Ikuti Blog ini

Tok Guru Nik Aziz Rai Tahun Baru Cina.

http://buletinonline.net/images/stories/berita/cny1.gif




TERKEJUT UMNO DEMO BANTAH TOL

Terkejut juga apabila membaca laporan Utusan Malaysia On line 27/1/2009 yang menyatakan demo bantah tol di Kampung Medan dekat Kampung Dato’ Harun, kawasan Petaling Jaya Selatan.


Laporan menunjukkan demo itu dianjurkan oleh Umno bahagian Petaling Jaya Selatan yang berlangsung selama 2 jam bermula 9.30 pagi 26/1/2009.


Saya kata inilah satu sejarah di Malaysia apabila Umno membantah tol, selama ini apabila parti Pas dan parti lain daripada Umno buat, kita lihat Umno berpeluk tubuh dan senyum melihat rakyat kena belasah dengan FRU dan telan gas pemedih mata.


Demo anjuran pembangkang dianggap sebagai beruk jalanan seperti yang dikatakan oleh Khairi Jamaludin, ketika nbeliau komen mengenai himpunan BERSIH sebelum PRU 12. Nampaknya sekarang Umno sudah bertukar wajah dan watak? Ini satu perubahan teori Darwin dalam Umno.


Biasalah sekarang Umno tidak ada kerja, kontrak makin kurang, kerana lubuk emas sudah terlepas di Selangor. Maka demolah cara untuk hendak tarik perhatian rakyat kenonnya Umno yang memperjuangkan jantung hati rakyat, sedangkana Pakatan rakyat sudah lama mengatakan bahawa Tol (Tindas Orang Lalu). Pemimpin Umnolah yang duduk sokong sangat tol sewaktu mereka berkuasa dahulu. Sekarang apabila nyawa Umno sudah berada dipenghujung hayat maka baru mereka sedar tol membebankan rakyat. Memanglah pemikiran pemimpin Umno selalu lembab dan terkebelakang lebih 100 tahun daripada Pakatan Rakyat.


Demo ini mungkin hendak tarik perhatian kerana mereka kehilangan bekas ketua bahagia Petaling Jaya Selatan Dato’ Kepten Zahar Hashim yang menyertai Pas. Jadi hendak tunjuk kepimpinan sekarang begitu prihatin maka buatlah demo bantah tol untuk hendak bela rakyat.


"

Walau bagaimana pun kita bersyukur Umno sudah terima kaedah demo salah satu untuk hendak menuntut hak rakyat. Kalau ada lagi demo yang melibatkan kepentingan rakyat sila turun bersama-sama untuk bela rakyat. Teruskan usahamu dan jangan hangat taik ayam.




MB Perak, terima kasih kepada Dato' Nasaruddin

Dato Nasharuddin bersalam dengan Pengerusi BBC, Khalil Idham Lim bersama YB. Hj. Hussin(kiri) dan Setiusaha Politik MB, Hj. Misbahul Munir (kanan).

IPOH, 28 Jan :- Saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN Bota, Dato Nasaruddin yang membuat tindakan berani berubah kepada Pakatan Rakyat (PR), diharapkan dengan pengalaman beliau dapat membantu Kerajaan Perak. Demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar jamaluddin dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat ADUN Bota di pejabatnya di sini.

Dalam sidang akhbar itu juga Dato Nasharuddin mengesahkan beliau telah menyerahkan borang keahlian PKR Ahad lepas dan menghantar surat keluar dari UMNO sehari sesudah itu.

Hadir sama ialah Speaker Kerajaan Negeri, V. Sivakumar, Exco Kerajaan Negeri, Hj. Mohd. Zainuddin Mond. Yusof dan Tai Sing Ng, Juga ADUN pakatan Rakyat, Khalil Idham Lim (Titi Serong), Abdul Yunus Jamahari (Kuala Kurau), Hj. Husin Din (Selingsing), Sum Cheok Ling (Bercham), Chan Mung kai (Simpang Pulai), Chang Lih kang (Teja), Keseven (Hutan Melintang), Pengerusi PKR Negeri Perak , Hj. Osman Abd. Rahman, Setiausaha Keadilan Perak , Anwar Zakaria , Ketua Wanita Keadilan Negeri, Fathmawaty Salim , Bekas Pengerusi Keadilan Negeri, hj. Ismail dan pegawai pejabat Menteri Besar yang lain.

"Saya mengalu-alukan tindakan bijak ADUN Bota untuk sama-sama memajukan Negeri Perak, kita akan fokus untuk membangunkan Bota yang ramai bangsa Melayu, demikian juga peruntukan ADUN akan diberikan kepada beliau" Jelas Ir. Nizar dalam sidang akhbar tersebut.

Menjawab soalan dari wartawan adakah perlu diadakan pilihaanraya kecil, Ir.Nizar menjelaskan mengikut peruntukan undang-undang ianya tidak perlu kerana Dato ' Nasaruddin tidak berhenti dari menjadi ADUN.

Ir. Nizar mengatakan bahawa ramai yang bersetuju dengan tindakan ADUN Bota itu dan akan turun untuk memberi penjelasan. Menjawab soalan lain beliau menafikan dakwaan BN yang mengatakan tindakan Pakatan Rakyat menerima ADUN Bota adalah salah kerana Pakatan Rakyat sentiasa terbuka, dan itu adalah hak siapapun untuk membuat keputusan, dan saya harap jangan usik, ganggu dan kacau mereka untuk buat keputusan, tegas Ir. Nizar.

"Beliau masuk dengan tidak ada tawan, melainkan dengan niat suci dan pengorbanan yang tinggi" Jelas Ir. Nizar dan disahkan oleh Dato' Nasharuddin dengan katanya ringkas "tidak ada tawaran".

Selain itu apabila ditanya apakah pandangan beliau mengenai kemungkinan Tajol Rosli yang akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi UMNO negeri dan diganti oleh Najib, Ir. Mengatakan "sepatutnya letak jawatan lama dah, dan saya hormati apa saja keputusan beliau".

Ditanya kepada ADUN Bota adakah dapat mengubah keputusan sebelum ini apabila Najib memegang jawatan sebagai Pengerusi UMNO negeri, dengan ringkas beliau menjawab"InsyaAllah tidak". - Cina Islam



Rithauddeen: Mansuhkan sayap utama Umno

tengku ahmad rithaudeen tengku ismailUmno dicadang menyusun semula struktur organisasinya dengan memansuhkan sayap-sayap parti, jika ia benar-benar serius hendak menghapuskan gejala politik wang.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, berkata gejala politik wang dalam parti itu boleh dibendung jika pemilihan di dalam parti dapat dikurangkan, termasuk memansuhkan sayap-sayap parti, terutamanya yang baru ditubuhkan.

tengku ahmad rithauddeen"Saya dok (tidak) fikir perlukah ada Puteri dan Putera kerana lagi ada Puteri dan Putera banyak lagi duit dok main. Saya juga memikir barangkali Pemuda dan Wanita juga perlu dipertimbang (untuk dimansuhkan).

"Di England rasanya tidak ada womens or ladies association (saya wanita) baik dalam parti Konservatif mahupun Parti Buruh," katanya.

Kenyataan Tengku Ahmad Reetaudeen yang menyarankan agar PUTERI & PUTERA UMNO dimansuhkan adalah satu langkah yang bijak..alasannya adalah untuk mengelak politik wang...tapi kalau ikut pepatah "bapak kencing berdiri..anak kencing berlari.." kalau dah orang tua yang amalkan politik wang tak heran kalau orang muda mewarisi tradisi tu..ni nak salahkan siapa..?

Kalau pun dicantas tunasnya..sedangkan terasnya masih ada...maka tentu tunas baru akan tumbuh makin subur..kalau nak kenalah buang semua sekali..kemudian tanam pokok baru..

Dalam sidang akhbarnya di sini, pagi ini, beliau berkata ahli kedua-dua pergerakan itu seharusnya memberi tumpuan kepada pelajaran berbanding politik kerana masih muda dan belum sesuai untuk berpolitik.


Kesian kat diaorang penat berusaha untuk UMNO tapi dapat apa..hampeh je..kena kutuk lagi ada la...Emm nampaknya bab hargai Usaha orang muda ni PAKATAN RAKAYAT lebih BAGUS,sebab PIMPINAN PR tahu nak HARGAI orang MUDA....nampaknya lepas ni kalau diizin TUHAN ramai pulak la PUTERI/PUTERA UMNO ikut sama melompat....hahahaha...

Enam ditahan polis di hospital UM




Lima ditahan polis di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menjelang perarakan mayat A Kugan - didakwa mati dibunuh dalam jagaan polis minggu lalu - pada jam 2 petang ini.


a kugan detention death funeral ummc to puchong 280109 06Ketua polis daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberitahu dua daripada mereka ditahan jam 12.50 tengah hari ini dekat pintu masuk utama hospital itu.

Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang keempat-empat yang ditahan dan dibawa ke balai polis Brickfields.

Sementara itu, penyelaras Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) RS Thanendran pula ditahan polis kerana didakwa memakai baju T yang melambangkan pertubuhan itu yang kini diharamkan.

Mulai jam 2.05 petang ini, kira-kira 200 berjalan kaki mengiringi sebuah kereta Mercedes berwarna emas yang membawa mayat Kugan ke balai polis Taipan, Subang Jaya - tempat mendiang ditemui mati.


a kugan detention death funeral ummc to puchong 280109 08Mereka sampai depan balai polis berkenaan jam 3.20 petang kira-kira dua minit sambil melaungkan slogan.

Lebih kurang 400 orang mengiringi mayat mendiang di lokasi tersebut.

Mereka merancang berarak sejauh lebih 20km ke tanah perkuburan di Batu 14 Jalan Puchong.

a kugan detention death funeral ummc to puchong 280109 13





MAYAT Kugan diarak dalam suasana hujan lebat menuju krematorium di Batu 14 Puchong.

MAYAT Kugan diarak dalam suasana hujan lebat menuju krematorium di Batu 14 Puchong.

Proton MPV baru


Inilah rupa kenderaan pelbagai guna (MPV) keluaran terbaru Proton yang bakal dilancarkan pada April ini. Ia memaparkan reka bentuk menarik dan pasti mendapat sambutan baik daripada rakyat Malaysia kelak.


Model terbaru Proton ini yang gambarnya mula tersebar dalam Internet sejak seminggu lalu boleh memuatkan sekurang-kurangnya tujuh orang penumpang dan menggunakan enjin Campro 1.8 liter serta disasarkan pada harga sekitar RM80,000 sebuah.


Kenapa teragak-agak untuk tubuh Suruhanjaya Diraja siasat kematian Kugan.

Membunuh satu jiwa, sama seperti membunuh manusia seluruhnya. Begitu Al Qur’an menanam rasa kemanusian.

Baik satu jiwa kanak-kanak yang dibunuh tentera Israel, mau pun Kugan, rakyat kita yang mati dalam tahanan polis. Pembunuhan ini tidak boleh dibiarkan tanpa penghukuman.


Kami berpeluang menziarahi keluarga Kugan di Kinrara, Kuala Lumpur dan mendengar sendiri luahan kesedihan keluarga beliau mengenai misteri yang menyelubungi kematian itu. Seluruh badan Kgan cedera parah. Dikatakan Kugan tidak diberi makan dan minum selama tujuh hari, sepanjang dalam tahanan untuk siasatan. Mulutnya berbuih, selain berdarah. Luka berat di seluruh badan. Seakan Kugan dipukul samseng ganas dan bukan dari tahanan polis.


Apa kesalahan Kugan masih belum jelas. Prinsip ‘tak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’ nampaknya tak dihormati. Media menggunakan tag line ‘pencuri kereta mewah’, untuk memberikan imej negatif kepada Kugan. Kata-kata seperti itu menambahkan lagi luka dan kepiluan kepada keluarga Kugan dan masyarkat India juga.


Jawapan di Dewan Rakyat pada tahun lepas, seramai 1,535 orang mati semasa dalam tahanan polis, hanya dalam tempoh 4 tahun iaitu 2003 hingga 2007. Adakah ini tidak menakutkan? Angkanya tak jauh dengan kematian ummat Palestin akibat serangan Israel!


Jika pelbagai pihak menuntut penubuhan sebuah Suruhajya Siasatan Diraja, ia lebih dari wajar.


Jika Najib berjanji BN akan lebih berjiwa rakyat selepas BN tewas di Kuala Terengganu, kenapa teragak-agak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Kugan dan 1,535 orang yang lain dalam tahanan?
Besok, Rabu, mayat Kugan akan disemadikan. Diharap rakan pimpinan dan petugas PAS dapat sama mengiringi jenazah beliau.


Jika polis sukar mengesan pembunuh adik Shireen, pembunuh Kugan ada sekitar lokap polis dan sukar untuk dikesan.




Akhbar WATAN; Peguam Telah Diarahkan Mengambil Tindakan – Wahid

http://buletinonline.net/images/stories/berita/pertemuanduabekasexco.JPG
Kemaman – Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru dipilih, Mohd Abdul Wahid Endut telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji tindakan terhadap akhbar mingguan WATAN. (Gambar - pertemuan kembali dua bekas Exco Negeri Terengganu, Ustaz Awang Dagang Jusoh (kanan) pernah memegang protfolio Hal Ehwal Wanita dan Hubungan Kaum dari 1999 - 2004)

“Saya sudah menyerahkan kepada peguam saya untuk mengambil tindakan susulan (terhadap akhbar WATAN),”katanya kepada Buletinonline ketika ditemui sebelum berucap dalam ceramah sempena Majlis Kesyukuran Kemenangan PAS dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu yang diadakan di Geliga, dekat sini, malam semalam.

Beliau menegaskan berita bertajuk ‘Wahid Lepas ADUN’ yang disiarkan akhbar WATAN menjatuhkan maruah dan imej beliau sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat.

Katanya sebuah akhbar sepatutnya tidak menyiarkan satu ‘spekulasi’ tetapi menyiarkan berita sebenar yang dipertanggungjawabkan.

“Spekulasi bukan ‘berita’, dan apa yang disiarkan oleh akhbar WATAN berbentuk berita, bukan spekulasi,

“saya telah menafikan dan telah disiarkan oleh sekurang-kurangnya sebuah akhbar internet dan sebuah akhbar cetak, itu berita sebenarnya,”ujarnya.

Beliau berkata ekoran dari berita yang disiarkan oleh WATAN, beliau telah mendapat kesusahan, terganggu dan kegelisahan akibat mendapat banyak panggilan telefon dari pelbagai pihak yang bertanya tentang perkara tersebut.

“Termasuk (panggilan) dari pejabat MB Terengganu sendiri, meminta pengesahan dari saya, apakah benar berita sebagaimana yang disiarkan oleh WATAN,”jelas Wahid.

Menurutnya akhbar tersebut telah melanggar etika kerana mengeluarkan berita yang tidak tepat, apatah lagi kalu membuat satu berita ‘spekulasi’, tanpa membuat rujukan terlebuh dahulu.

Justeru katanya akhbar tersebut harus mengambil tanggungjawab (sekiranya tindakan diambil).

Harakahdaily Isnin, 26 Januari, 1.46am telah menyiarkan penafian Wahid terhadap berita akhbar mingguan WATAN Bilangan 22 Ahad 25-31 Januari.

Wahid dalam kenyataannya yang dipetik oleh wartawan Suhaimi Taib menyifatkan kenyataan akhbar tersebut dikeluarkan oleh orang yang 'desperado' dan cuba menfitnah dirinya.

Beliau meminta akhbar berkenaan membuat pembetulan atau menarik balik kenyataan tidak benar itu dengan menafikan beliau melepaskan jawatan sebagai ADUN Wakaf Mempelam.

Editor Akhbar Mingguan WATAN, Zabidi Haji Saidi tidak membuat pembetulan atau menarik balik kenyataan akhbarnya namun hanya mengaku berita yang dikeluarkan oleh akhbar dibawah seliaannya bertajuk ‘Wahid Lepas Adun’ hanya sebuah berita spekulasi.

Pengakuan Zabidi dibuat melalui tulisannya dalam Blog peribadinya selepas Buletinonline menyiarkan berita mendedahkan, sudah dua kali dalam bulan ini akhbar Mingguan WATAN seolah-olah sengaja mencari pasal dengan PAS.

Selain mendakwa Wahid akan melepaskan jawatan ADUN, akhbar tersebut telah melakukan provokasi dengan menyiarkan berita dengan tajuk sensasi ‘PAS Beli AKIM’ pada 10 Januari lalu.



Sekitar Demo Bantah Kekejaman Israel di Terminal Larkin,JB


Kira-kira 200 orang umat Islam mengadakan himpunan aman di perkarangan Terminal Larkin, JB dekat sini melahirkan bantahan ke atas kekejaman Israel terhadap umat Islam Palestin.

Himpunan aman yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Johor Bahru Dan NGO. Slogan-slogan anti-Israel dilaungkan dengan diselangi pekikan takbir bergemuruh sebaik sahaja pengerusi himpunan, Sdr Rosli Kemin merangkap YDP Pas Johor Bahru memulakan acara.

Bagi menunjukkan sokonngan, orang ramai yang hadir turut mengangkat sepanduk dan poster mengutuk kekejaman Israel tersebut.

Para Pemimpin Pas dan orang ramai seterusnya berucap mengutuk serangan ganas tentera rejim Zionis ke atas umat Islam Palestin yang kebanyakan terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Ketua Dewan Ulama Pas Johor ,Ustaz Abdullah Husin kemudiannya meneruskan ucapan dengan menyeru umat Islam tanpa mengira batasan fahaman politik bersatu mengutuk serangan ganas tersebutdan kemudiannya membacakan doa sebelum diakhiri dengan membakar duit dolar Amerika.Perhimpunan aman ini berakhir kira-kira jam 2.20 petang tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.


Bersama kita memboikot barangan Israel dan Amerika .....Ustaz membakar duit Dolar Amerika tanda membantah kekejaman israel terhadap Palasetin

Ustaz Abdullah Husin (Ketua Dewan Ulama Pas Johor) berucap sambil membaca doa penutup moga penduduk Palestin dilindungi oleh Allah
Juara Akedemik Nasyid Azhan Atan Turut bersama didalam demo tersebut..Tahniah Azhan..

YDP Pas Pulai Saudara Abdullah Idris turut berucap meneruskan kutukan terhadap Israel Laknatulallah..

Pihak keselematan bersama menjaga keamanan para pendemo dan keadaan sekeliling...

Tn Hj Kamaldin selaku YDP PAS Kota Tinggi bersama berucap dengan penuh semangat ....

Aku juga turut mengambil tempat untuk berucap menentang kekejaman Israel di Gaza..huhuhu


Sebahagian hadirin yang hadir tanda sokongan kepada bantahan tersebut..syabas rakyat Johor



Wakil Masyarakat Kaum India Turut berucap mengutuk kekejaman Israel...


Sdr Rosli Kemin (YDP PAS JB ) sebagai lead pada program Demo anjuran PAS Johor.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .