum 1999 tetapi ia sudah dikebumikan apabila tsunami politik melanda negara dalam pilihan raya umum 2008.

Atas dasar itulah, katanya, di Kuala Sepetang, Perak, 84 peratus pengundi Cina telah memberikan undi kepada calon PAS, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.

Atas dasar itulah juga, 82.5 peratus penduduk Cina Rasa, Hulu Selangor memberikan undi kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Atas dasar itulah juga, 82.5 peratus penduduk Cina Rasa, Hulu Selangor memberikan undi kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

"Nampaknya pemimpin SUPP yakin, apa yang tidak laku lagi di Semanjung masih lagi laku di Sibu," kata Lim Kit Siang dalam kenyataannya.

Beliau yakin, SUPP sangat bimbang dengan perkembangan yang berlaku dalam pilihan raya Sibu apabila sokongan untuk calon DAP semakin meningkat.

Dari 40% : 60% antara DAP : BN kini sudah meningkat kepada 44% : 56%. Ini sangat bimbangkan SUPP sehingga mengeluarkan serangan yang dianggap sebagai senjata pemusnah (killer weapon) ini, kata Kit Siang.

Di Sibu, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad antara pemimpin PAS yang paling diyakini untuk menjelaskan isu ini.

Ini kerana, Khalid adalah antara pemimpin PAS yang mula-mula memasuki gereja untuk bertemu dengan pengundinya selepas menang di Parlimen Shah Alam dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Semalam, Khalid bersama Dr Mariah Mahmud, anggota Parlimen Kota Raja menemui penganut Kristian di gereja Sacred Heart, gereja yang terbesar di Sibu.

Ekoran itu, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Maximus Johnity Ongkili mempertikaikan tindakan PAS itu.

"Sebenarnya, mereka (PAS) patut datang ke Sabah dan Sarawak untuk belajar dari kita bagaimana cara untuk menguruskan hubungan antara agama. Ia bukan isu di sini," katanya kepada media.

53 peratus dari 54,649 pengundi Sibu adalah Krsitian. Isu nama Allah menjadi penting di sini apabila kerajaan BN yang dipimpin oleh Umno menolak penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian.

Ia bermula apabila majalah Kristian Herald yang berpangkalan di Sabah memohon perintah mahkamah agar mereka dibenarkan menggunakan perkataan Allah untuk ganti kepada 'God' dalam edisi bahasa Melayu majalah mereka.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak permohonan itu. Dalam masa yang sama, pelbagai kenyataan dari pemimpin Umno mengguris hati penganut Kristian. Turut menimbulkan kemarahan adalah tindakan membakar beberapa gereja Kristian.

Namun begitu, PAS dalam mesyuarat mereka telah memutuskan, penggunaan nama Allah tidak bertentangan dengan Islam dengan syarat ia tidak digunakan untuk mengelirukan umat Islam.

"Sejak isu itu, banyak ceramah oleh mubaligh Kristian dalam gereja mereka di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak mengajak penganut Kristian menolak Umno atas tindakan mereka," kata seorang penganut Kristian di Kuala Lumpur.

Kini, isu agama dimainkan semula di Sibu dan nampaknya ia akan memihak kepada calon DAP kerana terbukti, rakan SUPP di Semenanjung iaitu Umno yang sepatutnya dipersalahkan. -Hrkh

Lim Guan Eng meeting Melanau supporters at Kg Bungan Kechil





Anwar: Saiful sahkan Najib terlibat


KUALA LUMPUR, 10 April: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersyukur ekoran Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku bertemu Datuk Seri Najib sebelum membuat laporan polis.

"Hari ini saya bersyukur kerana kita dapat sahkan penglibatan Najib yang diakui Saiful bertemu beliau empat hari sebelum laporan polis dibuat," katanya di luar mahkamah hari ini.

Dalam perbicaraan kes liwat ll Anwar hari ini, Saiful berkata dia berjumpa Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.

Saiful juga memberitahu dia kemudiannya berjumpa ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun.

"Pegawai kanan polis panggil di satu hotel terkemuka untuk adakan perbincangan sebelum laporan dibuat.

"Itu yang Karpal tekankan penglibatan dan konspirasi melibatkan Najib," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut melahirkan rasa tidak puas hati ekoran kegagalan pihak pendakwa yang begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

"Pertama kali dalam sejarah kes jenayah, nama saksi tidak diberikan, sampai sekarang pendakwa gagal mengemukakan nama saksi.

"Ini seperti mana yang kita sebut satu kelainan. Bila masuk kes Anwar memang ada kelainan," katanya lagi.

Ketika prosiding bermula pagi tadi, peguam bela utama, Karpal Singh, memohon mendapatkan senarai nama saksi daripada pihak pendakwaan tetapi ini tidak dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Selepas Karpal menyoal Saiful selama 45 minit, beliau membuat satu lagi permohonan iaitu bagi mendapatkan semua keterangan bertulis daripada polis.

Hakim menangguhkan perbicaraan jam 12.30 tengahari tadi dan akan disambung jam 9 pagi esok.

Penangguhan itu dipohon Karpal Singh untuk membuat penghujahan penuh bagi mendapatkan kenyataan beramaran Saiful. -Hrkh

Sibu Jom Ubah




Bot Penambang Pula Berharga RM1 juta!

http://buletinonline.net/images/stories/berita25/melayubangkit%20010.jpgSeberang Takir, KUALA NERUS – Belum pun sejuk cerita bot (atau Feri) di Tasik Kenyir yang dibina oleh kerajaan negeri Terengganu berharga RM2 juta, timbul pula cerita bot penambang berharga RM1 juta.

Buletinonline dimaklumkan, aktiviti bot penambang ‘jenis baru’ yang telah dijadikan sebagai pengangkutan pelancong dari Taman Shahbandar ke Pulau Duyong dan pulau Wan Man, mendapat bantahan dari pengusaha lama.

Bot penambang baru bukan sahaja dikatakan cantik, berbentuk seperti sebuah ‘kolek’, malah pembinaannya didakwa, mendapat pembiayaan kerajaan.

Menurut Ketua Bahagian PKR Cabang Kuala Nerus, Wan Bukari Wan Bukhari, bantahan tersebut dilaporkan dalam akhbar Suara Keadilan tidak berapa lama dulu.

Beliau berkata, para pengusaha bot penambang yang lama tidak puas hati kerana mereka tidak diberi peluang memiliki bot-bot baru itu.

”Yang dapat bot-bot baru adalah dikalangan ahli-ahli Umno dan kroni JKKK,”kata Wan Bukari kepada Buletinonline.

Sehubungan itu, apabila ADUN Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman mendapat tahu tentang bantahan itu, beliau telah memanggil mereka untuk suatu perjumpaan.

Dalam majlis tersebut, Razif yang juga Exco Pelajaran, Pengajiajn Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Terengganu, telah bercerita panjang lebar bagi mempetahankan tindakan kerajaan menggunakan bot-bot penambang yang baru.

Ketika itu, terkeluarlah cerita tentang ‘bot penambang yang terbaru’ yang sedang dalam pembinaan berharga RM1 juta setiap sebuah.

Bot tersebut dikatakan, akan digunakan untuk menggantikan bot-bot penambang lama yang berulang alik dari Seberang Takir ke Pasar Besar Kedai Payang.

Tinjauan Buletinonline ke satu lokasi pembuatan bot di Seberang Takir mendapati, sebuah bot penambang yang dikatakan bernilai RM1 juta tersebut sedang dalam pembinaan (lihat gambar).

Apa yang agak menggelikan hati, berkaitan cerita bot penambang baru yang dikatakan moden itu adalah penerangan Razif.

Dalam memberikan penjelasan, Razif telah membuka ‘pekung di dada’ yang menunjukkan, sebenarnya beliau tidak tahu tentang hal ehwal pembuatan bot.

Razif berkata bot penambang baru sedang dalam pembinaan itu mahal kosnya kerana ia dibina daripada kayu Cengal!


Samada Razif benar-benar tidak tahu, ataupun tersalah cakap, namun semua pengusaha bot penambang lama yang hadir hanya menggeleng-gelengkan kepala mendengar penerangan Razif itu.

Ia adalah kerana, semua pengusaha bot penambang tahu bahawa, semua bot atau kapal yang diperbuat dari kayu adalah dibina dengan menggunakan kayu Cengal.

Jadi, apakah sebab sebenarnya, bot yang baru itu begitu mahal??? BO

TGNA : Diam Diri Bukan Bererti Tidak Peduli

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau gagal mentadbir negeri berikutan tindakannya berdiam diri berhubung kemelut Istana Kelantan.

Katanya walaupun beliau dianggap sebagai penasihat kepada Sultan tetapi berpendapat adalah lebih baik mendiamkan diri daripada mengambil sesuatu tindakan yang tidak disenangi pihak tertentu kerana ia adalah masalah dalaman keluarga.

TG Nik Abdul Aziz berkata, dalam Islam mendiamkan diri juga merupakan suatu nasihat daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh mengeruhkan lagi suasana dalam keluarga itu.

"Bagi saya, sejak mentadbir negeri ini hampir 20 tahun lepas, saya anggap berjaya kerana membangunkan negeri ini. Siapa kata gagal?. Soal kemelut raja, itu kerja anak beranak, saya sengaja tak campur tangan supaya berlaku di sekitar anak beranak," katanya kepada pemberita selepas meraikan orang kelainan upaya (OKU) yang baru pulang daripada mengerjakan umrah di bangunan yayasan itu, di Pengkalan Chepa, dekat sini pada Ahad.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang dipetik sebagai berkata, krisis istana Kelantan tidak akan berlarutan sekiranya Nik Abdul Aziz memainkan peranannya sebagai penasihat kepada Sultan dan Pemangku Raja Kelantan.

Nik Abdul Aziz berkata Islam membenarkan seseorang itu berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan, walaupun seseorang itu merupakan penasihat, jika ia boleh memudaratkan keadaan.

Beliau menafikan sikap mendiamkan diri dalam isu itu sebagai tindakan lepas tangan daripada tanggungjawab sebagai penasihat dan beliau tidak mahu campur tangan dalam isu kemelut istana itu kerana ia melibatkan krisis dalaman keluarga.

"Jadi, saya ambil sikap senyap, supaya ianya hanya berkisar di sekitar anak beranak, senyap itu juga, adalah nasihat, ada kalanya Allah Taala suruh senyap. Ada kalanya suruh nasihat, jadi saya ambil sikap senyap, senyap itupun dianggap nasihat juga...," katanya.

Menurutnya, beliau bersama Exco akan menziarah Sultan, cuma menunggu tarikh yang akan ditentukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias.

-- BERNAMA


Nik Aziz nafi tidak peduli krisis Istana Kelantan

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nafi telahan sesetengah pihak kononnya kerajaan negeri seolah-olah tidak mempedulikan krisis Istana Kelantan.

Sebaliknya dalam reaksi ringkas Mursyidul Am PAS ini menyifatkannya sebagai konflik keluarga.

“Ini krisis anak-beranak, bukan kerajaan tidak mahu caro (ambil peduli),” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Orang Kurang Upaya di Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan di Padang Tembak, Pengkalan Chepa dekat sini.

Beliau menjawab soalan pemberita bahawa sikap berdiam diri kerajaan negeri secara tidak langsung telah menimbulkan pelbagai spekulasi rakyat negeri ini terhadap istana dan kerajaan negeri itu sendiri.

“Saya nak kata maca mana? Orang kata kerajaan negeri tak nasihat, itu silap kerana diam itu lah sebahagian daripada nasihat,” katanya bersandarkan hujah ayat al-Quran mengatakan ‘diam’ juga adalah sebahagian daripada nasihat mengikut keperluan situasi tertentu.

Beliau membaca ayat berkenaan hal yang berkaitan.

Dalam pada itu Nik Aziz tidak menafikan kerajaan negeri belum melawat Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra sejak dimasukkan ke hospital lima hari lalu.

“Belum melawat lagi, kita sedang minta Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri uruskan jadual atau masa lawatan itu supaya kerajaan negeri dapat melawat tuanku bersama exco semua sekali,” katanya.

Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini Selasa lalu setelah dipertikaikan rawatan susulannya di Singapura.

Esok, Mahkamah Khas akan mendengar permohonan habeas corpus yang difailkan oleh Tengku Temenggong Tengku Muhamad Fakhry untuk membawa keluar Sultan Kelantan dari HUSM atas alasan baginda dikurung. -TMI/GB
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .