Ikuti Blog ini

Kos selenggara kapal selam negara RM50j setahun

Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak, yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dianggarkan RM50 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Katanya, kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti.

Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu, NONEtelah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd.

Abdul Latiff berkata, kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun.

"Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakan aset itu pada bila-bila masa.

"Kalau ia tidak boleh memenuhi hasrat TLDM, kita boleh denda (syarikat itu) mengikut perjanjian yang dimeterai,” katanya Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol.

TI-Malaysia Sanggah Nazri: Bantuan Segera Pilihanraya Adalah Rasuah

Kumpulan pemantau gejala rasuah Transparency International menolak dakwaan bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah.

"Ini khususnya semasa kempen. Malangnya tidak ada undang-undang yang memadai bagi menangani perkara ini, terutamanya apabila ia membabitkan wang tunai dan mesin jahit,” kata presiden TI-Malaysia Paul Low.

"Banyak janji-janji ditaburkan seperti membina jambatan. Janji-janji ini tidak jelas.

"Awak hanya buat kesalahan bila berkata, 'nah ini RM1,000, undi saya',” kata Low pada sidang media di pejabatnya pagi ini.

Kenyataan TI itu jelas bercanggah dengan pendapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Nazri dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, semalam berkata 'bantuan' yang diberikan kepada rakyat semasa kempen pilihan raya tidak boleh dianggap sebagai rasuah.

Beliau berkata ini kerana pelbagai bantuan yang disampaikan itu adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.

"Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)... sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

"Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh).

Bagaimanapun menurut Low, janji yang dibuat semasa pilihan raya bukan satu bentuk rasuah.

"Janji bukan rasuah dan kita tidak ambil peduli kecuali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil dengan peraturan tidak membenarkannya.

"Ia mungkin tidak beretika tetapi bukan rasuah,” katanya.

Low berkata kedua-dua pihak - pembangkang dan juga parti pemerintah - melakukan kesalahan dengan menaburkan janji pilihan raya.

"Jika seseorang menjanjikan sebuah jambatan, tanya (ahli politik itu) 'bukankah hak kawasan kita mendapat pembangunan.' Kenapa tidak laksanakan sebelum pilihan raya?” katanya. -mk


Nazri: Pemberian bantuan ketika pilihan raya bukan rasuah

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Pemberian bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau berkata ini kerana pelbagai bantuan yang disampaikan kepada rakyat menjelang pilihan raya adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.

“Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)... sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

“Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya),” katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Ab Aziz dalam soalannya ingin tahu sama ada pemberian bantuan segera ketika pilihan raya atau pilihan raya kecil merupakan satu bentuk rasuah dan adakah kerajaan bercadang menghentikan bantuan seumpamanya ketika kempen pilihan raya.

Menjawab soalan Ab Aziz mengenai jumlah aduan rasuah yang diterima Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ketika pilihan raya kecil bagi tempoh 2008 hingga 2010, Nazri berkata sebanyak enam kes diterima dan disiasat dalam tempoh itu. — Bernama

Video Seks,Anwar Semakin Kukuh - Tulis Wall Street Journal

Pendedahan rakaman video seks awal minggu lalu boleh memperkukuh imej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dapat meyakinkan rakyat bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, demikian menurut Wall Street Journal hari ini.

Akhbar yang mempunyai edaran di seluruh dunia menulis, jika Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berjaya dalam usahanya menafikan pembabitan beliau, ia akan memperkukuh kepercayaan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu adalah mangsa komplot politik dan akan mendatangkan kesan buruk ke atas Umno, yang dilihat ramai sebagai pihak di sebalik pendedahannya.

“Jika Encik Anwar boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, serangan terbaru ini hanya akan menjadikannya lebih kuat, ia akan memperkukuhkan kepercayaan di dalam dan luar negara bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan bermotifkan politik,” kata akhbar itu.

“Ia akan membawa berita buruk bagi Umno, yang telah pun mengatakan rakaman video itu tidak kaitan dengan mereka,” tulis akhbar itu dalam ruangan pendapatnya, siaran hari ini.

Video seks: Siasat juga seiras tapi tak serupa

Jika bukan Anwar siapa? Itu persoalan paling hangat ketika ini sesudah ketua pembangkang itu mengemukakan catatan Twitter dan Facebook untuk menolak tuduhan beliau orang dalam rakaman video seks berkenaan sekaligus menganggapnya satu lagi fitnah.

NONEKalau diikut ungkapan Inggeris, soalan cepumas itu bernilai tujuh juta dolar, bermakna ia sukar dijawab. Namun apa yang pasti adalah dunia ini sentiasa penuh dengan mereka yang mempunyai wajah seiras.

Keajaiban solekan inilah yang membolehkan Ben Kingsley mengaut 11 anugerah Oscar kerana lakonannya sebagai Mathma Ghandi - bapa kemerdekaan India.

Dan jangan lupa Ilham Anans, seorang miskin bertukar menjadi bintang terkemuka di Indonesia, semata- mata kerana wajahnya mirip Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Berbalik kepada politik Malaysia… bekas Presiden Majlis Belia Malaysia Datuk Suhaimi Ibrahim, tidak pernah leka dari tatapan ramai kerana wajahnya seiras dengan Anwar.

Malah tidak keterlaluan mengatakan ketika bintang Anwar “bersinar” dalam Umno, Suhaimi turut mendapat tempat di bawah naungan parti itu.

Kenapa hitam putih?

Apabila jatuh Anwar (dalam Umno), maka pudarlah dunia politik Suhaimi.

azlanSemua ini menjurus kepada peringatan bahawa siasatan polis terhadap video lucah yang ditayangkan oleh 'Datuk T' harus memperinci kemungkinan pelakunya adalah seorang yang mirip wajah Anwar.

Tidak kira sama ada polis akan bergantung kepada keterangan Yusry KRU atau mendapatkan maklum balas pakar lain – yang penting ialah mengesahkan siapa pelaku dalam video itu.

Kali ini tidak cukup untuk polis mengesahkan video lucah 'Datuk T' adalah “ori” tanpa pengesahan siapa pelaku seks didalamnya.

Dunia akan dan sentiasa, penuh dengan mereka yang mempunyai wajah seiras, tidak kira sama ada orang itu adalah Musa Hassan atau Ben Kingsley dan Mathma Gandhi.

Naluri polis tentunya terangsang untuk mengetahui kenapa rakaman video itu dalam hitam putih dan bukan warna, seperti lazimnya untuk rakaman CCTV hari ini.

NONEPolis juga rasanya mahu mengetahui kenapa Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazyl Eskay dan Datuk Shuib Lazim menyembunyikan identiti mereka apabila mengatur majlis pra-tonton video ini pada minggu lalu di Hotel Carcosa Seri Negara.

Mereka hanya mengakui mendalangi video itu selepas PKR membongkar identiti mereka, itu pun selepas mereka dilaporkan berjumpa dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Hanya ambil jam?

Jika Eskay dihantar kembali ke hotel itu pada 21 Februari, kononnya hanya untuk mengambil semula jam tangan Anwar yang tertinggal, bagaimana beliau boleh muncul dalam rakaman berkenaan?

NONEAdalah tidak keterlaluan untuk mengatakan Eskay sendiri mempunyai iras wajah Anwar dari sudut tertentu.

Apa yang pasti ialah rakyat tidak percaya Eskay “terserempak” dengan rakaman video lucah dan tiba-tiba bertindak mahu mendedahkan siapa Anwar demi “agama, bangsa dan negara.” Ini kerana beliau sendiri pernah mendakwa kerap membawa Anwar ke tempat- tempat maksiat seumpama ini.

Percanggahan pegangan moral Eksay pasti menimbulkan pelbagai persoalan.

Bekas pengawal peribadi Allahyarham ,Tan Sri Megat Junid Megad Ayob, Mohamad Mahti mengesahkan Eskay berdendam dengan Awar kerana urusan perniagaan yang melibatkan sebuah kes saman.

Dendam Eskay tidak banyak berbeza dari dendam Rahim terhadap Anwar.

Mohamad Mahti Abdul RahimApapun terlalu banyak persoalan yang masih belum ditangani, contohnya mana pergi pelaku wanita dalam video itu dan kenapa mereka yang menonton video itu - ahli parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan bekas MPP PKR BadrulHisham Shahrin tidak disoal polis. Begitu juga dengan Mahti (kiri).

Publisiti murahan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sering menunjukkan ketangkasan luar biasa dalam menyiasat kes- kes membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat walaupun alasan mereka mencurigakan.

Namun siasatan terhadap Anwar kali ini berjalan pada kadar lambat, membolehkan Umno memerah sebanyak mungkin publisiti murahan menerusi media kawalannya.

NONEIni tentunya untuk menghakis maruah Anwar dan keluarganya menerusi fitnah.

Jika siasatan terus berjalan pada kadar sambil lewa ini, rakyat tidak boleh dipersalahkan jika beranggapan Umno dan polis bersekongkol sekali lagi dengan Anwar Ibrahim sebagai sasaran utama. -M'kini

Muhyiddin boleh, kenapa saya tak boleh - tanya Azmin pada polis


Azmin persoal ceramah politik Muhyiddin di Ampang

AMPANG: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mempersoal tindakan polis membenarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berceramah di Kampung Pandan, dekat sini malam tadi. Sedangkan katanya, ceramah anjuran KEADILAN yang diadakan di Taman Melawati, Gombak Jumaat lalu, dihalang polis.

“Saya bertanya mengapa polis beri permit ceramah politik (kepada Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) di Kampung Pandan malam tadi? “(Sedangkan) Kelulusan oleh IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) yang sama.

(Tetapi mereka) Tak boleh jawab,” lapor Azmin dalam twitternya selepas memberi keterangan di IPD Ampang Jaya, pagi ini. Azmin mendakwa, dua laporan polis yang dibuat terhadapnya, dilakukan oleh pihak polis sendiri.

Satu daripadanya, dibuat di bawah Akta Hasutan. Malah, pegawai polis yang merakamkan keterangannya, ASP Dr Vasu dikatakan masih belum lagi melihat laporan tersebut.

“Baru saya dimaklumkan bahawa ada dua laporan polis terhadap saya. Satu lagi ialah di bawah akta hasutan kerana ajak rakyat bawa perubahan,” kata Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Menurutnya lagi, 18 soalan yang dikemukakan kepadanya disediakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. “Soalan semua disiapkan oleh IPK Selangor. Hebat!” kata Azmin.

Ahli Parlimen Gombak itu hadir di IPD Ampang pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung ceramah yang diadakan di Gombak, Isnin lalu.

Turut hadir memberi kenyataan kepada polis ialah Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Batu Caves, Amiruddin Saari. Jumaat lalu, polis bertindak ganas apabila menyerbu dan menghalang ceramah kempen ‘Tolak Fitnah’ anjuran KEADILAN di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar berucap 15 minit sahaja, sebelum mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, sehingga menimbulkan kemarahan hampir 5,000 yang hadir.

Selasa lalu, sepasukan polis ‘mengepung’ rumah Azmin di Ampang bagi menyerahkan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah supaya beliau memberi keterangan kepada polis berhubung ceramah tersebut.

Elia Suhana sah isteri Sultan Ismail Petra

azlanCik Puan Elia Suhana Ahmad disahkan kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, setelah Mahkamah Rayuan Syariah Kota Bharu hari ini menolak rayuan permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap beliau.

Panel Hakim Mahkamah Syariah yang dipengerusikan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri, Datuk Daud Muhammad, serta Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Dr Johari Mat, dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, membuat keputusan itu setelah perayu, Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, tidak hadir ke mahkamah hari ini.

Panel hakim itu juga menolak rayuan kes itu disebabkan peguam Nik Rorhana, Zainul Rijal Abu Bakar telah menarik diri daripada kes itu tiga hari lepas dan penarikan itu dimaklumkan kepada pihak mahkamah melalui sepucuk surat.

Daud berkata penolakan rayuan permohonan pengesahan lafaz cerai diputuskan mengikut Seksyen 121 (C) Enakmen Tatacara Syariah 2002.

Pada 5 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini menolak permohonan pengesahan lafaz cerai Sultan Ismail Petra terhadap Elia Suhana, 32, yang difailkan oleh Nik Rorhana pada 9 Mac tahun lepas.

Dua minggu selepas itu, Elia Suhana melalui peguam syarie yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hassan, mengemukakan permohonan untuk membatalkan permohonan pengesahan lafaz cerai oleh Sultan Ismail Petra terhadapnya yang difailkan oleh Nik Rorhana.

Sultan Ismail Petra, yang ketika itu masih Sultan Kelantan, didakwa menjatuhkan talak tiga terhadap Elia Suhana pada 12 Feb tahun lepas di hadapan beberapa orang saksi ketika dirawat di Hospital Mount Elizabeth di Singapura.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Elia Suhana berkata beliau gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah berkenaan serta menganggapnya sebagai satu hadiah buat suaminya sempena hari keputeraan baginda esok.

"Saya amat gembira, sekarang ini saya boleh tumpukan kes tuntutan hak lawatan ke atas suami saya," katanya.

Pada 4 Februari tahun lepas, Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan Elia Suhana melawat Sultan Ismail Petra tetapi pihak Istana Mahkota di Kubang Kerian menghalang beliau daripada bertemu suaminya dan kes itu tertangguh berikutan permohonan pengesahan lafaz cerai berkenaan yang dibuat oleh pihak ketiga, iaitu Nik Rorhana.

- Bernama

DS Anwar seru buat perubahan politik secara aman

KUCHING, 30 Mac: Meskipun polis sedari dulu sentiasa memberi tekanan demi tekanan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR itu tegas menyatakan beliau mahu membawa perubahan politik secara aman dengan menggunakan saluran pilihan raya.

“Orang Arab nak tukar sistem, susah. Sehingga (mereka) terpaksa diadakan revolusi, (tapi) kita mahu perubahan secara aman. Kita tidak mahu masalah dengan polis. Anak-anak muda Sarawak perlu buat perubahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Kampung Tupong Batu yang terletak di pinggir Sungai Sarawak itu kerap disambut sorakan ‘reformasi’ di kalangan 300 penduduk setempat, lapor Keadilan Daily.

Pada ceramah di lokasi persendirian yang tidak memerlukan permit itu, polis hanya memberi masa 15 minit untuk Anwar berucap.

Malah, pihak berkuasa membuat banyak sekatan jalan raya di laluan yang menghala ke lokasi ceramah.

Ceramah Anwar di mana-mana jua termasuk di Sarawak sentiasa mendapat halangan polis.

Anwar berkata, pilihan raya Sarawak kali ini amat penting kerana ia adalah masa paling sesuai untuk membuat perubahan kerana golongan penindas rakyat semakin berani berbuat demikian secara terang-terangan.

“Sebab itu, pilihanraya Sarawak penting. Perubahan adalah perlu. Orang Sarawak perlu sedar.

“Orang yang baik, takut. Orang yang jahat, berani. Ini tidak betul. Perkara ini mesti diubah. Sarawak mesti berubah. Sekaranglah masanya,” katanya disambut tepukan gemuruh.

Dalam ceramah di Restoran Sim Poh Poh yang dihadiri ratusan penduduk pula, polis turut ‘mencipta’ halangan dengan tidak membenarkan pembesar suara di hala ke luar, sebaliknya mengarahkan ia dihala ke dalam premis itu.

Pada ceramah yang majoriti dihadiri masyarakat keturunan Tionghua titu, Anwar turut memetik falsafah cendekiawan purba Cina, Confucious.

“Kata Confucious: Lebih baik duduk di dalam kandang harimau daripada duduk di bawah kerajaan yang zalim.

Kehadiran Anwar memang dinanti-nantikan penduduk Sarawak yang dahagakan perubahan.

“Pembaziran berleluasa. Kronisme dan rasuah. Projek hanya untuk anak-anak, isteri dan kroni. Yang kaya hanya ketua menteri. Rasuah di bawah dan di atas meja.

“Benarlah seperti kata penyair besar di Jawa, Ronggo Warsito: Zaman ini zaman edan (gila),” katanya yang meminta rakyat Sarawak mengambil iktibar dari pesanan kedua-dua ahli falsafah itu.

Beliau mengingatkan rakyat Sarawak, pimpinan Barisan Nasional (BN) di Negeri Bumi Kenyalang itu juga membawa wang rakyat ‘lari’ hingga menyebabkan masyarakat dihimpit kemiskinan berpanjangan.

“Bukan sahaja di Mesir, Tunisia sahaja orang bawa duit. Di sini (Sarawak) pun sama bawa duit lari. Berapa yang dibawa lari Mubarak? 40 hingga 70 bilion USD. Rakyat miskin kerana pemimpin curi wang rakyat,” katanya. -Hrkh

Duit Banyak Gila Dalam Rumah Pegawai Kanan Kastam

Pasangan suami isteri yang merupakan pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia adalah di antara yang ditahan dalam satu gerakan besar-besaran oleh Pasukan Tindakan Khas yang diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serentak di seluruh negara semalam (Isnin).

Pasukan itu telah membuat serbuan ke atas lebih 100 buah syarikat dan orang perseorangan secara serentak. Serbuan itu dilakukan ke atas 84 agen penghantaran, sebuah syarikat induk serta 24 anak syarikat berkaitan dan 25 premis Kastam Di Raja Malaysia di seluruh negara.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, dalam serbuan itu, dua orang pegawai kanan Kastam telah ditangkap bagi membantu siasatan.

"Ratusan ribu ringgit telah dijumpai di rumah dua orang pegawai kanan Kastam ini yang merupakan pasangan suami isteri," katanya kepada media di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, pasukan itu juga telah menyita lebih daripada 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan dalam operasi berkenaan.

Pasukan Tindakan Khas ini melibatkan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa lagi agensi penguatkuasaan berkaitan.

Mustafar menjelaskan, kesemua entiti yang diserbu dipercayai terlibat dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram.

"Ia juga termasuk penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara yang melibatkan nilai mencakupi berbilion ringgit dan perlakuan jenayah rasuah,"
katanya.

"Kami melakukan tinjauan selama sebulan. Ia boleh dikatakan satu sindiket berikutan jaringan yang ada antara satu sama lain," katanya.

Kesemua aktiviti tersebut melibatkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001, dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Ditanya mengenai jumlah sebenar yang diperolehi dari serbuan itu, Mustafar berkata, "Ia hanya merupakan satu kes yang dilaporkan berbanding 10 yang tidak dilaporkan. Saya yakin ia tetap melibatkan jumlah yang sangat tinggi."

Tentang sama ada serbuan semalam melibatkan seorang anggota salah sebuah parti politik, beliau menjawab, "Ia hanya satu kebetulan".

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini berkata Malaysia mencatatkan Kesalahan dan Ketinggalan (E&O) aliran keluar kewangan RM135.3 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2009.

E&O itu antara lain mungkin mencerminkan aliran kewangan tidak direkodkan yang dijalankan melalui saluran tidak formal, yang mungkin termasuk dana yang berpunca daripada aktiviti haram, katanya. -mstar

Alahai Nazri kenapa buat U-Turn?


Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memperbetulkan kenyataannya semalam yang menyebut trio 'Datuk T' yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang, akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

Bagaimanapun, hari ini, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta berkenaan kerena mereka telah mendedahkan diri mereka umum.

Beliau membuat pembetulan tersebut di Dewan Rakyat.

Semalam, Bernama melapor Nazri memberitahu pemberita di lobi Parlimen semalam, sebagai berkata akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang mendedahkan video berkenaan.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan berkata bahawa kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis.

Rabu lepas, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tampil membuat penafian beliau individu di dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah tampil untuk disoal siasat polis di Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.

Nazri berkata perkara itu bukan berkisar kepada persoalan undang-undang semata-mata tetapi ia turut melibatkan persoalan moral.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memfailkan saman terhadap Anwar yang mengaitkan beliau dalam kes video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, Isnin lepas.

Berikutan itu, Hishammuddin melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham semalam bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap ketua pembangkang terbabit.

Menurut sumber Kementerian Dalam Negeri, dakwaan Anwar bahawa Hishammuddin adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang tersebut telah menjatuhkan maruah dan nama baiknya sebagai menteri.

Kata sumber itu, tindakan undang-undang itu diambil bagi membersihkan nama Hishammuddin.

Anwar dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan.

- Bernama

Sharpshooter - Apa hal pula Nazri...siapa yang marah kamu...siapa yang tegur kamu..kenapa buat U-Turn? Tetapi apa nak di hairankan...Hakim pun boleh buat U-Turn...Malaysia Boleh....

Lebih 100 aktivis anjur demo anti-sisa radioaktif

Kira-kira 100 orang berkumpul di hadapan simpang masuk ke bangunan parlimen bagi membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan.

Mereka terdiri daripada aktivitis termasuk dari NGO, Save Malaysia.

NONEMereka bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi.

Sebanyak empat buah bas membawa kumpulan yang membantah pusat penapisan yang sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp itu.

Penunjuk perasaan ini tiba di persimpangan parlimen sekitar jam 9.20 pagi. Mereka kemudian mengadakan perbincangan dengan seorang pegawai polis.

NONEHasil perbincangan, seramai 10 orang dibenarkan masuk ke parlimen bagi menghantar memorandum bantahan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Penyokong lain pula dibenarkan berbaris di sepanjang jalan tanpa menganggu lalulintas dengan polis membuat barisan bagi membuat sekatan sekiranya mereka terus mara.

Kelihatan juga sekurang-kurangnya dua pacuan empat roda di simpang masuk ke parlimen dan tidak kurang 40 anggota polis di kawasan sekitar.

Aktivis pada hari ini juga mengibarkan poster dan kain rentang yang berbunyi: "Stop Lynas", "Hentikan Lynas".

Tidak selamat

Kira-kira jam 9.40 pagi, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh keluar berbincang dengan seorang pegawai polis dan mendakwa kawasan tempat penyokong berkumpul adalah tidak selamat.

NONESehubungan itu, beliau mencadangkan supaya mereka erpindah ke tempat yang lebih selamat iaitu di atas pembahagi jalan masuk menuju ke parlimen.

Pihak polis membenarkan mereka menukar lokasi tetapi dengan syarat beberapa kain rentang tidak diboleh dikibarnya.

Sebaliknya mereka hanya dibenarkan membawa sepanduk dan poster.
Antaranya berbunyi " Stop Lynas", "Selamatkan Kuantan" .

Penunjuk perasaan akur dengan arahan tersebut.

NONEBeberapa minit kemudian, polis mengarahkan mereka pula supaya tidak lagi mengibarkan poster. Sekali lagi, aktivis berkenaan akur dengan larangan berkenaan.

Kumpulan itu berbaris sehingga jam 10 pagi.

Semua aktivis yang membantah pembinaan loji penapisan itu kemudiannya mula bersurai dan menuju ke hadapan pintu masuk tugu negara - tempat mula-mula mereka berkumpul.

Perhimpunan aman

Sebelum bersurai, mereka melaungkan "Stop Lynas, Selamatkan Kuantan, Stop Radioactive dan Selamatkan Malaysia".

NONEHadir sama, adalah lima anggota Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) yang diketuai oleh pesuruhjayanyanya, Mohamad Shaani dan perwakilan daripada Majlis Peguam turut hadir bagi memantau keadaan.

Perhimpunan hari ini diadakan secara aman. Tiada insiden yang tidak diingini dilaporkan.

Sementara itu Fuziah ketika ditemui pemberita berkata beliau telah membangkitkan isu berkenaan sejak 2008.

NONEMenurutnya, selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu, rakyat kini lebih menyedari bahaya bahan radioaktif.

"Pembuangan radioaktif itu di Kuantan, walaupun lima peratus, tetapi ia (boleh) memberi kesan seperti kanser dan kecacatan," katanya.

Pada 23 Mac lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili berkata kerajaan memberi jaminan bahawa pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif di Gebeng, itu adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam.

Katanya, sisa-sia yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada pengilangan bahan mentah daripada loji Syarikat Lynas itu hanya mengandungi tahap bahan radioaktif yang rendah.

NONE"Berdasarkan piawaian antarabangsa yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), sisa seperti ini ditakrifkan sebagai bukan sisa radioaktif tetapi merupakan sisa industri yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi,” kata Ongkili.-M'kini

Doa Khusus Tuan Guru Nik Aziz Buat Anwar Ibrahim!!





"Ya Allah Ya Tuhanku.

Engkau berikanlah kesabaran dan ketabahan kepada pemimpin-pemimpin kami yang difitnah, yang diserang siang dan malam.

Ya Allah,

Ke atas Engkaulah BALASAN terhadap penganjur fitnah, pendokong-pendokong, penyokong-penyokongnya.

Ya Allah,

Datangkan kegerunan dalam hati para hakim, pendakwa, penguasa-penguasa dari melakukan kezaliman dan ketidak adilan..."


Anak, Menantu dan Cucu-Cucu Toyo Melancung Ke Honolulu, Florida, Paris, Morocco

Kos Percutian Khir anak lelaki Toyo dan cucu-cucu Toyo ke Honolulu, Florida, Paris, Morocco yang ditanggung olih rakyat Selangor!!!
Menurut Presiden KDEB, Dato’ Karim Munisar yang menjadi saksi ketiga yang dipanggil hari ini, KDEB telah membelanjakan RM17,438 untuk pembelian tiket penerbangan pada 7 Mei 2007 yang antaranya disertai ahli Balkis termasuk Yang Dipertuanya, Datin Seri Zahrah Kechik.
Bini Khir Toyo
Sebuah kereta Range Rover bernilai RM500,000 yang dibeli syarikat yang Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) mempunyai pegangan telah diberi guna kepada Datin Seri Zahrah

Kit Siang: Tamatkan Segera Politik Jijik

Shah Alam: Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu satu rundingan meja bulat antara semua parti dan pihak badan bukan kerajaan (NGO) diadakan bagi menetapkan standard corak politik sekaligus menamatkan penggunaan taktik berpolitik secara kotor di negara ini.

Sambil menyatakan pendirian DAP dalam Pakatan Rakyat yang tetap berdiri teguh menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dikaitkan dengan pendedahan video seks oleh ‘Datuk T’ minggu lalu, Kit Siang berkata taktik sedemikian perlu ditamatkan serta-merta jika mahu melihat senario politik negara menjadi maju.

“Bagaimana mahu tamatkan politik jijik di tanah air kita? Tangkap Datuk T, heret mereka ke muka pengadilan.

“Jika mereka tak bersedia ke arah itu, rakyat mesti sokong Pakatan Rakyat yang mahu bawa perubahan membersihkan politik kotor dan buatlah pilihan yang betul melalui pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Beliau berkata sedemikian dalam ceramah Solat Hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat dihadapan kira-kira 8,000 penyokong yang hadir di Stadium Melawati di sini malam tadi.

Turut hadir Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Nik Aziz yang hadir lewat bagaimanapun tidak memberikan sebarang ucapan apabila kelihatan sedikit uzur dan hanya menyampaikan doa kesejahteraan terhadap Anwar sekeluarga serta rakyat yang lain.

Selain itu, Kit Siang turut menegaskan isu video seks tersebut hanyalah taktik kotor Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menyembunyikan kelemahan mereka mengurus tadbir negara terutamanya dalam menentang korupsi dikalangan pemimpin.

“Kalau sasarannya adalah Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, mungkinkah peristiwa tontonan di Seri Carcosa Negara akan berlaku?

“Tentunya tidak. Polis dan FRU akan sampai dahulu dan mereka tak akan benarkan tontonan video seks itu berlaku.

“Ini menunjukkan sikap berat sebelah dan wujud satu komplot politik untuk membunuh karier politik Anwar dan Pakatan,” katanya.

Pertama kali menteri pertahan pengedaran video lucah

Sementara itu, Anwar berkata buat pertama kalinya dalam sejarah negara individu yang mengedar dan menayangkan video lucah dipertahankan oleh menteri.

Beliau merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menjamin perlindungan terhadap trio ‘‘Datuk T’’ dibawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen semalam, Nazri berkata akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.

“Tiada siapa boleh nafikan mengedarkan video lucah itu adalah salah, tetapi video yang membabitkan Pakatan Rakyat itu adalah ‘harus’,” katanya.

Menganggap ia sebagai rancangan yang licik dan jijik terhadap dirinya setiap kali menjelangnya musim pilihan raya, Anwar berkata isu itu merupakan langkah terakhir BN untuk mengelakkan daripada menyentuh soal Buku Jingga sekaligus menghalang kemaraan rakyat untuk berubah.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas pemimpin dan institusi agama yang sehingga kini masih enggan menyatakan pendirian terhadap isu penyebaran video lucah tersebut.

“Mereka sedang mengalami kecelaruan walaupun mereka tahu seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

“Maka individu yang berdiam diri tentang kebenaran itu dianggap seperti ‘syaitan bisu’,” katanya. -FMT

Umno JPN Bersekongkol Supaya Warga Asing Boleh Mengundi..



Umno JPN Bersekongkol Supaya Warga Asing Boleh Mengundi – Azmin


Umno dan Jabatan Pendaftaran Negara dilaporkan bersekongkol menyediakan kad pengenalan untuk pendatang asing supaya mereka mengundi parti itu pada pilihanraya umum akan datang.

ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang membuat pendedahan itu berkata, ketua Umno cawangan tertentu dan kakitangan JPN “membuka kaunter’ di lokasi-lokasi tertentu di luar waktu pejabat bagi mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing.

Berucap di sidang Dewan Negeri Selangor, Azmin berkata usaha-usaha licik juga sedang dilakukan untuk membawa penyokong-penyokong tegar Pakatan Rakyat keluar daripada Selangor bagi mencerahkan peluang BN merampas balik negeri ini pada PRU akan datang.

“Kita akan teliti pengundi yang dibawa keluar dari Selangor dan pengundi yang dibawa masuk ke Selangor,” kata beliau ketika menyertai perbahasan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Pada suku tahun ketiga 2010, seramai 130,097 mendaftarkan diri sebagai pengundi baru di negeri Selangor terdiri di kalangan generasi muda.

Azmin menggesa kerajaan negeri Pakatan Rakyat memantau JPN kerana agensi itu dilihat campurtangan dalam aliran politik negara.

"Kerajaan (Pakatan Rakyat) harus memantau JPN sebab terdapat sumber sahih JPN mengeluarkan kad pengenalan di luar waktu pejabat dan lokasi yang mencurigakan dan turut hadir ketua-ketua Umno cawangan mengeluarkan kad-kad pengenalan kepada warga asing mahu jamin kuasa," katanya.

Dalam pada itu, Azmin turut mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mampu mengekang amalan rasuah secara terang-terangan apabila Pilihan Raya Kecil sejak tahun 2008 dan pada Pilihan Raya Negeri yang akan berlangsung di Sarawak.

Beliau berkata kecenderungan SPR memihak kepada Umno terserlah menerusi kegagalan badan itu bertindak terhadap Perdana Menteri Najib Razak kerana menawarkan sogokan secara terang-terang khususnya kepada pengundi di Sibu tahun lalu dan Merlimau baru-baru ini.

"Nyata sekali SPR bertindak bagi mewakili kepentingan UMNO dan BN bukannya rakyat. Media yang tidak adil, malahan memutarbelitkan kenyataan Pakatan Rakyat dan membakar sentimen perkauman sempit menjadi hidangan harian media milik UMNO," ujar Azmin lagi.

Blogger Balaci Umno Dengan Gelas Arak!!

Inilah Blogger Balaci Umno House PK/Parpukari

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(TMQ al-Hujurat [49]:6)

Fikir-fikirkan!!

Huraian Lanjut DI SINI

Tumpukan pada gelas dan perutnya!!!
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .