Ikuti Blog ini

Ustaz Hassan Shukri: Tekad Pertingkat Bidang Pendidikan Islam

Mantan Senator, Hassan Shukri, 70, nyata tidak menduga sumbangannya dalam pendidikan Islam membolehkan beliau dinobatkan sebagai Tokoh Ma'al Hijrah 1431 Hijriah peringkat negeri Selangor

Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, sumbangannnya dalam bidang pendidikan Islam bermula dari Perak hinggalah ke Selangor.

Katanya, sikap kepeduliannya kepada masyarakat membuatkan beliau mudah didekati rakyat setempat sekaligus berpeluang menjalankan usaha dakwah ke seluruh Malaysia setelah menyertai PAS pada awal 1970-an.

"Ini adalah kerana peranan saya pada waktu itu banyak menumpukan kepada nak meningkatkan pendidikan dan juga sistem pelajaran di Sekolah-sekolah Rendah dan juga Menengah Agama Rakyat di seluruh negeri Perak. Di negeri Selangor saya juga banyak memberi perhatian terhadap perkembangan-perkembangan yang ada kaitan dengan masyarakat," Hassan berkata demikian kepada Tv Selangor yang ditemui di kediamannya di Taman Melewar, Batu Caves semalam.

Katanya, anugerah itu menjadi motivasi kepadanya untuk terus memperjuangkan dakwah Islam selain memperkukuhkan PAS sebagai sebuah parti bertunjangkan Islam sebagaimana yang ditunjukkan dalam peristiwa hijrah Rasulullah.

"Saya tidaklah pernah bahawa sesungguhnya kerja-kerja saya itu akan dinilai, akan dianugerah dan sebagainya. Tetapi nampaknya saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dan juga Majlis Agama Islam Negeri Selangor serta Kerajaan Negeri Selangor yang telah memilih saya untuk dianugerahkan sebagai Tokoh Ma'al Hijrah negeri Selangor bagi tahun 1431 Hijriah," katanya.

Beliau yang memulakan kerjaya guru di Madrasah Yahyawiyyah, Perak pada 1958 ini menambah, kepercayaan yang diberikan tidak akan dipersiakan malah bersedia menyumbangkan pemikiran kepada usaha memperkukuhkan akidah dan keyakinan umat Islam di negara ini.

"Insya Allah saya akan memberikan sumbangan setakat mana yang boleh untuk meningkatkan lagi pemikiran ataupun pandangan umat Islam dan juga memperkukuhkan akidah dan keyakinan umat Islam di negara kita ini supaya mereka sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam dan berusaha untuk melaksanakan syariat Islam itu dalam semua aspek kehidupan," katanya.




Celakalah penulis blog memburukkan pentadbiran TG Nik Aziz.


KOTA BHARU, 29 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan dua pegawainya dipecat di samping menafikan exconya, Datuk Husam Musa meletakkan jawatan.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di kediaman Menteri Besar hari ini, beliau memberitahu niat setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haroun untuk meletakkan jawatan sudah lama dinyatakan.

Ianya dibuat atas sebab Anual mahu menumpukan kepada bidang penulisan dan syarikat beliau dan juga atas masalah kesihatan anak bongsunya yang harus diberi penumpuan.

------------------------------------------------------------

(Gambar: TG Nik Aziz dalam sidang medianya petang ini. Di kiri dan kanan beliau adalah Datuk Mohamad Daud-ketua dewan Ulama megeri dan Nik Amar - Timbalan Pesuruhjaya III)

-----------------------------------------------------------

Manakala setiausaha akhbarnya pula, Mohd Saiba Yaakob akan habis kontrak hujung bulan ini.

Apa yang berlaku katanya bukan rombakan tetapi prosedur biasa lantikan politik apabila seseorang itu tamat kontrak.

Anual Bakhri mula memegang jawatan berkenaan pada tahun 1999 selepas Datuk Husam Musa mengosongkan jawatan berkenaan untuk bertanding dalam pilihanraya umum tahun berkenaan bagi mewakili Parlimen Kubang Kerian.

Manakala Mohd Saiba pula mula memegang jawatan berkenaan pada tahun 2003.

TG Nik Aziz juga menolak spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.

Sebaliknya TG Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan beliau.

“Mana boleh dia (Husam) letak jawatan...Datuk Husam ini antara yang saya sayang, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.

Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, TG Nik Aziz berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”

Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, TG Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, “celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang.”

“Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah beliau.

Husam juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan. Malah juga diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa berkaitan isu pertikaian royalti minyak untuk negeri itu.

Gambar Menarik, Berita Panas Tapi Mesra Alam

Atas, ialah Gambar Menarik.

TGNA maklumkan, Kerajaan PAS Kelantan bersedia meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar negeri itu. = Berita Panas (untuk UMNO)

وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي ٱلزَّبُورِ مِن بَعْدِ ٱلذِّكْرِ أَنَّ ٱلأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ ٱلصَّالِحُونَ
ayat 105, surah al-Anbiya^.
Terjemahan: "Dan sesungguhnya Kami telah menuliskan di dalam Zabur, sesudah peringatan, bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh."

إِنَّ فِي هَـٰذَا لَبَلاَغاً لِّقَوْمٍ عَابِدِينَ
ayat 106, surah al-Anbiya^.
Terjemahan: "Sesungguhnya dalam hal ini cukup untuk kaum yang menyembah Allah."

وَمَآ أَرْسَلْنَاكَ إِلاَّ رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
ayat 107, surah al-Anbiya^.
Terjemahan: "Dan Kami tidak mengutuskan kamu, wahai Muhammad, melainkan menjadi rahmat untuk seluruh alam."
= Mesra Alam.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .