KOTA BHARU:
Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan
Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah
wajib.
Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah).
Menurutnya,
menghadiri program itu suatu kewajipan memandangkan ianya diadakan
untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses
pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam.
“Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” ujarnya.
Beliau
berkata demikian kepada Harakahdaily dan akhbar Harakah di pejabatnya
di sini sebentar tadi bagi mengulas program yang bakal diadakan pada 28
April ini.
Tuan Guru seterusnya memberitahu, dalam lapan tuntutan
Bersih, beliau hanya ingin mengulas satu iaitu berhubung pengundi hantu
yang jelas ianya perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.
“Andainya
Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang dan mentadbir
negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak
sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada
pilihanraya berikutnya.
(Tuan Guru Nik Aziz ketika bercakap dengan Harakahdaily di pejabatnya hari ini)
“Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan
mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya,”ujarnya lagi.
Tambahnya,
sekiranya mereka juga tidak boleh terima, kenapa sanggup adakan
pengundi hantu dengan membawa masuk rakyat luar negara yang tidak ada
kena mengena semata-mata untuk mengekalkan kemenangan.
Kerana
itu, tambahnya ‘wajib’ rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai
untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk
menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.
Beliau
seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam
pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya
adalah ‘haram’ di sisi Islam.
“Malah segala alaun bulanan atau
segala bentuk yang diperolehi sebagai wakilrakyat, gaji, kereta dan
semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.
“Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,”ujarnya.
Pada
masa yang sama beliau turut memberitahu mereka yang sanggup menerima
tugas sebagai pengundi hantu juga haram, malah rezeki yang diberikan
sebagai imbuhan juga haram.
“Duit yang digunakan dari hasil haram
Allah tak akan terima, akhirat lagi kena azab, Allah ni bukan macam
manusia yang langsung tidak bergantung pada kita,”ujarnya lagi. -
Hrkh