Ikuti Blog ini

Berjalan kaki 5,700km untuk tunaikan haji

 SENAD HADZIC

Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan. Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.

"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.

Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.

Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. - AFP

Anwar: Mana Maruah Najib Bila Soi Lek Serang Islam?


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar perdana menteri supaya menyatakan pendirian terhadap dakwaan MCA bahawa hukum hudud yang dianjurkan PAS akan menggalakkan orang Islam untuk merogol wanita bukan Islam.

Menurut Anwar, Datuk Seri Najib Razak tergamak menghadiri pembukaan mesyuarat agung tahunan MCA hujung minggu lalu tetapi hanya membungkam apabila kenyataan timbalan pengerusi sayap wanita parti itu disokong presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.

"Presiden MCA boleh berucap menyerang Islam begitu biadap sekali dan dia boleh duduk senyum.

"Kemudian bila berucap tak tegur pun.

"Mana dia maruah (Najib) sebagai umat (Islam)?" tanya Anwar dalam ucapannya di program ceramah di Taman Melati, Kuala Lumpur semalam.

Anwar berkata, tindakan Chua Soi Lek itu keterlaluan dan turut membangkitan isu rakaman hubungan seks luar nikah presiden MCA itu dengan seorang wanita lain.

"Siapa dia (yang bercakap)? Chua Soi Lek.

"Bercakap soal moral, saksi dia Datuk Najib. Saya ingat ini sudah keterlaluan," kata Anwar sinis.

Sabtu lalu, Chua memperakui kenyataan Heng Seai Kie yang mendakwa mursyidul am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat.

Heng dilaporkan menyatakan demikian berdasarkan satu video ceramah Nik Aziz yang dipercayai dirakam sekitar tahun 2008.

Nik Aziz bagaimanapun dilaporkan tidak langsung menyebut tentang wanita bukan Islam dalam video itu dan Heng menyesuaikan sendiri konteks ceramah Nik Aziz untuk meliputi wanita bukan Islam.

Minggu lalu, Chua turut mengundang kontroversi apabila membuat kenyataan mendakwa 1.2 juta pekerjaan akan hilang apabila hukum hudud dilaksanakan.

Turut sama membidas kenyataan MCA pada majlis ceramah semalam adalah MP Petaling jaya Utara, Tony Pua yang berkata Umno sebagai rakan MCA dalam BN hanya mendiamkan diri dalam perkara itu.

Tetapi pada masa sama DAP bertindak membela Nik Aziz walaupun mereka menolak pelaksanaan hudud, katanya.

"YB Lobak, Anthony Loke dia masuk Dewan (Rakyat) tepuk sama meja minta supaya MCA meminta maaf sama tok guru dan minta MCA dikenakan tindakan kerana mereka menghina Islam," katanya.

Beliau turut mengulangi pendirian DAP bahawa parti itu menghormati Islam sebagai agama rasmi Persekutuan walaupun menolak hudud.

"DAP tak bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud dalam perlembagaan kita tetapi kita hormat kepada penganut agama Islam.

"Kita hormat agama Islam adalah agama rasmi negara kita. Kita tak hina agama Islam seperti MCA dan BN," katanya. - M'kini




Najib penakut, tak berani tegur MCA hina Islam – Anwar




WANGSA MAJU 23 Oktober: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak penakut untuk menegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Chua Soi Lek begitu biadap serang Islam (tetapi) Najib cuma duduk senyum sahaja, (malah) beliau langsung tak suarakan bantahan dalam ucapannya selepas itu,” kata Ketua Umum KEADILAN itu depan 3,500 rakyat pada Ceramah Perdana Demi Rakyat di tapak pasar malam Taman Melati, di sini malam tadi.

Soi Lek dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MCA Ahad lalu menyatakan 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika undang-undang Islam dilaksana.

Pemimpin MCA lain pula memfitnah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya beliau menggalakkan wanita bukan Islam dirogol.

Anwar berkata, tindakan berkenaan menunjukkan kegagalan Umno menjelaskan kefahaman Islam terhadap parti komponen BN dan tiada kesefahaman sesama mereka.

Tambah Ketua Pembangkang itu, ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang sentiasa mengadakan perbincangan jika berlaku salah faham.

“Ketika DAP buat kenyataan (dan timbul salah faham), saya undang semua pemimpin Pakatan Rakyat dan kita bincang.

“Dari pukul 8 hingga 12 tengah malam, kita bincang di ibu pejabat PAS untuk selesaikan (masalah) dan keluarkan kenyataan bersama,” katanya.

Turut berucap Penyelaras KEADILAN Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin; bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari dan artis tanah air yang juga Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan.

Pemimpin Pakatan kecam MCA

Penghinaan MCA terhadap Islam turut mendapat pelbagai reaksi bantahan pimpinan Pakatan Rakyat.

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Chua Jui Meng membidas tindakan Soi Lek itu.

“Chua Soi Lek tidak patut hina agama lain. Lebih menghairankan Perdana Menteri langsung tidak tegur,” katanya ketika dihubungi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, S Manikumar mengingatkan pemimpin BN supaya mendalami sesuatu isu sebelum buat kenyataan.

“Sebelum buat kenyataan, elok fahami dulu. Jangan hina kerana ia merupakan satu cabang undang-undang Islam,” tegasnya.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw memberi amaran kepada BN agar tidak mencampuri agama lain dan menganggap perbuatan itu tidak wajar.

“Tidak patut pemimpin MCA hina agama lain. Jangan sibuk dengan urusan agama orang lain,” tempelaknya.

Ahli Jawatankuasa DAP, Datuk Teng Chang Kim kesal tindakan MCA, yang disifatkan beliau parti lama, tetapi tidak memahami Islam.

Main isu hudud politik sempit Mengutuk sama kenyataan Soi Lek adalah Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.

Katanya, Soi Lek cuba mengalih perhatian rakyat daripada isu rasuah dengan memainkan isu hudud.

“Soi Lek banyak kali mempermainkan isu hudud demi politik sempit MCA tetapi memperlekehkan isu rasuah dan penyelewengan kerajaan Umno BN yang didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011,” katanya dalam kenyataan.

Suki, Juara One In A Million Jadi Petugas Sepenuh Masa Pejabat DAP


Suki adalah petugas sepenuh masa ibu pejabat DAP di Pudu, Kuala Lumpur. Namun, setiap hujung minggu, Suki akan pulang ke rumahnya di Kulai, Johor.Suki atau nama sebenarnya Wong Shu Qi pulang untuk membantu aktiviti DAP di kawasannya terutama di Dun Senai dan Parlimen Kulai tempat beliau dan keluarga tinggal.Sebagai bekas wartawan, Suki sangat mudah bergaul dengan penduduk sekitarnya. Beliau yang terlepas untuk mengundi pada tahun 2008 tidak sabar-sabar untuk mengundi buat pertama kalinya dalam pilihan raya ke 13 ini."Mak saya tidak benarkan saya balik sebelum 2008 lalu kerana katanya Johor tidak selamat.

Ragutlah, rogol dan macam-macam lagi kes jenayah," cerita Suki (gambar) ketika ditemui di sebuah kedai kopi di pekan lama Kulai.Namun selepas apa yang berlaku pada pilihan raya tahun 2008, keluarga beliau membenarkan Suki pulang ke tanah air dan bekerja di Kuala Lupur.Ibunya seorang guru manakala hampir kesemua keluarganya yang lain bekerja di Singapura walaupun tinggal di Johor.Malam minggu lalu, lebih 1,300 khasnya masyarakat Cina di Kulai menyertai majlis makan malam anjuran DAP Kulai di sebuah restoran mewah.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang adalah antara tetamu utamanya.Majlis makan malam itu adalah siri majlis makan malam yang dianjurkan DAP untuk mengumpul dana untuk pilihan raya umum ke 13 mereka.Hampir kesemua majlis ini 'full house' sehingga kadang-kadang melimpah keluar. Di majlis macam inilah, DAP akan menjual bahan-bahan kempen mereka berupa mascot, baju, topi dn sebagainya.Suki adalah antara organizer majlis ini bagi pihak DAP. Ia majlis yang penuh makna untuk Suki dan DAP di Kulai ini."Semasa pilihanraya umum 2008, orang-orang Johor tidak terlibat dengan tsunami politik. Selepas itulah, orang Johor baru sedar kita boleh berubah.

Masa itulah juga mak saya benarkan saya pulang," beritahu Suki kpeda Harakahdaily.Atas sebab itulah, katanya, Johor kini sedang alami gelombang perubahan. Hampir kesemua program yang dianjurkan Pakatan Rakyat mendapat sambutan yang hangat.Hujung minggu lalu, lebih 5,000 menyertai majlis di Sutra Mall, Skudai, lebih 1300 menyetai majlis makan malam di Tropical Garden, Kulai dan lebih 1,000 memenuhi Dewan Chun Moi, Kota Tinggi.Semuanya melambangkan sambutan dan gelombang perubahan di Johor.Pada mata kasar, gelombang ini kelihatan berlaku dengan jelas di kalangan masyarakat Cina, namun kajian terbaru yang dibuat Universiti Malaya menunjukkan ia juga berlaku di kalangan masyarakat Melayu khasnya di bandar dan pekan.

Gelombang masyarakat Cina ini memberikan kesan besar kepada kedudukan politik di Johor. Ini kerana, persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 telah menyebarkan pengundi Cina ke merata kerusi pilihan raya di Johor.Strategi BN ketika itu adalah untuk menghadapi kebangkitan pengundi Melayu yang dikesan pada pilihan raya 1999. Untuk menghadapinya, strategis BN telah memasukkan banyak pengundi Cina ke kawasan DUN atau Parlimen yang selama ini mempunyai majoriti pengundi Melayu yang ramai.Hasilnya, banyak kerusi DUN di Johor mempunyai lebih 40 peratus pengundi Cina.

Dengan kebangkitan mereka, kerusi-kerusi inilah yang mempunyai potensi besar untuk jatuh kepada Pakatan Rakyat termasuk DUN dan Parlimen yang bakal ditandingi PAS sendiri."Ibu saya Cina, ayah saya Melayu. Jadi badan saya ini yang kiri Cina dsn yang kanan Melayu. Jadi, tuan-tuan jangan bimbang untuk mengundi PAS kerana di badan saya saja kita semua sudah bersatu," kata Salahudin Ayub ketika berucap di Restoran Tropical Garden, Kulai hujung minggu lalu.Salahudin disebut-sebut bakal bertanding di kerusi campuran sebegini iaitu Parlimen Pulai dan Dun Nusajaya.Dengan kenaikan 4 - 5 peratus pengundi Melayu untuk Pakatan sebagaimana kajian Univerisiti Malaya (UMCEDEL) dan sokongan sehingga 80 peratus pengundi Cina, Johor bakal menjadi penyumbang besar kepada Pakatan untuk membolehkannya menuju Putrajaya. -Hrkh

Serangan: Jaga etika dan ingat Operasi Lalang


KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengingatkan semua pimpinan dan ahlinya untuk menjaga etika ketika menghadapi serangan bertubi-tubi Umno-MCA-Perkasa yang datang serentak dan juga perangkap operasi Lalang pada 1987 di mana yang ditangkap ialah pimpinan PAS dan DAP.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan berkata semua ahli perlu menjaga etika ketika membalas serangan dan jangan beremosi semasa menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif.

“PAS perlu respons isu-isu dan serangan bertubi-tubi Umno-MCA-Perkasa yang datang sekaligus. Walaupun provokasi dan serangan mereka membara hati, PAS perlu menjaga etika dalam membalas serangan.

"Ahli dan para pemimpin PAS diseru jangan beremosi semasa menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif,” nasihat beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata tujuan serangan adalah dengan harapan PAS “memberikan reaksi yang salah dan rakyat mendapat persepsi yang menyimpang.”

“Tapi mereka silap. Ahli dan pemimpin PAS ditarbiah untuk menjaga etika sepanjang masa walaupun serangan itu berjenis menyinggung emosi,” kata beliau.

Tuan Ibrahim berkata kenyataan pimpinan MCA menggambarkan kejahilan mereka terhadap Islam khususnya hukum hudud dan kegagalan Umno memahamkan mereka tentang Islam.

“MCA perlu diajar menghormati budaya dan agama lain serta memahami sensitiviti umat Islam,” tegas beliau.

Beliau juga mengingatkan bahawa Islam mengajar agar menjawab hujah dengan hujah bukan emosi amarah yang tidak terbendung dengan memetik firman Allah yang bermaksud, “Dan apabila kamu berbicara dengan orang yang jahil, maka ucaplah selamat kepada mereka.”

Oleh yang demikian, Tuan Ibrahim menegaskan bahawa serangan-serangan Umno-MCA-Perkasa mesti dibalas dengan hujah, berhemah dan tertib. Dan dengan itu tersendiri, muka-muka hipokrit Umno dan Perkasa akan terlondeh sendirinya untuk dililhat rakyat.

“Seluruh pimpinan dan ahli PAS ditarbiah untuk  beristiqamah dalam perjuangan. Respons dengan berhemah dan tertib. Kita menjawab isu dengan hujah. Dengan ini, muka-muka hipokrit Umno dan Perkasa akan terlondeh sendirinya untuk dililhat rakyat,” kata Tuan Ibrahim.

Beliau turut mengingatkan semua tentang Operasi Lalang yang dicetuskan oleh MCA dan Umno.

“Namun yang ditahan ialah pimpinan PAS dan DAP,” katanya. -Hrkh

KANTOI! Khir Toyo Akhirnya Minta Maaf Pada Ronnie Liu!


Exco Kerajaan Negeri Selangor, Liu Tian Khiew atau Ronnie Liu (kiri) dan bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo hari ini mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkan pada 2008.

Hakim Mahkamah Tinggi, Nik Hasmat Nik Mohamad sebentar tadi menetapkan keputusan Khir untuk merekod terma penyelesaian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Dalam satu mesej terbaru yang dihantar Ronnie sebentar tadi melalui Facebooknya, beliau menulis:
Khir Toyo meminta maaf terhadap tuduhan kepada saya yang telah disiarkan dalam suratkhabar China Press bertarikh 9.5.2008 bertajuk "Khir Toyo membongkarkan laporan polis liu tian knew pernah bercampur Tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran "

Peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili Ronnie Liu memberitahu pemberita mengenai perkara itu selepas pihak-pihak berkenaan menemui hakim di dalam kamar.

Pada 6 Oktober 2008, Liu menyaman Dr Mohamad Khir kerana didakwa memfitnah dengan mengaitkan beliau dalam usaha menghalang penghapusan kegiatan pelacuran.

Liu mendakwa Khir mengeluarkan perkataan palsu dan berunsur fitnah mengenai perkara itu dalam satu artikel yang dicetak dan disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina, China Press pada 9 Mei 2008. 
Menurut akhbar dalam talian berbahasa Inggeris, The Star Online sebentar tadi, Khir meminta maaf terhadap Ronnie dalam satu kenyataan bertulis di hadapan hakim Nik Hasmat dan meminta terma penyelesaian di luar mahkamah dibuat.

Kedua-dua mereka dilihat bersalaman di luar mahkamah sambil disaksikan ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo. -JALAN PULANG
 

Khir Toyo apologises to Ronnie Liu to settle defamation suit - The Star Online

KUALA LUMPUR: Former Selangor Mentri Besar Mohamad Khir Toyo on Tuesday read out a statement of apology to Ronnie Liu to settle a defamation suit stemming from a statement.
The apology was part of the settlement terms recorded before High Court judge Justice Nik Hasmat Nik Mohamad.
This included a consent judgement.
(Consent judgment is a judgment issued by a judge based on an agreement between parties in a lawsuit to settle a matter aimed at ending the litigation with a judgment that is enforceable).
In his lawsuit, Liu said that Dr Khir had caused a libelous publication against him in the China Press on May 9, 2008.
Liu said although Dr Khir did not name him, the defendant had made a clear reference against him (Liu) when he (Dr Khir) mentioned a state executive councillor in charge of local government.
In a statement of claim filed on Oct 6, 2008, Liu said the words had meant he was involved in prostitution activity, that he was immoral and not qualified to be a politician.
Liu said the words also implied he was not fit to be a Selangor exco member.

PEMBERIAN RM30 JUTA ATAS PERMINTAAN PRESIDEN MCA ITU....HEBAT!!!!!


Najib Razak telah mengumumkan peruntukan RM 30juta atas permintaan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA, untuk Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina(SMKJC).

Pengumuman dibuat setelah Islam dihina dan diperlekehkan sebegitu buruk dan teruk oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek.

Seolah-olah memberikan gambaran dan mesej, lagi kuat menghina dan mencaci maki hamun  Islam, lagi banyak peruntukkan akan dapat dari Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

SEKOLAH AGAMA RAKYAT DILAYAN MACAM BANGSAT, YANG HINA ISLAM DIHORMAT.

BIAR GAMBAR BERBICARA



CERAMAH ISU SEMASA PAKATAN RAKYAT.

PEMIDATO:- DSAI, DATUK FAUZI SHAARI, DATUK SERI LAJIM UKIN.

LOKASI: TAPAK  PASAR MALAM , TAMAN MELATI , KUALA LUMPUR.

TARIKH:- 22/10/2012 JAM  10.00MALAM.
Ceramah yang diadakan malam tadi mendapat sambutan yang memberangsangkan. Selain DSAI, turut menyampaikan ceramah ialah Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Fauzi Shaari.

Walaupun PR terus diasak dan diserang secara garang dan ganas dengan pelbagai fitnah,  namun jika diukur dari sambutan ceramah yang diberikan malam tadi , menampakkan sokongan rakyat  kepada Pakatan Rakyat tidak berganjak.

LAGI DISERANG, CERAMAH PAKATAN RAKYAT  LAGI RAMAI RAKYAT DATANG.

Isu rogol: DAP tepuk meja bela TG Nik Aziz



DAP hari ini berkobar-kobar mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA bahawa mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam.

NONEBangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", Anthony Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

"Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.

Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan mikrofon Loke (atas) dan meminta anggota parlimen Rasah tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di hadapan 1,032 perwakilan.

Kota Belud: Pandangan hanya tentang dasar negara
Dr Chua dalam sidang media selepas itu mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar.

Di Parlimen juga, sebelum itu, Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) berkata, ucapan Dr Chua di AGM MCA semalam menghina Islam dan melukakan hati umat Islam.

NONEJusteru, kata Dzulkefly, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir dalam AGM itu patu patut bertanggungjawab terhadap kenyataan Dr Chua manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) patut memberikan respons.

Beliau mempersoalkan sama ada Umno terlalu lemah sehingga MCA berani mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Bagaimanapun, pemimpin Umno Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) kemudiannya tampil berkata, Dr Chua hanya memberikan pandangan berhubung dasar negara dan bukan menghina Islam. -M'kini

Chua Soi Lek idola penulis blog seks

(Alvin dan aksinya yang menjadikan Chua Soi Lek idolanya)

KUALA LUMPUR: Selepas menyerang PAS dan memperlekeh Islam, presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini boleh berbangga dengan aksi ranjangnya apabila menjadi idola penulis blog seks dan partinya kini juga mendapat sokongan daripada Perkasa.

Penulis blog seks kontroversi Alvin Tan, pelajar undang-undang Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) yang bakal dikenakan tindakan oleh universiti tersebut menulis bahawa Chua adalah idolanya, secara seksual.

“Saya memandang tinggi kepada Dr Chua Soi Lek, secara seksual. Kelakar bagaimana semua ini terjadi,” kata Tan dalam laman Facebooknya.

Tan dipercayai sedang memberikan respon kepada Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong yang berkata parti MCA tidak boleh menerima tindakan beliau dan teman wanitanya Vivian Lee, 23 yang terlibat dalam aktiviti seksual dan memuatnaiknya ke dalam blog mereka.

Komen Tan terhadap Chua, yang terkenal dengan video skandal seksnya dengan seorang wanita di bilik hotel yang tersebar kepada umum, seperti satu penampar teruk kepada MCA yang mengambil peluang di perhimpunan agong mereka untuk menghentam habis-habisan pemimpin PAS.

Selain itu, walaupun menghina hudud dan Islam bertubi-tubi, MCA hari mendapat sokongan daripada Perkasa.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bertegas, “MCA lebih banyak bawa kebaikan daripada DAP” dan berkata penghinaan MCA terhadap hudud adalah “terpaksa”.

“Walaupun terguris tapi itu bukan soalan pokok. MCA terpaksa bercakap sebegitu. Beliau hanya memberi pandangan tapi tak bererti kita perlu bermusuh,” kata Ibrahim yang dipetik laman FMT.

Skandal seks Chua hampir membunuh karier politiknya, tetapi pemimpin yang berumur lebih 60 tahun lebih itu kembali menjadi presiden MCA pada 2010 apabila berjaya memenangi hati perwakilan partinya.

Hujung minggu lalu, Chua mempertahankan kenyataan seorang pemimpin wanita MCA bahawa Nik Aziz telah menggalakkan rogol terhadap wanita bukan Islam.

"Kerana baginya, mata bersambung dengan kemaluan, jadi apabila anda terpandang, anda akan ghairah.

"Ini bukan saya yang kata, ini Nik Aziz yang kata. Saya boleh tunjukkan video tersebut jika kamu berminat [ceramah Nik Aziz]," kata Chua.

“Saya boleh mendapatkan pita tersebut serta-merta jika anda berminat untuk menontonnya,” kata Chua, tidak merujuk kepada video seksnya tetapi ucapan Nik Aziz.

Semalam Harakahdaily melaporkan bahawa sumber dalaman Umno berkata Umno kini resah bahawa undi Melayu akan beralih kepada PAS selepas parti syaitan yang dikenali membiarkan orang seperti Chua menyerang ulama seperti Nik Aziz dengan biadap sekali.

“Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.

Hati Mana Tak terharu, Masih Ada Yang Tinggal Dirumah Semacam Ini...



Kunjungan kami ke rumah Poksu atau nama sebenarnya Mustapha Mamat, 75, di Kg. Pengkalan Samak, Merlimau, amat menyayat hati dan menyentuh perasaan kami.

Dengan tempat kediamannya yang sukar untuk dipanggil "rumah" seperti gambar yang tertera di atas, disitulah Poksu tinggal menahan sejuknya malam dan hangatnya mentari siang.

Berasal dari Kg. Aur Telong, Bachok, telah menetap di Merlimau sejak 18 tahun yang lalu. Bekerja dengan mengambil upah menurunkan buah kelapa dengan dibantu oleh seekor beruk peliharaannya, itulah sumber pendapatannya untuk meneruskan hidupnya sehari-hari.

Beliau tidak memiliki sebarang kenderaan, justeru itu terpaksa berjalan kaki untuk ke mana-mana sekalipun jarak dari rumahnya untuk ke mana-mana agak jauh juga, sehingga kami ternampak kesan bengkak di kakinya lantaran berjalan untuk mencari makanan walau sesuap nasi di kedai berhampiran.

Dengan rasa penuh sebak dan keinsafan, Ketua Pemuda PAS Melaka, Sdra Yuhaizad Abdullah bersama-sama dengan Jawatankuasa PAS Cawangan Merlimau Timur, pada petang tadi telah menziarahi Poksu dan telah membawa Poksu untuk ke bandar Merlimau dan membelikannya sebuah basikal agar memudahkan pergerakannya mencari rezeki.

Pihak PAS Cawangan Merlimau Timur juga berhasrat untuk membinakan sebuah rumah kediaman untuk Poksu - dengan kos lebih kurang RM10,000 - dengan harapan agar Poksu dapat hidup dengan lebih selesa daripada keadaan pondoknya yang terlalu uzur untuk didiami kini.

Justeru itu, dirayu kepada yang bersimpati, untuk menghulurkan sumbangan dan derma supaya hasrat murni tersebut dapat direalisasikan. Berikut ialah maklumat akaun:


Maybank: 154053463369 di atas nama
PAS Cawangan Merlimau Timur


Maklumkan sumbangan/derma anda dengan menghantar SMS ke nombor 016-7705820 (Sdra Yuhaizad) atau maklumkan melalui email kami email

Hari ini hari Poksu, justeru itu, taburkanlah bakti sementara kita masih berupaya, kelak Allah akan membantu kita sewaktu kita memerlukan pula. Jazakallahu khairan kathiran kepada semua penyumbang dan penderma, semuga Allah lipatgandakan pahala untukmu semua.

Poksu menceritakan kisah pengalamannya...

Sdra Adel Jantan bersama Sdra Yuhaizad Abdullah menemani Poksu memilih basikal di kedai...

Penyerahan basikal kepada Poksu...

Di pondok inilah Poksu tinggal...

Pondok ini menunggu masa untuk rebah ke bumi... Marilah bersama kita menolongnya...
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .