Desas desus mengatakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan  Disember ini tetapi ramai yang gemar ia diadakan tahun depan.
Dua   faktor dilihat memungkinkan PRU13 diadakan bulan depan, antaranya   Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selesai menunaikan   ibadah haji.
Esok pula beliau akan menyambung sidang Dewan Rakyat dan dijangka meluluskan Bajet 2012 minggu ini.
Kedua-dua faktor itu antara pertimbangan penganalisis politik meramalkan PRU13 diadakan bulan depan.
Lazimnya   sejarah pilihan raya menunjukkan pilihan raya umum peringkat pusat dan   negeri kecuali dalam kes Sarawak akan diadakan sebaik sahaja Parlimen   dibubarkan.
Ketika   penganalisis politik sibuk membuat ramalan masing-masing, PAS Selangor   menjangkakan PRU 13 diadakan Disember kerana Perdana Menteri dijangka   meraih simpati rakyat selepas beliau menunaikan ibadah haji.
Mohd Najib adalah Perdana Menteri yang keenam dan PRU ini adalah pertama buatnya.
Bagi  Sk petanda kini dah jelas. Bukan apa, kawan-kawan Sk yang telah dipilih  SPR untuk bertugas masa mengundi ni nanti telah dipanggil untuk  menghadiri sesi taklimat pilihanraya pada 29hb Nov 2011 ni.  Tempat taklimat di bangunan Pentadbiran Persekutuan Anak Bukit, Kedah.  Kalau macam ni punya hal tak ke dah dekat. Dah hampir nak mengundi la  tu.
Kalau  tak bulan depan, kira awal bulan januari 2012 dah kira comferm. Masa tu  tunggang langgang lagi la JK Khas Parlimen nak mereformasikan  pilihanraya. Kira jahanam la jawatankuasa tu, dah tak terpakai, buang  masa, buang duit. Masa awal pengumuman Najib nak tubuhkan JK tu dah  nampak cantik dah..last-last nampak macam nak macam nak kena kencing  dengan Mat Najib ni. Mamak Naina Marikan kata Pas penakut sebab nak  lancar BERSIH 3.0. Tapi yang nampak penakut terketaq-ketaq tu mamat  Monggolia bukannya Pas. Kalau Najib Monggolia tu berani, tunggu la JK  Khas Parlimen siap kan Laporan dulu and then perbaiki apa yang tak  betul. Ini tak, kira nak ikut kepala otak dia saja.
WARNING!!!!!! BERSIH 3.0 patut digerakkan sekiranya parlimen dibubarkan sebelum JK Khas membuat kenyataan. Ingat tu Najib!!!!!!


KOTA BHARU, 17 Nov: Tabung  Amanah Serambi Mekah mencipta sejarah baru sejak penubuhannya hampir 21  tahun lalu apabila menerima sumbangan derma peribadi sebanyak RM5 juta.




"Kini  ia amat pasti bahawa pengumuman itu hanyalah untuk kepentingan politik  Najib dan tidak serius dan jujur dalam memansuhkan akta zalim ini," kata  Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dan  Penyelaras NGO hak asasi Suaram E Nalini.
Polis  dilaporkan menggunakan ISA di Sabah kerana didakwa terbabit dengan  kegiatan militan yang menggunakan Tawau sebagai tempat transit senjata  dan dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang beroperasi  dari Kalimantan.
Menurut  GMI dan Suaram, identiti mereka: Mohd Nazri Dollah (guru agama), Yusof  Saripuddin (peniaga ayam) Muhd Adnan Umar dan Darto Bandu (guru  tuisyen), Muhd Abduh Umar (pemandu lori), Faizal Hamma dan Joni @ Muadz  (pengedar akhbar harian) dan Bakar Baba (guru).
KUALA LUMPUR, 17 Nov: Mahasiswa Universiti  Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam sekali lagi mengadakan piket aman  menuntut isu 'posting' diselesai segera oleh pihak pentadbiran  universiti tersebut.






































