Ikuti Blog ini

Berani dan sanggupkan Timbalan Speaker Hee Yit Fong menggantikan Sivakumar




http://2.bp.blogspot.com/_RuLNIIf3h2Y/SZa6Fj_PPdI/AAAAAAAADgs/KQdxUEdnv9E/s400/Feb+14+09+-+Jelapang+-+Hee+-+Mkni.jpg

Siapakah Akan Ganti Speaker Pada 7 Mei?



Menurut kenyataan-kenyataan media pada hari ini, agenda pertama sidang DUN pada 7 Mei ialah melucutkan jawatan Speaker. Usul ini dibawa oleh DS Zambry. Jika usul pecat Speaker Perak V.Sivakumar berjaya pada 7 Mei, siapakah akan menggantikannya untuk menjalankan urusan hari tersebut?


Spekulasinya ialah Timbalan Speaker Hee Yit Fong. Beliau akan menggantikan V.Sivakumar, sehingga Speaker baru dilantik. Tetapi sanggupkah beliau:


1) menghadiri persidangan DUN tanpa perasaan ’salah dan malu’
2) bersetuju menggantikan Speaker untuk menjalankan urusan mesyuarat hari tersebut
3) duduk atas kerusi Speaker
4) menghadapi cabaran ‘dewan yang panas’ pada hari tersebut


Hee Yit Fong tidak berani bersemuka dengan pengundi-pengundi Jelapang sehingga hari ini. Beliau telah menghilangkan diri sejak dia lompat keluar dari parti DAP. Dalam keadaan ini, sudah tentu beliau tidak berani untuk menawarkan dirinya menggantikan V.Sivakumar pada 7 Mei 2009. Tetapi, bagi orang-orang yang tidak bermaruah, mereka sanggup melakukan apa jua untuk kepentingan diri. Kita tunggu dan lihat……..


Penanti : SPR Berdegil Mahu Terus Larang Pondok Panas



Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tetap berdegil menyatakan bahawa mereka tetap dengan keputusan untuk melaksanakan larangan kepada parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas dan memancing undi pada hari mengundi dan mahu semua parti politik dan penyokong parti pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mematuhi larangan berkempen pada hari mengundi mengikut Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan Pakatan Rakyat bahawa pondok panas parti politik perlu diadakan bagi memudahkan para pengundi menyemak status mengundi, Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak mahu pondok panas dijadikan medan untuk berkempen di saat-saat akhir.

Jelasnya, isu semakan status mengundi sepatutnya tidak timbul kerapa para pengundi sepatutnya menyemak nama mereka sebelum hari mengundi dengan menggunakan pelbagai saluran yang disediakan pihaknya.

"Pengundi sepatutnya tak semak di saat-saat akhir, mereka boleh semak dengan SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) ataupun di pondok panas SPR sendiri.

"Tapi apa yang kita lihat dari pengalaman-pengalaman lalu, pondok panas bukan berfungsi sebagai tempat semakan pun, tapi lebih kepada tempat berkempen... itu yang kita tak mahu.

"Kita tak mahu isu pondok panas dijadikan alasan untuk mana-mana pihak berkempen di saat-saat akhir," katanya.

Sementara itu di dalam perkembangan berkaitan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang kecewa dengan pendirian Pakatan Rakyat menolak syor pendekatan baru proses pengendalian pilihan raya.

Justeru, Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd, Akin berkata, pihaknya menolak 'kekecewaan' Wan Ahmad yang sepatutnya bersikap neutral dalam menjalankan amanah SPR.

Kini SPR bercadang menguatkuasakan beberapa pendekatan baru iaitu mengehadkan bilangan penyokong parti politik yang bertanding pada hari penamaan calon, menguatkuasakan 'hari bertenang' menjelang proses pengundian dan melarang berkempen memancing undi semasa proses pengundian berlangsung.

"Apa yang sedang dirangka oleh SPR ini, sangat jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di mana-mana negara demokratik.

"AMK percaya bahawa pendekatan ini diilhamkan dalam keadaan lima pilihan raya kecil yang berlangsung, sebermula di Permatang Pauh sehinggalah yang terkini di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, menyaksikan BN ditenggelami dengan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir sewaktu penamaan calon," kata beliau dalam kenyataannya semalam.

Sehubungan itu, kata beliau, harus diingat bahawa seramai manapun bilangan penyokong yang hadir, ia bukan satu masalah sekiranya pihak keselamatan bersikap profesional untuk mengawal provokasi melampau daripada mana-mana pihak.

"Malah terbukti dalam siri-siri pilihan raya kecil sebelum ini, penyokong Pakatan Rakyatlah yang terpaksa berhadapan dengan ugutan dan provokasi melampau oleh samseng upahan yang 'jelas kelihatan' menyokong BN.

"Demikian juga dengan penguatkuasaan larangan memancing undi dan juga pondok panas.

"AMK tidak lupa bagaimana pada pilihan raya Umum 2004, larangan yang sama dikenakan ke atas semua parti politik, tetapi BN dengan angkuh tetap membina pondok-pondok panas di kawasan pusat pengundian," kata Shamsul.

Beliau menambah, Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan menerima alasan kononnya untuk mengelakkan ketegangan dan ketakutan di kalangan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Pengundi memang akan sukar dan takut untuk mengundi jika dua perkara dihalalkan oleh SPR iaitu kebanjiran pihak polis dan juga hari pengundian yang jatuh pada hari bekerja, katanya lagi.

Enggan saman isu Altantuya, Najib rahsiakan sesuatu?

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG

KUALA LUMPUR - Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali menyokong cadangan Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar agar Majlis Raja-raja menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi memulihkan nama baik negara.


ImageKata Mustafa Ali, cadangan itu wajar kerana nama negara kini kian tercemar akibat laporan media antarabangsa yang melibatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.


Walaupun sebelum ini terdapat desakan oleh pelbagai pihak agar Najib atau kerajaan Malaysia menyaman akhbar-akhbar asing yang membuat laporan itu.


Namun kata Mustafa, Najib atau kerajaan masih terus berdiam diri, dan hanya membuat penafian sahaja.


"Penubuhan suruhanjaya ini wajar kerana sebelum naik jadi PM lagi, Najib memiliki 'bagage' yang sarat dengan isu-isu yang dikaitkan dengannya," kata Mustafa ketika temui di Pejabat Agung PAS baru-baru ini.


Beliau juga melihat, semacam ada kebimbangan atau rahsia yang disimpan apabila Najib enggan menyaman akhbar asing berhubung tuduhan ke atas Perdana Menteri itu.


Malah beliau juga melahirkan persoalan samada ada perkara yang disembunyikan agar tidak terdedah berikutan keenganan Najib atau kerajaan membersihkan namanya dengan landasan undang-undang.


"Najib atau kerajaan boleh memanggil kedutaan negara-negara yang mana akhbar mereka melaporkan isu tersebut untuk meminta kerjasama memberi penjelasan," katanya.


ImageNamun hingga kini, tindakan tersebut juga gagal dilakukan Najib hingga pelbagai persepsi atau spekulasi yang timbul kerana kegagalan itu.


Terdahulu, Mahfuz bersama Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub telah menyerahkan memorandum kepada Majlis Raja-raja Melayu segera menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi memulihkan nama baik negara.


Kata Mahfuz, penubuhan Suruhanjaya DiRaja itu perlu ditubuhkan setelah nama negara kini kian tercemar akibat laporan media antarabangsa yang melibatkan Perdana Menteri.


Beliau menegaskan isu pembunuhan Altantuya Shaariibu dan pembelian kapal selam yang dikaitkan oleh media antarabangsa dengan Najib menyebabkan nama baik negara kini tercemar.


Ceramah Bubarkan DUN Perak, ribuan penyokong PR pelbagai kaum hadir


KAMPAR : Kita tidak mahu UMNO kerana mereka mengamalkan diskriminasi kepada rakyat. Sebab itu kita mahukan Pakatan Rakyat yang tidak mengamalkan diskriminasi. Demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam ceramah di sini.

Ceramah penerangan yang diadakan di Dewan Tokong Cina Mambang Diawan menampilkan penceramah laian iaitu, Exco Kerajaan Negeri pakatan Rakyat Perak, Nga Kor Ming dan Chen Fock Chai, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, ADUN Malim Nawar, Khesvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai.



DS. Nizar menjelaskan Terdapat beberapa faktor dan fakta yang bercanggah sehingga Mahkamah Persekutuan telah memutuskan masalah kemelut siapakah Menteri Besar diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Malah kata beliau "Mahkamah tidak ada hak menentukan siapa kerajaan yang sebenar, kerana rakyat adalah yang paling berhak menentukan siapakah kerajaan yang sah".

"Saya berterima kasih kepada saudara yang memberi sokongan termasuk dengan sms dan Email" katanya.

Disamping itu beliau mengupas perkembangan Sidang DUN dengan katanya "7 Mei adalah tarikh yang mengerikan kerana hari itu akan berlaku sesuatu perkara yang tidak diduga sama sekali, kami akan bermesyuarat esok untuk menyusun strategi.
Kami akah hadir mengikut bidang tugas yang ada pada speaker."

DS. Nizar menyifatkan " kemenangan di Bukit Gantang adalah kemenangan rakyat sebab itu Najib cukup takut. Sekarang UMNO takut kepada PRK kerana rakyat akan hukum mereka dan rakyat akan mengatakan kamu zalim dan aniaya negeri perak." mengakhiri ucapan penuh bersemangat pada malam tadi.



Umno BN Cukup Takut DUN Perak Dibubar

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 7 Mei 2009. Satu tarikh terdesak, yang ditetapkan oleh kerajaan negeri kudeta tanpa persetujuan atau pengetahuan speaker DUN, V. Sivakumar.

Kerajaan kudeta pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, tidak mempunyai pilihan, selain wajib mengadakan sidang DUN dengan segera kerana tempoh waktu mengenapkan enam bulan daripada tarikh sidang DUN terakhir diadakan hanya tinggal beberapa hari lagi.

Dewan mesti bersidang pada tarikh paling lewat sebelum berakhir 16 Mei 2009. Jika tidak bersidang, maka secara automatis DUN Perak terbubar. Pembubaranlah perkara yang paling ditakuti Umno/BN.

Beberapa kes mahkamah juga masih tergantung. Namun adalah dipercayai, ia akan diselesaikan atau terselesai menjelang atau sebelum persidangan DUN itu. Kes saman Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan perlantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar adalah antara kes yang tersangat relevan.

Jika perlantikan Dr Zambry ini benar atau mengikut perlembagaan negeri, mengapa pula Dr Zambry memohon mahkamah membuat periystiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah ? Yang pasti tentu ada kekeliruan dan asas yang boleh dipertikaikan dalam hal ini. Sehingga ini mahkamah peresekutuan menolak permohonan Dr Zambry agar dia diisytiharkan sebagai MB yang sah.

Semua ini akan menjadi "precedent" (ketentuan dan contoh) dalam system perundangan Negara. Ia akan menjadi bahan rujukan dalam kes seumpama ini pada kemudian hari. Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang dihalau keluar dewan rakyat dan kemudian digantung perkhidmatannya sebagai Ahli Parlimen juga telah menyaman Speaker Dewan Rakyat.

Semuanya “dibenarkan” kini setelah kes Dr Zambry menyaman Sivakumar dan mahkamah membuat keputusan bahawa Sivakumar salah dalam membuat keputusannya terhadap Dr Zambry.

Maka begitulah juga yang dipertikaikan oleh Gobind Singh. Ertinya speaker kini tidak lagi mempunyai immuniti, malahan sesiapa sahaja rakyat bolehmendakwa sesiapa sahaja yang membuat kenyataan dalam DUN mahupun Dewan Rakyat kerana imuniitinya kini boleh dicabar di mahkamah dan mahkamah boleh mengatasi keputusan DUN ataupun Dewan Rakyat.
Sesungguhnya semua ini mengundang bahaya.

Pada 7 Mei nanti, adalah dijangkakan bahawa satu “keributan” akan berlaku. Sivakumar masih berkuasa dalam DUN.

Beliaulah yang akan menentukan segala perjalanan dalam DUN. Tentunya perkara asas yang menjadi persoalan ramai ialah kedudukan kerusi anggota DUN.

Datuk Seri Nizar dan barisan Adun Pakatan Rakyat tentunya tidak perlu berganjak daripada kerusi yang sudah diduduki sebelum ini, iaitu di sebelah kanan Speaker Dewan. Datuk Seri Nizar menduduki kerusi pertama di barisan kerusi sebelah kanan Speaker, manakala Dr Zambry dan Adun BN di sebelah kiri Speaker.

Persoalannya apakah susun atur kedudukan Adun ini sudah diatur semula. Kalau sudah dimaklumkan dan disusun semula kedudukannya, maka ia atas arahan siapa. Yang pasti bukan arahan Speaker.

Pada persidangan DUN 7hb Mei nanti, tentu akan berlaku keributan terutama perebutan kerusi tempat duduk Adun-Adun.

Dr Zambry tentunya mahu menduduki kerusi pertama yang diduduki Datuk Seri Nizar. Namun Datuk Seri Nizar tentunya tidak akan berganjak kerana secara perlembagaannya beliau belum meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Mahu tidak mahu semuanya akan terpulang pada Speaker. Inilah antara perkara yang akan menarik perhatian ramai.

Selepas hal ehwal kedudukan kerusi ini selesai, siapa pula yang akan dijemput oleh Speaker untuk menyampaikan watikah titah ucapan kepada Paduka Seri Sultan Perak yang akan bertitah merasmikan persidangan.

Dijangkakan, Speaker sekali lagi mahu tidak mahu akan menjemput Datuk Seri Nizar selaku Menteri Besar yang sah untuk menyerahkan watikah titah ucapan itu. Maka keributan akan berlaku kerana Dr Zambry akan menentang keras.

Apakah agenda persidangan? Siapa yang akan menetapkan agendanya. Tentunya dengan kelulusan Speaker?

Atau apakah sebaik speaker berucap, maka Dr Zambry akan terus mengusulkan undi tidak percaya pada Datuk Seri Nizar dalam usahanya melucutkan dan mengesahkan bahawa Datuk Seri Nizar telah tidak menerima mandat DUN.

Namun sebelum Dr Zambry dapat berbuat demikian, saya jangka Speaker dengan kuasa yang ada padanya terus mengeluarkan perintah keluar dewan pada Dr Zambry dan enam exconya dan selepas itu mengusulkan undi tidak percaya pada Datuk Seri Nizar.

Sekali pun Zambry dan enam exco berkenaan tidak keluar dewan, ia tidak menjadi halangan bagi Speaker kerana beliau akan hanya menghitung siapa yang diputuskannya layak mengundi. Hasil undian akan pasti memihak pada Datuk Seri Nizar akhirnya.

Yang pastinya, dengan segala apa jua dayanya, Dr Zambry, Umno dan BN akan berusaha menghalang apa jua kuasa yang boleh diperintahkan oleh Speaker.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .