Ikuti Blog ini

Musa Hassan OUT Ismail Omar IN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan diberi lanjutan kontrak untuk kali ketiga dan jawatannya akan diambil oleh timbalannya, Tan Sri Ismail Omar, lapor malaysiakini.

Menurut SMS berita dari Utusan Malaysia, perkara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi berbulan-bulan lamanya tentang jawatan Musa yang berakhir hujung bulan ini.

Musa, 59, mencapai umur persaraannya pada 2007 tetapi kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali. Lanjutan itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pembangkang dan aktivis hak asasai manusia.

Beliau yang dikenali sebagai pengangkut tilam di dalam kes liwat Anwar telah kemudiannya dinaikkan pangkat, sehinggalah memegang jawatan tertinggi di dalam PDRM, Ketua Polis Negara.

Beliau mempunyai rekod yang paling hodoh sebagai KPN, malah beliau dilaporkan menipu mengenai kelulusannya.

Musa mendakwa beliau memiliki Ijazah Undang-Undang ketika memberi keterangan bersumpah dalam satu pembicaraan kehakiman iaitu dalam perkara Pendakwa Raya melawan Anwar Ibrahim dalam Wilayah Persekutuan Perbicaraan Kes No: 45-48-98 dan 48-49-98 pada 14 Disember 1998.

Pada hal, beliau sendiri ketahui bahawa beliau hanya memiliki kelulusan Diploma in Law (diploma biasa) sahaja dan tidak pernah memiliki Ijazah Undang-Undang daripada mana-mana Universiti dalam atau Luar Negeri.

Apa yang paling jelek ialah beliau sentiasa bersikap double-standard di dalam membuat keputusan di mana apa-apa perhimpunan Pakatan Rakyat akan menemui masalah besar walaupun mendapat permit dan dijalankan secara aman. Tetapi apa-apa perhimpunan dari parti kerajaan dibiarkan begitu sahaja sekalipun ia mengancam keselamatan (seperti perhimpunan kepala lembu).

Kemudian, beliau dilaporkan terlibat di dalam konspirasi bersama Peguam Negara, Gani Patail untuk kes liwat 2 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan.

Kejatuhan beliau dari jawatannya sama seperti pemergian Tan Sri Rahim Noor dari jawatannya di mana ia sarat dengan segala macam kekotoran yang terpalit pada namanya.

Kini Tan Sri Ismail Omar bakal mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara daripada Tan Sri Musa Hassan berkuat kuasa 13 September ini. Apakah sama juga perangainya nanti dengan KPN-KPN terdahulu. Kita tunggu dan saksikan bersama. -GB

Depa dok kata Azizan tak reti perintah tapi macamana pulak boleh untung nie..??

Keuntungan Koperasi Pembangunan Beris Berhad meningkat

SIK – Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan dividen hasil keuntungan ladang Koperasi Pembangunan Beris Berhad (KPBB) pada tahun ini meningkat dari RM1.4 juta kepada RM1.6 juta.

Pengumuman itu turut disambut dengan penuh kesyukuran oleh semua ahli KPBB di mana KPBB adalah koperasi pertama di negara ini yang mengadakan kutipan cukai pintu berkelompok untuk jenis taman perumahan.

Kaedah itu sudah dilaksanakan semenjak tiga tahun lalu dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada Majlis Daerah Sik (MDS) serta kepercayaan daripada ahli koperasi.

Pengerusi KPBB, Shuib Ismail menjelaskan, mereka mengadakan kutipan dengan cara membuat pemotongan wang keuntungan setiap ahli koperasi sebelum proses penyerahan hasil dividen keuntungan daripada pelbagai cabang aktiviti perniagaan diserahkan kepada mereka.

Menurutnya, setiap penduduk yang tinggal dalam kawasan perumahan ini secara tidak langsung akan menjadi ahli KPBB dan mereka masing-masing turut mempunyai saham dalam koperasi serta menerima hasil dividen setiap tahun.

“Tahun pertama, jumlah cukai pintu yang dikutip berkurangan kerana tempoh masa hanya enam bulan, namun pada tahun kedua dan tahun ketiga dikutip penuh bagi tempoh setahun iaitu sebanyak RM77.92 bagi setiap ketua keluarga mewakili sebuah rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyampaian Dividen Hasil Ladang di Bandar Baru Beris Jaya, di sini.

Shuib memberitahu, terdapat 600 rumah yang terdapat dalam kawasan ini dan melalui kaedah itu mereka dapat memastikan setiap ketua keluarga melunaskan hutang cukai pintu MDS tanpa sebarang masalah.

“Namun, kaedah pembayaran cukai pintu pada tahun 2011 akan diubah kepada pemotongan secara pukal bagi membolehkan lebihan wang daripada hasil bayaran dapat dijadikan sebagai tambahan modal untuk setiap ahli,” ujarnya.

Inisiatif membuat pemotongan dividen itu, katanya, turut dilaksanakan untuk tabung masjid sebanyak RM6 dan Takaful sebanyak RM51.95 bagi memastikan penduduk di sini mendapat perlindungan yang sewajarnya.

Sementara itu, Yang Dipertua MDS, Mat Noh Ahmad dalam ucapannya berkata, pihaknya menyambut baik usaha yang dilaksanakan oleh pihak koperasi dalam memastikan urusan kutipan cukai pintu dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Susulan daripada usaha itu, jelasnya, sebuah jawatankuasa pengurusan taman perumahan ini akan dibentuk bagi memudahkan segala permasalahan penduduk dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

“Sebelum ini, apabila berlaku sebarang masalah melibatkan kemudahan infrastruktur seperti jalan rosak, lampu tidak bernyala dan sebagainya, koperasi menjadikan tempat rujukan masalah walaupun sebenarnya mereka tidak memikul tanggungjawab berkenaan,” katanya.

Mat Noh memberitahu, sekiranya proses pembentukan jawatankuasa terbabit berjalan lancar, koperasi akan lebih fokus terhadap peranannya dalam memajukan pelbagai aktiviti perniagaan bagi meningkatkan hasil dividen ahli.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, YB. Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul.

Sultan S'gor gantung gelaran Dr Ling, OC Phang

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menggantung gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, Phang Oi Chooi @ Phang Ai Tu atau juga seringkali dikenali sebagai OC Phang.

Dalam satu kenyataan, setiausaha kerajaan negeri Selangor berkata keputusan itu dibuat oleh Sultan Selangor, setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang pada 19 Ogos lalu.

Ling dikurniakan keahlian darjah kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1992.

Pada 29 Jun lalu, bekas presiden MCA itu didakwa atas pertuduhan mengikut seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan di mahkamah sesyen Putrajaya.

Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.

Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.

Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ling bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Hakim kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.

OC Phang pula dikurniakan keahlian Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) bergelar Datin Paduka pada tahun 2001.

Dia pula didakwa atas pertuduhan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan di mahkamah sesyen Klang.

Phang, 63, didakwa sebagai pengurus besar yang diamanahkan bagi dana dalam sebuah akaun di RHB Bank Berhad, melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang antara 1 Okt 2004 dan 5 Sept 2005.

Dia menghadapi dua lagi tuduhan serupa masing-masing membabitkan RM21,600,000 dan RM134,550,000, yang didakwa dilakukan di tempat yang sama antara 30 Sept 2005 dan 9 Mei 2006 dan antara 1 Jun 2005 dan 13 Jan 2006.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan kesnya pula yang sepatutnya bermula di Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada 25 Ogos lalu ditangguhkan ke 26 hingga 29 Okt ini.

Menurut kenyataan itu, penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kedua-dua mereka itu akan disemak semula jika mahkamah memutuskan mereka tidak bersalah dan dibebaskan daripada pertuduhan. -M'kini.

18SX - Mamat ni memang perkasa !

Bila sebut UMNO busuk dari kepala sampai ke kaki...ada yang hangin satu badan pulak.Lihat foto dibawah.


[..] Tolak Qur’an sudah, dan sekarang tengah tolak sunnah pulak ! Berlagak tahu semua tapi nampak jelas bangangnya. Hal2 Agama pakai kepala lutut, ada ALAMAK pun bisu, ada ke depa buat Sembahyang Hajat lepas Solat Asar ?.

عن أبي هريرة رضي الله عنه
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة بعد العصر حتى تغرب الشمس
، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس

Maksudnya: Dari Abi Hurairah r.a :
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang dari mengerjakan solat selepas asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas subuh sehingga terbit matahari.
[hadis riwayat ; Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi, Imam Nasaie dan Imam Ahmad].

Sketsa foto :
soldadu said, " Sori bro - 'ini' maciamm..tak perkasa lahh.."

(*) - Tapi UMNO cakap, ambo perkasa sungguh..!



