SEBELUM ini pernah didedahkan di MiLo SuaM bagaimana Utusan Malaysia diedarkan secara percuma di Kedah dengan tajaan pihak tertentu memandangkan jualannya sudah merudum teruk rujuk sini ~ Utusan Malaysia percuma.
Difahamkan akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di mahkamah kerana memfitnah itu rupanya turut diedarkan di Universiti Islam Antarabangsa, UIAM dengan tajaan pihak tertentu.
Almaklumlah, kalau nak jual sudah tiada lagi orang nak beli, siapa nak
beli akhbar kaki fitnah betul tak? Mahu tak mahu terpaksalah edar secara
percuma. Namun apa yang lucunya, sudah diberi percuma pun, orang masih tak mahu baca kah kah kah...
Perkara ini didedahkan oleh salah seorang sahabat pembaca yang
barangkali merupakan pelajar di UIAM. Beliau menyaksikan sendiri, banyak longgokan akhbar Utusan Malaysia yang tidak diusik di salah sebuah kolej di Universiti tersebut.
Beliau sempat mengambil gambar sebahagian daripada longgokan-longgokan
akhbar Utusan Malaysia itu. Menurutnya lagi, longgokan-longgokan yang,
lain sudah dibawa keluar oleh pekerja pembersihan (makcik cleaner) di
situ barangkali untuk dijual di pusat kitar semula.
Semalam, sekali lagi Utusan Malaysia menanggung akibat di mahkamah hasil
daripada fitnah isu LGBT akhbar milik Umno itu kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim awal tahun lalu.
Hakim Datuk VT Singham dalam penghakimannya mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan beliau dicemuh dan dipandang hina.
Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala ganti rugi akan ditetapkan pada 15 Februari. Hakim turut marah kerana akhbar Utusan Malaysia gagal untuk mengamalkan etika kewartawanan yang bertanggung jawab.
Utusan Malaysia memfitnah kononnya Anwar Ibrahim mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan menuduh Anwar mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT)
ReJaM© "Kita doakan moga-moga Utusan Syaitan ini cepat muflis..."-Milo Suam