Ikuti Blog ini

Tindakan Perlu Diambil Ke Atas Khalid Abu Bakar

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar wajar dipanggil untuk siasatan kerana orang yang paling banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang meragukan sepanjang isu siasatan polis terhadap kematian Teoh Beng Hock.

Di dalam tulisan GB sebelum ini telah dinyatakan, Bernama melaporkan bahawa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata beliau kecewa dengan tindakan anggota exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah yang tidak bekerjasama dengan polis ketika diminta memberi keterangan mengenai kematian setiausaha politiknya, Teoh Beng Hock.

GB juga telah menyatakan bahawa kenyataan Ketua Polis Selangor itu jelas satu PEMBOHONGAN.

Beliau berkata: "Beliau menyuruh kita datang ke pejabatnya pada pukul 3 petang tetapi apabila pegawai kita pergi ke sana, kita diminta pula untuk menunggu hingga pukul 6 petang.

"Apabila sudah pukul 6 petang, exco itu enggan memberikan keterangan dengan alasan Menteri Besar Selangor memaklumkan kepadanya bahawa percakapan saksi tidak boleh dirakamkan selepas pukul 6 petang."

Kenyataan terakhir itu jelas merupakan satu sindiran dan penghinaan kepada Menteri Besar Selangor yang telah mengeluarkan arahan tiada sebarang rakaman saksi dilakukan selepas pukul 6 petang bagi mengelakkan kejadian yang menimpa Teoh berulang.

Benarkah exco itu tidak memberi kerjasama? Jawapannya dilampirkan dan adalah berita dari agensi berita yang sama melaporkan kenyataan Khalid Abu Bakar berkenaan iaitu BERNAMA.


Ean Yong dan setiausaha sulitnya beri keterangan kepada polis

SHAH ALAM: Polis hari semalam mengambil keterangan daripada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini berhubung kematian setiausaha politiknya, Teoh Beng Hock.

ASP Mohd Amirul Abdullah dari Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam mengambil keterangan daripada Yong selama tiga jam mulai pukul 3.30 petang dengan ditemani peguamnya Keppy Wong.

Polis turut mengambil keterangan daripada Setiausaha Sulit Yong, Hiew Kim Boon. Keterangan beliau diambil oleh ASP Mohd Hafiz Yaakob dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang dari pukul 3.55 hingga 5.25 petang di pejabat yang sama.

Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam Shah Alam Khamis lalu selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Yong berkata beliau telah menjawab 50 soalan dalam 11 muka surat yang ditanya oleh ASP Mohd Amirul daripada pelbagai sudut termasuk prestasi kerja, masalah kewangan dan keperibadian Teoh sebelum disoal siasat oleh SPRM, Rabu lepas.

Beliau berharap keterangan yang diberikan itu dapat membantu siasatan.

Sementara itu, Yong berkata beliau telah membatalkan semua temu janji dari pukul 3 hingga 6 petang semata-mata untuk bekerjasama dengan polis dalam siasatan.

"Sebenarnya, IO (pegawai penyiasat) tiba pada pukul 3.40 petang dan mengambil keterangan (Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah M.) Mahoran terlebih dulu sehingga hampir pukul 7 malam," katanya mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar semalam bahawa beliau tidak bekerjasama dengan polis ketika diminta memberi keterangan semalam.

"Saya yang menunggu IO, bukan IO tunggu saya...saya telah batalkan semua temu janji saya semata-mata untuk bekerjasama dengan polis," katanya. BERNAMA



Tok Guru Goes Organic


To view more photos at the launching of SRI Organic Paddy Field, please click here. To read about SRI Organic, please click here. To view the photos of the the paddy field, click here.



Ku Li bebas terima pelawaan



Sudah tiba masanya veteran Umno yang juga bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan pendirian politiknya secara jelas.


Ini memandangkan anggota parlimen Gua Musang itu kini lantang mengkritik kerajaan Barisan Nasional. Terbaru Ku Li menyokong usaha kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak 5 peratus daripada Petronas.

Ekoran itu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim mempelawa Ku Li menyertai KeADIlan untuk bersama berjuang menegakkan keadilan.

Saranan bekas anggota parlimen Kota Bharu itu turut mendapat reaksi positif PAS Kelantan.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato'Ahmad Yakob berkata, sesiapa pun boleh menyertai mana-mana parti dan saranan yang dibuat Zaid sudah tentu mempunyai alasan tersendiri.

"Bagi saya itu kebebasan dalam demokrasi berpolitik, sesiapa saja boleh memberi saranan dan mereka yang dipelawa boleh bertindak sewajarnya," kata beliau pada sidang media selepas majlis pecah tanah dan solat hajat membina rumah kedai di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan ramai pemimpin Umno mengecam tindakan Zaid mempelawa Ku Li menyertai KeADIlan termasuk Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ku Li pada 1987 pernah keluar Umno dan menubuh Parti Semangat Melayu 46 setelah gagal dalam pertandingan merebut jawatan Presiden Umno di tangan Tun Dr Mahathir Mohamed.

Ditanya kemasukkan bekas Menteri Kesihatan, Dato' Chua Jui Meng bersama KeADILan Ahmad yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat berkata, Umno kini berada dalam gelisah kerana semakin ramai pemimpin kanan BN menyertai Pakatan Rakyat.

"Umno dan BN seharusnya mengambil isu itu sebagai satu pengajaran setelah semakin ramai pemimpin mereka meninggalkan parti dan menyertai Pakatan Rakyat," ujar beliau.

Ketua Kampong Perak Saman Kerajaan Negeri Perak




Peguam memberikan sedikit penerangan kepada Ketua-Ketua Kampong berhubunghasil perbicaraan sebentar tadi


22 Julai, Ipoh : Ketua-Ketua Kampong Negeri Perak yang dilantik oleh YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Bin Jamaluddin , telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Ipoh pagi tadi satu semakan kehakiman ; memohon relif-relif berhubung pemecatan atau penamatan perkhidmatan kesemua Ketua Kampong berkuatkuasa 16 April, 2009 oleh kerajaan Negeri Perak.

Status-Quo mereka ialah, mereka masih lagi
Ketua Kampong yang sah apabila Mahkamah
menerima affidavit mereka pagi tadi

Ketua Kampong Sungai Ati , Padang Rengas, Mohd Ridzuan Bin Asit telah menuntut bagi pihak diri sendiri dan sebagai mewakili kesemua Ketua Kampong berkenaan.Mereka telah diwakili oleh tiga orang panel Peguam.

Ketua-Ketua Kampong menuntut supaya mahkamah membatalkan keputusan dan tindakan Kerajaan Negeri untuk memecat ataupun menamatkan perkhidmatan mereka yang telah dilantik oleh YAB Dato' Ir Hj Mohammad Nizar dan menuntut untuk mendapatkan perintah mandamus yang mewajikan respondan (Kerajaan Negeri Perak) untuk melantik semula kesemua Ketua-Ketua Kampong dan Pengerusi JKKK sehingga 31.7.2010.

Peguam Yussuf Ali bersama Chan dikerumuni
pihak media selepas keluar dari bilik mahkamah

Mereka juga menuntut perintah deklarasi bahawa pemecatan mereka atau penamatan perkhidmatan tersebut adalah tidak sah, batal dan kosong dari segi undang-undang.

Mereka juga memohon untuk mendapatkan perintah injunksi untuk melarang Responden atau agen-agen Responden , atau pengkhidmat-pengkhidmat Responden dari melantik sesiapa yang lain sebagai Ketua Kampong ataupun Pengerusi JKKK ataupun memberi kepada kepada sesiapa yang lain hak-hak ataupun kuasa-kuasa Ketua Kampong ataupun Pengerusi sebelum 31.7.2010

Satu pertanda baik terukir melalui senyuman
dua peguam muda ini, Leong dan Chan

Hakim yang bersidang bersetuju untuk mendengar tuntutan-tuntuan tersebut termasuk tuntutan gantirugi atau gantirugi punitive, keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada pemohon dan kesemua Ketua Kamnpong yang terlibat.

Satu siasatan dan taksiran akan dibuat bagi menentukan gantirugi untuk dibayar kepada pemohon serta lain-lain relif yang Mahkamah anggap suaimanfaat.

Perbicaraan akan disambung pada 2 September akan datang - al-husseyn


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .