Ikuti Blog ini

BERITA GEMPAR ! BUMI KELANTAN (DARATAN) ADA TELAGA MINYAK...PATUT UMNO GILA NAK TAWAN KELANTAN..!!! (+video)



 Menurut sesetengah pihak juga sumber info dari Petronas Negeri Kelantan ( DARATAN ) mempunyai Minyak mentah.

Husam Musa berkata, kerajaan negeri akan menulis surat kepada Petronas untuk membuat kajian seismik sendiri terhadap kemungkinan itu.

Kerajaan Kelantan percaya kemungkinan wujudnya telaga minyak di daratan negeri itu yang membolehkannya mendapat hak milik royalti 100 peratus untuk diagihkan kepada rakyat.

Exco Kelantan Datuk Husam Musa berkata, pihaknya mendapat maklumat Petronas sudah pun membuat kajian seismik membuktikan Kelantan mempunyai telaga simpanan minyak di beberapa kawasan darat termasuk di Kota Bharu.

 “Jadi sebenarnya Kota Bharu itu duduk atas telaga minyak,” katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Tinggi di sini.

Sehubungan itu Husam berkata kerajaan negeri akan menulis surat kepada Petronas untuk membuat kajian seismik sendiri terhadap kemungkinan itu.

Katanya, wujud satu akta yang memberi hak sepenuhnya kepada kerajaan negeri pengeluar hasil sumber yang ditemui di daratan termasuk bijih timah, emas, gas dan petroleum.

“Bila ada Kelantan takkan bagi sesen pun kepada sesiapa…kita akan ambil 100 peratus untuk diagihkan kepada rakyat kita,” katanya.

Beliau memberikan respon sedemikian selepas Petronas pada minggu lalu berjaya menemui minyak dan gas di telaga Adong Kecil West-1 di Blok SK333, di daratan Sarawak selepas kali terakhir ditemui 24 tahun lalu di Medan Asam Paya.

Petronas dalam kenyataannya berkata telaga itu terletak kira-kira 20 kilometer di timur laut pekan Miri selepas digerudi pada kedalaman 3,170 meter dan menemui kira-kira 349 meter ketebalan bersih hidrokarbon.

Tiga penemuan di daratan 

Setakat ini, tiga penemuan dibuat di daratan Sarawak, iaitu Miri, Asam Paya dan medan Adong Kecil West, seperti dilaporkan Bernama.

Husam sebelum itu memfailkan permohonan injuksi bagi menghalang Petronas daripada membuat bayaran lima peratus yang sepatutnya dibuat kepada Kelantan oleh kerajaan Pusat untuk diagihkan ke negeri lain.

Permohonan difailkan melalui Tetuan Tommy Thomas yang mewakili kerajaan negeri Kelantan.

Kerajaan negeri dalam afidavitnya berkata Petronas tidak berhak membuat sebarang bayaran kepada Pusat kerana pertikaian tuntutan royalti antara kedua pihak sejak tahun 2010 masih lagi dalam prosiding mahkamah.

“Kita bimbang kalau wang tersebut belum dibayar, besok kalau Kelantan menang (kes) kita bimbang Petronas tak boleh bayar lagi duit tersebut.

“Sebab itu kita tahan Petronas daripada membayar…dan pada masa yang sama jumlah bayaran perlu dimasukkan dalam satu akaun khusus yang dikendalikan oleh peguam ikut arahan mahkamah,” katanya.

Ini berikutan kenyataan Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas yang enggan campur tangan dalam sebarang desakan tuntutan royalti, sebaliknya hanya mahu membayar keuntungan dalam bentuk dividen kepada Pusat.

Terbaikkkk : Koleksi Gambar Gambar Ustaz Azhar Idrus [UAI]


Adakah anda Like PAS..ujar UAI
UAI bersama anak manjanya


 Uai Bersama Gurunya
 UAI bersaantai bersama warga kota


Fuiyoooo..UAI..Ikon Baru Anak Muda..Koleksi dan klik lagi berita menarik di sini Nukilan Abu Luqman

Inilah buah hati pengarang jantung Najib...


Rosmah Mansor Bersumpah CINCIN RM24 Juta Bukan Miliknya Kerana Rosmah Mansor Tiada Duit! Kes Tutup?

Mungkinkah isu cincin Rosmah Mansor ini ada dimasukkan dalam sebahagian daripada 164 halaman mukasurat yang berharga RM150 dalam buku biografi Rosmah Mansor? Sebelum ini suami Rosmah Mansor, iaitu Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib Razak pernah bersumpah di masjid di Permatang Pauh, Pulau Pinang mengenai isu pembunuhan Altantuya Shariibuu. Kali ini giliran Rosmah Mansor pula…Kontroversi isu cincin RM24 mula meletup sejak 2 tahun lalu. Dan ini jawapan dan penjelasan terkini Rosmah Mansor mengenai isu ini untuk tahun 2013:


Datin Seri Rosmah Mansor boleh bersumpah dengan nama Allah beliau tidak pernah memiliki cincin bernilai RM24 juta seperti mana ramai yang mendakwa Rosmah mansor memilkinya
Rosmah Mansor mengakui pernah melihat cincin RM24 juta tersebut dan Rosmah Mansor berani bersumpah bagi mematahkan dakwaan isu cincin RM24 juta itu.

Antara bait-bait perkataan yang menarik perhatian kami semasa penjelasan Rosmah Mansor mengani isu cincin RM24 juta ini ialah :

“Sebaliknya, cincin tersebut dipamerkan kepada mereka yang mempunyai wang. Saya tidak mempunyai wang, jadi saya hanya melihat (dan merasakan) ianya benar-benar cantik, itu saja,” kata Rosmah Mansor

Isu Cincin RM24 Juta : Video Rosmah Mansor Tidak Kisah Bersumpah!



Cuma kami ada sedikit kemusykilan selepas meneliti semula isu cincin RM24 juta. Kastam sudah mengesahkan cincin RM24 juta ini masuk ke Malaysia. Malangnya, tiada pembeli? Datang jauh-jauh ke Malaysia semata-mata untuk memuaskan hati penonton untuk melihat keindahan cincin tersbeut. Kemudian dipulangkan semula kepada syarikat yang merupakan pemilik cincin RM24 juta tersebut berdasarkan kenyataan menteri di Parlimen. Begitu?

Apa kata anda pula mengenai isu cincin RM24 juta ini selepas mendengar penjelasan dan “keberanian” Rosmah Mansor bersumpah untuk menafikannya? ~ RM

ANAK mahu mahkamah benar Pakatan masuk Felda


NGO Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) merancang untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bagi membatalkan sekatan Felda ke atas ceramah anjuran Pakatan Rakyat di dalam kawasan tanah rancangan tersebut.

Peguam ANAK Mohd Harris Abdullah berkata pihaknya akan memohon supaya mahkamah memutuskan bahawa sekatan melalui penguatkuasaan Seksyen 34 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 itu tidak sah.

Jelasnya, peruntukan itu memberi kuasa kepada Felda untuk melarang sesiapa sahaja memasuki tanah rancangannya.

Mohd Harris berkata peruntukan itu bercanggah dengan peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan rakyat bergerak bebas dan bermastautin di mana-mana kawasan dalam Persekutuan.

Peguam tersebut berkata, sekatan seperti itu boleh dilihat melalui satu surat yang dikeluarkan pejabat Felda Jengka 12 dan diterima ketua PAS kawasan cawangan berkenaan.

Surat bertarikh 11 Januari itu, menyatakan bahawa pihak berkuasa Felda dan Jawatankuasa Perunding Peneroka memutuskan untuk "tidak membenarkan sebarang ceramah atau provokasi yang melibatkan politik diadakan di kawasan Felda Jengka 12 sebelum pembubaran parlimen dilakukan."

Mohd Harris berkata ANAK akan mengemukakan surat berkenaan dalam permohonan mereka di Mahkamah Tinggi Kuantan minggu depan.

"Perbuatan Felda melanggar perlembagaan. Minggu depan kita akan ke mahkamah untuk memohon pengisytiharan bahawa arahan itu tidak sah," kata Mohd Harris dalam sidang media di ibu pejabat PAS semalam.

Sementara itu, presiden ANAK Mazlan Aliman pula menjelaskan, surat tersebut bagaimanapun tidak menyatakan bahawa sekatan dibuat berdasarkan peruntukan Akta Kawasan Penempatan Berkelompok.

Beliau mendakwa, perkara itu hanya dinyatakan oleh pihak Felda kepada peneroka secara lisan dan pertemuan mereka.

Katanya, Felda tetap membuat keputusan berkenaan walaupun polis juga telah memberi maklum balas mengikut Seksyen 14(1) Akta Perhimpunan Aman dan mengenakan syarat kepada mereka berhubung penganjuran ceramah itu.

Dalam sidang media itu, Mazlan turut mendakwa bahawa sekatan yang dikenakan Felda ke atas kegiatan Pakatan kini lebih agresif semenjak mereka mengadakan jelajah ke kawasan peneroka berkenaan dalam program Kembara Oren pada Disember lalu.

"Ini menimbulkan usasana tidak tenteram (di Felda). PAS dan PKR ada cawangan di seluruh tanah rancangan Felda.

"Daripada 317 Felda, saya boleh kata sekurang-kurangnya 280 tanah rancangan (yang mempunyai cawangan PAS dan PKR)... Kenapa nak disekat?," soalnya. -M'kini

Nama Islam Pada Parti: PAS Perlu Ambil Tindakan Terhadap BERNAMA & Rahim Tamby Chik



Gubal undang-undang larang parti politik guna nama Islam

MELAKA - Satu peraturan atau undang-undang melarang penggunaan nama Islam oleh sesebuah parti politik perlu diwujudkan agar tidak dimanipulasi dan disalahguna sesetengah pihak demi kepentingan politik, kata bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik.

Beliau berkata, parti yang menggunakan nama Islam boleh merosak dan memburukkan kedudukan, imej serta reputasi agama itu sendiri.

Merujuk penggunaan nama Islam pada Parti Islam Semalaysia (Pas), beliau berkata, parti itu menggunakan nama Islam semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan dan melancarkan kutipan dana bagi projek pembinaan surau baru sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang di sini, hari ini.

Sementara itu, Rahim yang juga Pengerusi Risda mahu kerajaan memandang serius terhadap kehadiran sekolah-sekolah pondok yang ditaja parti politik kerana dilihat cenderung menanam rasa kebencian terhadap musuh politik mereka. - Bernama

PAS boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas BERNAMA dan Rahim Tamby Chik kerana masih menimbulkan isu yang telah diputuskan Majlis Fatwa Kebangkasaan yang sudah dikeluarkan pada 31 Mac 2000 peristiharan Majlis Raja-raja pada mesyuarat ke-188.

Fatwa sudah dikeluarkan pada 31 Mac 2000 menyatakan

"1. Tiada halangan untuk menggunakan perkataan "Islam" oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplinkan ilmu, iman dan ehsan. Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan "Islam" untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada."



Akhbar pencacai UMNO sendiri, Utusan, pernah melaporkan bahawaMajlis Raja-Raja juga pada 22 Mac 2001 telah memutuskan bahawa ia tidak menghalang penggunaan perkataan Islam pada mana-mana pertubuhan dan parti politik.

Ia juga memutuskan bahawa tiada pihak berhak menentukan keislaman seseorang itu dengan mengenakan syarat-syarat tambahan setelah orang itu menepati rukun Iman dan rukun Islam.


Keputusan itu yang dibuat berdasarkan usul Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, dicapai pada mesyuarat ke-188 Majlis Raja-Raja selama dua hari di Istana Negara.


Ternyatalah bahawa gesaan Rahim Tamby Chik itu adalah sesuatu yang karut malah menghina Majlis Fatwa dan Majlis Raja-raja yang telah memutuskan dengan jelas dan tegas: bahawa ia tidak menghalang penggunaan perkataan Islam pada mana-mana pertubuhan dan parti politik. -GB

Pelajar Ikon Listen Listen , Miss Bawani Ziarah Tuan Guru Nik Aziz di pejabatnya

YAB Tuan Guru sedang menulis sesuatu untuk diberikan kepada seorang pelajar UUM, Saudari Bawani K.S yang mengunjungi beliau di Pejabat Menteri Besar hari ini. 

Semoga Bawani mendapat petunjuk  yang terbaik dalam kehidupannya. Nukilan ABu Luqman.. 

Utusan Malaysia diberi percuma di UIAM, tapi orang tak mahu baca

SEBELUM ini pernah didedahkan di MiLo SuaM bagaimana Utusan Malaysia diedarkan secara percuma di Kedah dengan tajaan pihak tertentu memandangkan jualannya sudah merudum teruk rujuk sini ~ Utusan Malaysia percuma.

Difahamkan akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di mahkamah kerana memfitnah itu rupanya turut diedarkan di Universiti Islam Antarabangsa, UIAM dengan tajaan pihak tertentu.

Almaklumlah, kalau nak jual sudah tiada lagi orang nak beli, siapa nak beli akhbar kaki fitnah betul tak? Mahu tak mahu terpaksalah edar secara percuma. Namun apa yang lucunya, sudah diberi percuma pun, orang masih tak mahu baca kah kah kah...

Perkara ini didedahkan oleh salah seorang sahabat pembaca yang barangkali merupakan pelajar di UIAM. Beliau menyaksikan sendiri, banyak longgokan akhbar Utusan Malaysia yang tidak diusik di salah sebuah kolej di Universiti tersebut.



Beliau sempat mengambil gambar sebahagian daripada longgokan-longgokan akhbar Utusan Malaysia itu. Menurutnya lagi,  longgokan-longgokan yang, lain sudah dibawa keluar oleh pekerja pembersihan (makcik cleaner) di situ barangkali untuk dijual di pusat kitar semula.


Semalam, sekali lagi Utusan Malaysia menanggung akibat di mahkamah hasil daripada fitnah isu LGBT akhbar milik Umno itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim awal tahun lalu.

Hakim Datuk VT Singham dalam penghakimannya mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan beliau dicemuh dan dipandang hina.

Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala ganti rugi akan ditetapkan pada 15 Februari. Hakim turut marah kerana akhbar Utusan Malaysia gagal untuk mengamalkan etika kewartawanan yang bertanggung jawab.

Utusan Malaysia memfitnah kononnya Anwar Ibrahim mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan menuduh Anwar mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT)

ReJaM© "Kita doakan moga-moga Utusan Syaitan ini cepat muflis..."-Milo Suam

Tun Siti Hasmah bertudung litup dah!!

TunHasmah 
Tudung. Gambar bini Mahathir, Tun Siti Hasmah bertudung. Kalau betul-betul, bukan kerana sesuatu majlis, alhamdulillah. 

Permaisuri Agung pun dah mengenakan tudung sepenuh masa kini [SINI], eloklah kalau Tun Siti Hasmah mengikuti jejak langkah beliau dan bukannya hanya ‘part time’ bertudung. Gambar di atas dari fanpage Facebook Tun Mahathir.

Khabarnya Rosmah juga ingin bertudung litup, tarikhnya setelah parlimen bubar!!

7 janji: Najib hina rakyat Kelantan


KOTA BHARU: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, menyifatkan tawaran tujuh projek pembangunan jika BN menang di Kelantan sebagai suatu penghinaan pada rakyat di negeri itu.

Menurutnya, meletakkan syarat kemenangan BN Kelantan dalam PRU 13 untuk melaksanakan tujuh projek mega Kerajaan Persekutuan amat tidak wajar kerana hak wajib yang patut mereka perolehi melebihi tujuh projek pembangunan.

Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri berkata demikian dalam sesi wawancara dengan Harakah dan Harakahdaily di pejabatnya petang ini.

Menurutnya, Kelantan sebahagian daripada Malaysia dan menjadi tanggungjawab Persekutuan menyediakan kemudahan sebagaimana negeri-negeri lain.

“Kemenangan tidak seharusnya dijadikan syarat sekiranya Kerajaan Persekutuan jujur dan menghormati rakyat Kelantan kerana apa yang dijanjikan adalah hak rakyat Kelantan dalam negeri berdaulat di Malaysia.

“Tujuh projek mega yang dijanjikan juga sebagai pengulangan kepada janji terdahulu sebelum PRU 12. Jika royalty Petroleum Kelantan diberikan sebagaimana tuntutan sebanyak RM12 billion, Kerajaan Negeri boleh laksanakan sendiri apa yang dijanjikan,”ujarnya.

Tambahnya, sebagai contoh dengan RM50 juta kos pembinaan masjid ikonik, RM2 billion untuk lebuh raya dan lain-lain janji yang disenaraikan yang jumlahnya tidak sampai RM12 billion berbanding tuntutan Kelantan terhadap royalty Petroleum.

Sambungnya rakyat Kelantan tidak harus diberikan hak yang lebih rendah dari apa yang sepatutnya mereka dapat.

Beliau menambah hak pemberian royalti petroleum langsung tidak disebut dalam ucapannya untuk negeri ini, selain Jawatankuasa Khas yang sengaja dicipta untuk dilengahkan pemberian royalty Petroleum atau bayaran tunai kepada Kelantan.

Malangnya, menurut beliau lagi dalam kes Terengganu dan Pahang tidak ada Jawatankuasa Khas ditubuhkan, namun negeri itu telah mendapat hak masing-masing.

“Terengganu mendapat hak royalty Petroleum dan Pahang diumumkan untuk diberikan royalty sekalipun hasil minyak belum dikeluarkan,”ujarnya.

Husam yang juga Naib Presiden PAS seterusnya berkata, janji pembinaan Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai amat memalukan kerana dalam RMK-9 telah disebut dan kemudiannya dibatalkan.

Janji-janji tersebut sebenarnya telah diciplak dari Kelantan khususnya pembangunan Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai dan Stadium yang telah dijadikan projek Kerajaan Negeri.

Katanya, Cadangan projek yang seharusnya diberikan keutamaan oleh Kerajaan untuk kebaikan penduduk Kelantan dan bukan hanya menyebut tujuh projek ulangan yang berskala kecil.

Sambungnya, kerajaan Pusat seharusnya memberi tumpuan pada pembinaan Benteng Sungai Golok untuk mengelak banjir yang sering berlaku di kawasan berdekatan ekoran limpahan Sungai Golok.

Selain itu, katanya pemberian status Lapangan Terbang Antarabangsa kepada Kelantan misalnya boleh menjadi katalis kepada pemacuan ekonomi Kelantan.

Bagaimanapun, menurutnya hak pemberian status ini sehingga ke hari ini tidak diberikan.

Beliau bagaimanapun yakin, rakyat Kelantan  matang dan tidak mudah termakan  janji-janji politik sebegitu. -Hrkh

Sebab Pulut Santan Binasa... Hassan Ali Bakal Disaman...



Anwar pertimbang ambil tindakan ke atas Hassan Ali

KUALA LUMPUR 21 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim pertimbang mengambil tindakan lanjut terhadap Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali ekoran kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN itu dalam Utusan Melayu.

“Kita akan fikir apa tindakan wajar perlu diambil terhadap Hassan Ali. Saya akan bincang dengan peguam,” kata Anwar ketika ditemui selepas penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Beliau mengulas kemenangannya dalam kes saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarang, Datuk Abdul Aziz Ishak pagi tadi.

“Alhamdulilah, saya bersyukur atas keputusan itu yang membuktikan ada fitnah jahat terus menerus oleh Utusan,” katanya.

“Yang penting, keterangan terperinci oleh hakim yang mempertahankan kebebasan badan kehakiman. Dia (hakim) tahu kes ini melibatkan Umno.

Dia juga tahu wakil Presiden Umno duduk dalam pengurusan Utusan,” jelas Anwar.

Anwar menyokong ketegasan Hakim Datuk VT Singham yang mempertahan kebebasan media tetapi perlu mengikut etika kewartawanan dan profesionalisme.

“Kebebasan media itu perlu tetapi bukan kebebasan menyebarkan fitnah. Dalam kes ini Utusan berulang kali dan paling tidak bertanggunjawab memfitnah saya kononnya saya menyokong homoseksualiti, mengikut pandangan Hassan Ali yang bertopengkan agama tapi bila ditanya tidak ada asas,” tegasnya.

“Sekali lagi saya bersyukur, berlaku satu lagi episod penegasan bahawa media Umno di bawah pengurusan Datuk Seri Najib Razak terus meningkat fitnah menjelang pilihan raya,” kata Anwar lagi.

Dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar – Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu membidas Anwar kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia memfitnah Anwar semasa temubual bersama BBC, mengatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempertikai undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Peguam mewakili Anwar, N Surendran turut memuji ketegasan hakim yang menyatakan dua elemen penting dalam kes tersebut.

“Kebebasan media dan badan kehakiman yang dinyatakan hakim dalam kes ini adalah satu penghakiman yang sangat penting, ‘rare’ dan mudah sebenarnya. Itulah perkara asas dalam menjayakan sesebuah demokrasi,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Utusan diarah membayar gantirugi kos sebanyak RM45,000 kepada Anwar. Pampasan pula akan ditentukan 15 Februari ini ekoran penyiaraan artikel bersifat fitnah pada 17 Januari 2012 itu bertujuan menjatuhkan reputasi Anwar .
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .