Ikuti Blog ini

BERITA GEMPAR ! BUMI KELANTAN (DARATAN) ADA TELAGA MINYAK...PATUT UMNO GILA NAK TAWAN KELANTAN..!!! (+video)



 Menurut sesetengah pihak juga sumber info dari Petronas Negeri Kelantan ( DARATAN ) mempunyai Minyak mentah.

Husam Musa berkata, kerajaan negeri akan menulis surat kepada Petronas untuk membuat kajian seismik sendiri terhadap kemungkinan itu.

Kerajaan Kelantan percaya kemungkinan wujudnya telaga minyak di daratan negeri itu yang membolehkannya mendapat hak milik royalti 100 peratus untuk diagihkan kepada rakyat.

Exco Kelantan Datuk Husam Musa berkata, pihaknya mendapat maklumat Petronas sudah pun membuat kajian seismik membuktikan Kelantan mempunyai telaga simpanan minyak di beberapa kawasan darat termasuk di Kota Bharu.

 “Jadi sebenarnya Kota Bharu itu duduk atas telaga minyak,” katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Tinggi di sini.

Sehubungan itu Husam berkata kerajaan negeri akan menulis surat kepada Petronas untuk membuat kajian seismik sendiri terhadap kemungkinan itu.

Katanya, wujud satu akta yang memberi hak sepenuhnya kepada kerajaan negeri pengeluar hasil sumber yang ditemui di daratan termasuk bijih timah, emas, gas dan petroleum.

“Bila ada Kelantan takkan bagi sesen pun kepada sesiapa…kita akan ambil 100 peratus untuk diagihkan kepada rakyat kita,” katanya.

Beliau memberikan respon sedemikian selepas Petronas pada minggu lalu berjaya menemui minyak dan gas di telaga Adong Kecil West-1 di Blok SK333, di daratan Sarawak selepas kali terakhir ditemui 24 tahun lalu di Medan Asam Paya.

Petronas dalam kenyataannya berkata telaga itu terletak kira-kira 20 kilometer di timur laut pekan Miri selepas digerudi pada kedalaman 3,170 meter dan menemui kira-kira 349 meter ketebalan bersih hidrokarbon.

Tiga penemuan di daratan 

Setakat ini, tiga penemuan dibuat di daratan Sarawak, iaitu Miri, Asam Paya dan medan Adong Kecil West, seperti dilaporkan Bernama.

Husam sebelum itu memfailkan permohonan injuksi bagi menghalang Petronas daripada membuat bayaran lima peratus yang sepatutnya dibuat kepada Kelantan oleh kerajaan Pusat untuk diagihkan ke negeri lain.

Permohonan difailkan melalui Tetuan Tommy Thomas yang mewakili kerajaan negeri Kelantan.

Kerajaan negeri dalam afidavitnya berkata Petronas tidak berhak membuat sebarang bayaran kepada Pusat kerana pertikaian tuntutan royalti antara kedua pihak sejak tahun 2010 masih lagi dalam prosiding mahkamah.

“Kita bimbang kalau wang tersebut belum dibayar, besok kalau Kelantan menang (kes) kita bimbang Petronas tak boleh bayar lagi duit tersebut.

“Sebab itu kita tahan Petronas daripada membayar…dan pada masa yang sama jumlah bayaran perlu dimasukkan dalam satu akaun khusus yang dikendalikan oleh peguam ikut arahan mahkamah,” katanya.

Ini berikutan kenyataan Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas yang enggan campur tangan dalam sebarang desakan tuntutan royalti, sebaliknya hanya mahu membayar keuntungan dalam bentuk dividen kepada Pusat.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .