Ikuti Blog ini

Anwar Palu Gendang Perang Untuk PRK Bagan Pinang

Selepas Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan kedudukannya dalam 8 dari 9 pilihanraya kecil pasca pru12 lalu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membunyikan gendang perang menandakan bermulanya kempen menggempur Bagan Pinang.

Di hadapan ribuan yang hadir di Dewan Tow Boo Keong, Ipoh, malam semalam, Anwar menggesa semua penyokong Pakatan Rakyat untuk menggiatkan kempen memenangi kawasan Umno ini.

"Ada orang kata ketuanan Melayu, saya hendak tanya Melayu mana tuan? Melayu pemimpin Umno, Melayu kaya, Melayu sombong bukan Melayu kampung, bukan Melayu miskin, bukan Melayu yang merana," katanya.

Pakatan Rakyat memenangi semua pertarungan di Semenanjung dan tewas satu di Batang Ai, Sarawak. Hanya PRK Penanti yang menyaksikan Umno-BN tidak bertanding, gagasan kerajaan alternatif ini merangkul 7-1 kemenangan berbanding BN, yang terbaru PRK Permatang Pasir pada Ogos lalu.

Kerusi Dun Bagan Pinang diisytihar kosong dengan kematian Adun Azman Mohd Noor Jumaat lalu. Dalam PRU12, Azman meraih 6430 undi menewaskan pesaing Pas, Ramli Ismail, dengan majoriti 2,333 undi.

Meskipun Umno dikatakan kuat di Bagan Pinang, namun pemimpin reformasi itu berkata beliau amat yakin Pakatan Rakyat mampu merampas kemenangan dari pemerintah. Anwar menambah rakyat perlu membuktikan bahawa perubahan juga dituntut di kawasan-kawasan Umno.

Beliau bagaimanapun tidak menolak bahawa saingan yang akan dihadapi Pakatan Rakyat sukar. Selain dari 5,000 undi pos yang menanti Pakatan Rakyat di Bagan Pinang, Suruhanjaya Pilihan Raya juga dibidas kerana gagal memastikan pilihan raya diadakan secara telus dan adil, halangan yang membantutkan arus perubahan.

Anwar juga mengajak Pakatan Rakyat menilai prestasi masing-masing. Beliau berkata gagasan alternatif itu perlu mengeratkan kerjasama dan menunjukkan kerja yang konsisten dengan prinsip Malaysia baru.

Kematangan, ikhtisas dan ketanggungjawaban harus ditunjukkan dan dibuktikan supaya pengundi yakin dengan pilihan mereka.

Anwar mendapat tepukan gemuruh apabila beliau sekali-lagi mengulangi pendiriannya bahawa kedudukan Melayu dan Islam akan dimartabat, sementara hak bukan-Melayu dan bukan-Islam di negara ini dipertahan.

"Kita sudah matang untuk membuat keputusan, ini Malaysia terdapat pemimpin Cina dan India. Saya seorang Melayu dan bangga menjadi Melayu, saya seorang Islam dan mengamalkan ajaran Islam. Saya tidak datang ke di sini untuk menyenangi kaum Cina bahawa saya bukan Melayu.

"Tidak menjadi masalah orang Melayu jadi Melayu atau orang Islam terus komited dengan pegangannya. Tetapi ini adalah negeri Melayu yang mempunyai jiwa kaum Cian, India, Iban dan Kadazan, ini negara kita. Kita boleh dengar suara yang menyatakan 1Malaysia, siapa kata 1 Malaysia? 1Malaysia untuk orang atas dan 1Malaysia untuk orang bawah," katanya.

Beliau menyeru semua untuk menolak politik provokasi yang telah menenggelamkan ruang dialog dan toleransi. Ramuan untuk keharmonian adalah keadilan dan kebijaksanaan dalam mencari penyelesaian apa-apa isu sensitif yang berbangkit.

Lebih 600 ahli dikatakan menyertai Parti Keadilan Rakyat malam itu. Bekas Ahli Parlimen Lumut Yap Yit Thong menyerahkan borang keahlian baru ke tangan Anwar Ibrahim, selaku Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat turut diadakan disambut dengan tepukan gemuruh dari para hadirin.

Bagan Pinang Milik PAS Sebenarnya Jika Tanpa Undi Pos


Takdir Allah s.w.t. memanggil pulang hambaNya yang bernama Azman Mohd Noor, Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang Negeri Sembilan.

Maka terdedahlah satu fenomena pelik mengenai kedudukan sebenar kerusi Bagan Pinang. Peliknya ialah setelah diteliti, terdapat 5,000 undi pos yang menyebabkan kemenangan Barisan Nasional di situ. Rekod menyaksikan di dalam pilihanraya umum yang lalu UMNO memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,333 undi, calon BN menerima 6,430 undi berbanding PAS yang memperolehi 4,097 undi. Di Permatang Pasir cuma ada 8 undi Pos.

Najib setelah diumumkan keputusan pilihanraya Permatang Pasir tempohari menyatakan "beliau tahu sebab kekalahan UMNO", dan spekulasi besar sebabnya ialah kegagalan SPR untuk menggunakan "formula Pekan" di Permatang Pasir.

Justeru itu PAS hari ini menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya membenarkan pengundi pos membuang undi seperti pengundi biasa dalam PRK Bagan Pinang di Negeri Sembilan.

Sewaktu mengumumkan bahawa PAS akan bertanding kerusi tersebut, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyuarakan kebimbangannya samada keputusan pilihanraya kecil tersebut akan mewakili pilihan rakyat sebenar, memandangkan jumlah undi post yang tinggi bagi kawasan tersebut.

Ini, katanya, kenapa SPR perlu menukar proses pengundian pos dan membersihkan keraguan keatas ketelusan sewaktu pembuangan undi.

“Saya menggesa Pengerusi SPR yang baru supaya melakukan beberapa perubahan keatas sistem tersebut dan saya bukan bercakap mengenai perubahan kosmetik sahaja.

“Kami meragui undi pos kerana kami tahu undi pos seperti askar dan polis tidak diberikan kebebasan dalam mengundi.

“Inilah sebabnya kenapa undi pos sentiasa dianggap undi yang kotor,” katanya selepas sembahyang Asyar bersama pemimpin-pemimpin PAS Perak di Surau Al-Ikhlasiah di sini.

Abdul Hadi berkata bahawa jika SPR melakukan perubahan ke atas sistem tersebut dan membenarkan pengundi pos membuang undi seperti lazimnya pengundi biasa, ini akan memastikan keadilan, ketelusan dan demokrasi dalam proses pengundian.

“Kami juga mahukan mereka (pengundi pos ) diberi kebenaran untuk menghadiri kempen politik dan ceramah tanpa dihalang oleh pihak tertentu.

“Jika boleh, kami mahu wakil parti politik dibenarkan hadir dan memantau keatas proses pengundian dan kami mahu undi mereka benar-benar dirahsiakan,” katanya.

Beliau menambah bahawa pengundi pos tidak harus berada dibawah tekanan, diugut atau berasa bimbang dan tertekan apabila mereka membuang undi untuk calon yang benar-benar mereka sokong.

Kerisauan Abdul Hadi berpunca daripada fakta terdapatnya lebih 5,000 pengundi pos di kawasan pilihanraya Bagan Pinang Negeri Sembilan.

“Ini adalah sangat tinggi bilangannya. Pilihanraya yang lalu, Barisan Nasional menang dengan 6,000 lebih undi sementara calon kami mendapat lebih kurang 4,000 undi.

“Siapa tahu, jika bukan disebabkan undi pos, jurang mungkin sekitar 1,000? Atau mungkin lebih kurang lagi?” katanya.

Meskipun begitu, Abdul Hadi berkata bahawa partinya berkeyakinan beberapa perubahan boleh dilakukan dan PAS akan muncul sebagai pemenang dalam PRK kesembilan ini.

“Kami berharap walaupun mereka mengundi dibawah tekanan, kami mungkin masih mampu memperolehi beberapa undi pos.

“Kami akan mengadakan mesyuarat pada Isnin akan datang ini untuk mendengar taklimat oleh PAS Negeri Sembilan. Insyaallah, kami akan bertanding,” katanya.

Wakil rakyat Bagan Pinang, Azman Mohd Noor, meninggal dunia Jumaat lalu, memberi laluan untuk PRK kali ke-9 selepas PRU 2008.

Pilihanraya: UMNO Nak Lari Kemana ?


1. Tentu sahaja apa yang berlaku tidak tercetus secara kebetulan melainkan segalanya adalah ketentuan Allah swt. Tuhan Yang Maha Bijak lagi Maha Adil .

2. Lantaran itu , pilihanraya kecil yang luarbiasa kali ini [ 9 kali dalam tempoh setahun ] malah sangat ajaib [ pinjam kata - kata Prof Abu Hassan ] jua berlaku atas kehendak Allah swt yang menyimpan sejuta hikmah .

3. UMNO dan BN enggan membubarkan DUN Perak bagi membolehkan kerajaan pilihan rakyat dibentuk semula selepas UMNO dan BN merampasnya tanpa semangat demokrasi . Allah kurniakan 9 pilihanraya kecil diseluruh negara . Setakat ini hanya satu di menangi oleh UMNO dan BN iaitu di Batang Ai Sarawak .

4. UMNO dan BN tidak sudah - sudah cuba melumpuhkan kekuatan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim , Allah swt taqdirkan berlaku 3 pilihanraya kecil di kawasan beliau iaitu Parlimen Permatang Pauh , Penanti dan Permatang Pasir . Ketiga - tiganya dimenangi oleh Pakatan Rakyat sekaligus menggambarkan bahawa peribadi Datuk Seri Anwar sukar digugat oleh UMNO dan BN .

5. UMNO dan BN turut memperlekeh kewibawaan Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dan membelasahnya siang dan malam , Allah swt buat pilihanraya kecil di Kuala Terengganu . Tuan Guru diuji dengan isu perletakkan calon di Kuala Terengganu dan akhirnya Allah swt menunjuk jalan dan akhirnya Pakatan rakyat menang lagi .

6. UMNO dan BN mensasarkan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai figure yang mesti dijatuhkan dengan apa cara sekalipun . Beliau diaibkan dengan pelbagai isu yang sering dieksploitasi oleh media . Allah swt sekali lagi mengisytiharkan pilihanraya kecil di Manek Urai . Biarpun menyaksikan kemenangan tipis , tetapi setelah melihat UMNO dan BN mengerahkan seluruh tenaga luar dan dalamnya untuk memenangani pilihanraya tersebut namun realitinya mereka gagal lagi .

7. UMNO dan BN sebelumnya telah cuba mengaibkan tokoh baru PAS Datuk Seri Nizar Jamaludin Menteri Besar Perak yang dinafikan hak dan dirampas kuasanya secara mafia oleh mereka . Malah mereka melabelkan kononnya Nizar adalah penderhaka . Lalu Allah swt Tuhan Yang Maha Mendengar rintihan dan munajat hambaNya mengadakan pilihanraya kecil Bukit Gantang yang tidak mampu dielak lagi oleh UMNO dan BN . Nizar sendiri menjadi calon dan ternyata beliau menjadi Panglima Bukit gantang yang baru .

8. UMNO dan BN cuba jatuhkan negeri Kedah dengan mempalit calar pada kepimpinan Datuk Seri Azizan Razak . Bukit Selambau menjadi saksi betapa kerajaan Datuk Seri Azizan sukar untuk digugat oleh UMNO dan BN . Kini mereka tidak berani mengisytiharkan pilihanraya di DUN Seputeh , tetapi Allah swt Tuhan Yang Maha Adil lagi Saksama mentaqdirkan pilihanraya di bagan Pinang Negeri Sembilan . UMNO dan BN nak lari kemana ?

9. UMNO dan BN ada peluang menang di Bagan Pinang ini dan tentu sahaja kali ini , mereka akan berkata rakyat telah kembali kepada UMNO dan BN sebagaimana itulah ungkapan syukur mereka selepas pilihanraya kecil Manek Urai yang menyaksikan mereka kalah tipis . [ Namun belum selesai post mortem pilihanraya kecil Manek Urai , mereka terkedu seketika di Permatang Pasir setelah menyaksikan kekalahan teruk yang mereka alami dalam sebuah pilihanraya kecil .]

10. Sungguhpun begitu , saya percaya UMNO dan BN tidak akan mampu mengukir senyum jantan biarpun kemenangan bakal diperolehi mereka kelak kerana undi pos sahaja di Bagan Pinang dianggarkan sekitar 5000 . Kalaupun mereka menang , mereka bukan wakil rakyat tetapi wakil pos . Tapi .... kalau mereka kalah juga , entahlah ... saya tidak tahu nak kata apa lagi kecuali satu soalan saya nak tanya mereka , hei UMNO dan BN , nak lari ke mana lagi ?

Nyalaan lilin Hindraf: 16 ditahan di KL


Enam belas orang ditahan, termasuk bekas tahanan ISA P Uthayakumar, sewaktu perarakan nyalaan lilin dekat Dataran Merdeka malam ini.

Ia bermula dengan perarakan oleh kira-kira 100 orang dari Masjid Jamek dekat situ.

Mereka yang menyanyi sambil membawa bunga mawar merah dan putih serta lilin, meminta rakyat Malaysia menghormati satu sama lain.

Bagaimanapun, sebelum sempat sampai ke Dataran Merdeka, mereka dihalang oleh anggota polis di simpang Jalan Parlimen dan Jalan Tunku Abdul Rahman, dan diarahkan bersurai.

Selepas kiraan 10, anggota polis mula membuat tangkapan.

Antara yang ditangkap ialah pemimpin Hindraf S Jayathas dan tunang
Uthayakumar - S Indradevi. Uthayakumar dan Indradevi ditahan ketika sedang beredar dari Dataran Merdeka.

Beberapa anggota polis menerkam ke arah Uthayakumar sehingga dia terjatuh dan kemudiannya dibawa menaiki trak polis.

Ekoran tangkapan tersebut, peserta yang lain beredar meninggalkan kawasan itu pada kira-kira jam 8 malam - hanya 15 minit selepas nyalaan lilin itu bermula.

Tetapi kira-kira 30 minit kemudian, dua orang lagi ditahan- Shanti Waytha Moorthy dan Waytha Nayagi - ketika sedang menghantar SMS mengenai kejadian itu.


Tetapi polis tidak berbuat apa-apa kepada puak-puak ini yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu. Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .