Ikuti Blog ini

MANEK URAI : 1,000 Peraih Ikan Anjur Demontrasi Bantah UMNO


calon MU 4

Kira-kira 1,000 peraih dan peniaga ikan akan mengadakan perhimpunan Jumaat ini untuk membantah tindakan Umno yang didakwa telah memperlekehkan profesyen mereka, demikian dilaporkan Malaysiakini.

Mereka mendakwa, Umno dalam ceramahnya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai, telah perlekehkan profesyen peraih dan peniaga ikan.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, juga seorang peraih ikan.

Kenyataan yang dianggap memperlekehkan mereka itu, didakwa dibuat oleh ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan dalam ceramahnya malam tadi.

Perkara itu dinyatakan oleh penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam satu sidang akhbar pagi tadi.

Ketika ditemui kemudiannya, beliau berkata, bantahan tersebut akan diketuai oleh Presiden Persatuan Peraih dan Peniaga Ikan Kelantan, Ahmad Tarmizi Salleh.

Mereka akan berkumpul mulai jam 5 petang di pasar Laloh.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .