Ikuti Blog ini

[LIVE] Pidato Suara Rakyat Suara Keramat - TOLAK PENIPUAN PRU13



Ribuan rakyat kini sedang berada di Stadium Kelana Jaya untuk mendengar Pidato "Suara Rakyat Suara Keramat - TOLAK PENIPUAN PRU13.

Meskipun hujan membasahi bumi, rakyat tidak lansung berganjak malah semakin ramai yang membanjiri dan memenuhi stadium ketika ini. GB anggarkan tak urang 50,000 yang hadir.





Selamat menonton lintas lansung dari Stadium Kelana Jaya:



http://new.livestream.com/jmr/events/2088174/videos/18286739

Jika tidak muncul video di atas, kena bersabar sebab hari hujan. Atau anda boleh cuba di bawah




Jika dua-dua muncul, tutup (pause) salah satu... Jika dua-dua tak muncul, tutup komputer... :-)

Latar Belakang Keluarga MB Kelantan Yang Baru

TUMPAT: Pelajarnya datang dari seluruh negara. Ada juga dari selatan Thailand menimba ilmu agama daripada Tok Guru Haji Yaakob Ishak.
Pondok Berangan atau lebih dikenali sebagai Madrasah Yaakubiah terletak tidak jauh daripada perkampungan Siam di Kampung Berangan.

Tok Guru Haji Yaakob mengasaskan pondok tersebut pada 1942. Ketika itu gerakan menentang penjajah memuncak, ditambah pula kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.

Beliau mencurah segala ilmu di dada selepas pulang daripada mencari ilmu agama di Patani, Pondok Tok Selehor dan Pondok Bunut Payong.

Berasal dari Kampung Kelong, Tumpat sebelum berhijrah ke Kampung Berangan bagi membina pusat pengajian agama.

Hasil perkongsian hidup dengan Che Zainab Che Hussin, mereka dikurniakan tujuh anak.

Anak sulung, Asiah kini tinggal di Mengkebang, Kuala Krai. Kedua, Ahmad, ketiga Kamariah seorang pendakwah, keempat, Faridah bertugas sebagai guru. Kelima, Hazrin, pensyarah perubatan di USM Kubang Kerian dan Jalilah juga seorang guru.

Che Zainab, 84 agak uzur dan tidak mampu lagi berjalan lebih jauh di luar rumah, sama sekali tidak menyangka anak keduanya, Ahmad dipilih menggantikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ketua kerajaan Kelantan.

“Makcik terkejut apabila diberitahu Ustaz Mad dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau datang memberitahu makcik selepas balik daripada mengangkat sumpah di istana Isnin lalu.

“Ustaz Mad memberitahu beliau begitu terkejut apabila dipilih Tok Guru Nik Abdul Aziz menggantikan tempatnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pondok Berangan hari ini.

Beliau tinggal bersama anak ketiga, Habshah di sebuah rumah di belakang surau pondok. Tidak jauh dari situ ada dua lagi anaknya yang tinggal berdekatan.

Pondok agama itu didiami seramai 100 penghuni termasuk warga emas dan ibu tunggal yang mahu mencari ilmu agama.

Rumah pondok yang kecil seumpama bangsal ada 40 buah. Pelajar yang mendalami kitab seramai 40 orang, ada yang berasal dari Kampuchea.

Tok Guru Haji Mohamad Ali, meneruskan kesimbungan Allahyarham Tok Guru Haji Yaakub. Beliau bertindak sebagai mudir pondok berkenaan.

“Makcik berharap Ustaz Mad memikul tanggangungjawab dengan penuh amanah, jujur dan ikhlas,” pesannya kepada Menteri Besar Kelantan yang baru.Hrkh

Najib perlu buka laluan untuk Muhyiddin – Husam


KOTA BHARU: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus memberikan laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui negara kerana keputusan PRU13 yang mengecewakan.

“Pada 2008, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Puad Zarkashi dan lain-lain pemimpin Umno telah buat kenyataan – meminta Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) untuk bertanggungjawab dengan kegagalan di PRU12.

"Kalau logik singkir Pak Lah ialah universal, logik yang sama perlu dipakai pada Najib. Morally, Najib harus buka laluan untuk Muhyiddin untuk ganti beliau sebagai Perdana Menteri,” kata Husam semalam.

Menurut Husam, Najib mencatat keputusan yang lebih teruk daripada Pak Lah di mana BN kalah dalam undi popular kepada Pakatan Rakyat buat pertama kalinya dan juga kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada 133 daripada 140 daripada apa yang dicapai Pak Lah.

Husam juga menyentuh ungkapan ‘Tsunami Cina’ yang diguna Najib untuk mencari kambing hitam atas prestasi BN yang semakin merosot.

“Isu itu dibangkitkan untuk sambung hayat politik Najib yang terumbang-ambing dengan keputusan PRU13. Ungkapan itu juga menandakan konsep 1Malaysianya telah gagal. Konsep itu adalah satu-satunya modal Najib – sekarang modal ini sudah gagal, maka beliau harus berundur,” tegas Husam.

Husam juga menolak hujah politik Najib mengenai ‘Tsunami Cina’ yang menyebabkan kemerosotan BN kerana BN hampir-hampir kehilangan Terengganu yang peratus undi Melayunya 95 peratus.

“Saya menolak politik perkauman dan anti-Cina. Saya yakin ada cetusan lain untuk mengekalkan beliau (Najib) sebagai Perdana Menteri,” kata Husam. -Hrkh

Terkini !! Ustaz Azizan kian stabil !

Tekanan darah Ustaz Azizan kembali normal, pulse rate tachycardia Dan molek, la ni Ustaz Azizan wt 24 hrs hemodylisis... Di CCU png.. Jgn percaya sumber luar., kata blogger jijoi. Jangan lupa tolong doa sama beliau sihat. - 


Bekas Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak dilaporkan kritikal dan kini berada di Hospital Pulau Pinang. Mari kita doakan beliau cepat sembuh. 
" Ya Allah, berilah kesihatan kepada Ustaz Azizan Razak, permudahkanlah kepadanya untuk melalui saat-saat sukar ini. Berilah kesembuhan kepadanya agar dapat terus berjuang memartabatkan Islam di Tanah Air Malaysia tercinta ini "

PAS Tak Tuntut Jawatan MB Selangor, Ramai Mahu Khalid Kekal



Pas Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun Pas Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PKR di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) baru-baru ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan laporan siapakah bakal memegang jawatan Menteri Besar Selangor memandangkan ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi hampir sama, iaitu Pas dan DAP sebanyak 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi.

Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bakal Menteri Besar Selangor akan diumumkan minggu depan selepas pucuk pimpinan tertinggi PR memutuskannya, individu itu akan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pemilihan kini tertumpu kepada calon Pas dan calon Melayu-Islam PKR kerana calon DAP tidak tersenarai memandangkan syarat status quo calon menteri besar mesti terdiri daripada calon Melayu-Islam dan mendapat perkenan Sultan.

Walaupun keputusannya akan diumum minggu depan tetapi beberapa nama mula disebut-sebut menggantikan Abdul Khalid, antaranya Abd Rani Osman, Iskandar Abd Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Mohd Shafie Ngah.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .