Ikuti Blog ini

Ceramah Di Chucuh Puteri MU
















UMNO Semakin Terdesak, Anggota Polis Cawangan Khas Dikerah Jadi Guru Sandaran Untuk Pengaruhi Rakyat Di DUN Manek Urai !!





KUALA KRAI - Nampaknya, UMNO kini semakin terdesak dan gusar dengan kekuatan PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri N41 Manek Urai dalam pilihan raya kecil itu 14 Julai ini. Berbagai tipu helah dan strategi yang telah mereka lakukan untuk tujuan mempengaruhi pemikiran rakyat supaya menyokong BN. Difahamkan, antara langkah paling kritikal yang dilakukan oleh UMNO ialah dengan menempatkan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang dipercayai adalah anggota Cawangan Khas PDRM (SB).


Sumber menyatakan lebih 500 SB yang menyamar sebagai Guru Sandaran telah ditempatkan dibeberapa buah sekolah yang terletak dalam kawasan peti undi panas UMNO. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk menjalankan propaganda bagi pihak UMNO-BN bagi mempengaruhi pengundi-pengundi di kawasan tersebut supaya menyokong BN. Anggota-anggota SB yang mengambil peranan sebagai pengajar di beberapa sekolah di Dewan Undangan Negeri Manek Urai dipercayai sudahpun menjalankan kerja kotor mereka bagi pihak BN sejak sebulan lalu iaitu lama sebelum hari penamaaan calon.


"Anggota SB yang berpura-pura bertugas sebagai guru sandaran ini antara lain akan cuba menyelitkan unsur-unsur propaganda Umno dan BN semasa lepak sambil minum di kedai-kedai kopi bersama masyarakat tempatan." Mereka ini ditempatkan di sekolah-sekolah di Manek Urai di mana BN dijangka akan menghadapi tentangan sengit daripada calon Pas dan kerana itu anggota-anggota SB ini dikerahkan untuk memastikan BN menang," kata sumber kepada PDO.


Sumber juga menyatakan anggota SB bukan sahaja menyamar sebagai Guru Sandaran tetapi juga menyelinap masuk ke Manek Urai dalam pelbagai peranan dan fungsi. Antara yang dikenal pasti ialah sebagai penoreh getah, peniaga ikan, nelayan, petani, pekerja Majlis Daerah Kuala Krai dan lain-lain agensi kerajaan. "Mereka ini menyamar dalam pelbagai bentuk pekerjaan bagi mendapat maklumat dan mempengaruhi pemikiran rakyat tempatan supaya membenci Pas. Mereka ini akan hilang dari Manek Urai sejurus selepas pilihan raya," kata salah seorang penduduk yang ditemui.


[Apakah ini satu strategi licik yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pelajaran dan Pengarah Pilihanraya BN di Manek Urai. Menggunakan guru untuk meracuni pemikiran rakyat adalah satu langkah "bijak" yang tidak sepatutnya berlaku sebenarnya. Tindakan menggunakan SB untuk menyamar sebagai Guru Sandaran adalah langkah yang cukup memalukan buat "parti kerajaan" seperti UMNO.


Maka itulah, rakyat di Manek Urai perlu berhati-hati dengan pengaruh puak-puak ini. Janganlah menjadikan kuasa untuk melakukan apa sahaja. Kemenangan yang diharapkan oleh UMNO dan BN kini menyebabkan mereka terpaksa melakukan apa sahaja. Justeru itu, rakyat perlulah bijak menilai setiap apa yang dilakukan ini].

Abe Uji berkempen di kubu BN

Calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah hari ini melebarkan kempennya ke kubu BN di Manjor bagi menarik sokongan pengundi di situ.

Dalam pilihanraya umum lalu, PAS menang di lapan daripada sembilan daerah mengundi di Manek Urai.

NONESembilan daerah mengundi di Manek Urai ialah Temalir, Sungai Perial, Manek Urai Lama, Manek Urai Baru, Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rek, Manjor dan Laloh.

PAS bagaimanapun kalah di daerah mengundi Manjor dengan 31 undi.

BN juga kalah tipis di daerah mengundi Temalir dan Manek Urai Baru.

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaacob.

Dalam pilihanraya umum lalu, Ismail menang denga majoriti 1,352 undi. Ismail mendapat 5,746 undi manakala calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394 undi.

NONEDalam lawatan tengah hari tadi, Mohd Fauzi - yang lebih dikenali sebagai Abe Uji - mengambil peluang berbual dan beramah mesra dengan penduduk Kampung Budi.

Perhentian bas baru


Kehadiran wartawan dan penulis blog menjadikan penampilan Abe Uji kelihatan sedikit kekok, walaupun dikhabarkan beliau mesra dengan penduduk sekitar.

Ditemani Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, beliau melawat tapak perhentian bas yang baru dibina menggantikan yang lama.

Kampung Budi terletak dua kilomter daripada jalan besar yang menghubungkan Kuala Krai dan Gua Musang.

Sekitar kawasan tersebut di kelilingi ladang getah dengan laluan kecil satu lorong yang menyukarkan perjalanan.

NONEBendera kedua-dua parti yang bertanding, PAS dan BN, dilihat sama banyak di pasang di kawasan tersebut.

Di simpang pertama dalam kampung itu, Abe Uji mengambil kesempatan bermain karom dengan beberapa pemuda PAS di pondok panas mereka.

Juga kelihataan beberapa Pemuda PAS mengambil kesempatan bergambar dengannya.

Abe Uji kemudiaannya berkunjung dari rumah ke rumah. Beliau disambut baik dan ditegur beberapa penduduk yang lalu lalang di kawasan tersebut.



NONEAbe Uji berhenti setelah berjalan kira-kira 300 meter sehingga sampai ke markaz ahli parlimen PAS yang terletak tidak jauh daripada rumah ketua cawangan Umno di kampung itu.

Penyokong di markaz tersebut yakin Abe Uji bakal menang di Manek Urai, tetapi belum tentu dapat menambahkan majoritinya.


Strategi mereka ialah supaya Abe Uji dapat mengekalkan sokongan yang sedia ada.

NONEKata mereka lagi, penekanan juga akan diberikan di Temalir dan Manek Urai Baru.


Pada 14 Julai ini, 12,293 pemilih, termasuk 25 pengundi pos, akan memilih calon mereka. Mereka terdiri daripada 99.22 peratus pengundi Melayu, 0.46 peratus Cina


MANEK URAI : 1,000 Peraih Ikan Anjur Demontrasi Bantah UMNO


calon MU 4

Kira-kira 1,000 peraih dan peniaga ikan akan mengadakan perhimpunan Jumaat ini untuk membantah tindakan Umno yang didakwa telah memperlekehkan profesyen mereka, demikian dilaporkan Malaysiakini.

Mereka mendakwa, Umno dalam ceramahnya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai, telah perlekehkan profesyen peraih dan peniaga ikan.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, juga seorang peraih ikan.

Kenyataan yang dianggap memperlekehkan mereka itu, didakwa dibuat oleh ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan dalam ceramahnya malam tadi.

Perkara itu dinyatakan oleh penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam satu sidang akhbar pagi tadi.

Ketika ditemui kemudiannya, beliau berkata, bantahan tersebut akan diketuai oleh Presiden Persatuan Peraih dan Peniaga Ikan Kelantan, Ahmad Tarmizi Salleh.

Mereka akan berkumpul mulai jam 5 petang di pasar Laloh.

Manek Urai: Gambar Sekitar Ceramah Di Cucuh Puteri...




Tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lebih kurang jam 7:50 malam.
Menunggu Kenderan yang akan membawa dan mengiringi DS Anwar Ibrahim ke lokasi program ceramah di Cucuh Puteri, Manek Urai.
Sempat singgah untuk solat Isyak dan juga solat hajat di Masjid Al-Amin, Mukim Kerawang, Pulai Chondong.
Solat Isyak dan solat Hajat bersama para jemaah Mukim Kerawang, Pulai Chondong.
Makan-makan.

CHUCHUH PUTERI, 8 Julai - Kenyataan Umno-BN yang menuduh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai nyanyuk kerana tidak bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan mencerminkan keadaan mereka yang sedang melepaskan geram.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu dalam satu ceramah ketika kempen calon di Padang Chuchuh Puteri A semalam, menyifatkan kenyataan tersebut lahir daripada mereka yang sedang marah serta tidak rasional.

"Itu kenyataan orang yang lepas geram, kalau saya nyanyuk bagaimana saya boleh menyampaikan ceramah pada malam ini?" tegasnya kepada lebih 3,000 orang yang datang mendengar padang ceramah tersebut.

Tuan guru juga menceritakan mengenai kenyataan seorang menteri besar kepadanya ketika menghadiri satu mesyuarat Menteri-menteri Besar bersama Majlis Raja-raja, yang terkesan selepas mendengar kaset ceramah yang disampaikan beliau mengenai parti politik yang dipilih ketika pilihan raya.

"Ada seorang menteri besar memberitahu saya, bahawa dia telah mendengar kaset ceramah saya.

"kata menteri besar itu, apa yang paling beliau terasa dan terkesan ialah 'apabila mati kelak, Allah akan tanya masa hidup sebelum ini, apabila kamu mengundi, kamu pilih apa?" jelasnya.

Oleh yang demikian beliau menyeru dan menyatakan harapan yang penuh agar pengundi di Manek Urai dapat membuat pilihan yang baik untuk terus menyokong kepimpinan Islam.

"Saya penuh harap pengundi di sini dapat membuat pilihan yang terbaik.

"Setelah Umno kalah di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau, kenapa kita mahu pilih dia(Umno) lagi?" katanya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa pihaknya telah mengirimkan surat kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak untuk mendapatkan respon mengenai alasan Umno menolak Islam.

"Saya telah mengirimkan surat kepada Perdana Menteri yang mengandungi soalan, 'kenapa Umno tolak Islam?

"Islam itu bukan PAS yang buat, tetapi kenapa Umno tetap mahu menolak Islam? Sebab itu saya berkempen dan berdakwah hingga ke hari ini untuk Islam," tegasnya.

Turut menyampaikan ceramah pada malam itu, Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Dato' Husam Musa, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif termasuk calon PAS Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah.

KERANA MANEK URAI, PPSMI DIMANSUHKAN



Seperti yang kami ramalkan sebelum ini, kerajaan UMNO BN telah memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan.

Keputusan Kabinet itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Banyak pihak melihat pemansuhan itu mempunyai muslihat untuk UMNO BN mencari sokongan di dalam pilihanraya kecil Manek Urai yang akan berlansung pada 14 Julai ini.

Namun sungguhpun demikian, pemasuhan itu adalah hasil daripada perjuangan gerakan aktivis bahasa di dalam GMP (Gerakan maansuhkan PPSMI) bersama-sama dengan Pakatan Rakyat menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mencipta sejarah apabila turun ke jalan raya pada 7 Mac lalu.

Matlamat GMP ialah untuk melihat dasar PPSMI dimansuhkan oleh kerajaan, dan bahasa Melayu didaulatkan semula sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Dato' Hassan Ahmad, Pengerusi GMP, sudah menyatakan bahawa Himpunan 100 Ribu pada 7 Mac itu adalah himpunan untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pada ketika itu, pihak polis telah menggunakan kekerasan seperti menembak gas pemdih mata ke arah peserta anti-PPSMI, termasuk kepada aktivis bahasa yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah menara gading dan juga pemimpin-pemimpin pembangkang yang ada di kalangannya terdiri dari ahli-ahli parlimen.

Pada ketika itu polis Malaysia telah bertindak seperti binatang ke atas kelompok cendekiawan dan golongan berilmu.

Dan kini dimana pihak polis mahu meletakkan mukanya apabila kerana hendak menang pilihanraya Manek Urai, kerajaan telah terpaksa memansuhkan PPSMI yang menjadi matlamat kepada perhimpunan yang dimusuhi sangat oleh pihak polis berkenaan.

Justeru itu, pengundi Manek Urai tidak semudah itu untuk termakan dengan tindakan UMNO BN yang keterlaluan menggunakan polis sebelum ini untuk menekan dan menzalimi rakyat dengan pengumuman pemasuhan PPSMI tersebut, kerana UMNO dulu kini dan selamanya sememangnya memusuhi bangsa dan bahasa ibundanya sendiri.


MU+ Penyelewengan UBN Dan Cerita Sebenar Obama Call Najib Oleh DSAI


Malaysia Anwar Sodomy


MU.. Penyelewengan UBN Dan Cerita Sebenar Obama Call Najib Oleh DSAI



KETERBUKAAN PAS TIDAK MENGUBAH DASAR PARTI




KUALA LUMPUR, 8 Julai (Hrkh) - Debat, hantar surat, menasihat, berdialog dan wacana adalah antara 'jendela-jendela' yang dibuka oleh PAS yang ada dalam amalan Nabi Muhammad s.a.w dalam menyampaikan risalah Islam.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata banyak lagi 'jendela-jendela' yang dibuka seperti apa yang diperkenalkan oleh Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat untuk mengadakan perbincangan dengan parti-parti lain dalam menyampaikan mesej PAS berdasarkan risalah Islam yang wajib di sampaikan kepada seluruh manusia.

"Namun apa pun jendela yang kita buka, kita mesti istiqamah dengan dasar dan parti kita sendiri. Ini sangat penting," katanya dalam satu temubual ringkas Harakah bersama beliau di pejabat agung PAS dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pelawaan Musryidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat terhadap Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak untuk berdebat.

"Dan saya yakin Umno tidak bersedia untuk berdebat," katanya.

Sementara itu ketika ditanya berhubung perkembangan mutakhir yang memberi gambaran negatif dan 'isyarat' yang salah terhadap PAS, beliau menyeru semua pihak agar tidak terperangkap dengan permainan sesetengah media yang disalahguna untuk menyerang PAS yang sentiasa berpendirian teguh terhadap dasar parti.

"Kita minta seluruh pemimpin dan ahli PAS istiqamah dengan dasar dan konsep perjuangan kita.
"Dan dalam masa yang sama kita tidak melatah dengan usikan media-media yang tidak bertanggunjawab," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.(harakahdaily)


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .