Ikuti Blog ini

Video & Gambar : Ceramah Mat Sabu Di Taman Kosas Ampang






Sumber gambar : Facebook Orenji Ren Oren

Imam 'baling kasut' Islamkan 2 banduan dalam penjara


KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun dihukum penjara setahun dek kerana membaling kasut ke arah hakim, tanggungjawab dakwah imam Hoslan Hussain tidak terhenti di sebalik jeriji besi.

Malah beliau dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua banduan dan mengajar agama dalam penjara.

(Isteri Hoslan, Noorliza [dua dari kiri] menerima sumbangan dari Zailah [kiri sekali]. Muslimat PAS memberikan komitmen untuk memberikan sumbangan tetap RM800 sebulan kepada keluarga imam Hoslan sepanjang beliau dipenjarakan)

Isterinya, Noorliza Mohd Isa ketika berkongsi keadaan terkini Hoslan berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya. -Hrkh

MB Selangor Sahkan Hasan Ali Campurtangan Urusan Tender

Shah Alam - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa wujud amalan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh bekas anggota Exco Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam pemberian kontrak membabitkan projek prasarana di Selangor.

Khalid berkata, amalan itu dilihat berlaku apabila Hasan dikatakan mencadang serta menentukan syarikat-syarikat kontraktor untuk diberikan tender bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut.

"Saya menerima laporan audit menunjukkan Hasan campur tangan dalam hal itu (pemilihan kontraktor), cuba cadang dan tentukan siapa (syarikat) yang dapat.

"Saya akan adakan temu duga kontraktor-kontraktor yang terlibat untuk

mengetahui bagaimana mereka dapat kontrak tersebut," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), semalam.

Ia salah satu daripada tiga perkara dibangkitkan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada sidang Dun Jumaat lalu.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, mendakwa Hasan telah membazir wang kerajaan negeri ketika menjawat jawatan

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri.

Bagaimanapun menurut Menteri Besar, kos pengubahsuaian pejabat Hasan semasa menjadi Exco negeri yang dikatakan berjumlah ratusan ribu ringgit adalah mengikut tatacara kewangan ditetapkan.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak supaya tidak mempersoalkan isu pengubahsuaian pejabat tersebut sebab "tidak mahu mengambil masa menjelaskan
perkara itu."

Azmin mendakwa, antara pembaziran Hasan ialah membelanjakan lebih RM300,000 untuk mengubahsuai pejabatnya.

Abdul Khalid turut menyatakan bahawa anggota Exco Kerajaan Negeri Ean Yong Hian Wah membelanjakan RM146,000 untuk kerja-kerja pengubahsuaian pejabatnya diikuti dengan Rodziah Ismail RM119,000, Ronnie Liu Tian Khiew (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000) manakala Halimah Ali tiada rekod memandangkan beliau tidak membuat sebarang ubah suai pejabat. TVS

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .