Dalam pilihanraya umum lalu, PAS menang di lapan daripada sembilan daerah mengundi di Manek Urai.

PAS bagaimanapun kalah di daerah mengundi Manjor dengan 31 undi.
BN juga kalah tipis di daerah mengundi Temalir dan Manek Urai Baru.
Pilihanraya kecil DUN Manek Urai diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaacob.
Dalam pilihanraya umum lalu, Ismail menang denga majoriti 1,352 undi. Ismail mendapat 5,746 undi manakala calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394 undi.

Perhentian bas baru
Kehadiran wartawan dan penulis blog menjadikan penampilan Abe Uji kelihatan sedikit kekok, walaupun dikhabarkan beliau mesra dengan penduduk sekitar.
Ditemani Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, beliau melawat tapak perhentian bas yang baru dibina menggantikan yang lama.
Kampung Budi terletak dua kilomter daripada jalan besar yang menghubungkan Kuala Krai dan Gua Musang.
Sekitar kawasan tersebut di kelilingi ladang getah dengan laluan kecil satu lorong yang menyukarkan perjalanan.

Di simpang pertama dalam kampung itu, Abe Uji mengambil kesempatan bermain karom dengan beberapa pemuda PAS di pondok panas mereka.
Juga kelihataan beberapa Pemuda PAS mengambil kesempatan bergambar dengannya.
Abe Uji kemudiaannya berkunjung dari rumah ke rumah. Beliau disambut baik dan ditegur beberapa penduduk yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Penyokong di markaz tersebut yakin Abe Uji bakal menang di Manek Urai, tetapi belum tentu dapat menambahkan majoritinya.
Strategi mereka ialah supaya Abe Uji dapat mengekalkan sokongan yang sedia ada.

Pada 14 Julai ini, 12,293 pemilih, termasuk 25 pengundi pos, akan memilih calon mereka. Mereka terdiri daripada 99.22 peratus pengundi Melayu, 0.46 peratus Cina