Ikuti Blog ini

Abang Uji’ akan menang, InsyaAllah dengan undi yang meningkat…

calon MU 4


PAS Terengganu Yakin ‘Abe Uji’ Akan Menang

MANEK URAI - PAS Terengganu yakin calon yang dipilih bagi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai akan mencapai kemenangan pada 14 Julai akan datang.

Setiausaha PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali menyifatkan pemilihan Mohd Fauzi Abdullah atau lebih dikenali sebagai ‘Abe Uji’merupakan pilihan yang tepat bagi mempertahankan kemenangan.

“Calon PAS (Mohd Fauzi) ini paling popular. Dia sudah lama bergelumang di peringkat Dun Manek Urai dan Parlimen Kuala Krai.

“Dia dikenali ramai termasuk di kalangan orang Umno dan atas pagar (tidak berparti),”katanya ketika di temui bersama para petugas dari Terengganu disini.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata Abe Uji sudah dianggap sebagai wakil rakyat oleh penduduk Manek Urai sebaik sahaja beliau diisytiharkan sebagai calon.
”Tiga hari saya di Manek Urai, khususnya bertugas di UPU Laloh. Saya menyaksikan suasana pra-pilihanraya yang memberangsangkan.(Gambar – Haji Yahaya dan Haji Hanafiah bersama calon PAS, Abe Uji, di Kampung Lela Jasa)

”Mohd Fauzi Abdullah, atau nama glamournya dikalangan ahli dan penyokong PAS ‘Abang Uji’ akan menang, InsyaAllah dengan undi yang meningkat.

”Abe Uji begitu dikenali ramai, dari kanak-kanak sehingga remaja yang belum boleh mengundi sehingga lah kepada orang dewasa dan orang-orang veteran, semuanya mengenali Abe Uji,”katanya ketika ditemui di bilik gerakan UPU Laloh disini.

Sementara itu, Ketua Urusan Pengundi Muda DUN Manek Urai, Mohd Zamri Hassan berkata sehingga kini, semua jentera kempen bergerak dan tidak menghadapi sebarang masalah.

”Tidak ada isu yang dimainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional,”katanya yang ditemui di majlis jamuan makan tengahari di markaz petugas Gua Musang di Kampung Lela Jasa.

Berkaitan dengan isu air yang dikatakan menjadi masalah bagi penduduk Laloh, katanya, ia akan diselesaikan segera apabila tangki air baru ditempatkan di kampong berkenaan.

”Isu air sudah dimaklumi, tangki air baru akan dibina di bukit atas nu,”katanya menunjukkan kawasan bukit berkenaan.

MANEK URAI : MENJELANG PENAMAAN CALON ESOK

Menjelang sehari sebelum hari penamaan calon, Manek Urai semakin menjadi tumpuan apabila pertandingan antara dua parti major di negara ini, PAS dan Umno-BN bakal merakamkan sebuah lagi sejarah dalam landskap politik semasa.

Semakin hari, semakin ramai polis dan tentera berkampung di Manek Urai kononnya untuk menjaga keamanan dan mengelakkan sebarang insiden pergaduhan antara penyokong PAS dan Umno menjelang hari penamaan calon.

Dalam tinjauan yang dibuat, kelihatan 'perkampungan Martek PDRM' telah pun didirikan di Laloh dan semakin banyak pondok-pondok polis dibina di sekitar Manek Urai.

Di sebalik perang poster dan bendera yang semakin rancak di kiri kanan jalan, kenderaan polis seperti trak, kereta dan motorsikal juga semakin bertali arus dilihat di sepanjang jalan raya menuju ke Kota Bahru.

Bilik-bilik gerakan kedua-dua belah pihak juga semakin banyak dan aktif menjalankan mesyuarat tidak kira pagi atau petang.



Husam: Manek Urai gelombang tumbangkan BN




Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu menjadikan kemenangan di Manek Urai sebagai satu arus yang membawa gelombang untuk menumbangkan BN yang menguasai kerajaan persekutuan.


"Kita mahu hantar mesej bahawa rakyat sudah tidak mahu menerima BN. Dan BN Harus bersiap sedia keluar daripada Putrajaya.


nik aziz nik mat manek urai"Dan Manek Urai adalah sebahagian daripada strategi untuk menaikkan gelombang kebangkitan rakyat itu," kata Husam.


Beliau menegaskan demikian dalam satu majlis "Amanat Tok Guru untuk Anak Manek Urai" di sebuah hotel di ibu negara malam tadi.


Majlis tersebut - anjuran Persatuan Anak Kelantan di perantauan (Perakan) dengan kerjasama urusetia penerangan Kerajaan Kelantan - dihadiri kira-kira 400 pengundi Manek Urai dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.


Terdapat 867 anak Kelantan daripada Manek Urai yang tinggal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.


Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan turut mengingatkan agar rakyat negeri itu supaya pulang mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.


'Ujian kepimpinan Nik Aziz'.


Katanya, ini kerana mengundi merupakan satu kewajipan untuk meneruskan pemerintahan Islam di negeri yang terkenal dengan jolokan 'Serambi Mekah".


"Sebagaimana difardukan solat, begitulah kewajipan mengukuhkan kerajaan Islam Kelantan agar gagasan Islam tidak pupus dan lupus tidak kira dalam pilihanaraya kecil atau pilihanraya umum," katanya.


manek urai candidate fauzi abdullahTurut hadir di majlis tesebut termasuk Bendahari PAS pusat, Mohd Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai; Pengerusi Perakan, Abdul Fatah Mahmood.
Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan calon PAS di Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah.


Husam yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat menyifatkan pilihanraya kecil ini juga sebagai satu ujian Allah untuk menguji kepimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Katanya, Umno cuba untuk memperlekehkan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah yang tidak dilihat mempunyai sijil kelulusan yang tinggi untuk berkhidmat kepada rakyat.


Sebaliknya kata Husam, pengundi di Manek Urai mementingkan calon yang mempunyai tingkah laku yang baik dan melihat perangai calon yang bertanding.


"Mereka mahu calon seperti (Allahyarham) Pak Su Wei (Ismail), iaitu orang yang boleh dilihat (dalam masyarakat), tak kunci pintu rumah dan mudah mesra dengan rakyat. Berkhidmat untuk rakyat tidak perlu sijil tapi komitmen," katanya.


Jelas isu royalti minyak


Menurut Husam lagi, PAS Kelantan akan menjelaskan isu royalti minyak kepada pengundi sebagai satu isu yang akan menjadi strategi kempen di Manek Urai.


Pihaknya akan menaikan poster besar berhubung isu tersebut, sebagai isyarat "harapan rakyat Kelantan terhadap tuntutan royalti" tersebut.


Mengulas mengenai lawatan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang mengunjungi Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS bulan lalu, Husam berkata: "Lee kata parti PAS kuat disebabkan anak-anak muda dan orang yang berpelajaran menyokong perjuangan PAS."


manek urai nik azizMenurut Husam lagi, dasar keadilan untuk semua kaum, yang menjadi dasar parti, menyebabkan PAS diterima oleh semua kaum.


Dengan keadilan tersebut, tambah Husam, Lee menganggap, Kelantan akan berbuat baik dengan negara berjiran dengan Malaysia dan negara serantau.


"Ini kerana dasar PAS adalah Islam yang diterima umum. Kalau Kelantan boleh diiktiraf oleh negara luar, kita maju setapak lagi," katanya sambil menyatakan keyakinan bahawa.


PAS akan mencapai kemenangan di Manek Urai.


Manakala Nik Aziz pula, ketika berucap di majlis itu, menggesa pengundi Manek Urai agar pulang mengundi pada 14 Julai ini - dengan apa cara sekalipun - untuk memberi kemenangan kepada PAS.


Islam sebagai cara hidup.


"Kena balik, tak boleh naik bas, naik motosikal. Tak boleh naik motosikal, jalan kaki," katanya berseloroh sambil disambut gelak ketawa para hadirin.


Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan menasihatkan Umno supaya menjadikan Islam sebagai cara hidup.


"Bumi yang kita duduk ini, Tuhan buat. Udara yang kita bernyawa (dengannya) yang ada sukatan tertentu, ada oksigen, Tuhan buat... Sayur-sayuran yang kita tanam, kita makan, pun Tuhan buat.


"Semua benda yang manusia berkehendak, Tuhan buat belaka, tiba-tiba kita tolak Islam. Islam bukan datang daripada PAS. Islam datang daripada Allah Taala," katanya.


Sementara itu Pengerusi Perakan, Abdul Fatah Mahmood berkata kemenangan PAS di Kelantan pada 1990 adalah kerana anak Kelantan di perantauan menelefon ibu bapa dan keluarganya di kampung supaya mengundi PAS.


Beliau yang juga exco kerajaan negeri Kelantan berharap agar pengundi Manek Urai di luar mengambil langkah yang sama dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.


"MU (Manek Urai) adalah langkah awal untuk memenangi piliharaya umum yang ke-13 dan (seterusnya) Pakatan Rakyat dapat menerajui kerajaan persekutuan," katanya.


Manakala calon PAS di Manek Urai, Mohd Fauzi turut memeriahkan perrtemuan dengan berucap selama lima minit untuk memperkenal dirinya.


Beliau juga meminta agar pengundi di luar Kelantan, dapat pulang ke kampung untuk memberi sokongan kepada parti PAS dan seterusnya mengekal kerusi tersebut.

PAS kuasai golongan belia di Manek Urai



Image

KUALA KRAI - Milik siapa Dun Manek Urai pada 14 Julai ini. Sukar untuk diramalkan, biar pun masing-masing mendakwa ada peluang untuk menang.


Mungkin petunjuk jelas dapat dilihat apabila parti yang bertanding pada pilihan raya kecil tersebut berjaya merebut hati golongan belia. Dan PAS dilihat lebih menguasai kelompok pengundi muda.


Ini dapat dibuktikan apabila ramai golongan belia menyertai program konvoi bermotor semalam, Ia disertai lebih 300 anak muda yang layak mengundi di Dun Manek Urai.


Pada sebelah petang hari yang sama diadakan perlawanan bola sepak antara pasukan Belia Manek Urai (Belia MU) dengan Veteran Kelantan yang terdiri di kalangan bekas pemain Kelantan dan Malaysia.


Image

Perlawanan persahabatan itu berakhir dengan Belia MU ketinggalan 0 -3 kepada Veteran Kelantan. Padang kampung Manek Urai Lama menjadi gelanggang mereka.


Di tempat yang sama juga berlangsung Karnival Pertanian Satu Ibadat. Program tambah meriah lagi dengan kehadiran bekas penyanyi rock, Renggo yang bertemu peminat.


Ramai penduduk tempatan hadir menyaksikan permainan yang menyeronokkan tersebut.


Lebih menarik lagi apabila setiap pemain Belia MU menerima hamper sumbangan anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Takiyuddin Hassan.


Sempena perlawanan itu juga pemain kedua-dua pasukan turut melepaskan belon yang bercetak lambang PAS sebagai simbolik kesediaan mereka mengekalkan kemenangan PAS di Manek Urai 14 Julai ini.


Turut hadir pada program tersebut anggota parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah.


Golongan belia merupakan 45.5 peratus atau 5,598 orang daripada 12,293 pengundi di Dun Manek Urai. Manakala pengundi berumur 40 - 59 tahun seramai 4,511 orang
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .