KUALA  LUMPUR: Penganjur perhimpunan Bersih 2.0 akan menyediakan 5000  petugas  keselamatan bagi mengawal dan menjaga keselamatan rakyat yang    berhimpun secara aman 9 Julai ini.
Menurut Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, dakwaan bahawa Bersih ingin mencetuskan rusuhan dan melakukan keganasan adalah tidak benar.
“Peranan unit keselamatan adalah untuk mengawal dan menjaga keselamatan aktivis Bersih. Ini jelas menunjukkan kami sememangnya menitikberatkan keselamatan rakyat bukannya ingin menimbulkan kekecohan dan keganasan,” katanya.
Menurutnya, Bersih juga menyediakan 100 anggota perubatan yang menawarkan diri secara sukarela dan semuanya terdiri di kalangan rakyat biasa.
“Mereka juga akan turun membantu orang ramai sekiranya berlaku apa-apa kemalangan,” katanya ketika dihubungi keadilandaily.
Ini ditambah lagi dengan khidmat kira-kira 400 peguam yang turut serta menawarkan diri untuk membela aktivis Bersih sekiranya ada tangkapan dilakukan pihak polis.
Penyokong Bersih 2.0 dijadual berkumpul di pusat membeli-belah Sogo, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur- Dataran merdeka dan masjid Kampung Baru sebelum berarak ke Istana Negara.
Ia bagi menyampaikan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agung, meminta campurtangan baginda supaya sistem pilihan raya negara ini dijalan secara bebas dan adil.
Lapan tuntutan tersebut adalah pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor.
Semalam, Presiden Bersih 2.0, Datuk Ambiga Srevenasan mengadakan perbincangan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi meminta pihak berkuasa itu mempertimbangkan dan membenarkan perhimpunan diteruskan dengan menentukan laluan perarakan yang akan dipatuhi oleh peserta perhimpunan.
Pertemuan kedua dengan ketua polis negara minggu depan akan diusulkan bagi mendapatkan maklum balas berhubung permintaan mereka.
  
Saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar yang dilaporkan oleh laman portal Malaysiakini.com bertarikh 30 Jun 2011 bertajuk "SPR: Ambiga diperalat, BERSIH kian kusut".
Wan Ahmad (gambar kanan) juga sewajarnya mengetahui bahawa SPR sama sekali tidak boleh berpihak atau mencampuri urusan mana-mana pertubuhan sama ada pertubuhan yang berkaitan dengan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti BERSIH.
Tuntutan-tuntutan ini sewajarnya dipandang serius dan positif oleh SPR dalam usaha untuk memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini dapat dilaksanakan secara telus, bebas dan adil. SPR harus berlapang dada untuk menerima dan melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh rakyat demi memperbaiki imej dan kredibiliti SPR yang dilihat sebagai tidak berwibawa dan bersikap berat sebelah.

Sebahagian  daripada 600 hadirin kemudiannya bertindak membuat benteng bagi  menghalang polis memasuki pusat operasi parti itu di Pongsu Seribu.
Juruacara  majlis kemudiannya meminta orang ramai supaya tidak 'panik' kerana  ceramah yang dianjurkan itu dibuat dalam lingkungan kawasan PAS sambil  berkata “mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana ini tanah kita  sendiri”. 

Ahli Parlimen Umno bagi kerusi Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam atas tuduhan rasuah membabitkan lapan tuntutan palsu bagi program yang tidak dijalankan tiga tahun lalu.