Kerja dan cadangan siapa kerja2 solat hajat lepas Asar nih ? , tak lain dan tak bukan ialah orang yang juga MENCADANG KAN DI ADAKAN UNDANG2 MENGHALANG ORANG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID ATAU SURAU, dengan cadangan ini merupakan satu desakan atau bantahan terhadap keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah memutuskan sebelum insiden Yb2 non Muslim masuk masjid lagi, bahawa Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid adalah Harus.

Olih kerana Fatwa itu tidak menguntungkan Umno, lalu perkasa pula jadi jaguh dan mendesak diadakan undang2 baru yang sesuai dengan selera Umno.[..sumber]

Hairan bebenor wak memandangkan nasib si 'perkasa' sorang ni, yang tidak surut-surut kena 'bantai' baik di ruang forum mahupun di blog-blog internet.

Gerangan apa yang membuatkan beliau disindir teruk oleh khalayak rakyat.., kini makin menjulang bahangnya? Maaflah, wak tak mampu nak bagi 'kesian' wak lagi dalam hal ini. Nasib hang laa 'muss..!'.

Sebab nilai 'kesian' wak sudah lama zero dan kecut dalam hal-hal si perkasa ini.
Posted by radens albanjari

Siapa Nak Join Bisnes Juta-Juta

Senarai harga belian tokek. — Butterworth

400 gram - 440 gram = RM 1 Juta - RM 1.2 Juta
500 gram - 600 gram = RM 2 Juta - RM 5 Juta
600 gram - 700 gram = RM 8 Juta - RM 10 Juta
700 gram - 800 gram = RM 11 Juta - RM 15 Juta
800 gram - 900 gram = RM 15 Juta - RM 20 Juta
900 gram - 1000 gram = RM 20 Juta - RM 33 Juta

BERAT MELEBIHI 1 KG - Boleh dirundingkan harga ..

Sajak : Pesaka Merdeka

PESAKA MERDEKA

Bergalang Tanah Bergadai Pesaka
Rebah Bangun Lintang Tiarap
Terlentang Minum Embun
Meniarap Makan Tanah

Bumi Pertiwiku
Tetap diperjuang
Maruah Agama
Setia digalas dipertahan
Maruah Bangsa dan negara
Dikandung Badan
Demi Kedaulatan
Negara Merdeka

Merdeka dari Penjajahan
Minda yang menjarah
Merdeka dari Perhambaan
Ekonomi yang Memerah
Merdeka dari Penindasan
Politik yang Serakah



Tanahairku Mesti bangkit
Mendongak Dagu maju
Membina Masa Depan
Gemilang dan Maju
Membina Negara
Munajat Redha dan Restu

Aku , Engkau , Kamu
Adalah Anak Merdeka
Ayuuuuuh !

Tuntutlah Ilmu Binalah Jiwa
Jangan Alpa Usah Leka

Amanah Ummah Merdeka
Adalah dibahu Kita

Amanah Negara Merdeka
Adalah dibahu Kita

Amanah Nusa Bangsa
Adalah dibahu Kita

Merdekalah Jiwa
Merdekalah Minda
Merdekalah Bangsa
Merdekalah Negara
Merdekalah Kita

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Atas Lebar Hamparan
Tanah Tumpah Air Insan
Merekah Bumi Gersang
Tandus Nilai Kasih Sayang

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Menebus Maruah Balar Tercalar
Angkara Haiwan Berpangkat Bergelar
Dada dirobek Jantung dikelar
Bahasa diherdik Sesuku Ajar
Penguasa Membidik Bohong di Layar

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Suara dipasung Media disuaka
Puaka diusung Jelata disita

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Usah Bercanda Gurindam Sendu
Lupa Sengsara Semalam ditipu


Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Lambaian Merdeka buat seluruh anak bangsa yang turun ke I City Shah Alam 30 August menanti detik 12 tengah malam meraikan ulangtahun kemerdekaan negara ke 53 . Alhamdulillah dihadapan ribuan hadhirin , saya diberi kepercayaan untuk mendeklamasikan sajak berjudul Merdeka : Sebenarnya Untuk Siapa ? secara berduet dengan Sdr Shamsul Iskandar [ Ketua AMK Pusat] , sdr Jonah [ Ketua AMK Selangor ] dan Ustaz Hasbullah [ Ketua DPP Negeri Selangor ] . Sementara secara solo saya mendeklamasikan sajak bertajuk Pesaka Merdeka yang saya cipta Khas buat seluruh warga Malaysia terutama buat anak - anak muda.

Ustaz Asyraf [ Imam Muda Realiti T 9 ] mengimamkan solat Isyak dan Terawih di tapak sambutan Penghayatan Ramadhan dan Kemerdekaan Negara [ i city Seksyen 7 Shah Alam ]. Sungguh merdu suara dan lunak tertib bacaan imam muda ini .

Anak - anak muda yang mula memisahkan diri dari sambutan kemerdekaan yang bergelumang dengan maksiat dan mungkar . Nyata kini jiwa yang kosong mula mencari sentuhan ruhani yang mampu membahagiakan mereka di dunia dan akhirat .

Biarpun disambut dengan nilai spiritual dan hiburan sederhana yang dibenarkan oleh syara' , ia tetap meriah dengan semangat patriotik anak - anak muda yang beralih kepada bentuk sambutan alternatif . Syabas Kerajaan Negeri Selangor dan syabas kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor .

Ramli Sarip yang juga dikenali dengan Papa Rock tidak canggung menyapa saya dibilik persalinan selebriti [ di belakang pentas ] biarpun datang dari benua atau planet [ pinjam kata - kata Aqil Hayy ] yang berbeza . kami mula berkenalan dan kini berputik satu jalinan 2 hala antara kami .

Orang ramai yang teruja menyertai program alternatif Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Negara bagi kali ke 57 dan Penghayatan Ramadhan . Tiada peleseran dan pergaulan bebas kecuali mereka yang berada di luar tapak persembahan . Sejurus selesai persembahan sambutan ulangtahun kemerdekaan , Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meneruskan aktiiti dengan dakwah dan kempen Anti Zina [ edar risalah ] , qiamulail dan kuliah subuh di I City Shah Alam.

A Samad Said turut mendeklamasikan sajaknya


Mawi menyampaikan beberapa buah lagu terbarunya

Ustaz Asyraf Imam Muda mengibarkan Jalur Gemilang .


Black-Listed: Rakyat Takkan Bayar Satu Sen Pun Kepada JPJ Dan Polis

JPJ: Pemandu disenarai hitam boleh bayar saman secara ansuran

Pemandu kenderaan yang disenaraihitamkan boleh membayar saman mereka secara ansuran sehingga 28 Februair depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata perkara itu diputuskan bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan mereka setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri berkaitan masalah itu.

“Selepas 1 Mac, kena bayar penuh...mata demerit juga akan disambung semula,” katanya ketika ditemui pemberita di kaunter JPJ, Terminal Bas Sementara Bukit Jalil, di sini hari ini.

Pada 11 Ogos lepas, Kabinet memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan yang masih belum menjelaskan saman buat sementara waktu.

Tempoh penarikan itu juga diambil kira ekoran musim perayaan yang bermula dengan sambutan Aidilfitri diikuti Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina.

Solah berkata bayaran saman secara ansuran itu boleh dibuat mengikut kemampuan pemandu.

Sementara itu, Solah berkata pihak JPJ juga akan membuat pemantauan terhadap perkhidmatan teksi selain bas, daripada segi tambang, penggunaan meter dan kerjasama daripada segi pengambilan penumpang.

“Pemandu teksi yang mengenakan tambang secara lebihan, tidak menggunakan meter dan enggan mengambil penumpang akan dikenakan tindakan seperti bayaran kompaun,” kata beliau dipetik Bernama.

Mengulas isu “ulat tiket”, Solah menasihatkan orang ramai agar membeli tiket yang sah di 92 kaunter yang terdapat di terminal bas dan bukannya dari ulat-ulat tiket sempena sambutan Aidilfitri akan datang.

“Tiket masih ada...pihak Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan tambah jumlah bas seperti bas sekolah dan bas kilang jika perlu. Masalah kehabisan tiket jelas tidak berbangkit,” katanya. - TMI

'Rempit Merdeka'




Beratus-ratus anak-anak muda yang menunggang dan membonceng motosikal menakluki persimpangan Semarak Jalan Sultan Mizan disini, yang dijadikan gelanggang, wadah mereka mengadakan sambutan 'Rempit Merdeka'

Mereka seolah-olah benar-benar merdeka! Apa tidaknya?

Segala undang-undang lalulintas dan peraturan jalanraya di abaikan,tidak dipedulikan.

Berikan kepercayaan penuh kepada PAS- Abdul Hadi

KUALA LUMPUR : Seluruh rakyat negara ini diseru memberikan kepercayaan penuh kepada PAS menggantikan Umno untuk memimpin mereka dengan lebih adil.

Menurut Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Umno tidak boleh lagi diberi kepercayaan kerana mereka mengelirukan masyarakat dengan memutar-belit ajaran Islam sebenar dan menggunakan isu perkauman utuk kelangsungan politik mereka.

"Kita menyeru kepada masyarakat Islam untuk memberikan kepercayaan kepada PAS sebagai alternatif yang memimpin mereka dan mengajak masyarakat yang bukan Islam supaya tidak memgambil contoh yang buruk yang ditunjukkan oleh Umno berhubung dengan Islam," kata Presiden PAS itu dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Keadilan PAS jelasnya boleh dilihat sendiri oleh masyarakat bukan Islam semasa pemerintahan mereka di Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri Pakatan Rakyat di ketika ini, bahkan terus istiqamah dengan prinsip Islam semasa dalam kerajaan pada tahun 70-an.

Menurutnya lagi, punca kepada kecelaruan yang berlaku hari ini adalah kerana kefahaman salah yang ditunjukkan oleh Umno selama puluhan tahun berkuasa di bumi Malaysia ini.

Sejak sekian lama, Umno katanya tidak pernah puas menjadikan isu agama dan perkauman sebagai senjata ampuh mereka menarik sokongan masyarakat.

Paling teruk apabila tindakan Umno tersebut sering digambarkan kepada masyarakat khususnya Melayu sebagai menepati ajaran Islam yang sebenar.

"Mereka telah mencampur adukkan sentimen perkauman sempit dan mengaitkannya seolah-olah tindakan mereka adalah dari ajaran Islam yang sebenar," jelasnya lagi.

Tindakan Umno itu pula jelasnya disambut dan diangkat oleh media Umno sehingga mereka cuba menggambarkan seolah-olahnya hubungan antara kaum dalam negara kita ini berada dalam tahap yang paling buruk.

Masyarakat Islam jelasnya lagi dikelirukan dari segi fahaman agama yang sebenar, manakala masyarakat bukan Islam pula diadu-domba dengan api perkauman dan ketegangan hubungan kaum.

"Saya ingin memberikan nasihat kepada pihak media yang menggunakan isu agama ini untuk menghentikan tindakan mereka, kerana sebenarnya mereka telah mengelirukan umat Islam dengan kegagalan mereka merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi sumber rujukan umat Islam sejak zaman berzaman," katanya.

Sehubungan itu beliau juga menyeru agar umat Islam meneliti setiap maklumat yang disebarkan supaya tidak diperangkap oleh sesuatu maklumat yang salah.

PAS juga menurutnya sentiasa konsisten dengan prinsip Islam dan bersedia untuk berdepan dengan semua pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan, untuk menjelaskan garispanduan yang sebenar dalam semua perkara yang berkait dengan umat Islam. -Hrkh

Tragedi 13 Mei : Awas Zainuddin Maidin!

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/zam+shame+2.pngParti Islam Se-Malaysia memandang serius fitnah yang dilemparkan oleh bekas Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mengatakan bahawa semasa Tragedi 13 Mei 1969 Pas minta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina, manakala ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia Pas menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Kenyataan yang dibuat dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama umno-online itu adalah satu fitnah yang besar dan cuba memberikan gambaran buruk berkenaan PAS kepada orang-orang Cina dan rakyat keseluruhannya. Kenyataan beliau itu jelas sengaja dicipta bagi mencemarkan imej dan nama baik PAS sebagai sebuah parti yang mendokong kedaulatan negara dan perpaduan rakyat.

PAS yakin beliau dan Umno kini terdesak untuk memburukan PAS dan sanggup mencipta fitnah di bulan Ramadhan ini bagi menarik sokongan bukan Melayu untuk kepentingan politik mereka.

Umno sudah sinonim dikaitkan dengan penciptaan kisah-kisah fitnah dan propaganda jahat demi survival politik mereka yang kini tertekan dengan penolakan bukan Melayu dinegara ini. Tuduhan bahawa PAS
menyokong Indonesia semasa konfrontasi juga sengaja direka bagi menunjukan bahawa PAS ini tidak patriotik sedangkan begitu ramai tokoh-tokoh politik dalam PAS telah berjuang memartabatkan kedaulatan negara dan menjaga kepentingan rakyat.

PAS menuntut Zainuddin menarik balik fitnah yang diciptanya itu dan memohon maaf dalam masa 3 hari. Sekiranya beliau enggan menarik balik fitnah itu PAS akan mengarahkan semua organisasi PAS negeri dan dewan-dewan untuk membuat laporan Polis dan seterusnya akan mengemukakan saman kepada beliau.

Ustaz. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .