![](http://media1.malaysiakini.com/182/195ec8bd508a0ad95385109ad19cbae0.gif)
Mahkamah Rayuan akan buat keputusan rayuan Zambry untuk ketepi keputusan Mahkamah Tinggi KL isytihar Nizar MB Perak yang sah pada 3.30 petang esok.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pagi ini akan mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan mahkamah itu yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei lalu dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga rayuan Dr Zambry terhadap keputusan itu selesai.
Barisan peguam kedua-dua pihak mula memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi tadi.
Mohammad Nizar tiba kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri dan beberapa penyokongnya.
Pasukan polis kelihatan mula melakukan kawalan sejak awal pagi.
Isu perundangan melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat.
Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.
Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Dr Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Dr Zambry selesai.
Mohammad Nizar keesokannya pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu.
Wakil Rakyat Pakatan Rakyat berbincang di luar Bilik Bicara sementara menunggu perbicaraan kes Nizar dan Zambry. |
Dr Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS berkata, beliau telah pun membuat keputusan itu sejak sebelum pencalonan bermula lagi, namun beliau tetap dicalonkan.
"Sebenarnya, daripada sebelum penamaaan calon lagi, saya sudah menarik diri.
"Pada saya, tidak ada keperluan untuk saya bertanding," katanya yang dipetik daripada laman akhbar online.
Justeru katanya, beliau tidak akan menghantar borang jawapan pengesahan bertanding pada 25 Mei ini.
Katanya, kesemua calon jawatan itu telah pun mengetahui pendirian beliau itu sejak awal lagi.
Keputusan Dr Haron sekaligus mengikut jejak langkah seorang lagi calon jawatan itu iaitu Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Dato' Seri Azizan Abd Razak yang mengumumkan untuk menarik diri Selasa lalu kerana mahu menumpukan kepada kerja pembangunan negeri dan parti di peringkat negeri.
Selain Dr Haron dan Azizan, tiga lagi yang dicalonkan untuk jawatan nombor dua itu adalah penyandang jawatan, Nasharudin Mat Isa; Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.
Sementara itu, menurut laman web Muktamar55.pas.org.my ketiga-tiga jawatan utama kepimpinan Dewan Ulama PAS bakal dimenangi tanpa bertanding bilamana penyandang jawatan Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Hashim Jasin hari ini menarik diri daripada mempertahan jawatan tersebut.
Hashim yang juga pesuruhjaya PAS Perlis dan ADUN Sanglang mengesahkan perkara itu pagi ini sekaligus memberi laluan kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob memenangi jawatan itu tanpa bertanding.
Beliau yang menyatakan kesediannya memberi peluang kepada Ahmad, berharap tiada penarikan dari Ahmad pada hematnya memang layak memegang jawatan tersebut.
Hashim berkata, keputusannya mengundurkan diri itu telah lama dibuat sekiranya terhadap calon yang lebih layak menggantikannya dan beliau akan memaklumkan keputusannya itu kepada jawatankuasa pemilihan secara rasmi.
Isnin lalu, Pengerusi jawatankuasa pemilihan Dato' Mustafa Ali mengumumkan jawatan Ketua Dewan Ulama', Dato' Harun Taib menang tanpa bertanding apabila penyandangnya, Dato' Mohammad Daud Iraqi tidak mempertahankan jawatan tersebut.
Kita tidak tahu sampai bila rakyat di Negeri Perak sanggup bertahan lagi sekiranya Dun Perak tidak dibubarkan. Samada Nizar atau Zambry diiktiraf oleh mahkamah sebagai MB Perak yang sah, hakikatnya sistem demokrasi di Perak telah lumpuh dan rosak samasekali
Hari ini mahkamah akan menjadi tumpuan kepada seluruh masyarakat terutamanya di Negeri Perak. Rakyat Perak telah lama menderita akibat permainan politik kotor yang dirancang oleh konspirator politik yang bangsat. Samada mahkamah boleh dipercayai atau tidak, samada Nizar masih diakui sebagai MB Perak atau tidak, ianya tidak lagi penting buat rakyat Perak kini. Rakyat Perak kini hanya mahukan satu perkara sahaja iaitu pilihanraya mesti diadakan semula di Negeri Perak. Lupakan mahkamah, lupakan Nizar dan persetankan makhluk-makhluk perosak demokrasi di Perak selama ini. Negeri Perak harus diselamatkan, rakyat harus diutamakan (meminjam kata-kata PMR – Perdana Menteri Rakyat).
Kita tidak tahu sampai bila rakyat di Negeri Perak sanggup bertahan lagi sekiranya Dun Perak tidak dibubarkan. Samada Nizar atau Zambry diiktiraf oleh mahkamah sebagai MB Perak yang sah, hakikatnya sistem demokrasi di Perak telah lumpuh dan rosak samasekali. Dewan Undangan Negeri yang merupakan lambang demokrasi serta tempat yang begitu mulia menjunjung demokrasi di Perak kini sudah musnah dan dewan tersebut kini ibarat kedai kopi di kampong-kampong sahaja. Kemuliaannya tercemar oleh `Musang Berjanggut’ yang tamak dan rakus kuasa. Alangkah besarnya dosa mereka kepada rakyat jelata di Perak kerana perbuatan tangan-tangan kotor mereka sehinggakan dewan yang mulia tersebut tercemar sedemikian rupa. Betapa tergamaknya mereka mencemar nama baik institusi raja demi untuk menghalalkan perbuatan mereka. Perbuatan khianat mereka umpama `batu api’ untuk memisahkan ketaatan rakyat kepada raja tidak boleh dimaafkan semudah itu.
Rakyat Perak sudah bosan dengan teori perundangan dari pelbagai pakar undang-undang dan beribu-ribu peguam bagi menghuraikan konflik politik yang melanda Perak ketika ini. Telinga Rakyat Perak sudah kebas untuk mendengar berbagai hujah dan ulasan oleh beribu-ribu penganalisa politik tentang keadaan di Perak. Bukan rakyat Perak sudah tidak percayakan lagi kepada sistem perundangan dan kehakiman, tetapi rakyat Perak telah melihat sendiri betapa undang-undang dipermainkan dan diputarbelitkan serta diolah mengikut selera mereka yang rakus dan durjana itu. Rakyat menjadi pertaruhan mereka untuk duduk di kerusi kuasa yang mungkin pada mereka kuasa yang mereka idamkan itu akan kekal sehingga ke liang lahad.
KOTA BHARU - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dicadangkan mengadakan hubungan yang lebih baik dengan negara-negara Islam sekiranya ingin memulihkan kembali imej negara tersebut.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, presiden negara kuasa besar itu diingatkan juga tidak mengulangi kerakusan kuasa seperti diamalkan George W Bush.
"George Bush dan pemimpin Amerika Syarikat sebelumnya telah melakukan banyak kesalahan kemanusiaan sehingga melakukan serangan ke atas negara Islam.
"Amerika telah menyerang beberapa negara termasuk Iraq, Palestin, Pakistan dan Afghanistan, bahkan isu di Palestin masih belum selesai sehingga sekarang," katanya ketika menerima kunjungan Duta Amerika ke Malaysia, James R Keith di pejabatnya.
Turut hadir pada pertemuan itu anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar, Rosdi Abdullah dan Setiausaha Politiknya, Haji Annual Bakri Harun.
Turut mengiringi duta berkenaan, Ravi Manickam. Duta terbabit semalam menemui Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said dalam rangka lawatan ke pantai timur.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sebagai sebuah negara maju serta dikenali seluruh dunia, Amerika seharusnya sedar kesilapan yang dilakukan sebelum ini sehingga memperlihatkan demokrasi kejam seperti Komunis.
Menurutnya George W Bush sebagai seorang penganut Kristian telah melakukan sesuatu yang menyimpang dari ajaran Jesus yang pentingkan perdamaian.
"Kalau ada sekali pun beberapa orang pengganas di Iraq, Palestin atau Pakistan, tetapi jumlah nyawa terkorban puluhan ribu. Ini sesuatu yang amat tidak adil.
"Saya berharap tuan dapat membawa mesej ini kepada Tuan Obama supaya beliau dapat menjaga kedamaian dunia dengan cara yang betul dan lebih bersifat perikemanusiaan," ujarnya.
Duta berkenaan kemudian berjanji menyampaikan hasrat berkenaan kepada Presiden Obama.
Beliau berkata, Obama telah cuba sedaya mengadakan hubungan baik dengan menganjurkan misi kemanusiaan melalui kerajaan kepada kerajaan.
"Tahun ini misalnya beliau telah memulakan lawatan kemanusiaan dan keamanan ke Turki.
"Bulan Jun depan Obama akan melawat Mesir bagi melihat konsep 'order baru' dunia yang membentuk kemanusiaan sejagat," katanya.